Abdi Moden bin Robot By Panji-Panji Halimunan

Abdi Moden bin Robot bin……?

Peringatan Harian ke 28= Burn Rubbish Now?

Peringatan Harian ke 28= Burn Rubbish Now?

Peringatan Harian ke 29= Supervise it. Dog please go away from it.

Peringatan Harian ke 29= Supervise it. Dog please go away from it.

Peringatan Harian Ke 30= Is Roof OK? Hit any nail?

Peringatan Harian Ke 30= Is Roof OK? Hit any nail?

Artikel ini juga akan mengambil kisah-kisah benar untuk ditaipkan di kiriman ini. Kilang, apa yang difikirkan oleh anda?  Kebanyakan kilang tidak mampu memberikan gaji pokok yang lebih banyak daripada sejumlah kecil kilang atau jenis perusahaan.  Gaji pokok RM300 lebih, atau RM400 lebih atau RM500 lebih adalah kecil dan biasa diberikan. Dicampur elaun-elaun dan kerja lebih masa, masih tidak dapat mengeluarkan pekerja kilang (terutama yang berjawatan paling rendah seperti operator) dari kategori miskin melarat. Walaupun suami-isteri bekerja di kilang yang sama. Konsep gaji minima yang diwajibkan diberikan oleh majikan sebagai pematuhan terhadap undang-undang buruh seperti RM900 sebenarnya tidak mengeluarkan manusia itu dari kategori miskin kepada kaya. Konsep kekayaan itu sendiri haruslah dijelaskan secara terperinci dan ia mestilah dapat digunakan makna dan maksudnya sepanjang zaman, everywhere and in whole conditions.

Sebenarnya, saya menulis tentang kilang kerana saya berharap ia akan juga dapat membayangkan dan menerangkan banyak keadaan pekerjaan dalam sector lain seperti perladangan, perlombongan, peruncitan, pasaraya, kedai-kedai, nelayan dan lain-lain.

Memang sebahagian besar jawatan dalam sector swasta dan perkhidmatan awam ialah jawatan kategori rendah atau sekadar cukup makan atau sekadar boleh hidup senang dan selesa tetapi tidak memasukkan ke kategori kaya, kaya-raya, jutawan dan lain-lain. Justeru, masalah timbul bila berlaku inflasi, ekonomi meleset, perkahwinan (terutama yang beranak-pinak), menanggung hutang (angsuran-angsuran yang tentunya beriba), dan lain-lain keadaan darurat dan mencekik.

Adakah kerana konsep adat di seluruh dunia yang berdasarkan  kebiasaan , peraturan biasa gaji, kelulusan itu sebenarnya perlu dikaji semula dari segi jumlah gaji kasar yang minima yang boleh diberikan, yang berdasarkan kelulusan atau tidak??? Supaya wujud keseimbangan kuasa beli yang selesa untuk pelbagai golongan dan perjawatan. Apa yang dapat dipastikan, kenaikan gaji  , walaupun berlaku berkali-kali tidak dapat membebaskan diri manusia itu daripada kategori biasa, cukup makan, selesa kepada kaya.

Pelbagai factor yang menyebabkan ini seperti:

1= Riba bank, along (tetap jadi pilihan bila syarat kelayakan pinjaman tidak dapat dipenuhi terutama yang bukan kakitangan kerajaan)

2= Godaan iklan-iklan seperti di TV yang sering Berjaya memukau. Boros. Pembelian berdasarkan nafsu dan bukan keperluan. Perbelanjaan melebihi kemampuan yang biasa.

3=INFLASI

4=Perkahwinan yang tidak sekufu dari segi kewangan, perkahwinan yang sebenarnya tidak layak bagi mereka berkahwin bila dilihat pendapatannya (akad nikah sah tetapi perkahwinan itu haram??).

Ini zaman tiada jantan dan tiada betina kerana isteri pun sama-sama menanggung perbelanjaan hidup. Lelaki yang benar-benar menanggung nafkah ialah orang yang isteri dan anak-anak yang ditanggunginya tidak bekerja. Kitaran hidup dari sejak terima gaji kemudian datang masalah dan terima gaji semula dan datang masalah kewangan semula (bermakna tiada simpanan atau simpanan sentiasa tidak kuat) menghantui kehidupan di seluruh dunia. Buruh menjadi robot majikan. Walaupun robot-robot sebenar (mesin-mesin) juga digunakan, namun buruh harus bekerja sepantas yang sesuai dengan kelajuan mesin hinggakan nak korek tahi hidung pun tiada masa, bahkan bila mesin itu ditambahkan kelajuannya atas perintah supervisor , chief operator,  pengurus atau tauke kilang. Tekanan perasaan terjadi kerana terpaksa menjadi hamba mesin atau hamba syarikat. Yang bekerja syif petang (seperti kerja dari 3 petang hingga 11 malam) dan terutama yang bekerja syif malam (seperti dari 11 malam hingga 7 pagi), tidak menikmati tidur yang sebenar. Dari segi kesihatan, tidur siang walaupun berjam-jam, kemudian terpaksa bekerja syif petang atau syif malam akan mendatangkan pelbagai masalah kesihatan, tekanan perasaan. Memang ada pekerja kilang yang mengakui bahaya ini. Maka terbukti benar ayat al-Quran yang menyatakan bahawa Allah menjadikan siang untuk bekerja dan malam untuk berehat (seperti tidur). Kalau tidur malam, kerja hanya siang, insya-Allah terasa sihat waktu siang itu kerana tidur waktu malam ialah tidur yang nikmat dan sebenar serta mendatangkan kesan kesihatan yang baik. Tidak mustahil kitaran hidup (kerja syif dan dapat gaji yang sedikit kemudian datang masalah kewangan , kemudian kerja semula, dan begitulah seterusnya) telah dicipta oleh  orang jahil, musuh Islam . Kitaran seperti itu melemahkan umat ISLAM. Menyebabkan malas beribadat malam (qiamulail) dan jika hendak dibuat pun terasa badan dan kepala tidak segar, tidak sihat dan mengantuk akibat bekerja malam . Jika suami-isteri , kedua-duanya juga jadi hamba moden (kerja dengan mesin atau kerja kilang), maka, rumah-tangga tidak mustahil tiada kekal lama. Perceraian. Isteri tidak dapat masak secara cukup atau sempurna atau suami terpaksa beli makanan yang telah siap. Anak-anak terpaksa di hantar ke pusat jagaan bayi dan kanak-kanak. Pengasuh pula jahil dan kasar. Kesannya, anak-anak membesar dalam kejahilan dan inilah yang dikehendaki oleh musuh-musuh ISLAM. Suami-isteri selalu bergaduh kerana tidak cukup wang. Apa lagi, kerja kilang selalu dalam keadaan berikhtilat, bersufur, bertabaruj. Tidak sedikit orang yang curang. Malah kebanyakan kilang , umpamanya di MALAYSIA, dimiliki oleh orang kafir, sering tiada menyediakan kemudahan untuk solat. Tiada surau. Jika ada pun, surau sangat kecil, muat untuk 2-3 orang sahaja pada sesuatu masa. Di situlah wanita, di situlah lelaki bercampur untuk solat. Solat pula harus minta kebenaran atau terlalu singkat masa diberikan untuk solat . Perlu kembali ke mesin segera. Waktu rehat yang singkat (  seperti 1 jam atau kurang) tidak memadai untuk rehat, solat , makan-minum. Meninggalkan solat dengan sengaja kerana alasan tiada orang yang jaga mesin atau kerana diperintahkan jaga mesin segera, hukumnya MURTAD. Memang ini rancangan musuh ISLAM, mahu memurtadkan umat ISLAM seluruh dunia dengan cara halus seperti ini yang sering tidak disedari oleh pemimpin-pemimpin ISLAM. Di manakah gerakan jihad untuk menghapuskan kitaran hidup yang lemah dan hina serta pemaksaan menjadi robot dan hamba pada zaman moden ini? Bilakah tauke kilang yang beragama ISLAM, yang ambil berat tentang solat pekerjanya akan muncul lebih banyak di seluruh dunia?

http://www.youtube.com/watch?v=icQFeZCgtus http://www.youtube.com/watch?v=Czo3bWSIgDo http://www.youtube.com/watch?v=cewX5M8nFNM http://www.youtube.com/watch?v=hEpUpwuTv6A http://www.youtube.com/watch?v=LwZt-FhstbI http://www.youtube.com/watch?v=lC9ePXFhU1s http://www.youtube.com/watch?v=uQvxCZ8EvPM http://www.youtube.com/watch?v=A9zKaUf-ss4

Makhluk Misteri Kutub Selatan By Jeritan Seantero Dunia

Peringatan Harian ke 10 = Clean it. Change if damage

Peringatan Harian ke 10 = Clean it. Change if damage. Close the duct when water service department get any problem because when the problem settle, dirty and rust water flow through water filter

Quality Certificate?

Peringatan Harian ke 11 = Quality Certificate? Change It?

Peringatan Harian ke 12 = Sharpen It & keep in secret place Now!!!

Peringatan Harian ke 12 = Sharpen It & keep in secret place Now!!!

Berita ini tersebar pada tahun 1977. Pengunjung-pengunjung dari serata dunia mengatakannya. Misteri ini. Pengunjung mengatakan makhluk ini berupaya membuat mereka terpengaruh dalam banyak keadaan yang jadi cara hidup makhluk tidak bernama ini, hanya dinamakan sebagai makhluk misteri kutub selatan. Ramai bekas pelawat kutub selatan itu yang gagal meninggalkan kesan misteri ini. Salah seorang daripada mereka ialah seorang saintis Iran.

Seluruh dunia menghina dan mengutuk makhluk ini dan pelawat yang dianggap terpengaruh dengan cara hidup makhluk misteri ini. Budaya yang tidak dianggap baik, malah haram bagi sesetengah penduduk dunia.

Fatimah  , saintis tersebut membuat beberapa ujikaji di makmal , di rumahnya. Dia dan mereka yang lain yang pernah melihat makhluk tersebut gagal mengambil foto atau merakamkan menggunakan peralatan video. Dia membuat teori yang dinamakan sebagai Teori  Misteri Selatan. Teorinya mengatakan bahawa makhluk yang seakan-akan berbentuk manusia ini mempunyai kebolehan memancarkan sejenis gelombang dari tanduk yang terdapat di dahinya. Gelombang itu bila dipancarkan dan mengenai manusia, terutama di kepala, akan banyak mengubah personality asal manusia yang terkena pancaran gelombang itu, yang dinamakan sebagai XX.

Dengan melihat tingkah-laku dirinya sendiri sebagai sampel kajian, Fatimah mendapati bahawa contoh-contoh personality buruk yang terjadi kepada diri dia akibat terkena pancaran gelombang XX itu ialah:

1= Suka menampakkan wajah , bersolek, berhias diri, menampakkan aurat kepada orang lelaki . Dahulu , sebelum terkena sinaran XX, beliau suka menutup wajah dengan jilbab kerana itu wajib katanya.

2= Suka bergaul dengan lelaki yang bukan muhrim

3= Suka menyanyi lagu. biasanya lagu  haram seperti lagu cinta dan bermain alat muzik yang dianggapnya haram tetapi dia lakukan juga kerana pengaruh XX ini gagal dihilangkan dari tubuhnya walaupun pelbagai usaha telah dicubai.

Makhluk misteri itu hidup berkumpulan.

Makhluk itu gemar berhias, menyanyi (ini juga cara mengawan, mengikut teori Fatimah) serta menggoda yang lawan jantinanya. Dengan menggunakan ranting atau dahan yang patah, makhluk itu memukul batu atau ranting atau dahan juga untuk menghasilkan irama lagu mereka , sambil makhluk itu menari-nari . Tarian makhluk ini seperti monyet yang melompat-lompat dan tidak berhenti bergerak ke sana-sini. Suara makhluk ini juga ada kalanya seperti beberapa spesies babun, cimpazee, siamang dan lain-lain.

Kesan daripada personality yang terhasil akibat pancaran XX itu melahirkan pula kesan lanjutan . Antara kesan lanjutan itu, Fatimah suka berjalan ke mana-mana dengan seorang atau lebih daripada seorang lelaki yang bukan muhrim dia. Dahulu dia menganggap semua ini haram tetapi kini dia gemar melakukannya. Keluarga beliau menganggap beliau telah gila kerana melakukan dosa seperti ini. Fatimah suka makan – minum bersama lelaki, berjabat tangan dengan lelaki, bergurau-senda, sentuh-menyentuh , dan lain-lain dengan lelaki yang bukan muhrim dia. Masyarakat dan jiran membiarkan sahaja personality Fatimah ini bila semakin ramai yang mengikuti budaya Fatimah ini sehingga akhirnya dianggap sebagai halal.

Wanita naik motorsikal dan dipandu oleh lelaki bukan muhrim dianggap oleh masyarakat  sebagai halal. Tunang berjalan dengan tunang dianggap halal, malah boleh bergurau-senda, berdua-duaan padahal dahulu hal ini dianggap haram. Wanita-wanita dibenarkan ada boyfriend dan begitulah sebaliknya. Padahal bersufur, berikhtilat, bertabaruj itu diharamkan dalam ajaran ISLAM yang tulin tetapi halal dalam ISLAM sekarang yang bercampur bidaah haram tetapi ISLAM bidaah ini dianggap sebagai sunnah sebenar.

Budaya yang merosakkan ini melahirkan akibat seperti bayi luar nikah yang dicampak di mana-mana seperti sampah. Dikutuk oleh seluruh dunia. Filem-filem selalu dipersalahkan sebagai punca kerosakan am. Pengaruh filem. Pengaruh tv dan video. Kaset.

Akhirnya makhluk misteri itu berjaya dirakamkan dan dikenal-pasti oleh seorang saintis berbangsa melayu Indonesia. Dunia menjadi terperanjat kerana kesedaran terhadap misteri ini. Berebut-rebut orang hendak melihat rakaman foto dan video yang dibuat oleh saintis Indonesia ini. Saintis itu menjual foto-foto dan rakaman video itu dengan harga berjuta-juta. Maka, dengan cepat dia menjadi kaya.

Tentu anda biasa menonton tv dan mendengar radio atau cd, kaset? Budaya lakonan, artis, penyanyi, iklan di tv , pemuzik dan lain-lain itu adalah sebenarnya sesat, gila, berbidaah sesat. Tetapi ulamak, kerajaan, masyarakat berdiam diri , malah ramai yang menyokong dan anggap semua itu halal. Malah tidak mustahil ramai ulamak yang suka tonton dan dengar yang haram.

Hendak tahu bagaimana rupa makhluk misteri ini??? Tentu pembaca blog ini terkejut jika saya tunjukkan kerana rupanya sangat mengerikan dan menjijikkan, ibarat syaitan bertanduk?? Jadi, saya tidak akan memaparkan rakaman video dan foto makhluk misteri kutub selatan itu? Takut ada yang terloya atau demam pula.

Saya hanya akan memberitahu apakah sebenarnya makhluk misteri ini iaitu:

MANUSIA YANG MENJADI PELAKON DI TV, PENYANYI, PEMAIN MUZIK, ARTIS, MODEL IKLAN dan lain-lain,  PIHAK YANG MEMBANTU USAHA LAKONAN, NYANYIAN , ARTIS DAN LAIN-LAIN, PIHAK YANG MENYOKONG DAN SUKA SEMUA HAL ITU, WARTAWAN , PENONTON YANG SUKA SEMUA ITU YANG DIHARAMKAN OLEH ALLAH DAN RASULNYA. Semuanya menjangkitkan personality gila kepada orang lain di seluruh dunia.

 Mereka semua inilah sebenarnya contoh-contoh makhluk gila dan jahat yang menyebarkan kuman otak yang gila, jahil, fasik, sakit mental, sakit jiwa, membidaahkan ajaran Islam melalui budaya haram mereka yang jadi ikutan di seluruh dunia berabad-abad lamanya sehingga Mahdi datang dan Isa bin Maryam diturunkan “menghapuskan kuman gila ini”.

SAYA, PENGASAS GERAKAN REVOLUSI DI PERSIMPANGAN KUTUB MENGISTILAHKAN SEMUA GOLONGAN DI ATAS SEBAGAI “KUMAN GILA MASYARAKAT SEDUNIA”. Kuman-kuman gila ini akan menanggung akibat dosa mereka di dunia dan di akhirat kecuali taubat mereka diterima oleh Allah dan pada masa yang sama mereka mentaati segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya.

Jadi, sebenarnya makhluk misteri kutub selatan ini tak wujud pun. Golongan di atas (kuman gila masyarakat sedunia) inilah yang jadi makhluk misteri kutub selatan ini sebenarnya. Bila penonton lihat lakonan di tv, pelakon wanita dan lelaki saling pandang-memandang, saling bergurau-senda, saling sentuh-menyentuh, makan-minum bersama-sama, berjalan  bersiar-siar bersama-sama dan tiada yang melaranginya, malah semuanya membiarkan atau menyokong perbuatan-perbuatan seperti itu, maka penonton lakonan pun memuja kuman gila ini dan mengikuti sifat dan personality mereka. Maka peminat pun akan diheret ke neraka. Haram bersufur, berikhtilat, wanita mendedahkan wajah, haram bergaul dengan lelaki yang bukan muhrim…………….

HANYA NABI MUHAMMAD PATUT JADI IDOLA TERBAIK DAN CONTOH TERBAIK DALAM SEGALA HAL SAMPAI HARI KIAMAT. ALLAHUAKBAR!!!!