Teori 2 Zon Hutan-Belantara By Perintis Minda

Author of This Article is The Symbol Of U'zlah

Author of This Article is The Symbol Of U’zlah

Article category = PERiNTiS mindA

Article category = PERiNTiS mindA

Artikel ini  memaparkan kisah-kisah benar yang dialami oleh saya:

Pada suatu masa dahulu, saya ialah seorang pelumba kereta kategori 2 zon hutan-belantara yang sangat mahir dan cekap. Itulah gelaran yang saya dapat saya berikan kepada saya. Semoga saya tidak kembang hidung atau kembang dubur kerananya.

Boleh juga dikatakan saya berpengalaman setahun berlumba di situ. Merentas dua zon hutan di dua daerah yang bersambungan setiap hari adalah pengalaman yang menyeronokkan, mencemaskan pun ada. Pada peringkat permulaan, saya sangat kagum dan hairan bagaimana pemandu-pemandu kereta dapat memandu dengan pantas di jalan tar dan jalan Tanah yang sempit , banyak selekoh pendek yang sangat merbahaya, jalan yang bercerun-cerun tinggi, rosak berlubang di sana-sini, berbonggol-bonggol akibat gegaran dan pergerakan struktur Tanah, bergaung maut , berparit besar dan dalam di tepi jalan. Itulah keadaan jalan-jalan di hutan dan kampong yang sunyi dalam hutan. Yang juga menjadi kawasan penjenayah bersembunyi dan menyembunyikan kereta yang dicuri untuk dibuka bahagian-bahagiannya untuk di jual. Malah jalan hutan itu ada masanya banjir.

Keadaan mereka dapat memandu dengan pantas seolah-olah jalan-jalan itu ialah lebuh-raya yang luas dan selesa sangat menarik perhatian saya. Saya, kemudiannya berfikir bahawa suatu hari nanti saya juga akan jadi pelumba yang cekap, berlawan dengan kereta lain dan masa.

Akhirnya benar-benar menjadi kenyataan. Saya dapat menewaskan beberapa pemandu (dapat memotong mereka) yang memandu laju di selekoh-selekoh bercerun yang sempit di hutan-hutan.

Berlumba di hutan belantara yang sempit , jalan bertanah, bercerun selekohnya, berbonggol dan bahaya jauh berganda-ganda lebih nikmat daripada berlumba di LITAR FORMULA ONE DI SEPANG, SELANGOR!!!!

Walaupun saya tidak pernah berlumba di litar formula one di Sepang itu, tapi itulah kenikmatan yang saya rasakan. Tetapi saya tidak ingin meneruskan kehidupan memandu di hutan-hutan kerana memang telah banyak terjadi pengalaman-pengalaman yang pahit seperti:

** Peristiwa nyaris termasuk ke gaung kerana mengantuk memandu waktu malam (memandu waktu malam dan siang di hutan ialah aktiviti harian saya ketika tahun itu)

** Peristiwa-peristiwa kenderaan saya pecah penutup tangki minyak gear kerana kereta saya terlalu rendah dan bonggol tinggi . Bonggol memecahkannya menyebabkan kereta saya mati injinnya. Ada berlaku seperti ini ketika saya keseorangan di hutan pada waktu malam di tempat yang sunyi, tiada kampong, pada bulan puasa Ramadan!!!

** Melihat mayat dibungkus pada waktu malam. Wanita itu mungkin dirogol sebelum dibunuh?

** Kawasan hutan itu ialah sarang penjenayah

** Saya banyak rugi wang kerana belanja petrol yang sangat luarbiasa tinggi

belantara

hutan

hutanbelantara

hutan lagi

Ada juga terdapat zon Tanah runtuh. Walaubagaimanapun, lori besar suka masuk ke hutan-hutan itu, jalan yang sempit, bercerun, bergaung, berselekoh maut. Mungkin kerana itu ialah jalan pintas ke Bandar atau kerana mereka membawa sesuatu yang menyalahi undang-undang!!!

Saya juga pernah melihat seekor beruang dewasa berada di tepi jalan hutan itu. Bila saya memandu lebih dekat, beruang itu segera melarikan diri. Beruang ialah binatang yang mampu berlari lebih laju daripada manusia, dapat memanjat pokok dengan pantas. Memang sangat merbahaya. Malah sanggup merempuh kereta!!! Memang terdapat hutan simpan di salah-satu zon daerah itu. Saya juga pernah melihat bayangan putih terbang dari satu dahan pokok yang tinggi. Benda itu terbang ke arah bumbung kereta yang saya sedang pandu waktu malam yang sunyi. Saya rasa itu ialah HANTU.

Ada yang mengatakan di hutan itu terdapat gajah. Memang ada pusat renjer. Hutan yang ada pusat renjer kelihatan tidak menyeramkan tetapi satu lagi daerah yang saya lalui hari-hari sangat menyeramkan sebab keadaan pokoknya yang rendah , terlalu banyak menutupi pemandangan di tepi-tepi jalan, kiri dan kanan, menakutkan terutama malam!!!

Sebab bimbang tentang bahaya hutan, itu juga menjadi factor saya berlatih menjadi seorang pemandu pantas , pelumba hutan-belantara kategori 2 zon , siang dan malam. Saya selalu ingin segera keluar dari 2 hutan yang menakutkan itu.

Dari pengalaman-pengalaman saya memandu di hutan waktu malam dan siang setiap hari, maka saya ada teori saya sendiri tentang TIDUR:

Keadaan kantuk selalu bermula dari tengkuk, belakang leher dan rasa kantuk yang letih itu merayap dari belakang leher ke belakang kepala lalu segera bergerak ke tepi kepala , kiri dan kanan , akhirnya, mata jadi kuyu dan tertutup atau sekejap terbuka, sekejap tertutup. Aktiviti sel-sel saraf dan lainnya, semakin perlahan, semakin hilang tenaganya dan kesemua gerakan itu bergerak ke  belakang badan , naik ke belikat kanan dan kiri, kemudian naik ke tengkuk dan seterusnya seperti yang dinyatakan tadi. Kemungkinan di zon-zon pergerakan terakhir itu memang ada sel-sel saraf khas yang bertindak untuk menarik tenaga dan pergerakan dari sel-sel saraf yang biasa bila tiba masanya atau kerana sel-sel biasa itu terlalu kuat bekerja atau bergerak yang menyebabkan letih. Justeru, saraf khas ini bertindak secara automatic untuk memberi peluang badan menyimpan semula tenaga termasuk simpanan lemak bagi mengelakkan dan mengurangkan kerosakan atau kekurangan nilai kualiti badan akibat sel-sel yang terlalu aktif , tenaga yang berlebihan daripada biasa atau melebihi keperluan, atau kerana terlalu lama system biologi badan bekerja. Tetapi sel-sel saraf khas yang berfungsi untuk menghasilkan proses tidur itu ada masanya terganggu atau tidak dapat Berjaya menghasilkan tarikan dan penyimpanan tenaga untuk guna semula (ketika terjaga dari tidur) kerana factor-factor tertentu, misalnya. Contohnya:

Saya pernah banyak kali menyanyi waktu memandu , selama berjam-jam memandu untuk mengelakkan berlaku kantuk dan itu memang Berjaya mencegah kantuk. Justeru, bahagian otak yang dikaitkan dengan saraf dan sel-sel tertentu mempunyai keadaan  pengaktifan yang menghalang pengaruh saraf penidur berlaku. Rasa nikmat menyanyi dan penumpuan otak, saraf dan sel peti suara, gelombang suara menjadi penghalang proses saraf tidur yang Berjaya menghalanginya. Ada kalanya makan-minum juga menghalangi proses kantuk ini tetapi ada kalanya gagal. Urutan pada tengkuk , belakang badan, belikat, belakang kepala juga mungkin Berjaya menghalangi tetapi banyak juga gagal menghalangi tindakan saraf penidur.

Nasib baik saya tak bersua dengan pak belang sebab ada beberapa kali saya dah gila, masuk ke hutan berjalan kaki hingga banyak kali tersesat untuk mencari kedudukan kereta saya!!!! Alhamdulillah yang menyelamatkan saya!

Nasib baik saya tak bersua dengan pak belang sebab ada beberapa kali saya dah gila, masuk ke hutan berjalan kaki hingga banyak kali tersesat untuk mencari kedudukan kereta saya!!!! Alhamdulillah yang menyelamatkan saya! Tujuan saya masuk ke hutan dengan berjalan kaki ialah untuk melihat binatang merbahaya dan pelik ! Saya nak jumpa harimau, gajah, ular tedung, beruang dan lain-lain. Memang sah, otak saya dah senget!!!

ninja dapat lompat macam ni?

ninja dapat lompat macam ni?

Anda lari ke atas pokok, tiger panjat pokok. Anda lari ke dalam sungai, Tiger dapat berenang. Di mana lagi anda dapat lari??

Anda lari ke atas pokok, tiger panjat pokok. Anda lari ke dalam sungai, Tiger dapat berenang. Di mana lagi anda dapat lari??

Engkau putih, aku belang. Walaubagaimanapun sebenarnya tiada apa-apa makna kecuali jadi harimau yang paling bertakwa!!

Engkau putih, aku belang. Walaubagaimanapun sebenarnya tiada apa-apa makna kecuali jadi harimau yang paling bertakwa!!

Binatang aneh yang ditemui oleh seorang saintis yang menamakannya sebagai harimaunjing??!!

Binatang aneh yang ditemui oleh seorang saintis yang menamakannya sebagai harimaunjing??!!

harimaulah

harimautiger

Rekabentuk luaran Proton Satria Neo ialah berdasarkan bentuk harimau . Ini pendapat saya.

Rekabentuk luaran Proton Satria Neo berdasarkan bentuk harimau . Ini pendapat saya.

Advertisements

Auto-Cruise? By Tinta Emas 7 Samudra

Malaysian Supercar?

Artiga Malaysian Supercar?

very beautiful car, Artiga

very beautiful car, Artiga

artiga16artiga17artiga11artiga18artiga9artiga14artiga2

still artiga

still artiga

 
Artiga
Malaysian Sportcar?

Malaysian Sportcar?

Proton Satria Neo Artiga(made in Malaysia)

Proton Satria Neo Artiga(made in Malaysia)

Auto Cruise ialah satu sistem kelajuan tetap yang bergerak secara automatik tanpa perlu menekan minyak  petrol (kaki tidak perlu menekan injak pecut). Walaupun sistem ini bertujuan memberikan keselesaan pemanduan tetapi seolah-olah juga dicipta untuk “menang dalam rali kereta”. Mereka yang ada penyakit varikos di kaki mereka, digalakkan menggunakan auto-cruise. Ini jika varikos di kaki mereka menyerang tiba-tiba, kaki jadi sakit , otot kaki jadi keras atau lebih berat, tegang dan kembang salur darah. Jika menekan injak pecut, kaki lebih sakit. Injak pecut boleh dioperasikan juga serentak dengan sistem auto-Cruise. Setiap kenderaan automatik dapat bergerak secara automatik (tidak perlu tekan injak pecut dengan kaki) selaju di bawah paras 10 kilometer sejam sahaja. Untuk kelajuan yang melebihi itu, perlu ada sistem auto-cruise.

Untuk  menerangkan sistem auto-cruise, karangan ini akan menyebut tentang Proton Satria Neo R3 yang memang dilengkapi sistem ini. Untuk menghidupkan sistem ini, hendaklah menekan suis persediaan auto-cruise(suis utama sistem auto-cruise). Akan timbul satu ikon bulat seperti meter di panel peralatan akan menyala dengan lampu bercahaya jingga. Ketika ini sistem auto-cruise belum beroperasi tetapi sedang bersedia untuk beroperasi. Untuk menghidupkan sistem ini, perlu menekan injak pecut (dengan kakilah) sehingga mencapai kelajuan 40 kilometer sejam atau lebih. Kemudian tekan suis set kelajuan. Contohnya, jika anda ingin kereta anda bergerak sendiri selaju 60 kilometer sejam, maka semasa jarum kelajuan pada meter kelajuan menunjukkan 60 itu, maka tekan suis set kelajuan pada suis auto-cruise. Ikon akan menyala dengan lampu hijau untuk menunjukkan sistem auto-cruise sedang beroperasi. Jangan letak kaki kanan anda di lantai kereta atau “carpet”  kerana anda akan mengambil lebih banyak masa dan pergerakan jika perlu membrek dengan kaki. Letakkan kaki kanan anda di injak pecut walaupun sistem auto-cruise sedang beroperasi. Kaki kiri tidak boleh diletakkan di injak brek  atau di injak pecut. Merbahaya. Jika anda merehatkan kaki di injak brek, brek mungkin jadi lebih panas dan cepat haus. Anda juga mungkin terbrek dan menyebabkan kenderaan di belakang anda melanggar belakang kereta anda. Letakkan kaki kiri di tempat khas meletak kaki kiri yang dicipta oleh pengilang kereta iaitu yang terletak di kiri injak brek. Jika kaki kiri digunakan untuk menekan injak pecut, ia mengambil lebih banyak masa dan pergerakan dan mungkin juga menyebabkan kaki kiri tertekan injak brek. Kemalangan mungkin terjadi.

Semasa anda menggunakan auto-cruise, jika perlu memecut lebih laju untuk memotong kenderaan dengan menggunakan injak pecut, tekanlah injak pecut dengan kaki kanan anda tetapi anda tidak perlu demikian jika kelajuan yang telah disetkan dengan auto-cruise telah memadai untuk memotong. Jika anda enggan memotong menggunakan kaki yang menekan injak pecut, anda boleh gunakan suis tambah kelajuan auto-cruise . Caranya menekan suis ini tanpa melepaskan tekanan. Hanya lepaskan bila anda telah berjaya memotong kenderaan . Anda perlu ingat bahawa suis tambah kelajuan ini juga merupakan suis pengesetan kelajuan secara auto. Bermakna bila anda melepaskan suis tambah kelajuan ini , misalnya ketika kelajuan 80 kilometer sejam, maka kereta anda akan  tetap kekal bergerak selaju 80 kilometer sejam selepas anda melepaskan suis tambah kelajuan itu. Suis tambah kelajuan itu juga boleh menambah kelajuan pada kadar yang sangat sedikit . Caranya, tekan suis itu dan hanya lepaskan tekanan setelah 0.5 saat.

Untuk membrek, anda juga boleh menggunakan suis auto-cruise jika enggan membrek dengan menggunakan kaki. Caranya, menekan suis auto-cruise yang berkenaan dan lepaskan tekanan bila kelajuan yang anda ingini sedang berlaku. Ingat ini juga cara pengesetan kelajuan secara automatik!! Maksudnya, bila anda melepaskan tekanan, misalnya pada kelajuan 60 kilometer sejam, kereta anda akan bergerak selaju 60 kilometer sejam tanpa anda perlu menekan injak pecut dengan kaki (kereta bergerak sendiri). Mengurangi kelajuan pada kadar yang sedikit, perlu tekan suis itu dan hanya lepaskan tekanan setelah 0.5 saat.

Sistem auto-cruise akan mati (off)  bila membrek (kaki menekan injak brek) atau bila tuil gear (transmisi auto) berada di N atau bila kenderaan berada di cerun curam atau sebagainya yang menyebabkan kelajuan kenderaan menurun sebanyak 15 kilometer sejam atau lebih di bawah kelajuan yang disetkan atau apabila kelajuan kenderaan menurun ke 40 kilometer sejam atau kurang. Walaubagaimanapun suis persediaan auto-cruise belum off. Justeru, anda boleh menghidupkan semula kelajuan secara auto-cruise yang telah disetkan pada kali terakhir dengan menekan suis yang bercetak “acc/res” ke atas lalu melepaskan tekanan.

Auto-cruise tidak digalakkan digunakan jika anda asyik dan kerap perlu membrek dan kenderaan di hadapan anda berada di jarak yang sangat dekat dengan anda. Kemalangan mungkin terjadi jika anda masih mahu menggunakan auto-cruise. Juga tidak digalakkan auto-cruise jika lalu-lintas sesak, menuruni bukit, jalan yang berliku-liku, berair, berbatu, basah atau bersalji. Kelajuan kenderaan mungkin bertambah ketika menuruni bukit iaitu melebihi kelajuan yang disetkan. Ketika naik cerun pula, kelajuan yang disetkan mungkin menurun. Ketika ini tekan injak pecut dengan kaki untuk mengekalkan  kelajuan auto-cruise.

Bagi kenderaan yang bertransmisi manual yang dilengkapi sistem auto-cruise, kawalan pacuan-auto dapat ditamatkan dengan menekan injak cekam. Amaran: Bagi kenderaan bertransmisi manual, sekiranya semasa memacu pada kelajuan yang telah disetkan, tuil anjak gear dianjak ke kedudukan “N” (neutral) tanpa menekan injak cekam, kelajuan enjin akan meningkat berlebihan dan berkemungkinan membawa kerosakan kepada injin.

Jangan sekali-kali memutarkan anak kunci pencucuh ke kedudukan “OFF” ketika kenderaan sedang bergerak. Berbuat demikian menyebabkan suis utama dimatikan secara automatik dan kelajuan pacuan yang dikehendaki perlu disetkan semula.

Sistem auto-cruise tidak sesuai bagi mat rempit, minah rempit atau samseng jalanraya atau tidak sesuai bagi mereka yang tidak sabar dan tidak dapat mengawal emosi. Salah-satu sebabnya ialah kerana bila anda menekan suis auto-cruise yang untuk menghidupkan sistem auto-cruise pada jumlah kelajuan terakhir yang dimatikan , kereta akan bergerak secara memecut tiba-tiba dengan bunyi ngauman injin yang kuat atau kenderaan itu akan bergerak menambah kelajuan secara auto ATAU sebelum JARUM KELAJUAN tiba ke paras maksima (kelajuan TERAKHIR yang telah disetkan), injin tiba-tiba mengaum dengan pada masa yang sama kenderaan memecut dengan lebih laju secara tiba-tiba. Untuk mengelakkan terjadi ngauman dan pecutan lebih laju secara automatik yang tiba-tiba, tekan injak pecut dengan kaki anda sehingga jarum meter kelajuan berada di kelajuan terakhir yang telah disetkan atau sangat hampir berada di kelajuan itu ATAU segera tekan suis coast/set ke bawah pada kadar kelajuan sebelum kadar kelajuan yang mengaum secara mengejut (disebabkan menekan acc/res ke atas). Sangat merbahaya kerana kejutan pecutan auto disebabkan menekan acc/res ke atas tidak diketahui masa yang tepat terjadi hal itu. Jika ada kenderaan di hadapan anda, kejutan pecutan itu MUNGKIN menyebabkan kenderaan anda terlanggar belakang kenderaan yang berada di hadapan anda.

Di bawah ditunjukkan gambar yang saya rakamkan menggunakan kamera laptop saya yang mudah-alih:

Suis Sistem Auto-cruise terletak di kanan stering. Bahagian atas bercetak Acc/Res, tengah bercetak on/off,bawah bercetak coast/set.

Suis Sistem Auto-cruise terletak di kanan stering. Bahagian atas bercetak Acc/Res, tengah bercetak on/off,bawah bercetak coast/set.

IniProtonSatriaNeoR3.IniSepupuProtonSatriaNeoARTIGA???

IniProtonSatriaNeoR3.IniSepupuProtonSatriaNeoARTIGA???

AutoCruiseJauhLebihHebatDaripadaInjinTurbo,ituYangSayaRASA.

AutoCruiseJauhLebihHebatDaripadaInjinTurbo,ituYangSayaRASA.

 Suis on/off ialah suis persediaan atau suis utama auto-cruise. Suis coast/set digunakan untuk mengesetkan kelajuan dengan menekan injak pecut dengan kaki sehingga jarum meter kelajuan menunjukkan ke tahap kelajuan yang dikehendaki untuk disetkan lalu menekan suis coast/set ke bawah. Suis coast/set ini jika ditekan semasa auto-cruise sedang beroperasi, ia akan mengurangkan kelajuan (bertindak sebagai brek) iaitu dengan menekan suis ini ke arah bawah sehingga jarum meter kelajuan berkurangan ke tahap kelajuan yang dikehendaki lalu melepaskan tekanan ke atas suis ini). Jika ditekan selama 0.5 saat ke bawah akan mengurangkan kelajuan auto-cruise pada kadar yang sedikit. Mengenai suis Acc/Res pula, harus di tekan ke atas. Jika suis ini ditekan tanpa melepaskan tekanan , kelajuan auto-cruise akan bertambah sehingga tekanan dilepaskan dan kelajuan terbaru (tambahan itu) akan terset secara automatik selepas tekanan dilepaskan. Jika suis Acc/Res ditekan ke arah atas selama 0.5 saat, kelajuan auto-cruise akan bertambah pada kadar yang sedikit. Pada atas bongkah suis auto-cruise yang terdiri daripada pelbagai suis seperti foto di atas, terdapat perkataan “cancel” tercetak. Cancel berfungsi bila anda menarik bongkah suis ke arah anda untuk mematikan operasi auto-cruise. Tetapi ini tidak mematikan sistem auto-cruise secara sepenuhnya. Sistem auto-cruise dapat dimatikan sepenuhnya dengan menekan suis persediaan , menjadi OFF.

AMARAN:  ARTIKEL INI BERDASARKAN PENGALAMAN SAYA MEMANDU KERETA  YANG BERSISTEM AUTO-CRUISE, JUGA BERDASARKAN BUKU PANDUAN SISTEM INI DAN TIDAK BERMAKSUD MENGGANTIKAN PENDAPAT DAN NASIHAT JURUTERA KENDERAAN ATAU PAKAR-PAKAR YANG BERKENAAN. SEBARANG KESILAPAN PENULISAN( JIKA ADA) ADALAH TIDAK DISENGAJAKAN.

NOW, WORDPRESS.COM PLEASE HELP ME SAVING MY  NEW DRAFT…..SAVINGSavingsaving…..saving….saving….saving….