Serangan Dari Alam Malakut By Panji-Panji Halimunan

May Explode

Fourth DAILY reminder =May Explode if Rat bite it.

 

Put Trap On Ceiling. Test , repair or change any fused which damage due to rat bite.

Put Trap On Ceiling. Test , repair or change any fuse or cable or wire  which damage due to rat bite.

 

Make sure ants & other animals fail to get your food. Cover it with best cover.

Make sure ants & other animals fail to get your food. Cover it with best cover.

Berjihad melawan diri sendiri atau nafsu sendiri ialah jihad terbesar. Kita tidak perlu risau kalau orang yang kita sangka itu orang sebenarnya jin? Sebenarnya, serangan jin dalam bentuk penyamaran begini biasanya dilakukan terhadap wali Allah. Kalau orang biasa seperti kita , yang jahil, bukan pula ulamak, biasanya kaedah penyamaran jarang atau hampir atau tiada terjadi.

Syaitan dikatakan dapat menyebabkan gangguan bekalan elektrik. Syaitan dapat masuk ke tubuh, meresap ke aliran darah.

Seperkara yang mungkin anda tidak pernah terfikirkan tetapi hal ini telah dua kali (mungkin melebihi dua kali) terjadi kepada saya ialah jin dapat mengaburi pandangan. Misalnya, jika anda memandu kereta , kereta anda di titi anda, anda melihat ke kiri dan ke kanan dan ke kiri semula dan ke kanan semula. Anda lihat tiada kenderaan lalu atau melintas, maka anda pun memandu kereta dari titi , membelok ke kanan tetapi alangkah terperanjat anda kerana semasa baru keluar atau bergerak dari titi itu , sebuah treler sedang bergerak pantas dari arah kanan , malah sedang memotong kenderaan (bermakna treler ini sedang bergerak di lorong kiri, lorong yang akan anda gunakan) dan jarak antara kereta anda dengan treler itu sangat dekat!!!! Aneh, tadi tiada treler. Treler itu seolah-olah ghaib tetapi bila anda sedang membelok tiba-tiba hilang keghaibannya. Nampak sangat , ini membuktikan syaitan sedang menggunakan kebolehannya mengaburi untuk membunuh saya!!! Jika hal ini terjadi kepada saya, tak mustahil jika anda mungkin akan mengalaminya pada satu hari nanti. Tujuan syaitan itu ialah agar treler melanggar kenderaan saya dari arah hadapan!!!

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah yang telah menyelamatkan saya dari serangan dari makhluk alam malakut, alam ghaib, yang dinamakan jin, syaitan dan lain-lain.

Syaitan dapat masuk ke batu seperti patung. Pada zaman nabi Musa hidup, ketika nabi Musa hendak bertemu dengan ALLAH, Tuhan yang sebenar, nabi Harun, sepupu nabi Musa telah diperintahkan oleh Nabi Musa agar mengawasi keimanan umat nabi Musa . Syaitan telah masuk ke satu patung menyerupai lembu. Syaitan mengeluarkan suara ketika syaitan berada dalam patung lembu iaitu syaitan berkata bahawa dialah Tuhan yang sebenar. Umat nabi Musa menyangka bahawa patung itu dapat bersuara . Mereka mempercayai bahawa patung lembu itu ialah Tuhan. Maka mereka menyembah patung itu. Jadi murtad. Nabi Harun gagal menghalang dan gagal menyelamatkan umat nabi Musa dari menjadi murtad.

Ada yang mengatakan bermula sejarah menyembah berhala ialah peristiwa umat nabi Musa menyembah patung lembu itu. Sejak itu manusia yang menyembah patung bertambah di dunia.

Ada maklumat mengatakan bahawa orang yang menyembah batu atau patung mengatakan patung itu bukan Tuhan tetapi sebagai alat pengantaraan yang menghubungkan permohonan mereka kepada Tuhan yang sebenar (=?). Kalau patung atau batu itu tidak ada nyawa, tidak hidup, bagaimana patung itu dapat memberitahu Tuhan yang sebenar tentang doa yang dibuat oleh manusia yang menyembah patung itu???? Justeru tentu mustahil patung atau apa-apa juga benda lain yang tidak bernyawa dapat menjadi pengantara. Adakah ilmu logic dan ilmu sains dapat membuktikan patung dan benda tak bernyawa dapat jadi pengantara??? Wahai ahli saintis barat , yahudi, cina, india,……. sila berikan jawapan anda??

Ada orang mengatakan ahli silap mata terkenal di dunia iaitu David Copperfield (betulkah ejaan?) menggunakan sihir. Sihir ialah satu lagi bentuk pengaburan yang dibuat oleh syaitan.

Seperkara lagi , syaitan dapat menyebabkan kita tiba-tiba mengantuk. Saya cadangkan anda membeli cd ayat bacaan al-quran dan pasangkan atau mainkan bila anda mengantuk ketika memandu . Berdasarkan pengalaman saya, bacaan ayat al-quran ini telah menyegarkan semula dan menghilangkan kantuk. Jika anda disihir dari jarak jauh agar mengantuk, sihir itu tidak lagi berkesan dan anda jadi segar semula.

Yang menghairankan, ada cetakan untuk cd bacaan yang melarang pengguna memainkan cd ayat suci itu ketika memandu. Harap ulamak di persimpangan kutub dapat menjelaskan. Adakah ini bidaah?

Jika diperincikan kaedah serangan dari alam malakut, maka tidaklah kita sanggup menyenaraikan semua contohnya. Jin jahat itu dapat menyerupai wajah dan tubuh anda, malah meniru suara anda. Biasalah kalau hantu raya selalu menyerupai tuannya?

Orang yang sakit jiwa, sesetengahnya dapat mendengar suara halus yang memerintahkan agar mereka melakukan sesuatu yang membahayakan diri mereka. Halusinasi? Tetapi orang lain yang tidak sakit tidak mendengar itu. Suara itu sebenarnya ialah suara jin dan syaitan.

Sekarang, telah diperkatakan pula santau melalui panggilan telefon bimbit atau handset atau handphone. Juga ada santau secara penyantau menggunakan jari telunjuk , menunjuk ke arah orang yang ingin disantau. Ramuan santau ada dalam kuku jari telunjuk.

Orang yang mengamalkan sihir sebenarnya telah diserang oleh jin iaitu iman mereka telah dirosakkan oleh godaan jin syaitan.

Ada orang pernah mengaku (dalam akhbar) bahawa dia ada mengamalkan ilmu untuk menjadi binatang. Dia kata, dia salah-guna ilmu . DIA jadi tikus agar dapat masuk ke rumah yang ada wanita (untuk lihat wanita itu telanjang?). Dia mengatakan satu hari dia terasa sangat sakit seolah-olah nyawa dia hendak tercabut. Kata dia, sebab dia salah-guna ilmu, maka akibat itu dialaminya. Soalannya, adakah hadis atau ayat al-Quran yang mengajar cara jadi tikus dan sebagainya. Bukankah bila tidak ada dalil yang membenarkan itu dibuat, bermakna itu ialah bidaah sesat haram, khurafat, sihir ………maka JATUH MURTAD????

 

 

 

 

 

Advertisements

Gempar!> Wartawan Italy Kata Nampak Allah S.W.T di Afghanistan!!! > Panji-Panji Halimunan

yang,abanghanyacintakausaja.BurunglainAbangTakpikat.

yang,abanghanyacintakausaja.BurunglainAbangTakpikat.

tidakmustahiljikamalaikatmenjelmamenjaditenteraberkudauntukbantuIMAMMAHDI

tidakmustahiljikamalaikatmenjelmamenjaditenteraberkudauntukbantuIMAMMAHDI

abanggeramsayangnicomel.BETUL,abangtakadaburungbetinalaindihatiAbang.

abanggeramsayangnicomel.BETUL,abangtakadaburungbetinalaindihatiAbang.

AL-QuranMenyatakanTenteraAbrahah&DiriDiamatiterkenabatuyangmembawapenyakit.BatuyangdilontarOlehTenteraBurung.

Abrahah&TenteranyaMatiterkenabatuBerpenyakityangdilontarBeburung.

kejadianGanjil:TenteraBurungDiAfghanistan

kejadianGanjil:TenteraBurungDiAfghanistan

bird1

DenganKecantikanku,GagakTerasaHinakan?

DenganKecantikanku,GagakTerasaHinakan?

InikahBeburungYangSelamatkanMujahidinAfghanistan?

InikahBeburungYangSelamatkanMujahidinAfghanistan?

Aku "melihat Allah" melalui kamu, beburung.

Aku “melihat Allah  melalui kamu”, beburung.

ZamanNabiSulaiman,burungDapatberbahasaManusia.ItuLebihpelikDaripadaPeristiwadiAfghanistan

ZamanNabiSulaiman,burungberbahasaManusia.Itu

naktahukisahlanjut?BacaBlogSUFI&DPK!!!

Penat saya taip, draf tak menjadi, web tak seperti yang diharapkan. Susahlah guna wordpress.com. Lain kali saya cari syarikat lain sahaja untuk bina web saya???

Saya pernah meminjam sebuah buku, milik perpustakaan awam. Judul? Maaf, saya lupa. Kandungan buku sangat menarik, menceritakan kisah yang dikatakan benar-benar terjadi di Afghanistan. Banyak peristiwa berkeramat itu saya dah tak ingat .

Seorang juruterbang tentera Rusia membawa bom . Dia melihat ke bawah. Dia tidak dapat nampak  kawasan sasaran , kawasan yang ingin dibom . Sebab apa? Kerana banyak burung terbang di bawah kapalterbang yang dipandu dia itu. Kemana pun kapalterbang itu bergerak, beburung mengikuti dengan terbang di bawah kapal terbang itu, menghalang pemandangan di bawah. Seolah-olah ada magnet di kapal terbang itu yang menarik beburung itu. Peristiwa aneh ini dilihat oleh seorang WARTAWAN berbangsa ITALY. Sebab itulah dia berkata: “Aku melihat Allah di Afghanistan”. Selepas peristiwa itu, wartawan itu memeluk agama ISLAM dengan sepenuh keyakinan. MasyaAllah! Subhanallah! Alhamdulillah! Allahuakbar!!!

Mereka yang mengetahui bahawa ketika itu Afghanistan mempunyai banyak sekolah-sekolah tarekat atau kesufian mungkin tidak hairan terhadap kekeramatan-kekeramatan yang terjadi di Afghanistan. Tentera sufi berkeramat ketika itu telah wujud di Afghanistan. Pejuang mujahidin Afghanistan!!!

Pernah terjadi, tentera Rusia memasuki satu kawasan yang tidak ada lelaki, hanya wanita yang ada. Yang lelaki pergi berjuang di medan perang, melawan tentera Rusia. Tentera Rusia cuba merogol wanita-wanita ISLAM di tempat itu. Tentera Rusia gagal merogol kerana wanita-wanita itu melawan sampai mati. Inilah kemenangan. Wanita itu mati sebagai pejuang jihad yang menang di rumah-rumah mereka kerana kematian mereka ialah mati syahid . Ganjaran mati syahid ialah SYURGA. Jadi, benarlah wanita yang mati itulah yang sebenarnya pemenang, bukan tentera Rusia yang membunuh mereka. Tidak mustahil juga jika ada tentera Rusia yang mati dibunuh oleh wanita-wanita itu.

Pernah terjadi, seorang mujahidin Afghanistan mengacu senapang dia ke arah satu kenderaan tentera Rusia . Dia menembak kenderaan itu lalu menyebabkan kenderaan itu meletup. Letupan tersebut menyebabkan kenderaan-kenderaan tentera Rusia yang lain juga meletup. Akibat daripada peristiwa itu, tentera Rusia berundur .

Pada satu hari, ada orang melihat seorang kanak-kanak kecil (jika tak silap saya, buku yang saya baca itu mengatakan kanak-kanak itu berusia 5 tahun) membawa sebiji bom. Bukan bom mainan. Bom yang sebenar!!! Bila orang bertanya kenapa dia membawa bom, kanak-kanak itu menjawab dia hendak mengebom tentera Rusia.

Di satu kawasan, kelihatan mayat-mayat tentera Rusia dan mujahidin Afghanistan bergelimpangan. Tiba-tiba datang banyak anjing ke situ. Anjing-anjing itu kelihatan seperti cuba mengenal mayat-mayat. Jika mayat itu ialah tentera Rusia, anjing itu memakannya. Jika mayat itu ialah mujahidin Afghanistan, anjing enggan makan. Membiarkan sahaja.

Satu mayat mujahidin Afghanistan kelihatan mengalir darah dari luka. Darah itu mengalir ke tanah dan membentuk  perkataan LAILAHAILLALLAH….

 Tentera Rusia akhirnya mengangkat bendera putih dan keluar dari Afghanistan, kembali ke Rusia. Mujahidin berjaya dalam peperangan!! Ramai tentera Rusia yang terbunuh.

Kenapa bila Amerika menyerang MUJAHIDIN , Amerika akhirnya menang dan berjaya menguasai Afghanistan. Pada pendapat saya, salah-satu faktor kekalahan mujahidin Afghanistan ialah:

1=Lemah keimanan kepada Allah

2=Kematian pemimpin mujahidin

3=Sekolah-sekolah tarekat atau kesufian telah dimusnahkan (ini berdasarkan laporan satu akhbar)

tidakmustahiljikamalaikatmenjelmamenjaditenteraberkudauntukbantuIMAMMAHDI

tidakmustahiljikamalaikatmenjelmamenjaditenteraberkudauntukbantuIMAMMAHDI

UMAT ISLAM TENTU AKAN BERJAYA MENGALAHKAN TENTERA USA  atau  AMERIKA KERANA ALLAH TELAH MEWAHYUKAN KEPADA NABI MUHAMMAD BAHAWA IMAM MAHDI AKAN MEMERINTAH DUNIA INI. Takdir ini kekal , tidak berubah dan pasti terjadi.

Ini berlaku ketika bintang iringan telah diturunkan ke bumi. ISLAM TULIN AKAN JADI KUASA PALING BERWIBAWA, PALING DITAKUTI, PALING DISEGANI, PALING BESAR DAN PALING BERKUASA. ISLAM TULIN AKAN MENAKLUKI DAN MEMERINTAH DUNIA. Takdir ini tidak dapat diubah kerana ini adalah perkara yang Allah mahu terjadi.

Back To Menu