Special Modus-Operandi Telescope By Perintis Minda

Use Block which created to Lock the cupboard as alternative method.

Peringatan Harian ke 13 = Use Block which created to Lock the cupboard as alternative method.

Peringatan Harian ke 14= Cautious!!! Cobra May Come FromToiletDrain.

Peringatan Harian ke 14= Cautious!!! Cobra May Come FromToiletDrain.

Cover Washing Machine before rat, lizard, ...etc go in it.

Cover Washing Machine before rat, lizard, …etc go in it.

 

Perkara luarbiasa dan yang dianggap mustahil terjadi,  telah lazim berlaku di seluruh dunia. Begitu juga perkara yang kita tidak terfikirkan sebelum hal itu terjadi.

Seorang wanita yang entah dari mana , tiba-tiba datang ke rumah. Bertanyakan alamat atau rumah yang ingin dicari lalu PEMILIK rumah membuka pintu. Wanita itu masuk. Tiba-tiba masuk beberapa lelaki ke dalam rumah melalui pintu yang telah dibuka dengan parang panjang. Sebenarnya wanita ini sahabat perompak itu, pura-pura bertanya. Berita di tv malam semalam (25 September 2013) lebih cepat lagi. Iaitu bila pemilik rumah sedang membuka pintu, dia diserang secara tiba-tiba dan tangan pemilik rumah itu diikat .

Lebih merbahaya pencerobohan ikut bumbung dengan membuka bahagian bumbung atau dengan memecahkan dinding yang di atas siling yang juga jadi dinding jiran. Telah ada mesin pemotong grill atau besi yang berkuasa bateri yang senyap, tiada bunyi kuat atau hampir tiada bunyi semasa mesin itu memotong.

Juga telah ada gas pemotong dinding yang boleh memotong dinding batu secara bulat atau lainnya untuk memudahkan pencerobohan. Jenayah begini telah pernah terjadi.

Melarikan mesin ATM kepunyaan bank dengan mengikat mesin itu dan tali ikatan yang disambung dengan kenderaan penarik. Jenayah begini juga pernah terjadi.

Menggunakan ilmu pukau dan ilmu sihir untuk membuat penghuni rumah tiba-tiba mengantuk lalu tertidur atau tidur.

Juga kenderaan yang bergerak senyap setiap malam berhampiran rumah dan penjenayah menunggu peluang menceroboh. Bila penghuni rumah lambat tidur atau tidak dapat dipastikan bila akan tidur sehingga menyebabkan penjenayah yang menunggu mengantuk, kawannya yang baru datang “ditugaskan pula menunggu”. Macam kerja syif  pula.

Mangga dapat dibuka dengan hanya satu pukulan penukul yang tidak terlalu kuat. Saya sendiri pernah melihat orang yang membuka mangga dengan satu kali pukulan penukul. Maka tentu, lebih tidak selamat jika menggunakan mangga bernombor (menggunakan system kod untuk buka)

Pencerobohan dengan mengesan kod pemancar yang membolehkan rumah dibuka dari jarak jauh (berkenaan teknologi rumah pintar) juga dikatakan tidak mustahil terjadi. Ada pula yang mengatakan apabila mesin pembaca kad kredit yang digunakan di kaunter-kaunter bayaran dapat mendedahkan nombor pin kad tersebut. Juga ada yang mengatakan seseorang penggodam password computer dapat mengesan password jika mempunyai pengetahuan computer setaraf Ijazah computer. Seorang lelaki pernah memberitahu sahabatnya dapat mengesan password akaun isteri dia yang dia cuba siasat sama ada menjalinkan hubungan jarak-jauh (melalui facebook) dengan lelaki lain atau tidak.

Juga pernah dinyatakan dalam akhbar bahawa penjenayah memasukkan sesuatu dalam lubang untuk kad atm agar kad atm pengguna mesin itu tersekat. Kemudian , penjenayah akan datang , menyamar sebagai kakitangan bank yang cuba untuk menyelesaikan masalah kad atm tersangkut , tidak dapat dimasukkan ke lubang itu secara sempurna. Penjenayah yang menyamar itu akan mengambil kad atm mangsanya itu. Ada pula modus operandi seperti yang pernah dinyatakan oleh sebuah bank di Malaysia:

Seseorang sedang menggunakan kad atm. Tiba-tiba datang seorang menepuk belakang dia, memberitahu kononnya kad orang yang sedang menggunakan mesin ATM itu terjatuh di belakang orang itu. Ketika orang itu cuba mengambil kad yang terjatuh, sahabat penjenayah (atau mungkin bank itu mengatakan penjenayah yang menepuk itu ) akan segera mengeluarkan kad atm mangsa yang ada dalam mesin kad ATM dan menggantikan dengan kad atm yang palsu atau tidak berguna ke dalam mesin itu. Mangsa tidak menyedari bahawa kad yang terjatuh dan yang berada dalam mesin itu bukan hak mangsa.

Justeru kita mestilah cuba mempunyai daya imaginasi (walaupun imaginasi itu kelihatan gila atau tak logic atau mustahil berlaku) luarbiasa tentang apa yang penjenayah fikirkan dan akan lakukan supaya kita dapat segera menyediakan pula kaedah pencegahan dan cara melawannya. Imaginasi kita itu ibarat telescope yang istimewa untuk mengesan modus-operandi pelik dan luarbiasa yang cuba dilakukan oleh penjenayah.

Contoh imaginasi itu?

Anda menghantar kereta ke bengkel. Semasa anda memerhatikan mekanik itu, mekanik itu mengambil tali luar injin yang baru . Anda lihat memang baru sebab masih dalam bungkusan plastic tetapi bila tiba-tiba anda tidak melihat mekanik itu, segera mekanik itu menyembunyikan tali luar injin itu dan mengambil yang lain yang juga dalam plastic tetapi plastiknya telah dikoyak. Sebenarnya yang ini tali terpakai yang dipasangkan dekat injin kereta anda.

Lebih keji lagi jika bahagian kereta yang bermasalah itu memang betul-betul digantikan dengan alatganti tulin dan dipasangkan dengan sempurna tetapi mekanik itu juga telah merosakkan atau mencacatkan aksesori atau bahagian lain kereta anda tanpa anda menyedari (tentu ketika anda tidak lagi memantau kerja mekanik itu)

Pengalaman-pengalaman saya membuktikan bahawa terdapat bukti-bukti yang menunjukkan mekanik-mekanik tidak jujur dan menipu saya.

Kalau anda memiliki helicopter, pastikan skru pada helicopter itu benar-benar telah ketat. Jika tidak , kipas helicopter akan longgar dan menyebabkan helicopter terhempas ke bumi.

Sebuah van datang ke rumah anda untuk memasang alat penyembur wangian automatic di rumah anda. Anda membuka pintu dan pekerja syarikat itu pun masuklah. Setelah pemasangan dibuat, pekerja itu menerima bayaran daripada anda. Kemudian pekerja itu meninggalkan rumah anda , pergi dengan van. Anda pun mencuba alat penyembur wangian itu. Memang Wangi. Beberapa minit kemudian , mata anda tiba-tiba kuyu dan tidak lama kemudian anda telah pun jatuh pengsan. Van itu tiba-tiba datang semula ke rumah anda dan memecahkan tingkap anda dan mencabut grill tingkap. Seluar dalam anda yang dah koyak pun dicurinya. Sudahlah koyak, dah sebulan tak basuh. Bau? Tak perlu ceritalah. Bila polis menjalankan siasatan, di dapati bahan wangian tersebut tidak diluluskan oleh kementerian kesihatan dan kementerian perdagangan kerana bahan tersebut sebenarnya ialah bahan untuk memengsankan pesakit sebelum pembedahan.

Anda sedang memandu. Tiba-tiba anda melihat ada kenderaan masuk ke parit besar. Anda keluar dari kereta . Anda melihat pemilik kereta luka parah. Anda pun datang ke arahnya untuk memberikan pertolongan. Tiba-tiba kemaluan anda ditendang oleh pesakit tersebut. Anda jatuh. Pesakit segera merampas dompet dan kunci kereta anda . Dia segera masuk ke kereta anda dan memandu kereta anda dengan pantas. Luka di tubuh penjenayah itu sebenarnya ialah luka buatan atau tiruan sahaja. Luka palsu. Kenderaan yang masuk ke parit itu sebenarnya kenderaan yang murah dan banyak rosak yang telah dicuri oleh penjenayah itu.

Tetapi lebih menakutkan ialah jika beberapa pihak bersubahat, berpakat melakukan jenayah. Contoh? Anda sedang berjalan kaki. Tiba-tiba anda di rompak. Anda menjerit. Tiba-tiba datang polis menyelamatkan anda. Polis membawa masuk penjenayah yang digari ke dalam kenderaan polis. Wang dan dompet anda dikembalikan kepada anda. Anda mengira wang anda . Tidak berkurangan sedikit pun. Wah! nasib baik. Wang anda selamat. Anda kemudian pergi ke kedai. Peniaga menggunakan mesin pengesan wang palsu. Peniaga kata wang anda palsu. Anda guna pula wang lain. Wang itu pun dikesan sebagai palsu. Sebenarnya polis itu memang polis sebenar tetapi telah berpakat dengan penjenayah. Polis itu kemudian telah membebaskan penjenayah. Syaratnya penjenayah kena bagi upah dengan memberikan sebahagian wang anda yang dicuri tadi. Penjenayah itu sebenarnya telah mengambil semua wang anda dan memasukkan wang palsu ke dalam dompet anda supaya anda fikir wang anda telah diselamatkan oleh polis tadi. Polis jahat banyak dalam dunia ini? Tidak mustahil!

 

 

 

 

 

 

Advertisements

BahayaEnglish<olehPerintisMinda

DPKpioneerCanlearnEnglishButnotImpossibleIFhisEnglishStillWrong

DPKpioneerCanlearnEnglishButnotImpossibleIFhisEnglishStillWrong

Pada pendapat saya , bagi orang melayu Malaysia, jika mereka mahir 3 bahasa ini, maka cukuplah: Bahasa melayu, English dan Arab. Tak perlu pelajari bahasa lain jika mahir 3 bahasa ini. ENGLISH DIPUJA-PUJA oleh pelbagai bangsa? Kalau mahir English, terasa hidup sempurna dan akan jadi lebih kuat dan maju? Ada pendapat mengatakan bahasa penduduk syurga ialah bahasa Arab atau bahasa al-Quran, bukan English. English, walaupun banyak kebaikan mempelajarinya namun english juga mempunyai banyak bahayanya. Contohnya English dipergunakan dalam borang dan dokumen dan urusan rasmi tertentu padahal hal ini kurang atau tidak difahami sedikitpun oleh banyak orang yang berurusan dengan borang, dokumen dan urusan rasmi ini. Yang membuat borang dan dokumen dalam bahasa English ini seperti orang yang dah gila, tidak siuman kerana seolah-olah menganggap semua penduduk di Malaysia (sebagai contoh) tahu dan mahir English. Nampak jelas orang gila ini berniat tidak baik kerana menggunakan English? Saya tidak ingin memperkatakan lebih lanjut bahaya di atas dan bahaya lain-lain English kecuali bahaya english yang dikaitkan dengan PEMBAYANGAN. Saya yakin bahaya pembayangan ini jarang difikirkan oleh manusia atau kebanyakannya tidak menyedari bahaya ini. Apabila manusia itu solat, mereka digalakkan memahami maksud tersurat dan yang tersirat dalam bacaan solat. Ini kerana ingatan yang tertumpu pada maksud itu dapat mempengaruhi hati. Contohnya, jika ayat al-Quran yang dibaca menerangkan tentang penyiksaan di akhirat, maka hatinya teringat dan terbayangkan azab di neraka. Pembayangan seperti ini tidak mustahil memberikan impak seperti takut kepada Allah atau disebutkan sebagai takwa. Justeru, selepas solat, seseorang itu tidak mustahil masih berasa takwa dan ini mencegah dia melakukan sesuatu yang ditegah oleh Tuhan. Bahaya Pembayangan English amatlah banyak. Yang dimaksudkan dengan pembayangan English ialah bahawa PERKATAAN english itu menyebabkan pelbagai ingatan dan imaginasi yang mendorong melakukan seperti yang diingati itu atau yang dikhayalkan itu atau dengan hal-hal yang buruk yang lain. Jika hendak cari bukti, tidak perlu jauh-jauh kerana logik sudah ada. Logik bahaya ini wujud ialah sangat menasabah bila dikatakan ingatan tentu dapat mempengaruhi nafsu dan hati kerana ingatan membawa imej, rasa nikmat, rasa ingin tahu atau mencuba dan lain-lain yang menjadi pendorong. Pembayangan english dapat dikategorikan seperti berikut: 1=Kategori semakna: iaitu perkataan yang seerti 2=Kategori semakna tetapi belum tentu semaksud: perkataan dalam kategori ini mempunyai pelbagai perkataan yang sesetengahnya sebenarnya hanya sesuai digunakan untuk keadaan tertentu sahaja kerana mempunyai maksud yang berbeza . Contohnya: “bum” dalam english bermakna pengemis, pemalas dan Punggung. Contoh bahaya perkataan ini ialah bila seseorang terpandang seorang pengemis dan pemalas, dia juga teringat punggung . Kalau dia jenis manusia yang gemar meraba, maka perkataan bum yang diingati itu dapat mendorongnya melakukan gangguan seksual (meraba punggung). cartoonlagienglish

adaPembayangEnglishyangmerbahayadisini?

adaPembayangEnglishyangmerbahayadisini?

Saya percaya bahawa tidak mustahil jika dikatakan besar kemungkinan pencipta-pencipta English , ada di antara mereka ialah musuh Islam, musuh terhadap perlakuan dan sifat yang baik. Mereka  menyedari perhubungan di antara lafaz dan ingatan dan hubungan antara ingatan dengan pendorongan. Umpama zikir kepada Allah dapat menyucikan hati dan dapat mendorong melakukan ketaatan kepada Allah. Jumlah perkataan yang jadi pembayang yang merbahaya yang dalam kategori seerti dan yang dalam kategori ke 2, memang banyak. Justeru kebanyakan perkataan english tidak digunakan dalam percakapan harian tetapi masih banyak perkataan harian yang dapat membayangkan sesuatu seperti seks, judi, arak, dan lain-lain kejahatan.

TheSharkimaginedthistragedybeforetheaccidenthappen

TheSharkimaginedthistragedybeforetheaccidenthappen

Syaitan akan membantu pembayangan dan ingatan yang mendorong kejahatan dengan berbisik-bisik ke telinga manusia itu secara berulang-ulang berjam-jam. Memang pada bahasa lain seperti bahasa Malaysia juga ada pembayang yang merbahaya tetapi saya rasa tidaklah sehebat pembayang english. Kalau dalam bahasa Malaysia, perkataan tempik itu ialah seperti melaung dan berteriak  tetapi ada orang mengatakan makna lain bagi perkataan tempik itu ialah faraj atau pantat atau kemaluan wanita!!! Benarkah dalam bahasa jawa perkataan tempik bermakna pantat? lagienglishcartoon

AdadikatakanKalauterlebihpandai,akibatnyamasukTanjungRambutan

AdadikatakanKalauterlebihpandai,akibatnyamasukTanjungRambutan

seorangguruyangmengajarsainsdalamEnglishMengatakankepadasayabahawaAdaperkataanenglishyangDiataktahunakmembunyikannya/menyebutnya.

GurusainsdalamEnglishMengatakanAdaperkataanEnglishdiataktahunaksebut

kamusbunyiperkataanEnglish?

kamusbunyiperkataanEnglish?

 

BACK TO MENU…..???