Baitan Yang Lunak Merdu

 

 

Alat supercharged buatan syarikat dari Australia, sprintex dipasang dengan enjin campro CPS dapat meningkatkan kuasa Proton Satria NEO edisi Lotus Renaut yang dalam fasa prototype ke 175hp & 200Nm tork.

Alat supercharged buatan syarikat dari Australia, sprintex dipasang dengan enjin campro CPS dapat meningkatkan kuasa Proton Satria NEO edisi Lotus Renaut yang dalam fasa prototype ke 175hp & 200Nm tork.

hijab is faith not fashionuzlah di sampan depan bulan

Di kala aku di perahu purnama menemaniku

jubah serban purdah gelaran ketua mufti

bukan tentu tanda kebenaran akan Nampak darinya

demikian pujian yang menggunung mengatakannya soleh solehah

maka tafakurku terus kembara

purnama membisik ke cupingku

ketika ini pencarian banyak sensor of the truth yang betul

menggunakan dengan betul dan terbaik

memungkinkan hasil turasan

adalah jernih, tepat, benar, asli, tulin,

itulah nasihat lampu bola langit malam

Saya minta maaf kerana lambat menyatakan bahawa sumber yang dikatakan diiktiraf sebagai sumber DPK untuk penciptaan gagasan DPK ini atau untuk mengambil kandungannya menjadi intipati gagasan DPK ini seperti kitab Mengenal Diri & Wali Allah, hendaklah anda fahami bahawa pengiktirafan itu bermaksud seperti berikut:

1= Bukan mengiktirafnya sebagai Sumber DPK S+1

2= Jika penyiasatan oleh seseorang ketika gagasan DPK ini telah diistiharkan wujud 51% atau sebelum pengistiharan dan ketika sebelum ini pengasas DPK tidak menyedari hasil penyiasatan yang benar yang mengatakan ada perkara salah, bidaah sesat dan tidak tepat dalam sesuatu sumber DPK tersebut, maka hendaklah menganggap sumber DPK yang dijadikan kandungan gagasan ini hanyalah yang tetap benar, tetap tepat, tetap tiada sesat atau jika kandungan terpilih atau ikhtisar itu tiada sesat, tiada salah melainkan kandungan lain yang ada dalam sumber asal itu, maka boleh pula anggap sumber DPK yang dimaksudkan yang dijadikan gagasan DPK  itu atau yang diiktiraf sebagai sumber DPK ialah yang terpilih itu sahaja.

Gerakan Di Persimpangan Kutub tidak menolak kenyataan bahawa tidak juga mustahil jika keturunan generasi yang ada kaitan kekeluargaan dengan nabi Muhammad ada yang masih dan akan terus hidup sehinggalah pupus umat Islam dengan kedatangan angin lembut. Justeru, besar kemungkinan ada dalam generasi ini yang masih hidup itu menyimpan dan mewarisi kitab yang ditulis oleh ulamak ahlil bait, sahabat nabi, tabiin dan tabit-tabiin. Penyiasatan untuk mengenal dengan pasti keturunan ini dan sumber yang mereka miliki tidak mustahil menjadi contoh cara terbaik untuk menamatkan kewujudan mazhab, perbalahan pendapat, perbezaan pendapat dalam ISLAM.

AAAYUHHH MARI KITA CARI MEREKA SEKARANG

PEWARIS SUMBER KITAB ISLAM ASLI

AAAAOOOUUUUUUUUUUU

MENYALAK LAGI SERIGALA MENJERITKAN KESEDARAN ITU

AMERIKA RUSIA ISRAEL SAMPAI LONGGAR DAN GUGUR SELUAR DALAM YANG SEDANG DIPAKAINYA

KERANA GELISAH SALAKAN ITU AKAN MEWUJUDKAN

PENYATUAN SEMUA NEGARA ISLAM MENJADI EMPAYAR KHILAFIAH

MENJADI ANCAMAN MEREKA YANG TERBESAR

AKAN BERGULING-GULING RAJA AZAZIL

AKAN TERKENTUT-KENTUT TERCIRIT -BIRIT AZAZIL

KERANA CEMAS MEMIKIRI REVOLUSI JIHAD ITU

 

Di baitan yang lunak merdu ini, lahirlah satu istilah baru lagi iaitu:

“Kembara Kumulus Menghujani Jerebu”

ialah operasi rahsia mencari sumber Islam tulin

bagi menghapusi jerebu Islam dengan hujanan

sumber yang merupakan keluarga atau generasi nabi Muhammad

yang mewarisi kitab atau ilmu ISLAM yang asli

 

 

masih dalam bentuk prototaip. Sila lawati: http://funtasticko.net/hangat-satria-neo-r3-supercharged-edisi-lotus-renaut/ http://funtasticko.net/hangat-satria-neo-r3-supercharged-edisi-lotus-renaut/

masih dalam bentuk prototaip. Sila lawati: 

http://funtasticko.net/hangat-satria-neo-r3-supercharged-edisi-lotus-renaut/

Jika dapat menemuinya lalu melindunginya dari dikesan seteru Islam

ayuh mari kita lakukan kembara ini bagai  ku mulus yang bila

menjumpainya bagaikan hujan yang menghapusi kekaburan jerebu

menjadi cara terbaik barangkali untuk penghapusan mazhab dan perbalahan dan  perbezaan pendapat dalam ISLAM

Berkaitan Misi Rahsia “Kembara Kumulus Menghujani Jerebu”, operasi ini ialah mencari generasi nabi Muhammad yang hidup seperti kita. Maksudnya generasi itu mempunyai kad pengenalan, hidup bergaul dengan manusia biasa yang lain, bukan mencari generasi yang hidup secara luarbiasa, maksudnya yang hidup seperti eli inta da la urna iaitu seperti Imam Mahdi kerana Imam Mahdi tidak hidup secara biasa. Allah telah mengurniakan pelbagai keramat kepada Mahdi untuk memudahkan ibadat dan kehidupan beliau. Ini contoh keluarbiasaan Mahdi:

1= Tidak mempunyai kad pengenalan namun beliau dapat rezeki dengan izin Allah, walaupun tanpa bekerja. Walaubagaimanapun, Mahdi tidak mustahil atau mungkin bekerja sendiri seperti berniaga sendirian tetapi orang tidak tahu beliau ialah Mahdi. Tidak mustahil beliau akan selalu menyamar agar orang tidak tahu bahawa beliau ialah Imam Mahdi.

2= Mahdi tidak mustahil mendapat didikan daripada Allah tanpa perlu belajar dengan manusia. Ini contoh keramat atau mungkin semasa beliau hilang semasa beliau seorang kanak-kanak, beliau dipelihara oleh seorang wali Allah atau dididik oleh malaikat.

3= Beliau tidak memerlukan kenderaan atau rumah jika Mahdi mahu begitu kerana beliau tidak mustahil menjadi seorang wali Allah maqam insan kamil atau wali Allah yang bermaqam tinggi. Jika begini, bermakna beliau mempunyai karamah dapat berjalan di mana-mana di bahagian planet ini dalam tempoh beberapa saat kerana dapat berjalan di atas air atau di udara. Justeru dunia ini seperti rumah beliau, jika demikian. Beliau mampu pergi ke mana-mana yang beliau hendak. Tidak perlu ambil lesen memandu kereta, lesen helicopter atau kapal . Justeru, untuk dapat bertemu dengan Mahdi amatlah sukar kerana beliau selalu menyamar dan dapat bergerak ke mana-mana dengan mudah. Beliau dapat solat jumaat di mana-mana masjid di dunia dengan karamah beliau.

Walaubagaimanapun, jika ada orang yang cuba mencari generasi nabi Muhammad yang hidup secara luarbiasa seperti Mahdi, kita sebut ini sebagai “kembara unik cumulus”.

 

PERKATAAN SUPERCHARGED ADA DI TEPI BADAN

PERKATAAN SUPERCHARGED ADA DI TEPI BADAN

 

Inilah Proton Satria Neo R3 Supercharged

Inilah Proton Satria Neo R3 Supercharged

 

rupa bahagian dalam proton satria neo R3 supercharged

rupa bahagian dalam proton satria neo R3 supercharged

Lihat juga Frasa Yang Manisnya Manisan yang juga menjadi kandungan Baitan Yang Lunak Merdu!! atau klik :

https://dipersimpangankutubfrompioneerofdpk.wordpress.com/2015/06/01/gaya-pencetus-pencetus-style-in-frasa-yang-manisnya-manisan/

Advertisements

What Is “Ungkapan Yang Mengharumi?” In Mind Of Kill Root Problem:>

 

 

root3root1

Ketika saya di masjid, ketika khutbah jumaat sedang berlangsung, saya sedang memikirkan theory of kill root problem. Saya tidak berpuashati dengan teori ini sehingga saya memikirinya di masjid ini dengan puas. Bermula 24 Januari 2015, teori ini dinamakan juga sebagai Mind of Kill Root Problem/MKRP. Kandungan MKRP yang menjadi juga sebagai UNGKAPAN YANG MENGHARUMI ialah seperti berikut [dengan pembetulan & pindaan] serta Editan terkini [8 APRIL 2015]:

“Islam Tulin ialah Islam yang sebenar iaitu sesuatu yang tiada perbezaan, perbantahan dan percanggahan pendapat di dalamnya. Islam sebelum nabi Muhammad dilantik menjadi nabi ialah Islam yang sesuai untuk umat dan keadaan zaman itu sahaja. Islam yang diajarkan oleh nabi Muhamad ialah yang bersifat syumul, sesuai untuk segala bangsa manusia dan jin, tempat, keadaan dan zaman. Islam ini syumul dengan panduan kasar untuk mengurus keduniaan dan panduan yang terperinci seperti yang berkaitan kekeluargaan & system faraid. Nabi Muhammad ialah sumber Islam Tulin. Sahabat-sahabat nabi, tabi’in [ulamak yang belajar dari sahabat nabi atau pelajar sahabat nabi] dan tabit tabi’in [pelajar tabiin yang jadi ulamak] tidak sama kuat daya ingatan dan kefahaman serta pengetahuannya. Demikian juga dari segi keteguhan keimanan. Justeru, yang dapat menjadi bintang sekarang ialah ulamak Di Persimpangan Kutub sehingga datang bintang utama pengakhiran yang menjadi bintang sebenar iaitu Imam Mahdi. Di Persimpangan Kutub menggunakan teori DPK sebagai sensor of the truth yang utama untuk mencari, menapis dan mengesan kebenaran dan maklumat yang benar, tepat atau yang boleh dianggap benar dan tepat seperti menggunakan penanda istimewa [berkaitan pelepasan istimewa] supaya dapat menoktah akar [= menyelesaikan kekeliruan, ketidak-keyakinan sehingga timbul kefahaman dan keyakinan atau kepastian] terutama berkaitan akar masalah yang selalu merupakan sumber yang tidak ada dalil atau sumber yang tidak semuanya berdalil atau sumber yang dalilnya kelihatan lemah atau sumber yang ada dalilnya kuat dan ada yang lemah.  Sesetengah sumber yang tidak berdalil itu mungkin kerana pengarang seterusnya tidak mahu menulis dalil dari sumber yang asal kerana hendak meringkaskannya atau hendak cepat siap atau kerana pengarang itu tidak ingat dalil yang memang dari ajaran ISLAM sebenar itu. Hal seperti ini ialah kitab solat dan kitab mazhab yang ada kandungan mengajar tanpa menunjukkan bukti hadis dari kutubusittah atau tanpa dalil.  Justeru, pelepasan istimewa digunakan dan contoh factor penggunaan pelepasan istimewa ini dirasakan logic dan tidak mustahil berlaku. Keadaan pelepasan istimewa juga mungkin digunakan untuk sumber  DPK yang tidak berkaitan agama ISLAM. Kebebasan Istimewa digunakan juga apabila penghindaran hukum tidak dapat dielakkan dan aktiviti yang berhukum itu perlu atau harus dibuat juga. Contohnya, solat. Anda telah berusaha banyak dan penat dan menderita untuk mencari kitab solat yang bertaraf S1+ dalam pelbagai mazhab dan sumber tetapi tiada yang bertaraf itu, maka anda perlu mencari yang terbaik . Kandungan dalam sumber yang terbaik itu atau terpilih melalui sensor  TEORI Di Persimpangan Kutub yang tidak berdalil atau dalilnya tiada dalam kutubusittah dan al-Quran dianggap benar juga bila persoalan tentang gerakan solat itu, misalnya adalah wujud dalam kutubussittah misalnya tetapi dalil untuk perincian gerakannya tidak ada dalam sumber S1+ [kutubusittah & al-Quran] MELAINKAN DALAM kitab solat yang terpilih itu. Ini juga berlaku kerana Gagasan Di Persimpangan Kutub tidak menolak kemungkinan wujud sumber Islam Tulin yang tidak pernah diketahui oleh manusia melainkan manusia tertentu seperti wali Allah. Ini berkaitan teori 99.9%. Teori 99.9% ini boleh dipercayai dengan dalil atau bukti seperti berikut:

1= Tiada bukti menunjukkan para Imam Kutub al-Sittah telah mengumpulkan dan menyusun serta menulis semua hadis dan sunnah nabi Muhammad

2= Imam Mahdi IALAH sumber eli inta Da la urna yang hilang.

Dalam insiden yang unik seumpama sumber eli inta Da la urna, kebebasan istimewa tidak wujud kerana eli inta Da la urna itu adalah juga S1+ ATAU cukup meyakinkan seumpama yang diperolehi dari special sensor of the truth [berkaitan Lauh Mahfuz]. Sumber Islam Tulin menjadi pemimpin sensor of the truth. Justeru, dalil yang memang ada dalam Islam Tulin adalah diperlukan jadi pemimpin dan penilai dalil keduniaan seperti bukti saintifik. Dalil yang kuat itu selalunya ialah dalil yang lebih menasabah, lebih jelas, tiada yang dapat mengalahkan nilai keboleh-percayaan yang dihasilkan oleh dalil itu, lebih lengkap dan lain-lain. Inilah dalil yang dianggap menang. Sumber yang berdalil menang dan/atau sumber yang dianggap menang [dianggap betul dan tepat atau boleh digunakan dan dipercayai] seperti yang melalui kaedah pelepasan istimewa akan dianggap sebagai ajaran Islam Tulin, tidak disebut sebagai ajaran mazhab itu dan ini kecuali jika tiba-tiba datang sesuatu sumber yang dapat mengalahkan nilai keboleh-percayaan sumber itu. Jika ini yang terjadi, maka yang dapat mengalahkan ini akan menjadi keyakinan pula. Para Imam Kutub al-Sittah lebih dipercayai daripada Imam lain seperti Imam 4 mazhab yang paling terkenal dan paling banyak pengikut [Hanafi, Hambali, Syafie, Maliki] kerana hadis ialah sejarah, sunnah nabi, kata-kata nabi, diam nabi yang telah ditentukan oleh kaedah yang dipercayai seperti kaedah Imam Bukhari. Sehingga kini tiada bukti yang mengatakan kaedah penentuan hadis shahih itu adalah tidak menasabah dan tidak boleh digunakan. Justeru, sumber Kutub al-Sittah adalah dipercayai dan dianggap merupakan dalil yang menang, maka sumber kutub al-Sittah itu juga ialah S1+ IAITU sumber yang memiliki 100% dalil yang menang seumpama juga al-Quran kerana sejarah pengumpulan al-Quran menunjukkan Imam Ali masih hidup. Jika pengumpulan dan penyusunan serta kandungan al-Quran itu ada yang silap, tentulah Imam Ali akan membetulkan dan mengajarkan apa yang betul. Imam Ali ialah ulamak ahlil-bait. Gagasan Di Persimpangan Kutub mempercayai bahawa ulamak-ulamak ahlil-bait ialah sumber Islam Tulin. Ulamak ahlil-bait telah dijamin oleh Allah mempunyai hati yang bersih dan faham ISLAM sebenar 100%. Walaubagaimanapun, serangan dan tindakan orang jahil dan musuh Islam tidak mustahil berlaku lagi seperti mereka mengubah dan menghapuskan kandungan al-Quran, kutubusittah, kitab tafsir al-Quran dan kitab syarah hadis [kitab yang menerangkan tentang makna dan maksud hadis] dan kitab-kitab Islam yang lain seperti kitab solat, puasa, zakat, haji, faraid, system perniagaan Islam, tarekat,……  Justeru, Gerakan Di Persimpangan Kutub cuba mencari sumber asal yang dipercayai, atau menapis sesuatu sumber untuk mengambil kejernihan ISLAM, memelihara sumber yang dianggap sebagai sumber DPK walaupun sumber DPK itu terhasil daripada keadaan pelepasan istimewa, di dalam bilik yang lebih kebal daripada bilik kebal. Sekiranya sesuatu sumber kitab ISLAM itu, tiada dalil yang mencukupi, atau tiada berdalil atau sesetengah kandungannya tiada dalil dalam kutubusittah dan al-Quran, maka yang dilihat ialah hasil penyelidikan dan penyiasatan yang menasabah dan cukup seperti dengan menggunakan teori DPK kerana jika melihat persepakatan ulamak dan fatwa semata-mata atau mufti, kemungkinan fatwa dan persepakatan itu mungkin masih ada kesalahan atau sesetengah perkara fatwa dan persepakatan majority ulamak itu ada yang masih salah walaupun menggunakan apa yang disebut sebagai QIAS kerana seluruh dunia kini, pendidikan terutama pendidikan ISLAM adalah ditentukan dan dicorakkan serta dikawal oleh kerajaan-kerajaan yang jahil dan musuh-musuh ISLAM. Gunakan juga 22 sensor of the truth dalam teori DPK atau gagasan DPK yang juga disebutkan sebagai kaedah DPK atau pencetus.

Gerakan Di Persimpangan Kutub melihat seolah-olah kebanyakan sumber dan kandungan yang wujud di dunia ini adalah tidak berdalil. Contohnya, dikatakan tentang gaya nabi Muhammad berjalan, itu haram , ini halal tetapi tidak dinyatakan sumber hadis berkaitan itu atau dalil dari al-Quran. Demikian juga tentang ilmu dunia, contohnya: Dikatakan makan atau minum itu dapat faedah kesihatan begitu dan begini tetapi tidak dinyatakan bukti dari penyelidikan makmal. Kebebasan istimewa, tidaklah boleh dilakukan tanpa ada syarat-syarat yang berkaitan dan menasabah serta perlu. Contohnya, syarat kebebasan istimewa itu ialah special indicator. Contohnya, silsilah pengarang-pengarang . Jika pengarang pertama itu mempunyai tanda-tanda atau bukti bahawa beliau seorang yang boleh dipercayai, maka sumber-sumber yang merupakan ikhtisar atau penyalinan daripada yang asal boleh dipercayai melainkan ada tanda-tanda pengarang yang seterusnya tidak jujur atau tersilap. Sesuatu keadaan yang sebenarnya mempunyai dalil dan/atau bukti tetapi diterangkan tanpa dalil dan/atau bukti yang ada dalam sumber yang sama, yang diterangkan itu, diistilahkan sebagai “Sunnah Tidak Dihadisi” iaitu yang berkaitan ISLAM tetapi disebutkan “Gambaran Dari Logik” iaitu yang berkaitan keduniaan. Walaubagaimanapun, hendaklah kita selalu berwaspada kerana “Dua Gambaran” iaitu Sunnah Tidak Dihadisi & Gambaran Dari Logik akan mudah diubah oleh musuh-musuh Islam & orang jahil atau mereka mencipta bidaah sesat tanpa membawa dalil atau bukti & mereka tetap mengatakan memang itu dari ISLAM atau memang itu benar dari segi sains. Berikut dinyatakan sebagai Panduan Nilai Keboleh-percayaan Sumber Insan atau PNKSI:

Tertinggi: Nabi Muhammad: Sumber Islam Sebenar: 101:94

Lebih Tinggi: Imam/Khalifah [=Pengganti Nabi Muhammad sebagai pemerintah]: Sumber Islam Tulin: Iaitu Ulamak-ulamak ahlil-bait: 100:95

Sangat Tinggi: Sahabat nabi, ulamak tabi’in, tabit tabi’in: 99:96: Sumber Rujukan Islam

Tinggi: Para Imam Kutubusittah:  98:97: Sumber Penyelidikan Islam

Sederhana Tinggi: Ulamak Di Persimpangan Kutub :51:50 atau 75:74 atau  97+-: 98+-1 : Sumber  Penyiasatan Islam.

PNKSI ialah juga intipati untuk teori 99.9% iaitu berkaitan ulamak DPK. Nilai yang di sebelah kiri ialah berkaitan ISLAM  dan yang di kanan berkaitan keduniaan. Yang di kanan, tiada yang mencapai 100 kerana tiada manusia yang mengetahui hal atau ilmu dunia 100% walaupun dia memiliki gelaran professor diraja untuk semua bidang ilmu dunia yang ada di university. Sebab itu nilai 98+-1 berkaitan ulamak DPK ialah menunjukkan  kemungkinan seperti 98+1= 99 dan 98-1=97, iaitu ilmu pengetahuan dunia ulamak DPK itu berbeza ketinggiannya. Ulamak DPK berbeza ketinggian ilmu dunia dan agama dengan ulamak DPK yang lain. Ini disimbolkan juga dengan 50 pada 51:50 atau  boleh juga disimbolkan dengan 75:74. Justeru, sebenarnya symbol campur tolak boleh juga dibuat untuk golongan sahabat nabi, tabi’in , tabit tabi’in  dan imam kutubussittah  untuk symbol Islam & Dunia tetapi tidak perlulah letak tanda ini. Cukup diletakkan pada golongan ulamak DPK SEBAGAI contoh dan peringatan. 100 yang di kiri  itu menunjukkan pengetahuan tentang Islam Tulin adalah 100% tetapi nabi Muhammad ialah makhluk yang Allah paling cintai, mengalami Israj & Mikraj serta mempunyai pengetahuan “rasa” yang paling tinggi, justeru nilai yang diberikan ialah 101. Rasa di sini berkaitan juga dengan ilmu kesufian atau tarekat. Berkaitan keduniaan, nabi Muhammad mungkin memberikan arahan yang salah kerana tidak mengetahui tentang sains yang berkaitan. Ini disimbolkan dengan 94 kerana tentulah ilmu keduniaan pada zaman imam ahlil-bait lebih tinggi dengan kewujudan tamadun yang lebih baik. Begitulah seterusnya, setiap zaman berikut akan lebih baik tamadunnya berbanding tamadun sebelum. Zaman kita sekarang ialah zaman yang termaju iaitu dari segi tamadun, teknologi dan hasil penyelidikan sains. Justeru  ulamak DPK diberikan nilai keduniaan tertinggi iaitu 98+-1 . 97+- pada angka kiri golongan DPK bermaksud hasil penyelidikan  yang SALAH & BENAR, jika benar , bermaksud seperti penyelidik & penyiasat bagi sesetengah perkara itu mengetahui lebih daripada sesetengah ulamak yang berada dalam tingkatan ketinggian yang lebih tinggi [pada amnya] kerana kajian penyelidik dan penyiasat itu menunjukkan bahawa sesetengah ulamak yang berada dalam tingkatan ketinggian yang lebih tinggi itu adalah salah berbanding ulamak lain yang bercanggah pendapat yang juga setingkatan, sebagai contoh. Contohnya, sahabat nabi yang berlawanan pendapat dengan sahabat nabi yang lain. Jika berlaku kesilapan penyelidikan & penyiasatan, maka ini disimbolkan dengan negatif itu. Maka 97+- menunjukkan  keadaan atau  kemungkinan seperti 97+2.9%= 99.9% [ini berkaitan teori 99.9% iaitu mungkin ada golongan ulamak atau orang DPK yang mengetahui ajaran ISLAM tulin hampir 100% atau memang 100% sebelum kedatangan Imam Mahdi, berkat penyiasatan ilmunya. 99.9% boleh juga dianggap sebagai 100%] & kemungkinan lain ialah  seperti  97+1=98 atau 97-1=96%.  97+- ITU juga menunjukkan keadaan 97+0=97 dan/atau 97-0=97 juga.

Contoh keadaan di atas iaitu bila Ulamak DPK menentang pendapat sesetengah sahabat nabi, bermakna telah berlaku satu contoh pengabaian SNBP [Status Nilai Boleh Percaya] IAITU ulamak DPK itu pula kelihatan mempunyai tingkatan nilai boleh percaya yang lebih tinggi daripada sahabat nabi yang berkenaan tetapi pada masa yang sama, ulamak DPK menyetujui pendapat sahabat nabi yang lain yang menentang pendapat sahabat nabi yang berkenaan, maka kelihatan juga seperti nilai tingkatan ulamak DPK itu sebenarnya masih di bawah tingkatan sahabat nabi. Untuk keterangan lanjut tentang SNBP, rujuk The Theory Of DPK. Katakanlah jikalau Sumber Peringkat 1 iaitu S1+ [AL-QURAN & Kutub al-Sittah] dalil atau kandungannya diperolehi daripada Nabi Muhamad, Ulamak ahlil-bait, sahabat nabi, tabi’in, tabit tabi’in dan imam Kutubusittah, maka ulamak DPK mempunyai banyak pilihan dan pada amnya akan lebih mempercayai tingkatan sumber yang lebih tinggi melainkan dalam keadaan-keadaan tertentu seperti pengabaian SNBP. Contoh lain pengabaian SNBP yang dibuat oleh ulamak DPK ialah:

Ulamak ahlil-bait mengatakan sesuatu tetapi kelihatan tiada penerangan terperinci melainkan terdapat pada ulamak tabit tabi’in. Walaubagaimanapun, tabit tabi’in ini tidak pula menyatakan dalil. Maka dengan berdasarkan keperluan tindakan yang terdesak yang memerlukan petunjuk dan panduan segera, maka kebebasan istimewa digunakan walaupun Ulamak  kutubusittah ada memberikan penilaian tambahan tetapi tidak/kurang jelas atau tidak lengkap. Pengambilan  pendapat ulamak tabit tabi’in itu mungkin juga berdasarkan SNBP yang lebih kecil iaitu nilai antara  ulamak tabit tabi’in dengan ulamak  tabit tabi’in yang lain yang berbeza. Mungkin  JUGA tanpa pengabaian SNBP yang lebih kecil itu.

Berbeza dengan SNBP khusus [=iaitu SNBP yang diberikan dengan Pengabaian SNBP Dibenarkan], SNBP Bebas ialah SNBP yang diberikan terhadap sesuatu sumber yang memang tidak pernah dan/ memang tidak diberikan sebarang status nilai untuk membantu penilaian, sama ada status am atau am seperingkat atau khusus.

SNBP Bebas ini kemudiannya mungkin menjadi SNBP am yang kemudiannya mungkin mewujudkan SNBP am seperingkat dan/atau SNBP khusus.  SNBP bebas ini mungkin menggunakan petunjuk seperti penanda lanjutan untuk menentukan nilai boleh percaya. Jikalau tidak disebutkan atau tidak dinyatakan sebagai SNBP bebas, maka sumber itu boleh disebutkan sebagai berSNBP itu dan ini sahaja sebagai hasil nilai keseluruhan [SNBP keseluruhan] untuk snbp huraian yang berkaitan.

Nilai SNBP bagi sumber sangat tinggi boleh dipecahkan lagi menjadi seperti :

Sahabat Nabi = 99.3:96.1, Tabi’in= 99.2:96.2 dan Tabit Tabi’in = 99.1:96.3. Nilai-nilai ini adalah panduan SNBP Kecil 99:96 atau SNBP Kecil Tingkatan Sangat Tinggi. Nilai SNBP Lebih Kecil/SLK bagi 99:96 ialah nilai antara sahabat nabi dengan sahabat nabi yang lain, nilai tabi’in dengan tabi’in yang lain dan nilai tabit tabi’in dengan tabit tabi’in yang lain. Panduan ini digunakan walaupun mungkin semasa zaman tabit tabi’in , masih ada sahabat nabi  dan/atau Tabi’in yang masih hidup. Contoh angka SLK ialah:

[99.3:96.1]{9} yang lebih besar daripada [99.3:96.1]{8} kerana nilai 9 pada {9}>{8}. [99.3:96.1]{8} pula adalah lebih besar daripada [99.2:96.2]{999} walaupun 999>8 jika dinilai dari segi agama ISLAM (iaitu 99.3>99.2) tetapi [99.3:96.1]{8} adalah lebih kecil daripada [99.2:96.2]{999} jika dinilai dari segi dunia semata-mata (iaitu 96.1<96.2). KERANA? Kerana tingkatan ketinggian PNKSI sebenarnya berkaitan ISLAM & GWEnya kerana jika berdasarkan keduniaan sahaja, maka Tingkatan Nabi Muhamad adalah yang terendah. Berdasarkan ISLAM & GWEnya kerana ISLAM ialah pemimpin ilmu dunia, bukan sebaliknya!!

Memanglah sukar atau barangkali hampir mustahil untuk kita menentukan SNBP Lebih Kecil bagi setiap sahabat nabi, tabi’in dan tabit tabi’in. Untuk ini, kita boleh menggunakan SNBP khusus atau SNBP bebas atau nyatakan SNBP keseluruhannya sahaja tanpa menyebutkan SNBP am seperingkatnya. Untuk menentukan status amnya, tidak mustahil jika kita terpaksa mempelajari pelbagai sumber seperti sumber sejarah hidup sahabat-sahabat nabi dan lain-lain. Ini mungkin mengambil masa selama bertahun-tahun atau berbelas-belas tahun sebelum dapat menentukan status amnya!!!

Pencetus ke 21 versi DPK 51% selalu bertindak sebagai CAUTIOUS SENSOR. Contoh cetusan yang dibuat oleh pencetus ini ialah pemikiran semula yang menyetujui pengabaian SNBP.

DIINGATKAN bahawa Ulamak DPK ialah sumber penyiasatan yang tidak terhad dan masih hidup dan boleh ada di mana-mana di dunia ini SEHINGGA KEDATANGAN KIBARAN PANJI-PANJI HITAM tetapi ulamak Kutubussittah ialah sumber penyelidikan yang terhad kerana mereka semua telah mati.

Nilai agama di atas termasuklah GWE atau General Way Explanation.  Jadi, nilai yang di sebelah kanan iaitu keduniaan tidaklah termasuk GWE.

Di mana pula hendak diletakkan tingkatan ulamak-ulamak lain seperti imam mazhab yang 4 iaitu Hambali, Hanafi, Maliki dan Syafie? Ini terserahlah kepada anda, pembaca blog DPK ini. Panduan di atas hanyalah panduan & boleh dianggap juga sebagai contoh. Jika anda berkeyakinan bahawa mazhab yang 4 itu patut berada di tingkatan tinggi, maka itulah penilaian anda. Saya tidak mahu memberikan ulasan atau komen tentang penilaian anda itu.

Diingatkan Gerakan Di Persimpangan Kutub menentang kewujudan ISLAM berasaskan mazhab tetapi menyokong sebarang hasil penyiasatan sumber yang dapat diistiharkan sebagai ajaran ISLAM yang sebenar kerana gagasan DPK menganggap ISLAM ialah ajaran yang hanya satu jenis sahaja iaitu apa yang diajarkan oleh NABI MUHAMMAD dan pewaris ilmu nabi Muhammad iaitu ulamak-ulamak ahlil-bait. HANYA IMAM MAHDI ULAMAK AHLIL BAIT YANG MASIH HIDUP.

Kesatuan fikiran dan hati sangatlah penting. Justeru Pusat DPK antarabangsa & Pusat DPK dalam sesebuah Negara haruslah dapat mencari, mengumpul, memproses dan menghasilkan sumber DPK , sama ada sumber DPK ISLAM atau/dan sumber DPK Dunia seperti ilmu kesihatan dan perubatan yang benar dan jujur. Pusat ini terutama Pusat DPK antarabangsa bertindak menentukan corak pendidikan untuk peringkat usia sebelum tujuh tahun, peringkat sekolah rendah, menengah dan seterusnya hingga yang tertinggi. Pusat ini mengawal pendidikan. Walaubagaimanapun, sesuai dengan pencetus cautious, Pusat seperti ini hendaklah mengkaji semula kepastian jika seseorang dapat memberikan bukti bahawa kajian semula adalah perlu terutama tentang kesalahan makna dan tafsiran, ketidak-tepatan, kebohongan ilmu dan lain-lain. Walaubagaimanapun, jika seseorang itu gagal meyakinkan pusat walaupun seseorang itulah yang memang benar, maka , ketika ini seseorang itu tidak wajib lagi mentaati pusat itu dan amalkanlah keyakinannya dengan rahsia jika hendak selamat terutama jika sesetengah pihak di Pusat DPK itu telah menjadi gila atau dipengaruhi oleh musuh-musuh gagasan DPK. 

PELOPOR BINTANG PERTAMA DUNIA mencadangkan agar semua ilmu dikaji semula terutama untuk mengesan bidaah sesat, kesalahan tafsiran, ketidak-tepatan dan lain-lain terutama berkaitan agama ISLAM, untuk menghapuskan ISLAM yang berasaskan mazhab tetapi mewujudkan ISLAM yang sebenar atau yang dianggap sebagai ISLAM TULIN sebagai hasil kaedah DPK.

Jika ada manusia yang mengatakan kaedah DPK, kaedah Bukhari, kutub-al Sittah dan al-Quran yang dianggap/memang tulin dan asli itu masih ada yang salah, maka saya, pengasas DI PERSIMPANGAN KUTUB BERKATA:

[“Kita melihat sekitar kehidupan dan alam, mempunyai perkaitan yang menunjukkan di dalamnya terus ada sifat kasih-sayang Tuhan yang sebenar seperti Tuhan mendatangkan bala kepada orang yang zalim kerana sebagai hukuman untuk mententeramkan hati mangsa kezaliman dan untuk menginsafkan yang zalim agar selamat di akhirat. Justeru, dahulu, sekarang dan akan datang tentu ada sesuatu yang Tuhan berikan sebagai petunjuk jalan yang lurus yang harus kita cari dan gunakan. Sehingga hari ini, masih tiada yang dapat menandingi atau melebihi nilai dari sumber S1+ iaitu al-Quran dan Kutubussittah, kitab tafsir S1+ YANG MEMANG dianggap sebagai sumber S1+ ATAU paling kurang dianggap sebagai sumber DPK juga. Nilai keboleh-percayaan ini ialah tanda kasih daripada Allah yang sehingga hari ini tiada bukti atau tiada hal lain yang Berjaya membuat kita tidak mempercayainya.”] “.

LIHAT JUGA AKSARA YANG INDAH BERGEMERLAPAN!!!

ATAU KLIK :

https://dipersimpangankutubfrompioneerofdpk.wordpress.com/2015/04/06/eerie-scream-at-gorge/

>>THE SYMBOL OF U’ZLAH<<

 

Kasta Moden Yang Dibenarkan!!

Kasta dalam agama Hindu? Pada zaman dahulu kewujudan kasta dianggap menasabah. Kasta itu menggolongkan manusia. Ada yang dianggap taraf yang rendah, ada yang tinggi. Islam pula tidak mengkastakan manusia. Dalam Islam, semua manusia itu sama taraf tetapi yang membuat manusia itu rendah ialah kerana kekotoran hatinya, kejahilannya, kefasikannya.

Walaupun kasta telah dianggap kebodohan silam tetapi kasta moden pula wujud. Yang ini tidak berkaitan bangsa tertentu. Hal ini  dapat terjadi kepada semua bangsa! Ia adalah kebodohan zaman moden, yang masih terjadi atau masih berbaki , kewujudannya.

Kerusi kerani tidak boleh lebih tinggi, tak boleh lebih besar, tak boleh lebih selesa daripada golongan eksekutif atau pengarah. Apa salahnya jika kerani pun dapat kerusi seperti pengarah supaya dapat menyandarkan tengkuk, supaya selesa, dapat berehat lebih baik , supaya kerja dapat lebih cemerlang?  Kenderaan orang bawah tidak boleh diletak di tempat letak kenderaan yang khas untuk ketua jabatan walaupun ketua jabatan itu cuti. Orang pangkat rendah tidak boleh masuk ke tandas VIP. Kasihan orang bawahan yang terberak di koridor sebab terpaksa pergi tandas orang bawahan yang terletak jauh.  Bila diumumkan kenaikan gaji dan elaun , gaji dan elaun pangkat tertinggi dan lebih tinggi lebih banyak daripada pangkat lebih rendah. Apa salahnya jika kenaikan sama rata untuk semua pangkat? Akauntan Negara pun senang kira. Tak pening mengira.  Di dewan atau majlis syarahan, ceramah…. kerusi dan meja orang pangkat tertinggi, eksekutif telah disediakan khas, berada di hadapan. Apa salahnya jika letak di belakang atau mereka duduk bersama orang bawahan. Nabi Muhammad duduk dan baring dengan orang miskin padahal nabi Muhammad ialah makhluk yang paling Allah cinta dan nabi Muhammad ketika itu ialah pemerintah Negara Islam. Ketua Negara. Masih banyak lagi contoh kasta moden dalam jabatan….

Bagaimana pula kasta dalam keluarga? Bila hari raya, anak dan isteri kena minta maaf . Maafkan saya ayah, maafkan dinda , kanda. Bapa atau suami pula tidak pernah minta maaf kepada anak dan isteri. Sebab Al-Quran sudah menjamin dia itu maksum? Lebih tinggi taraf daripada nabi Muhammad? Padahal nabi Muhammad meminta ampun kepada Allah setiap hari. Nabi Muhammad juga pernah mengakui kesalahan arahan beliau kepada manusia. Juga ada sumber yang saya baca memberitahu bahawa nabi Muhammad ada melakukan kesilapan kepada seorang manusia dan nabi Muhammad meminta orang itu membalas .

Lihat buku perintah am atau pekeliling….. Pembayaran elaun yang tidak sama berdasarkan kasta pangkat…. pengiraan yang dapat memeningkan akauntan. Perkara yang bersen nilainya dalam bentuk ganjil. Kenapa tidak digenapkan sahaja supaya senang kira?

Guru sekolah masuk kelas, pelajar kena berdiri dan mengucapkan: “Asalamualaikum”. Kalaulah asalamualaikum itu dipaksakan, jadilah ibadat yang tidak ikhlas. Ini haram. Padahal nabi Muhammad melarang sahabat beliau berdiri untuk menghormati baginda. Tidak perlu menyiksa diri demikian. Bukan kecemasan. Jadilah orang yang waras akal fikirannya. Guru sekolah menengah ada kasta lebih tinggi daripada pelajarnya.

Kasta moden adalah satu bentuk penghinaan. Lambang keegoan, ketakburan, kemegahan. Menjadi bidaah sesat yang haram. Lebih gila, jika bahasa yang boleh dituturkan oleh golongan tertentu sahaja. Bahasa istana? Nabi Muhammad tidak pernah menyusahkan manusia dengan meminta manusia berkata: “Daulat Muhammad!  Sembah patik harap diampun!”. Semua ini mewujudkan kesombongan dan kemegahan seberat zarah atau lebih berat daripada zarah itu, punca masuk neraka.

Taat membuta tuli, masuk neraka. Taat kepada kebiasaan organisasi, masyarakat sedunia yang bodoh, gila dan kejam, punca masuk neraka. Tinggalkanlah kasta yang bodoh, gila dan zalim. Taat orang buta, tidak Nampak hakikat. Taat orang pekak [tuli], tidak sedar arahan itu sebenarnya zalim dan membuli.

Hamparan permaidani untuk laluan menteri. Kenapa laluan pun ada kasta? Kenapa perlu membazir wang rakyat beli permaidani? Menteri tak tahu berjalan di rumputkah? Mengapa ada pelbagai gelaran yang mewujudkan sifat bermegah-megah, bangga yang diharamkan dalam ISLAM? Datuk, Datin, Tan Sri, Puan Sri, A.M.N, pingat itu dan ini? Ini percikan kasta.  Selamatkan orang , dapat pingat hang tuah. Bukankah nabi Muhammad bersabda, bahawa tiada kelebihan kepada manusia melainkan orang yang lebih bertakwa? Kalau selamatkan orang untuk dapat pingat, bermakna tak ikhlas kerana Allah. Mengapa wujudkan factor tak ikhlas dengan wujudkan anugerah itu dan ini?

Nabi Muhammad tidak suka bermegah-megah. Tiada gelaran Tan Sri Nabi Muhammad A.M.N.

Terlalu banyak bidaah sesat haram dalam kehidupan hari ini.

Apabila pengurus meminta operator lebih cepat daripada mesin kilangnya, maka seperti merendahkan /mengkasta-rendahkan operatornya yang tiada hak untuk membantah. Bila manusia jadi hamba atau dipermesinkan.

IMAM MAHDI DAN BINTANG IRINGAN AKAN DATANG UNTUK MENGHAPUSKAN KASTA, MEMBETULKAN OTAK MANUSIA , MEMBETULKAN PERASAAN MANUSIA. ALLAHUAKBAR!

piala hang tuah

 

 

Sejauh Manakah Gagasan Di Persimpangan Kutub Bukan Bidaah Sesat & Sejauh Manakah DPK Ini Boleh Digunakan? By DPK First Founder!!

SEJAUH MANAKAH GAGASAN DI PERSIMPANGAN KUTUB (=DPK) BUKAN BIDAAH SESAT & SEJAUH MANAKAH GAGASAN DPK INI BOLEH DIGUNAKAN? BY DPK FIRST FOUNDER!!

AKAL ITU BINTANG. ISLAM TULIN ITU CAHAYA DAN PANCARAN BINTANG.

AKAL ITU BINTANG. ISLAM TULIN ITU CAHAYA DAN PANCARAN BINTANG.

Inilah Purdah SEBENAR,Pakaian yang diwajibkan oleh Allah kepada wanita. MENUTUP muka !!! This is a true "Purdah".Cover the face and whole except eye.... Allah (God) oblige every women to use Purdah. If have no use Purdah, they will go to hell!!!!

Inilah Purdah SEBENAR,Pakaian yang diwajibkan oleh Allah kepada wanita. MENUTUP muka !!! This is a true “Purdah”.Cover the face and whole except eye…. Allah (God) oblige every women to use Purdah. If have no use Purdah, they will go to hell!!!!

SeeCrescentMakeMeMoreCalmThanSeeAnyHuman! THE SYMBOL OF U'ZLAH!!!

SeeCrescentMakeMeMoreCalmThanSeeAnyHuman! THE SYMBOL OF U’ZLAH!!!

Ini melibatkan intipati kesimpulan utama Di Persimpangan Kutub? Inilah soalan yang paling mencabar pengasas DPK, barangkali? Bahkan pengasas keseorangan dan bersendirian dalam mencipta gagasan DPK ini!! Pengasas Di Persimpangan Kutub (=DPK) ialah seorang yang anti bidaah sesat. DPK bukan satu ajaran agama baru. DPK ialah sebuah konsep, gagasan, falsafah, hasil penyelidikan saintifik, panduan,…… Istilah yang ada dalam gagasan ini dan gelaran yang diberikan bukanlah sesuatu yang haram. Gelaran yang saya berikan kepada Imam Mahdi sebagai Bintang Utama atau Bintang Utama Pengakhiran dan gelaran yang saya berikan kepada Nabi Isa a.s sebagai Bintang Iringan adalah bukti rasa cinta saya kepada mereka berdua. Saya menamakan nabi ISA a.s sebagai Bintang Iringan kerana Nabi ISA akan menjadi pembantu utama Imam Mahdi yang akan selalu bersama beliau seperti sifat orang yang mengiringi seseorang.

Berkenaan ilmu dunia seperti ilmu sains, jika ada perbantahan, tidaklah salah jika masih tidak mempercayai dan berusaha mencari bukti apa sebenar yang benar. DPK mengajak manusia bergerak ke arah penyiasatan bersaintifik juga. Tetapi apabila melibatkan persoalan agama, maka DPK sedang diuji sejauh manakah ia dapat diterima-pakai, sejauh manakah ia dianggap konsep yang bukan menyesatkan dan bukan memberi masalah!!!

Mengenai agama ISLAM, 4 mazhab (Hambali, Syafie, Hanafi, Maliki) tiada percanggahan pendapat tentang tauhid. Jika ada percanggahan dalam sejarah ISLAM, pengkajian lanjut boleh dibuat untuk mencari apa yang betul-betul benar tetapi apabila melibatkan feqah dan tasauf??? Mengenai tasauf, kandungan gagasan DPK mengandungi prinsip dan intipati tentang tasauf yang sering menimbulkan percanggahan dan perbezaan pendapat malah perbalahan iaitu tasauf berkaitan tarekat/kesufian. Kitab “Mengenal Diri & Wali Allah” diyakini oleh pengasas DPK sebagai sumber utama saat ini di MALAYSIA (dan mungkin juga di dunia) yang menjadi sensor pengesan kesalahan tafsiran, makna dan maksud dan kefahaman berkenaan tasauf terutama berkenaan tarekat. Maka boleh dianggap juga telah ada penyelesaian atau kunci penyelesaian tentang tasauf!!

Walaubagaimanapun, masalah tentang perbalahan, percanggahan & perbezaan pendapat di kalangan mazhab yang empat orang itu tentang feqah tidak ditemui semua kepastian dan jawapannya dalam gagasan DPK 51% (=versi pengasas DPK). Hanya ada beberapa perkara yang boleh dianggap terbukti benar dan jelas yang menyelesaikan masalah percanggahan & perbezaan pendapat dalam feqah, yang terdapat dalam gagasan DPK seperti masalah aurat wanita, ikhtilat, sufur, tabaruj dan lain-lain. Bakinya (yang tidak selesai, tiada bukti & hujah yang menang) bagaimana harus diselesaikan??

Untuk menyelesaikan masalah ini, bukan hanya merujuk terhadap Kaedah Di Persimpangan Kutub, tetapi perkara-perkara seperti berikut juga haruslah diingati, diamalkan, digunakan:

1= Seseorang kanak-kanak itu apabila telah mumaiyiz atau akil-baligh dan menyedari kejahilan ibu-bapanya, maka kanak-kanak itu haruslah berusaha untuk menjadi golongan Di Persimpangan Kutub, berusaha untuk mendapatkan sifat-sifat Di Persimpangan Kutub. Tidak mungkinlah kanak-kanak itu akan berdiam diri sahaja, tidak solat, tidak puasa, tidak baca al-Quran, tidak itu dan ini hanya kerana belum pasti apakah hokum-hakam dan kaedah yang sebenar??? Walaupun sedar kerajaannya jahil dan system dan intipati berkenaan pendidikan dan teks telah diserang oleh racun Destroy With…., bersangka baik sahaja dahulu tentang konsep feqah yang selama ini diamalkannya tetapi pada masa yang sama rajin dan terus berusaha untuk mengumpulkan pelbagai pendapat untuk mengesan hujah dan pendapat yang mana yang terkuat, yang terbaik, yang dianggap menang, yang dianggap sebagai AJARAN ISLAM TULIN!! Bermakna kanak-kanak itu meyakini tidak mustahil jika ada kesesatan yang diamalkan oleh dirinya, ibu-bapanya, keluarganya, masyarakatnya, dan kerajaannya tetapi tidak tahu yang mana atau adakah semua kebiasaan itu tentu benar atau ada salah dan ada juga benar. Walaubagaimanapun, kanak-kanak itu menganggap dan meyakini semuanya baik dan betul kecuali pengkajian lanjut membuktikan sebaliknya. Tidak akan kanak-kanak itu mampu menggunakan seluruh saat-saat kehidupannya untuk membuat pengkajian semata-mata. Kerana dia perlu berehat, tidur, urus aktiviti-aktiviti lain juga!! Justeru, selagi belum terjadi pengkajian lanjut membuktikan sebaliknya, maka bersangka baik dan yakini sahaja sesuatu pengetahuan, konsep feqah itu tetapi pada masa yang sama berkeyakinan bahawa pengkajian lanjut itu  tetap perlu dilakukan, rajin dilakukan!!!

2= Cabaran minda dan cabaran terhadap keyakinan kanak-kanak itu makin tinggi bila memasuki taska, tadika, sekolah, kolej, university, bila dewasa. Pengaruh guru, pensyarah, system dan teks sangat menggodanya. Untuk berhadapan ancaman Destroy with…., maka jadilah pelajar Di Persimpangan KUTUB. Pelajar DPK akan menjawab soalan peperiksaan dan ujian berdasarkan ilmu yang diajarkan oleh gurunya tetapi keyakinan hatinya mungkin  tidak seperti keyakinan gurunya terhadap ilmunya. Misalnya, jika soalan itu bertanyakan begini: “Adakah wanita boleh mendedahkan wajahnya dihadapan lelaki yang bukan muhrimnya?” Jawapan yang disediakan oleh gurunya untuk soalan ini yang dianggap sebagai jawapan yang betul oleh gurunya ialah BOLEH MENDEDAHKAN WAJAHNYA. Pelajar DPK itu memberikan jawapan “boleh dedahkan wajah” tetapi hatinya berkeyakinan bahawa jawapan yang sebenar ialah “Tidak boleh mendedahkan wajahnya”. Kenapa pelajar itu berbuat begitu? Pelajar DPK itu berbuat begitu supaya dia lulus ujian dan peperiksaan, supaya dia dapat sijil, diploma atau ijazah agar bila dia pula menjadi pensyarah, dia akan jadi pensyarah yang bersifat Di Persimpangan Kutub atau digelarkan sebagai Pensyarah Di Persimpangan Kutub. Ketika dia mengajar, dia akan beritahu pelajarnya agar jadilah pelajar DPK dan dia akan beritahu pelajarnya begini: “Jawablah boleh dedah wajahnya di hadapan lelaki yang bukan muhrimnya tetapi hati dan keyakinan anda berkata sebenarnya tidak boleh dedah wajah tetapi di kertas jawapan anda tulis boleh dedah sebab anda nak lulus ujian dan peperiksaan agar bila anda dewasa dan Berjaya jadi guru atau pensyarah, anda akan memberitahu pelajar anda bahawa apa yang telah diserang oleh racun “Destroy With….”, teks mana yang sebenarnya tafsiran yang sesat (=ajaran sesat), salah. Percaya bahawa wanita boleh dedahkan wajah di hadapan yang bukan muhrim ialah AJARAN SESAT, BIDAAH SESAT!!!!

MESEJ KEPADA SELURUH DUNIA.

DARIPADA:

PELOPOR BINTANG PERTAMA DUNIA

Sabtu 21 ZULHIJJAH 1434 Hijrah (=26 October 2013) 4.55 AM (pagi malam)

Rompakan Kerajaan Terhadap Wang Staf Awam Melalui Zakat?? By Penyaring Nostalgia

Nostalgia Filter = Penyaring Nostalgia. This Article in Penyaring Nostalgia category.

Nostalgia Filter = Penyaring Nostalgia. This Article in Penyaring Nostalgia category.

 

Saya mendapat maklumat darihal ini. Sebuah kerajaan negeri di Malaysia (adakah semua kerajaan negeri pun begini?) menghantar surat kepada seluruh kakitangan awam negeri itu agar mengisi borang persetujuan untuk pemotongan sejumlah gaji mereka setiap tahun oleh kerajaan iaitu jumlah wang zakat pendapatan kakitangan awam tersebut. Jika tidak menyatakan sama ada setuju atau tidak, maka dianggap telah bersetuju.

Inilah sejenis bidaah sesat yang menyesatkan???? Orang yang paling tahu tentang haul dan jumlah yang kena nisab tentulah pemilik wang tersebut. Dia jugalah yang paling tahu tentang jumlah simpanan yang perlu digunakan untuk membayar sesuatu hutang semasa, membeli keperluan harian dan semasa, jumlah belanja untuk tanggungannya dan akhirnya setelah itu, barulah dia tahu baki sebenar yang perlu dizakatkan, setelah terlebih dahulu tolak hutang dan lain-lain itu. Kalau pun ada pada borang yang dihantar oleh jabatan zakat kerajaan negeri tersebut mengenai jumlah biasa perbelanjaan bulanan dan tahunan, ini tidak termasuk perbelanjaan luarbiasa, kecemasan dan hutang-hutang baru. Justeru, borang seperti itu tidak dapat menunjukkan dengan tepat jumlah sebenar yang perlu dizakatkan. Bahkan kemasukan wang baru dari sumber bukan gaji ke akaun pemilik (staf awam) itu, hanya pemilik yang tahu adakah sebenarnya wang yang baru masuk itu telah disimpan sehingga haul atau tidak. Justeru, kerajaan tidak boleh memaksa persetujuan atau melaksanakan peraturan gila yang berkaitan persetujuan automatic dianggap terjadi jika tidak menyatakan samaada setuju atau tidak.

Bahkan pengarah jabatan agama Islam kerajaan negeri itu telah menggemparkan Negara apabila beliau dikatakan menerima wang zakat. Adakah seseorang pengarah termasuk dalam golongan yang berhak menerima zakat????

Hentikan bidaah. Hentikan. Dan hentikan peraturan gila , yang hanya membayangkan ketamakan pemerintah dan kegilaan otak mereka.

Saya harap ilmu zakat yang benar dipelihara. Jangan jadi seperti ilmu faraid (system pewarisan harta Islam) yang sangat kurang orang yang memahaminya dengan betul. Jangan dikatakan itu perlu dizakat, ini kena zakat padahal dalam ISLAM yang sebenar hal itu tidak perlu dan tidak boleh dizakatkan.

Bangkitlah ulamak-ulamak Di Persimpangan Kutub dari tidur dan mimpimu. Perbetulkan akidah dan feqah serta tasauf dan sejarah. Aku menyeru kamu semua , wahai bintang yang bergemerlapan pada malam hari.  Bangkitlah revolusi kamu semua wahai ulamak DPK dan orang yang menyokong mereka di seluruh dunia!!! Tidak akan kamu menunggu Imam Mahdi dan Nabi Isa, baru kamu hendak memperjuangkan dan berjihad?? Kamulah pemimpin dunia yang sebenar saat ini, wahai ulamak-ulamak Di Persimpangan Kutub.

Bukankah mereka yang sengaja tidak membayar zakat , hal itu menyebabkan mereka murtad?  Bukankah khalifah Abu Bakar pernah berperang dengan orang yang enggan bayar zakat?  Dalam setiap harta orang ISLAM itu ada hak orang yang miskin dan papa-kedana, fakir dan hak orang yang layak menerima zakat. Itu bukan hak kita jika kita ialah pemberi zakat, bukan penerima zakat. Kalau kita bersedekah dan berzakat dengan ikhlas, insya-Allah , Tuhan akan menambahkan wang simpanan kita lagi. Sesiapa yang mensyukuri nikmat, Allah akan menambahkan lagi nikmat itu. Ini janji daripada Allah. Rujuk ayat al-Quran yang berkenaan.

Bila kita membayar zakat, itu salah-satu cara kita bersyukur. Zakat itu menyucikan harta. Pernah berlaku pada zaman dahulu , di negeri Arab , tiada orang yang layak menerima zakat sebab pemerintah yang adil dan orang Islam yang taat menunaikan zakat dan pengagihan zakat yang jujur dan menyeluruh.

Malaysia? Sentiasa ada orang yang perlu zakat. Di sebalik keindahan banggunan tinggi ke langit di kota-kota besar, masih ada rakyat yang tinggal tanpa rumah. Rumah sebesar reban ayam…… tinggal dalam kotak, tidur di merata-rata tempat,…………… Apakah mereka ini tidak mendapat agihan zakat? Atau adakah mendapatnya tetapi tidak dalam jumlah yang cukup ? Mendapat semua haknya?

Kita tidak mahu konsep zakat yang telah disuntik dengan racun ilmu “Destroy With…..”. Masih ramai yang jahil tentang konsep zakat. Risalah konsep zakat yang tulin dan benar hendaklah diedarkan secara menyeluruh. Jangan beli kitab zakat yang dalam bahasa Indonesia, kerana itu mungkin menyebabkan kekeliruan dan salah-faham. Mungkin perlu hantar peringatan ini:

1= Kepada pekerja swasta, persendirian dan kakitangan awam tentang zakat terkini mereka yang telah mereka bayar dan pertanyaan tentang zakat berikut, adakah telah dilaksanakan,  resit ?

2= Meminta sebab kenapa harta yang boleh dizakatkan telah tiada, atau haul baru wujud tidak bermula dari haul sebelum ? Perlu Tunjuk bukti JIKA BOLEH?

Hal di atas untuk mencegah orang malas bayar zakat dan untuk memastikan orang membayar zakat, Amil zakat, pemungut zakat dan pengagih zakat juga perlu dipantau.  Siapa yang nak pantau? Malaikat ?

 

 

 

 

Kenapa Pengasas DPK tak nak kahwin by penyaring nostalgia

Nostalgia Filter = Penyaring Nostalgia. This Article in Penyaring Nostalgia category.

Nostalgia Filter = Penyaring Nostalgia. This Article in Penyaring Nostalgia category.

CoverIT,cleanIT

Peringatan Harian ke 48=CoverIT,cleanIT

WifeISnotAslave.So,HelpYourWifeAtkitchenETC!!!

Peringatan Harian ke 49=WifeISnotAslave.So,HelpYourWifeAtkitchenETC!!!

DeathAngelOften"hunt"You!!!

Peringatan Harian ke 50 =DeathAngelOften”hunt”You!!!

Agak anda kenapa saya tak nak kahwin? Sila pilih jawapan objektif:

A= Tak ada wang nak kahwin

B= Tak ada wanita terkini yang jatuh cinta

C= Pernah kecewa dalam percintaan

D= Tak mudah percaya wanita. Sukar nak cari wanita solehah. Mencari wanita solehah sekarang ini seperti mencari dinasour yang masih hidup.

E= Tak tahu macam mana nak bercinta. Sebab tak pernah bercinta

F= Tak tahu macam mana nak pikat wanita

G= Bimbang tak dapat menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan bapa jika berkahwin

H= Manja dengan mak, tak nak kahwin, sebab kalau kahwin, berpisah dengan mak.

I= Kote kecik dan pendek. Dah tu lembik pula. Takkan wanita suka kote jenis ini?

J= Bukan semua orang wajib berkahwin

K= Tak berkahwin, bukan bermakna tak dapat hidup sempurna dan bahagia

L= Kalau saya tak kahwin, manusia tidak pupus

M= Saya antertu (anak teruna tua). Siapa yang nak antertu. Andartu pun tak ingin antertu.

N= Sedang mencari wanita yang usianya sebaya atau lebih tua setahun untuk dijadikan calon isteri

O= Nak cari wanita yang pakai jilbab, tutup wajah tetapi …….eeemmmm tak tahu pula wajahnya cantik ke tak?

P=Nak kahwin dengan orang arab

Q=Anak-anak saudara pun dah buat sakit jiwa, kalau kahwin, nanti dapat anak, mungkin perangainya lebih tsunami

R= Kalau dah kahwin, takut syaitan goda tambah “cawangan”, bukan mudah hendak berlaku adil jika poligami

S= Wanita zaman ini mata duitan, jika suami gaji kecik, mulalah dia pun nak kerja juga. Siapa yang akan memasak , kemas rumah, jaga anak, basuh baju, seterika baju,……tak kan nak upah orang gaji dan ……….asyik makan di luar, banyak wang belanja, nak simpan lagilah susah

T=Pernah berzina dan merogol orang!

U= TAK kacak . WANITA hodoh pun nak lelaki kacak juga.

V= Suka beruzlah. Perkahwinan memerlukan komunikasi yang banyak dan penjagaan hubungan dengan mentua, ipar , saudara-mara sebelah keluarga isteri. Tentu uzlah akan terganggu .

W= Tak suka bergaul, bercakap, bergurau, senyum. Perkahwinan memerlukan semua itu?

X= Nak tunggu 70 bidadari syurga yang akan jadi isteri

Y= Kalau sakit, ada 4 isteri dan 40 anak pun, belum tentu dapat menyembuhkan penyakit dan mereka tidak akan dapat menyelamatkan suami daripada api neraka. Tak berkahwin bukan bermakna tiada yang uruskan jenazah orang yang bujang. Jika ada seorang sahaja yang menguruskan, itu sudah memadai sebab menguruskan jenazah itu fardu kifayah, bukan fardu ain.

z= Memanglah pahala solat orang yang berkahwin itu lebih banyak tetapi bukan mudah nak khusyuk atau mendapat derjat solat yang diterima oleh Allah. Orang yang berkahwin, tak mustahil asyik fikir masalah rumahtangga semasa solat. Malah hadis-hadis tentang nabi Muhammad cemburu terhadap orang yang tak berkahwin kerana orang yang berkahwin lebih banyak peluang ada masa untuk beribadat tidak popular , sebaliknya hadis yang mengatakan siapa yang tak ikut sunnahku , bukan umatku.

Sebenarnya, sebab saya tak nak kahwin ada terlalu banyak sebab tetapi sebab utama atau sebenar ialah rahsia kesedaran saya tentang Falsafah tertinggi hidup saya, yang jadi ibu segala falsafah!!! Malahan jiwa dan RASA  ilmu itu datang lebih dahulu daripada ilmu itu ! Subhanallah, alhamdullilah, Allahuakbar, masya Allah. Astaghfirullah.

Saya tidak mempunyai rasa cinta terhadap wanita, sama ada wanita itu cantik atau hodoh. Masya ALLAH. Alhamdulillah. Ibu saya ialah seorang ibu yang sangat luarbiasa kasih-sayangnya. Dari Rahim ibu yang luarbiasa inilah lahir pula seorang anak yang luarbiasa yang bila dewasa menjadi Pelopor Bintang Pertama Dunia (= Pengasas Gerakan Revolusi Di Persimpangan Kutub).

Saya menganggap wanita bukanlah symbol seks. Mereka ialah manusia yang mempunyai harga diri dan kelebihan tersendiri, maruah dan hak.

Semua adik-beradik kandung saya telah berkahwin dan mempunyai anak. Hanya saya, anak yang benar-benar luarbiasa. ENGGAN BERKAHWIN.

Ada seorang guru lelaki mengatakan : ” Yang saya tahu, kalau seseorang itu tak berkahwin, ada dua sebab. Pertama, gila. Kedua, dia pernah berzina.” Saya agak tersinggung perasaan dengan pendapat dia .

Saya menyedari saya ialah INSAN BIASA YANG LUARBIASA.

Ulamak-ulamak telah membuat kajian tentang perkahwinan, tentang hadis-hadis dan firman-firman Allah yang berkaitan dengan perkahwinan. Mereka telah sepakat dan membuat kesimpulan tentang hasil kajian ini yang disepakati bersama seperti berikut:

Hukum-Hukum Perkahwinan:

Wajib bila lelaki itu mampu menyara isteri dan anak DAN ada kebimbangan jika tidak berkahwin, mungkin menyebabkan dia melakukan sesuatu kejahatan seperti berzina

Sunat bila lelaki itu tiada kebimbangan tersebut

Makruh bila lelaki itu kurang mampu menyara isteri dan anak, hidup dalam kemiskinan

Haram bila lelaki itu berniat yang tidak baik tentang perkahwinan itu seperti berkahwin untuk mendapatkan harta isteri.

Pada pendapat saya,  h ukum-hukum perkahwinan ini perlu dikaji lagi dan diperincikan dan intipati penerangan haruslah lebih berkualiti.

Adakah sunat jika lelaki yang soleh (tiada kebimbangan tentang godaan wanita) itu berkahwin padahal dia bangsat (miskin melarat?). Bukankah kaedah feqah mengatakan sesuatu yang dapat menyebabkan bahaya, maka hukumnya haram. Bukankah h ukum haram itu lebih tepat untuk lelaki yang kurang mampu menyara isteri dan anak, bukannya makruh? Kekurangan pendidikan yang berlaku kerana kurang kemampuan kewangan suami, punca anak dan isteri jadi jahil dan kejahilan sangat berkait dengan penderhakaan kepada Allah. Menderhaka ialah bahaya. Seorang guru sains, pernah mengatakan kepada saya bahawa jika hal seperti itu, sahkah akad nikah??? Bukankah orang yang kata sah atau jadi saksi mengatakan sah itu akan turut menanggung akibat dosa suami-isteri itu yang berlaku kerana mereka sebenarnya tidak layak berkahwin kerana kejahilan, kekurangan kewangan, fasik, ……..dan………???

Orang yang melancap , belum tentu wajib berkahwin? Melancap bukan bermakna dia mudah tergoda dengan wanita atau belum tentu bermakna dia ada kebimbangan tentang godaan wanita???

Kalau seseorang itu mampu menyara anak-isteri tetapi tiada kebimbangan terhadap godaan wanita, bermakna belum betul-betul wajib berkahwin???

Tetapi , kalau seseorang itu ada kebimbangan tetapi tidak mampu menyara, maka tak cukup syarat wajib, maka tak juga wajib berkahwin???

Saya tertarik dengan kata-kata seorang bangsa afrika , berkulit hitam yang berkata, yang  boleh bermaksud seperti berikut:

Saya sihat dan panjang umur kerana tiada wanita yang menyebabkan saya sakit kepala dan susah hati.

Lelaki bangsa afrika itu seorang yang BUJANG. TIDAK BERKAHWIN.

K = Kalau nak kahwin, biarlah kedua-duanya wali Allah. Hanya wali Allah benar-benar layak kahwin

A = AMANAH YANG SANGAT BERAT IALAH ISTERI DAN SUAMI DAN ANAK. Siapa akan jadi pengkhianat , tidak amanah?

H= HAL PERSAMAAN AKU(PENGASAS DPK) DENGAN NABI ISA DAN IMAM MAHDI ialah kami tidak pernah berkahwin?

W= Wanita , kata nabi Muhammad ialah dijadikan daripada tulang yang bengkok, jika kamu cuba meluruskan, ia akan patah, jika kamu tak meluruskan, ia tetap bengkok

I= Impian aku ialah melihat golongan Di Persimpangan Kutub menakluki dunia dan MALAYSIA menjadi Negara pertama bertaraf DPK dengan menggunakan system khalifah, bukan lagi system demokrasi, bukan juga system…….

N=Namun gerakan DPK mustahil dapat dihapuskan daripada mukabumi kerana telah dijamin dengan wahyu bahawa mereka akan menakluki bumi!!!

https://dipersimpangankutubfrompioneerofdpk.wordpress.com/?s=THIS+POST+MIGHT+SAVE+ITSELF

Semua Negara Arab! Ingat -/+1! By Panji-Panji Halimunan

Peringatan Harian Ke 31= Destroy any sharp Object on ground such nail

Peringatan Harian Ke 31= Destroy any sharp Object on ground such nail

Peringatan Harian ke 32 = Measure.Add.strengthenit.

Peringatan Harian ke 32 = Measure.Add.strengthenit.

peringatan harian ke 33= investigate it & cover of tube...

peringatan harian ke 33= investigate it & cover of tube…

SUATU ketika dahulu  kamu adalah bangsa yang senegara. Hanya ada satu Negara. Kemudian serangan dari Negara asing memusnahkan ibu Negara empayar Abbasiyah. Kitab-kitab dicampak oleh tentera bangsa monggol ke sungai sehingga berubah warna air sungai itu. Bangsa kamu dipotong hidungnya. Alangkah kejamnya keturunan monggol. Api yang marak menjulang tinggi, tidak padam berhari-hari. Kota kamu menjadi api .

Kemudian, kamu, wahai bangsa arab menjadi sangat lemah. Kemudian berlaku peperangan dan peperangan dan penjajahan-penjajahan oleh bangsa asing. Akhirnya, kamu berpecah-belah, menjadi Negara-Negara yang lebih kecil seperti sekarang. Kamu hanya bersatu di masjidilharam dan dalam OIC?? Cukupkah itu??

Buang atau tolaklah pembahagian atau perpecahan = -/.

Bersatulah kamu semua, bercampurlah menjadi satu Negara = +1!
Tetapi mesti guna system khalifah atau khulafa yang diredai oleh ALLAH S.W.T.

4 PEMIMPIN AJAIB KHULAFA AR RASYIDIN

Ohhh! mana boleh kami bersatu semula? Siapa yang akan layak menjadi khalifah, gabenor? Masalah bahasa resmi pula? Masalah adat? Perlembagaan dan ordinan serta akta kami berbeza dan bertentangan di antara Negara-Negara arab, jadi, bagaimana kami boleh bersatu wahai Pelopor Bintang Pertama Dunia? Kalau kami bersatu, USA, Israel, Nato, Rusia, England, China, Korea, akan serang kami kerana kami bersatu. Mereka tu dengki, tahu takkk????

Kalau kami bersatu, bagaimana dengan matawang kami yang berbeza? Bagaimana agihan pendapatan Negara akan diberi kepada kami? Dulu Iran dan Iraq berperang, tiada yang beri pampasan ? Engkau cakap senanglah wahai Panji-Panji Halimunan!!! Engkau tahu ke nak settle masalah-masalah ni?? Engkau bukan rasul, nabi, wali Allah, atau Imam Mahdi. Tak perlu engkau sibuk hal kami!!! Jangan jaga tepi seluar dalam kami!! Jaga seluar dalam engko yang berlubang busuk, 99 hari tak pernah basuh!!! Cakap tak semudah bikin!!! Ada faham?!!!

Rupa engko Pioneer udahlah buruk cam perangai ko jugok, Tak pelu engko sibuk bangsa arab!! Rupa engko lebih buruk dari muka gamba ni....

Rupa engko Pioneer udahlah buruk cam perangai ko jugok, Tak pelu engko sibuk bangsa arab!! Rupa engko lebih buruk dari muka gamba ni….

KALAU kami bersatu, bagaimana dengan mereka yang mempunyai kelulusan yang tidak sesuai dengan system pendidikan atau kelulusan Negara yang lain? Mereka, sama ada menganggur atau telah bekerja. Fikirlahhh!! Engko cakap senanglah.

Kalau kami bersatu, kami akan gaduh semula sebab kalau engko tengok sejarah-sejarah bangsa arab, mereka memang suka gaduh perang saudara. Kami ni ada darah keturunan orang suka gaduh macam itu. Penyakit ni bukan senang nak rawat. Mr.Bean pun tak boleh tolong kami. Akhirnya kami akan berpecah semula menjadi Negara-Negara yang terasing semula!!!

Terdiam engkoo??? Bisu-misu ko ye? Tak tahu nak jawab? Pergi balik nyonyot puting mak engko???

Sampai hati engkorang cakap macam itu pada akuk. Akuk cuma beri pendapat. Aku tak kuwasa memaksa engkorang. Itu Allah punya kuwase. Sebagai orang Islam, aku tentu gembira kalau engkorang semua bersatu, berpadu macam  zarah atom .

maafkan aku wahai bangsa arab kalau RTkel aku ni nyinggung perasaan engkorang le!

maafkan aku wahai bangsa arab kalau RTkel aku ni nyinggung perasaan engkorang le!

Sebelum kamu semua bersatu, mesti buat dulu draf kaedah untuk bersatu. Draf-draf mestilah dipersetujui oleh semua Negara arab. Yang paling penting, diredaiNYA. Jangan minta pendapat US atau USA atau pemegang kuasa veto dalam PBB. Pekakkan telinga. Mereka bukan faham atau suka dengan kesatuan dalam ISLAM, kekhalifahan. IMAMAH. Kalau mereka ugut, kamu ugutlah juga. Kalau PBB sekat ekonomi engkorang, masih banyak Negara ISLAM yang bukan arab yang hendak tolong ekonomi kamu. Negara arab pun bukan tak ada minyak dan bahan galian lain yang dapat berikan kekayaan. Fasal hutang kamu dengan bank dunia, lupakanlah sebab itu riba. Kalau negara kafir nak serang kamu, bersatulah kamu untuk menyerang mereka. TAK mustahil mereka takut. Mereka ada nuclear. Kamu pun kecut kote??? Bukankah cukup Tuhan sebagai penolong kamu. Solat hajatlah. Sejarah membuktikan ramai dan teknologi canggih peperangan belum tentu menjamin kemenangan kerana yang terpenting ialah kekuatan iman kamu kepada Allah.

Biarkan ulamak-ulamak di persimpangan kutub menentukan siapakah yang akan jadi khalifah dan gabenor atau khalifah yang dilantik oleh ulamak DPK ini yang menentukan gabenor. Jadi, masalah mazhab telah diselesaikan. Kemudian dalam draf itu lagi, eeemmm apa yeeee,,,……… aaaa….  mengenai masalah bahasa, bahasa arab yang mengikut bahasa al-Quran itulah yang paling baik jadi bahasa resmi engkorang semua. Yang KELULUSANNYA TIDAK GUNA BAHASA ARAB INI, baik yang dah kerja atau menganggur, kita beri mereka kursus percuma sahaja. Kalau nak ambil peperiksaan khas ini, lagi baik. Mengenai masalah adat, ulamak DPK akan bermesyuarat untuk menentukan adat yang mana bertentangan dengan ISLAM, itulah yang engkorang kena berlatih tinggalkan.  Mengenai tahap kelulusan yang tidak setaraf antara satu Negara arab dengan yang lain, kita, ehh kamu semua……hendaklah mempermudahkan cara, iktiraf sahaja semuanya sama, jika ada keperluan, buat sahaja kursus dan latihan percuma dalam jabatan atau di luar jabatan.

Mengenai agihan ekonomi, semuanya dibagi samarata. Tiap-tiap daerah dan zon sama rata. Jika ada kelebihan, kau semua bagi sahaja ke ibu kota , ibu Negara empayar baru arab yang kamu semua telah persetujui seperti yang ternyata dalam draf.

Masalah perbezaan matawang, agaknya kamu kena buat dahulu satu mata wang pengantaraan nilai untuk semua mata wang yang berbeza dalam Negara-Negara arab. Semua mata wang itu akan dinilaikan dengan mata wang pengantara. Dan akhirnya bila tiba masa yang sesuai, semua mata wang itu akan diistiharkan tidak digunakan lagi, tidak dicetak , sebaliknya kamu akan menggunakan satu jenis mata wang sahaja iaitu yang menjadi perantaraan itu.

Masalah kamu suka gaduh. Haiii macam budak kecikle engkorang. Masa baby dulu engkorang tak cukup nyonyot puting susu mak engkorang???? Dah tua ni, banyaklah ingat mati, berzikir tarekat untuk menjahanamkan sifat suka bergaduh itu. Penyakit marah moyang-moyang kamu semua bukan penyakit yang dapat berjangkit-jangkit melainkan kamu semua diberikan asuhan yang salah. KAMU kena cari asuhan baru. Ulamak-ulamak DPK di seluruh dunia akan mengasuh kerohanian kamu.

Dahle….aku asyik bebel dan leter pun, bukan engkorang tak bosan dengarnya??

OKLAH aku berambuslah dulu. UP UP AND AWAY!!! Macam superman pulak.