Teori 2 Zon Hutan-Belantara By Perintis Minda

Author of This Article is The Symbol Of U'zlah

Author of This Article is The Symbol Of U’zlah

Article category = PERiNTiS mindA

Article category = PERiNTiS mindA

Artikel ini  memaparkan kisah-kisah benar yang dialami oleh saya:

Pada suatu masa dahulu, saya ialah seorang pelumba kereta kategori 2 zon hutan-belantara yang sangat mahir dan cekap. Itulah gelaran yang saya dapat saya berikan kepada saya. Semoga saya tidak kembang hidung atau kembang dubur kerananya.

Boleh juga dikatakan saya berpengalaman setahun berlumba di situ. Merentas dua zon hutan di dua daerah yang bersambungan setiap hari adalah pengalaman yang menyeronokkan, mencemaskan pun ada. Pada peringkat permulaan, saya sangat kagum dan hairan bagaimana pemandu-pemandu kereta dapat memandu dengan pantas di jalan tar dan jalan Tanah yang sempit , banyak selekoh pendek yang sangat merbahaya, jalan yang bercerun-cerun tinggi, rosak berlubang di sana-sini, berbonggol-bonggol akibat gegaran dan pergerakan struktur Tanah, bergaung maut , berparit besar dan dalam di tepi jalan. Itulah keadaan jalan-jalan di hutan dan kampong yang sunyi dalam hutan. Yang juga menjadi kawasan penjenayah bersembunyi dan menyembunyikan kereta yang dicuri untuk dibuka bahagian-bahagiannya untuk di jual. Malah jalan hutan itu ada masanya banjir.

Keadaan mereka dapat memandu dengan pantas seolah-olah jalan-jalan itu ialah lebuh-raya yang luas dan selesa sangat menarik perhatian saya. Saya, kemudiannya berfikir bahawa suatu hari nanti saya juga akan jadi pelumba yang cekap, berlawan dengan kereta lain dan masa.

Akhirnya benar-benar menjadi kenyataan. Saya dapat menewaskan beberapa pemandu (dapat memotong mereka) yang memandu laju di selekoh-selekoh bercerun yang sempit di hutan-hutan.

Berlumba di hutan belantara yang sempit , jalan bertanah, bercerun selekohnya, berbonggol dan bahaya jauh berganda-ganda lebih nikmat daripada berlumba di LITAR FORMULA ONE DI SEPANG, SELANGOR!!!!

Walaupun saya tidak pernah berlumba di litar formula one di Sepang itu, tapi itulah kenikmatan yang saya rasakan. Tetapi saya tidak ingin meneruskan kehidupan memandu di hutan-hutan kerana memang telah banyak terjadi pengalaman-pengalaman yang pahit seperti:

** Peristiwa nyaris termasuk ke gaung kerana mengantuk memandu waktu malam (memandu waktu malam dan siang di hutan ialah aktiviti harian saya ketika tahun itu)

** Peristiwa-peristiwa kenderaan saya pecah penutup tangki minyak gear kerana kereta saya terlalu rendah dan bonggol tinggi . Bonggol memecahkannya menyebabkan kereta saya mati injinnya. Ada berlaku seperti ini ketika saya keseorangan di hutan pada waktu malam di tempat yang sunyi, tiada kampong, pada bulan puasa Ramadan!!!

** Melihat mayat dibungkus pada waktu malam. Wanita itu mungkin dirogol sebelum dibunuh?

** Kawasan hutan itu ialah sarang penjenayah

** Saya banyak rugi wang kerana belanja petrol yang sangat luarbiasa tinggi

belantara

hutan

hutanbelantara

hutan lagi

Ada juga terdapat zon Tanah runtuh. Walaubagaimanapun, lori besar suka masuk ke hutan-hutan itu, jalan yang sempit, bercerun, bergaung, berselekoh maut. Mungkin kerana itu ialah jalan pintas ke Bandar atau kerana mereka membawa sesuatu yang menyalahi undang-undang!!!

Saya juga pernah melihat seekor beruang dewasa berada di tepi jalan hutan itu. Bila saya memandu lebih dekat, beruang itu segera melarikan diri. Beruang ialah binatang yang mampu berlari lebih laju daripada manusia, dapat memanjat pokok dengan pantas. Memang sangat merbahaya. Malah sanggup merempuh kereta!!! Memang terdapat hutan simpan di salah-satu zon daerah itu. Saya juga pernah melihat bayangan putih terbang dari satu dahan pokok yang tinggi. Benda itu terbang ke arah bumbung kereta yang saya sedang pandu waktu malam yang sunyi. Saya rasa itu ialah HANTU.

Ada yang mengatakan di hutan itu terdapat gajah. Memang ada pusat renjer. Hutan yang ada pusat renjer kelihatan tidak menyeramkan tetapi satu lagi daerah yang saya lalui hari-hari sangat menyeramkan sebab keadaan pokoknya yang rendah , terlalu banyak menutupi pemandangan di tepi-tepi jalan, kiri dan kanan, menakutkan terutama malam!!!

Sebab bimbang tentang bahaya hutan, itu juga menjadi factor saya berlatih menjadi seorang pemandu pantas , pelumba hutan-belantara kategori 2 zon , siang dan malam. Saya selalu ingin segera keluar dari 2 hutan yang menakutkan itu.

Dari pengalaman-pengalaman saya memandu di hutan waktu malam dan siang setiap hari, maka saya ada teori saya sendiri tentang TIDUR:

Keadaan kantuk selalu bermula dari tengkuk, belakang leher dan rasa kantuk yang letih itu merayap dari belakang leher ke belakang kepala lalu segera bergerak ke tepi kepala , kiri dan kanan , akhirnya, mata jadi kuyu dan tertutup atau sekejap terbuka, sekejap tertutup. Aktiviti sel-sel saraf dan lainnya, semakin perlahan, semakin hilang tenaganya dan kesemua gerakan itu bergerak ke  belakang badan , naik ke belikat kanan dan kiri, kemudian naik ke tengkuk dan seterusnya seperti yang dinyatakan tadi. Kemungkinan di zon-zon pergerakan terakhir itu memang ada sel-sel saraf khas yang bertindak untuk menarik tenaga dan pergerakan dari sel-sel saraf yang biasa bila tiba masanya atau kerana sel-sel biasa itu terlalu kuat bekerja atau bergerak yang menyebabkan letih. Justeru, saraf khas ini bertindak secara automatic untuk memberi peluang badan menyimpan semula tenaga termasuk simpanan lemak bagi mengelakkan dan mengurangkan kerosakan atau kekurangan nilai kualiti badan akibat sel-sel yang terlalu aktif , tenaga yang berlebihan daripada biasa atau melebihi keperluan, atau kerana terlalu lama system biologi badan bekerja. Tetapi sel-sel saraf khas yang berfungsi untuk menghasilkan proses tidur itu ada masanya terganggu atau tidak dapat Berjaya menghasilkan tarikan dan penyimpanan tenaga untuk guna semula (ketika terjaga dari tidur) kerana factor-factor tertentu, misalnya. Contohnya:

Saya pernah banyak kali menyanyi waktu memandu , selama berjam-jam memandu untuk mengelakkan berlaku kantuk dan itu memang Berjaya mencegah kantuk. Justeru, bahagian otak yang dikaitkan dengan saraf dan sel-sel tertentu mempunyai keadaan  pengaktifan yang menghalang pengaruh saraf penidur berlaku. Rasa nikmat menyanyi dan penumpuan otak, saraf dan sel peti suara, gelombang suara menjadi penghalang proses saraf tidur yang Berjaya menghalanginya. Ada kalanya makan-minum juga menghalangi proses kantuk ini tetapi ada kalanya gagal. Urutan pada tengkuk , belakang badan, belikat, belakang kepala juga mungkin Berjaya menghalangi tetapi banyak juga gagal menghalangi tindakan saraf penidur.

Nasib baik saya tak bersua dengan pak belang sebab ada beberapa kali saya dah gila, masuk ke hutan berjalan kaki hingga banyak kali tersesat untuk mencari kedudukan kereta saya!!!! Alhamdulillah yang menyelamatkan saya!

Nasib baik saya tak bersua dengan pak belang sebab ada beberapa kali saya dah gila, masuk ke hutan berjalan kaki hingga banyak kali tersesat untuk mencari kedudukan kereta saya!!!! Alhamdulillah yang menyelamatkan saya! Tujuan saya masuk ke hutan dengan berjalan kaki ialah untuk melihat binatang merbahaya dan pelik ! Saya nak jumpa harimau, gajah, ular tedung, beruang dan lain-lain. Memang sah, otak saya dah senget!!!

ninja dapat lompat macam ni?

ninja dapat lompat macam ni?

Anda lari ke atas pokok, tiger panjat pokok. Anda lari ke dalam sungai, Tiger dapat berenang. Di mana lagi anda dapat lari??

Anda lari ke atas pokok, tiger panjat pokok. Anda lari ke dalam sungai, Tiger dapat berenang. Di mana lagi anda dapat lari??

Engkau putih, aku belang. Walaubagaimanapun sebenarnya tiada apa-apa makna kecuali jadi harimau yang paling bertakwa!!

Engkau putih, aku belang. Walaubagaimanapun sebenarnya tiada apa-apa makna kecuali jadi harimau yang paling bertakwa!!

Binatang aneh yang ditemui oleh seorang saintis yang menamakannya sebagai harimaunjing??!!

Binatang aneh yang ditemui oleh seorang saintis yang menamakannya sebagai harimaunjing??!!

harimaulah

harimautiger

Rekabentuk luaran Proton Satria Neo ialah berdasarkan bentuk harimau . Ini pendapat saya.

Rekabentuk luaran Proton Satria Neo berdasarkan bentuk harimau . Ini pendapat saya.

Industri Air Mani By Jeritan Seantero Dunia

Peringatan Harian ke 21= WATER flow ok? No Aedes?

Peringatan Harian ke 21= WATER flow ok? No Aedes?

Peringatan harian ke22=Is Water Tube Under Ground Ok?

Peringatan harian ke22=Is Water Tube Under Ground Ok?

Peringatan Harian Ke 23= Is this OK?

Peringatan Harian Ke 23= Is this OK?

Peringatan Harian ke 24= Is trap on Roof OK?

Peringatan Harian ke 24= Is trap on Roof OK?

Ada yang mengatakannya sebagai bank air mani. Ini ialah tempat menjual air mani yang masih subur, sihat. Seseorang lelaki yang datang ke situ, boleh melancap untuk mengeluarkan air mani. Pusat penjualan itu akan menyimpan air mani dia. Tak mustahil jika lelaki yang melancap itu mendapat bayaran kerana memberikan air mani dia. Pusat seperti ini memang telah wujud di dunia. Wanita yang ingin anak , diberi peluang untuk pergi ke pusat ini untuk membenarkan syarikat penjual sperma atau air mani ini memasukkan atau menyuntik sperma lelaki ke lubang farajnya. Supaya akan berlaku kehamilan. Ulamak mengatakan ini ialah cara untuk berzina. Memasukkan air mani seseorang yang bukan suaminya ke farajnya ialah perzinaan. Bayi yang lahir nanti ialah bayi luar nikah. Maka, syaitan tak rasa perlu memasukkan kemaluannya ke faraj seseorang wanita yang membeli air mani itu . Jika seseorang suami-isteri tidak membaca doa sebelum bersetubuh, maka syaitanlah yang akan kongkek bininya dulu. Maka air mani syaitan telah masuk ke faraj wanita itu. Maka, anak yang akan lahir itu nanti sangat terdorong berbuat jahat . Bayi tabung uji? Ada tulisan yang mengatakan bahawa pelakon-pelakon seks barat itu ramai di kalangan mereka ialah anak luar nikah. Anak zina tidak berhak mewarisi harta faraid?  Jika seseorang itu , ada yang sanggup membenci dan membunuh anak kandungnya sendiri, adakah kebahagian untuk anak yang lahir dengan cara suntikan ini??? Siapakah yang akan jadi wali jika mereka ingin berkahwin? Jika seseorang anak zina jenis suntikan atau tabung ini akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah anak sebenar kepada “ibu-bapanya”, jiwanya tidak mustahil bergelora. Lebih siksa jika dia ingin mencari ibu-bapa kandungnya. Dia mungkin membunuh diri jika gagal menemui ibu-bapanya. Kelompok manusia yang jadi anak zina ini tidak mustahil senang dipengaruhi serta diperalatkan untuk mencapai sesuatu tujuan yang tidak baik. Merekalah robot dan tentera nafsu. Dunia bergelora kerana serangan mereka. Zionis gembira tentangnya. Jika mandul suami atau isteri, ada cara lain yang halal untuk dapat anak seperti mengambil anak angkat??  Memang salah-satu tujuan perkahwinan itu ialah kerana berkehendakkan anak tetapi jika tiada anak bukan bermakna tiada peluang kebahagiaan di dunia dan akhirat.  Orang yang kuat iman, jika anaknya mati, dia sangat redha, tidak menangis atau menangis sedikit tetapi tidak berbunyi. Jika pun dapat anak yang bukan luar nikah, tidak bermakna anak itu pasti jadi anak yang berguna. Kerana perzinaan mungkin dilakukannya. , Zina bau, zina mata. Melihat aurat itu ialah zina mata. Budaya melayu yang tidak hairan lelaki dan wanita yang bukan muhrim saling berpandangan, saling sentuh-menyentuh (seperti pelakon-pelakon filem dan iklan), saling bergurau-senda, …semua itu ialah pintu atau pendorong kepada zina kemaluan. Kalau umat Islam zaman nabi Muhammad ada yang masih hidup dan melihat semua ini, alangkah terperanjatnya mereka, sebab haram wanita memandang dan bergaul, bersahabat, berkenalan dengan lelaki yang bukan muhrimnya. Begitu jugalah sebaliknya. Tetapi sudah jadi adat melayu sekarang, seseorang itu dapat dengan mudah bersama tunangnya, berjalan ke mana-mana. Ibu-bapa tidak larang. Semuanya kerana kejahilan dan nafsu yang tidak terkawal. Bertunang bukan bermakna telah menjadi muhrim. Pertunangan bermakna perjanjian untuk berkahwin TETAPI pertunangan bukan lesen untuk teruna dan dara itu berkenalan. Kerana untuk menyiasat keperibadian tunang masing-masing, ada banyak cara lain yang halal seperti:

1= Menemui bapa saudara atau ibu saudara tunangnya untuk mendapatkan maklumat

2= Mendapatkan maklumat daripada sumber tulisan seperti jika tunangnya itu ada biografi atau laman web, melihatnya di internet

3= Ibubapa sendiri boleh tinggal beberapa hari di rumah bakal besan untuk menyiasat keperibadian bakal menantunya

4= Mendapat maklumat daripada orang yang membenci tunangnya kerana ada masanya pendapat orang yang dengki atau musuh mungkin menasabah atau benar

5=Menyiasat sendiri. Mengekori secara rahsia??

6= Mempelajari tasauf dan psikologi ISLAM dan kaitkan dengan tunang

7=Melaksanakan solat istiharah dan solat hajat

Apa yang dipilukan, wanita yang berada di Pusat Perlindungan Wanita, bukan semuanya hilang dara kerana dirogol, malah ada yang suka sama suka , namun mereka tidak dihukum, malah penzina-penzina yang melahirkan anak haram itu diberikan perlindungan , makanan, minuman, perubatan dan lain-lain menggunakan wang rakyat. AZAB DAN BALA DARIPADA TUHAN AKAN TERUS DATANG DAN DATANG DAN DATANG LAGI SELAGI perintah Allah agar melaksanakan kewajipan menghukum penzina mengikut hukuman yang dinyatakan dalam al-Quran TIDAK DILAKSANAKAN OLEH KERAJAAN DAN RAKYATNYA.