Mata Kiriku berjahit, Mata Kananku Buta,Bertemu dengan Wali Allah, Kepalaku Beralas Bantal Malaikat By Penyaring Nostalgia

Nostalgia Filter = Penyaring Nostalgia. This Article in Penyaring Nostalgia category.

Nostalgia Filter = Penyaring Nostalgia. This Article in Penyaring Nostalgia category.

Artikel berkategori Penyaring Nostalgia ialah artikel yang memaparkan juga kisah yang benar-benar terjadi. Bukan rekaan.

Pada satu hari Jumaat, saya bersolat Jumaat di sebuah masjid di pusat Bandar berkenaan. Selepas bersolat, saya pergi ke sebuah restoren melayu yang terletak berdekatan stesyen bas. Saya membeli makanan dan minuman tetapi tidak makan di situ. Saya makan dan minum dalam kereta saya. Memang ada meja khas untuk digantungkan pada stereng. Sebelum dan ketika dan selepas makan-minum itu, saya tidak pula terasa mengantuk. Saya kenyang dan hilang dahaga.

Selepas itu saya mula memandu. Aneh, baru sahaja memandu, saya tiba-tiba terasa mengantuk. Mengantuk itu terjadi beberapa kali . Tiap-tiap kali dalam beberapa saat, selepas itu rasa hilang mengantuk tetapi datang semula dan elok semula, mengantuk semula, elok semula.

Saya hairan. Kenapa? Disebabkan mengantuk itu , kemudiannya tiada , saya meneruskan pemanduan. Saya memang tidak berhenti kerana mengantuk.

Saya telah tiba di satu jalan 4 lorong. Dua lorong ialah jalan satu hala. Dua lorong lagi ialah yang bertentangan arah , yang juga sehala. Tengah-tengah lorong itu ialah binaan daripada batu , pembahagi jalan. Pembahagi ini jadi sempadan tengah. Di kirinya 2 lorong, di kanannya 2 lorong. Sebenarnya jalan ini semasa peringkat pembinaannya, ada orang ditugaskan untuk menanya pengguna jalan atau lebuh raya ini sama ada bersetuju atau tidak lebuh raya ini diadakan plaza tol. Sudah tentu saya jawab tidak bersetuju. Saya yakin ramai yang tidak setuju. Maka sebab itulah sehingga sekarang (lebuh raya ini telah beroperasi bertahun-tahun) tidak pernah ada plaza tol. Alhamdulillah.

Ketika saya memandu di lebuh raya tanpa tol , tanpa plaza tol ini, tiba-tiba saya terasa mengantuk. Kemudian elok. Kemudian kantuk. Kemudian elok. Kantuk terjadi beberapa saat sahaja tetapi ketika kantuk itu saya telah tertidur, mata terpejam. Saya terfikir perlu berhenti di tepi jalan untuk tidur tetapi disebabkan saya lihat saya dah tidak kantuk walaupun bimbang jika kantuk semula, saya teruskan pemanduan. Ketika ini saya tidak lagi memandu di lebuh raya. Tetapi jalan dua lorong yang bertentangan arah.

Akhirnya berlakulah satu keadaan kantuk yang “mata terbuka tetapi sebenarnya sedang tertidur” KEPADA saya ketika  memandu itu. Mata saya terbuka serentak dengan terdengar bunyi rempuhan yang kuat. Sebuah lori besar yang tidak membawa apa-apa melanggar kereta yang saya sedang pandu. Saya memandu dalam keadaan tertidur dan kerana ini kereta saya telah masuk ke lorong sebelah dan melanggar lori yang datang dari arah hadapan.

Kereta saya dirempuh lalu memecahkan kaca tingkap tetapi kaca tingkap hadapan tidak jatuh pecah, hanya melengkung dan kemik , retak sejuta,… dahi dan mata kanan saya terhantuk stereng. Nasib baik sebelum itu, kaca mata yang saya pakai telah jatuh terlebih dahulu. Kereta saya terpusing ke sebelah kiri dan kemudian saya membrek. Maka , kereta itu kini dalam keadaan melintang di tengah jalan.

Ramailah orang datang berhenti dan menghampiri saya. Saya cuba membuka pintu kanan yang dah kemik tetapi gagal. Ada orang cuba membuka pintu sebelah kiri dan meminta saya keluar ikut pintu itu. Akhirnya saya Berjaya keluar. Saya cedera, di tangan, muka, kaki, berdarah. Pakaian, rambut , wajah saya ada serpihan kaca halus . Serpihan kaca telah masuk ke mata kanan saya. Tiba-tiba saya sudah tidak dapat melihat apa-apa. Semuanya gelap , hanya bayangan hitam berbentuk orang-orang yang kelihatan. “Ya Allah, mata saya telah buta, mata saya buta” , saya berkata kepada orang ramai. Ada yang menyuruh saya duduk dan cuba menenangkan hati saya.

DOAKANLAH SAYA PANJANG UMUR. Terimakasih. Alhamdulillah yang selamatkan saya daripada kematian yang mengerikan. Kerana aku banyak dosa, maka berlaku kemalangan ini. Namun aku masih insan biasa!!! Oh Tuhan!!!

DOAKANLAH SAYA PANJANG UMUR. Terimakasih. Alhamdulillah yang selamatkan saya daripada kematian yang mengerikan. Kerana aku banyak dosa, maka berlaku kemalangan ini. Namun aku masih insan biasa!!! Oh Tuhan!!!

Saya mula rasa Tuhan tidak sayang saya . Saya rasa Tuhan menghukum saya. Saya rasa Tuhan tidak akan beri peluang lagi kepada saya untuk melihat dunia lagi. Hati saya sedih dan ketakutan. Mulalah saya teringat ibu saya yang amat saya cintai. Oh, bagaimana saya akan dapat berbakti kepada mu Ibu jika mataku buta. Orang akan menghinaku. Saya rasa masa hadapan saya gelap segelap penglihatan saya. Saya rasa kecewa , putus-asa dan sangat lemah dan hina!!! Saya terfikir untuk menangis tetapi saya mendapati saya tidak mampu menangis!! Malah, kerana terlalu sedih, saya tidak mematikan injin. Injin kereta saya masih hidup sehinggalah orang meminta saya mematikan suis kereta.

Jikalau nabi Isa ada, tentu dia mampu menyembuhkan mata yang buta sebab itu memang mukjizat beliau. Namun , tiba-tiba sesuatu yang saya tidak sangka berlaku. Pemandangan saya berangsur-angsur pulih. Semakin Nampak . Orang yang suruh saya duduk mengatakan saya pitam tetapi saya yakin saya bukan pitam tetapi serpihan kaca yang masuk ke dalam mata telah menyebabkan saya buta sementara dan serpihan kaca itu perlu dikeluarkan agar tiada kesan buruk terjadi lagi. Alhamdulillah yang telah mengembalikan penglihatan saya. Oh Tuhanku………..betapa aku sangat tidak bersyukur kepada MU, maka kau telah menghukumku dengan kemalangan yang mengerikan ini.

Saya meminta seorang lelaki melayu di situ membawa saya segera ke hospital. Lelaki itu menguruskan sesuatu pada majiis di tepi jalan-raya itu……(akad nikah keluarganya, adiknya, kalau tak silap) tetapi disebabkan dia setuju untuk membantu saya, maka urusan beliau bertangguh. Kereta saya yang remuk berada di hadapan rumah yang sedang ada majlis tersebut (majlis akad nikah yang belum berlangsung lagi, kalau tak silap saya). Kata pemuda itu, sebab saya melayu, maka dia hendak tolong. Kalau bangsa lain, tak nak tolong.

Di jabatan kecemasan, luka terus mengalir dari dekat mata saya, serpihan kaca yang banyak dan halus macam tepung juga masih ada dalam mata kiri dan kanan . Saya disuruh tunggu giliran untuk berjumpa doctor. Rasanya lama juga saya tunggu dan bila saya minta tisu untuk mengelap darah yang ada pada luka dan yang mengalir dekat mata, saya tidak diberikan tisu.

Wang syiling saya jatuh bertaburan dengan banyak dalam kereta saya yang remuk. Laptop saya dalam kereta yang malang itu. Selepas mata saya dicuci, mengeluarkan serpihan, saya kemudiannya meminta di cuci lagi mata saya sebab tiba-tiba saya rasa mata saya seperti ada serpihan lagi tetapi saya disuruh balik sahaja. Kata kakitangan hospital itu (mungkin pembantu doctor berbangsa India, seorang wanita) itu cuma impak sahaja, bukan ada serpihan tetapi bila saya di rumah, otot mata saya tidak dapat digerakkan ke atas (memandang ke atas). Jika saya lakukan itu, mata saya sakit. Untuk ke hospital semula, jauh dan saya tidak ada kenderaan lain. Untuk menunggu bas  atau teksi bukan kerja senang. Nak dapat naik bas dan teksi pun sukar. Jadi, saya ambil cawan yang saya isi air bersih , hampir penuh secawan, saya beliakkan mata dan dalam keadaan itu mata saya menyentuh permukaan air, saya tenggelamkan mata dalam air cawan sambil otot mata saya bergerak ke kiri , ke atas, ke kanan, ke bawah sebab inilah  teknik yang disuruh pembantu doctor masa saya dicucinya di hospital. Alhamdulillah selepas melakukan banyak kali (bercawan-cawan air digunakan), saya mendapati otot mata dapat digerakkan ke arah mana pun tanpa sakit. Memang ada kelihatan seperti habuk dan serpihan pada permukaan air cawan setelah mata saya dicuci.

Sebenarnya kemalangan yang menyebabkan saya buta sementara ialah kemalangan berkereta yang dialami yang paling bahaya dalam sejarah hidup saya. Saya sebenarnya telah banyak mengalami kemalangan jalan-raya semasa memandu dan menggunakan kereta.

Sebelum kemalangan dirempuh lori, pernah saya terlibat dalam kemalangan yang dapat menyebabkan saya terbunuh juga. Kisahnya begini:

Saya sedang memandu dengan laju . Jalan-raya tersebut ialah jalan 4 lorong. Lebuh raya tanpa plaza tol, tanpa tol. Pembahagi jalan daripada batu memisahkan lorong  , menjadi 2 lorong sehala sebelah kiri dan 2 lorong sehala di sebelah kanan. Saya sedang memandu di lorong kiri ketika hampir dengan satu selekoh merbahaya. Seorang yang memandu myvi jingga berada di hadapan saya iaitu di lorong kanan yang tentu jalan sehala juga. Orang itu sepatutnya memberikan isyarat untuk masuk ke lorong kiri bila kereta saya telah hampir dengan kereta dia tetapi dia tak beri isyarat , malah terus masuk sedikit ke lorong saya menyebabkan saya memusing stereng ke dekat bahu jalan untuk mengelakkan terlanggar kereta myvi itu tetapi pusingan stereng kereta saya seterusnya menjadi sukar dikawal , stereng itu bergerak ke kiri dan ke kanan dan ke kiri – kanan berulang-ulang secara automatic, Saya cuba menstabilkan dan menormalkan kedudukan stereng tetapi gagal lalu kereta saya merempuh pembahagi jalan lalu kereta saya melantun ke kiri dan saya membrek, nyaris masuk ke parit besar. Kereta saya berhenti di dekat rumah bapa saudara ibu saya. Ramai orang datang. Dahi dan mata saya terhantuk stereng. Tepi atas kelopak mata kiri saya terbelah, luka berdarah, sangat hampir dengan bola mata kiri (nasib baik tak buta). Pemandu myvi itu memberhentikan keretanya . Keretanya di hadapan saya. Hanya beberapa belas meter, anggaran saya. Dia tak keluar dari kereta. Saya menunjuk dengan jari telunjuk ke arah dia sambil saya berkata kepada seorang lain yang datang untuk membantu saya, iaitu saya berkata pemandu myvi itulah punca saya kemalangan. Tiba-tiba selepas saya menunjuk itu, kereta myvi itu bergerak perlahan-lahan, melarikan diri. Mata kiri saya dijahit. SEBELUM dijahit, cecair penahan  sakit disapu oleh pembantu doctor, pembantu perubatan. Kata pembantu itu, jika tidak dijahit, mata saya akan bernanah dan lambat sembuh.

Kisah malaikat datang menyelamatkan saya:

Pada sejarah silam, saya sedang berbasikal untuk pergi ke tempat kerja saya. Saya tidak ingat, kenapa saya hendak ke tempat kerja. Mungkin kerana hendak mengambil wang gaji. Saya tidak ingat sama ada saya cuti atau tidak hari itu. Saya tiba di satu simpang empat, berdekatan satu medan selera. Saya hendak melintas dengan berbasikal di simpang itu ketika sebuah kereta membunyikan hon berkali-kali. Salah saya juga, saya terus kayuh basikal [melintas] walaupun tahu sebuah kereta sedang bergerak laju dari arah kanan saya. Kereta itu melanggar betis dan peha kaki kanan saya dan basikal saya. Saya dan basikal melambung ke atas. Basikal yang melambung jatuh ke cermin hadapan kereta cina lelaki itu.  Saya melambung dan atas kepala saya jatuh dahulu ke jalan raya yang keras menggerutu tajam. Saya rasa seperti kepala saya jatuh atas bantal yang keras . Disebabkan ini, saya yakin, bahawa Allah telah memerintahkan satu malaikat melindungi kepala saya. Kalau ikut logic, kepala saya boleh retak atau belah atau pecah. Tetapi tiada luka sedikitpun. Alhamdulillaah. Astaghfirullaah. Saya yang terjatuh cuba bangun, saya berdiri tetapi tiba-tiba kaki saya terasa sangat sakit, tegang urat dan otot. Ada calar dan luka di kaki dan di bahagian lain. Sangat ramai yang datang menyaksikan tragedy ini. Cina itu kata dia telah membrek dengan kuat. Kata dia, kalau dia tidak brek, dia berpendapat saya sudah dibungkus [mati]. Cina itu menuntut gantirugi kerosakan kereta. Kata dia, kereta itu dia baru beli. Ada orang yang meminta saya yang menuntut gantirugi sebab dia fikir saya tak bersalah. Dalam kes ini, sayalah yang bersalah. Nasib baik cina itu tidak mahu buat repot polis. Malah cina itu menawarkan bantuan menghantar saya ke hospital. Malah , dia kata kalau saya nak bayar gantirugi sebanyak RM300, bayarlah, kalau tak mahu bayar pun, boleh juga. “BAIK HATI CINA INI”. Memang ada orang yang meminta cina itu tidak menuntut rugi . Mungkin kerana itu, cina itu berkata , yang bermaksud: “kalau tak nak bayar pun, tak mengapa”. Ada seorang lelaki mahu membawa saya ke klinik yang ada dekat tempat tragedy. Saya setuju dibawa. Di klinik itu, doctor memberikan suntikan untuk mengelakkan kancing gigi. Kata doctor, kemalangan seperti yang saya alami, biasanya dapat menyebabkan kancing gigi. Saya tidak faham ini, penyakit apa? Saya juga diberikan ubat. Semasa di tempat kemalangan, ada saya berkata bahawa saya tidak membawa kad pengenalan. Ada seorang melayu berkata, kad pengenalan itu NYAWA.

KISAH BERTEMU DENGAN WALI ALLAH:

Kisah ini diceritakan oleh ibu kandung saya:

Ketika saya masih seorang bayi, nenek saya memberitahu ibu saya tentang seorang lelaki. untuk meminta bantuan lelaki itu , untuk menyembuhkan penyakit saya yang selalu menangis . Kasihan ibu saya, susah ibu saya hendak tidur malam. Saya ada penyakit yang menyebabkan saya asyik menangis. Nenek saya dan ibu berjumpa lelaki itu. Masalah kesakitan saya diceritakan kepada lelaki itu. Lelaki itu memetik satu daun dan kemudian kedua-dua tapak tangan beliau diangkat [berdoa]. Kemudian, daun itu diletakkan di bahagian saya yang sakit. Selepas peristiwa inilah , saya tidak menangis lagi, penyakit saya telah sembuh. Alhamdulillaah. Saya yakin bahawa lelaki itu bukan orang biasa tetapi WALI ALLAH kerana biasanya doa yang segera dikabulkan serta-merta ialah doa kekasih Tuhan.

THE END.

 

Sekolah Tinggi Memandu By Perintis Minda

sayIstighfar&SyahadatOften,Everyseconds!!!

AUTHOR OF THIS ARTICLE = THE SYMBOL OF U’ZLAH

thCAD126JV kategori artikel= PERINTIS MINDA

Buku pelajaran sekolah memandu disimpan sahaja setelah dapat lesen memandu. Berapakah peratus ingatan yang masih ada? Sebahagian besar pelajaran itu telah dilupakan? Maka, bahaya di jalan-raya akibat kebodohan dan kelalaian. Kealpaan. Lebih baik mengikhtisarkan pelajaran , buat salinan. Satu dalam kereta. Satu lagi salinan simpan di rumah. Selalu ulangkaji. Walaubagaimanapun, kandungan teks sekolah memandu sebenarnya tidak memadai untuk memberitahu kaedah pencegahan kemalangan. Maka, artikel yang anda sedang tatapi ini diharap menjadi perintis terhadap minda anda seterusnya. Maka , kita namakan sebagai teks sekolah tinggi memandu. Tetapi saya juga akan mengatakan apa yang anda telah pelajari di sini , sebagai ulangkaji, yang terpilih sahaja.

Bila anda masih di halaman rumah atau di garaj, periksalah kesihatan kereta anda. X-RAY kereta anda. Uji dan pandu di halaman , depan rumah anda. Tambahkan cecair air coolant, minyak gear, minyak pelinci injin, minyak brek, minyak stereng, air pencuci cermin ??? Periksa tekanan angin tayar. Pastikan semua lampu berfungsi, air cond, hon kereta, pengelap cermin, alarm, tuil gear, brek tangan, tali pinggang, tuil lampu dan lain-lain. Periksa juga bawah kereta. Pastikan peralatan mekanik kereta  berada dalam bonet. PERIKSA jumlah angin tayar alatganti. Jika tidak keberatan, bawa juga kabel pengecas bateri , pengepam angin (jenis kaki atau yang automatic iaitu yang ada plug yang boleh disambung ke soket kereta) dan jek ). PEMBUKA NAT TAYAR jenis kaki lebih menyenangkan tetapi jurutera syarikat harus mencipta pembuka nat yang automatic (yang berbentuk seperti penggerudi itu) yang berkuasa bateri dan yang ada kabel yang boleh disambung ke soket kereta. Rekodkan segala pemeriksaan dan tarikh bahagian-bahagian kereta akan diperiksa semula. Sebarang pemanduan yang lasak dan kasar lagi sangat jauh mungkin memerlukan anda lebih segera membuat pemeriksaan semula sebelum tarikh-tarikh yang anda telah tentukan itu. DEMIKIAN juga jika ada tanda atau kemungkinan pensabotajan terhadap kenderaan anda.

Artikel ini mungkin bersambung, terutama jika rajah-rajah dimasukkan. Jangan lupa fungsi peninggi  kerusi , pelaras ketinggian stereng. Pastikan cermin pandang belakang, cermin sisi (di luar kereta) berada di kedudukan yang baik. Semua cermin ini mestilah berada di kedudukan yang sesuai untuk semua keadaan dan kedudukan kerusi pemandu supaya anda tidak perlu berhenti untuk membetulkan kedudukan cermin. Pastikan cermin pandang belakang dapat melihat semua kawasan cermin belakang kereta. Mengenai cermin sisi pula, biar hanya sedikit bahagian luar tepi badan kenderaan dapat dilihat dengan cermin itu. Tambahkan cermin untuk melihat zon buta pada cermin sisi. Beli yang dapat diselaraskan kedudukan cerminnya (yang dapat melihat lebih jauh zon buta). Pastikan alarm undur berfungsi, lampu nombor plat menyala, lampu dalam bonet, lampu bumbung.  Lihat bunga tayar. Pastikan penutup tiub tayar ada dan telah diketatkan.

PASTIKAN TIADA UNSUR SABOTAJ seperti nat rim tayar tiada longgar. Pastikan tiada paku atau benda tajam di Tanah hadapan rumah anda. Sekarang anda ingin memandu kereta. Pastikan tangan kanan yang digunakan untuk memandu (tangan kiri jika kecemasan sahaja seperti bila tangan kanan sakit atau keletihan). Jangan guna kaki kiri untuk menekan injak pecut ATAU injak brek. Ini sangat merbahaya. Untuk mengelakkan dan mengurangkan keletihan tangan kanan, pastikan tangan kanan menggenggam bahagian bawah kanan stereng dan siku tangan kanan itu hendaklah menyentuh bahagian kanan kerusi pemandu yang melengkung itu. Jangan merehatkan tangan kiri dengan memegang brek tangan. Pastikan semua pintu telah dikunci dan semua cermin tingkap telah dirapatkan. Kilang kereta disyorkan mencipta lampu alarm peringatan untuk penguncian kereta iaitu lampu dan alarm itu berbunyi jika ada pintu kereta yang tidak dikunci atau tidak rapat.  Adakah roadtax masih hidup?

Apabila kenderaan anda bergerak ke titi anda, pandang kiri, kemudian kanan, kemudian kiri , kemudian kanan semula. Sekarang anda sedang memandu di jalan-raya.

Untuk mengelakkan dan mengurangkan keletihan kaki kanan, gunakan system auto-cruise, gunakan pembrekan auto-cruise (brek jari). Untuk mengelakkan atau mengurangkan keletihan kaki kiri, letakkan kaki kiri di tempat khas kaki kiri yang disediakan oleh jurutera kereta (terletak di sebelah injak brek jika kenderaan yang anda pandu itu ialah Proton Satria Neo R3 1.6 automatic). Untuk mengelakkan dan mengurangkan keletihan dan mengantuk , letak bantal tengkuk atau leher di belakang leher dan bantal belakang badan. Sesetengah kereta ada tuil pelaras lengkungan kerusi di bahagian penyandar belakang badan.

Ya Allah! Sebuah proton wira sedang memandu di belakang proton satria neo R3 CPS 1.6 AUTOMATIK anda dan jarak kereta itu dengan belakang kereta anda selalu tidak jauh. Ini memungkinkan terjadi pelanggaran . Untuk menghindari proton wira terlanggar belakang kereta anda,  cuba menjauhkan kenderaan anda dan jika wira itu tiba-tiba menghampiri belakang kereta anda dalam jarak bahaya, cuba jauhkan lagi kenderaan anda lalu gunakan teknik seperti ini :

1= Anda memandu ke bahu jalan atau sebahagian simetri kenderaan anda berada di atau dekat bahu atau tepi jalan dan masih memandu dengan perlahan. Ini isyarat anda beri pemandu wira itu memotong anda .

2= Teknik Pura Belok atau Pura Henti= iaitu anda berpura-pura untuk membelok ke kiri dengan menghidupkan lampu isyarat belok ke kiri dan anda benar-benar berhenti di bahu jalan (KEMUDIAN HIDUPKAN LAMPU ISYARAT KECEMASAN jika anda mendapati ada polis kecuali tempat berhenti itu memang boleh untuk kereta yang tidak kecemasan) jika pemandu wira itu masih tidak memotong kenderaan anda.  Keadaan ini dapat mendorong pemandu wira itu memperlahankan keretanya dan memotong kenderaan anda.

3=Teknik Pura Cemas = Anda hidupkan suis lampu kecemasan (lampu isyarat kiri dan kanan hidup serentak). Anda tidak perlu berhenti , terus memandu dengan perlahan. Ini akan mendorong pemandu wira memperlahankan keretanya dan memotong kenderaan anda dengan selamat. Biarkan dia pergi jauh dari anda. Lepaskan dia terutama orang gila (mat rempit dan sebagainya)

4= Teknik Potong Hadapan = Anda memotong kenderaan  di hadapan anda dan jarak kenderaan anda dari kenderaan yang anda potong itu tidaklah jauh tetapi masih dalam jarak selamat [jarak selamat ialah kenderaan yang berada di belakang sesuatu kenderaan dapat membrek dengan selamat tanpa terlanggar kenderaan hadapan jika kenderaan di hadapan tiba-tiba membrek atau berhenti dan kelajuan kenderaan yang di belakang sesuatu kenderaan itu haruslah lebih perlahan  atau hampir sama dengan kelajuan kenderaan yang di hadapannya. Walaubagaimanapun, cuba utamakan juga jarak antara kenderaan di belakang dengan sesuatu kenderaan di hadapan itu ialah seperti panjang sebuah bas panjang (panjang bas yang biasa)]. Ini mungkin akan menggalakkan pemandu wira itu memotong kenderaan anda dan meninggalkan anda jauh di belakang atau dia masih berada di belakang kenderaan lain yang berada di belakang kenderaan anda.

JIKA PEMANDU MOTORSIKAL ADA DI LORONG MOTORSIKAL  DAN ADA JUGA YANG DI BELAKANG KENDERAAN ANDA: ============================================================== Seboleh-bolehnya atau sedaya-upaya anda cuba menjauhkan kenderaan anda dari mereka. Pemandu motorsikal boleh digelar sebagai kenderaan tanpa lorong sebab ramai pemandu motorsikal yang tidak ikut peraturan jalan-raya. Mereka selalu merampas lorong kereta atau berada selorong dengan kereta , lebih merbahaya ada yang bergerak di garisan tengah jalan-raya ketika di kiri dan kanannya ada kenderaan sedang bergerak serentak . Golongan inilah yang paling ramai dan paling tak siuman? Rekod kemalangan di Malaysia, tiap-tiap tahun menunjukkan pemandu motorsikal paling ramai mengalami kemalangan jalan-raya. Pastikan pemandu motorsikal tidak berada hampir dengan tepi badan kereta anda. Pergeseran mungkin terjadi jika jarak motorsikal dengan tepi badan kenderaan anda itu tidak selamat. Ada banyak terjadi pemandu motorsikal yang sengaja  semakin mendekatkan motorsikal ke tepi atau belakang kenderaan anda atau ketika memotong (juga berada hampir dengan bumper hadapan kereta anda) untuk menunjukkan mereka hebat atau tak takut mati. Jika 100 kali mereka selamat walaupun berbuat begitu, kali ke 101, tiada siapa dapat menjamin. Jika lumpuh atau mati bila yang ke 101, maka tak bermakna yang 100 kali selamat itu. Anda mungkin guna teknik “Perlahan untuk Lepaskan” iaitu sengaja memperlahankan kenderaan anda supaya pemandu motorsikal akhirnya bergerak lebih laju dan akhirnya anda dipotong dan ditinggalkan jauh. Gunakan teknik ini jika diyakini selamat.

APABILA DI HADAPAN ADA SIMPANG (TIADA LAMPU TRAFIK) DUA ATAU TIGA ATAU EMPAT =============================================================== Anda mungkin menghidupkan lampu tinggi (mengelipkan lampu tinggi) untuk memberi amaran kepada kenderaan yang sedang berhenti di simpang agar jangan merampas hak anda yang perlu bergerak dahulu. Mungkin semua mereka mematuhi dan bersetuju dengan amaran anda tetapi jika ada yang berdegil???? Gunakan teknik Perlahan Untuk Pastikan iaitu perlahankan kenderaan anda sambil sentiasa ingat bersedia untuk membrek jika perlu. Biasanya jika anda sangat perlahan , tentu ada yang merampas hak “siapa jalan dulu”, merampas hak anda bergerak. Jadi cuba jangan terlalu perlahan. Sekarang semakin menjadi-jadi , iaitu pemandu yang memandu laju, sangat laju menyebabkan kenderaan yang berhenti di simpang sakit hati dan mereka merampas hak pemandu laju yang sedang bergerak itu. Kemalangan maut mungkin terjadi!!! Dengan memandu pada kelajuan perlahan yang memadai dan selamat, anda dapat lebih yakin sama ada wujud pemandu di simpang yang melanggar hak anda atau tiada langgar.

KAEDAH SIMETRI LORONG

======================

Satu kaedah yang biasa, dapat difikirkan oleh ramai pemandu ialah mereka menggunakan kaedah Simetri Lorong iaitu jika sedang memandu, kenderaannya lebih kerap berada di tengah-tengah lorong , seolah-olah ada lorong tengah dalam lorong itu (lorong kiri atau kanan). Tujuannya untuk memudahkan pengawalan kenderaan seperti untuk mengelakkan pergeseran tepi kenderaan yang berada di kiri atau kanannya. Kaedah ini elok diamalkan.

APABILA BERHENTI DI SIMPANG (LAMPU TRAFIK SEDANG MERAH) =====================================================

Jika motorsikal berada di tepi kiri atau kanan atau kiri dan kanan kereta anda, maka, biarkan mereka bergerak ke hadapan kereta anda dahulu jika kenderaan mereka itu terlalu rapat dengan tepi kenderaan anda. Apapun keadaannya, anda mestilah memandu perlahan-lahan dahulu kerana pemandu motorsikal kerap merampas jalan seperti memotong secara merbahaya seolah-olah hendak menghimpit kenderaan anda (mat rempit kereta pun ada begini). Pernah terjadi kenderaan saya sedang berhenti kerana menunggu lampu merah jadi hijau. Tiba-tiba kenderaan di belakang saya melanggar belakang kereta saya walaupun dia tahu saya sedang berhenti!!! Saya sepatutnya menggunakan kaedah Lompat ke Hadapan IAITU saya memandu cepat sedikit beberapa meter ke hadapan untuk mengelakkan pelanggaran kenderaan itu tetapi tidaklah dilakukan jika ada kenderaan sedang bergerak (yang bergerak kerana lampu hijau) yang menghalang teknik itu dibuat.

AWAS ADATERJADI BILA GILIRAN ANDA DAN KENDERAAN DI BELAKANG ANDA BERGERAK KERANA LAMPU HIJAU BERI KEBENARAN, ADA PULA KENDERAAN YANG BERHENTI KERANA LAMPU MERAH JUGA BERGERAK DI SIMPANG ITU. MENGHADAPI SAMSENG JALAN-RAYA (= PESAKIT JIWA/MENTAL JALAN-RAYA )=============================================================== MAAF, ARTIKEL INI TERPAKSA DISAMBUNGKAN SEBAB SAYA NAK TIDUR!!! Uuuuaaarghhhh!!!! UUUUuuuu sedapnya tidoq malam tadiy.  Apa nak dengar sambungan?? Tahi mata Hang pun maseh ade!!

1)Ada pernah terjadi orang yang sedang memandu di hadapan saya seolah-olah bermain-main dengan brek keretanya. Hal ini mungkin menyebabkan saya terlanggar belakang kenderaannya. Gunakan teknik brek putar stereng: Jika anda terpaksa membrek secara tiba-tiba akibat permainan gilanya itu, maka brek secara mengejut dan sekuat yang diperlukan sambil anda memutarkan sedikit stereng ke kanan dan kemudian ke kiri sedikit dengan segera (atau kembali putar sedikit ke kanan jika perlu). Roda yang dalam keadaan demikian dapat memberikan tambahan rintangan dan ini membantu pembrekan. Teknik Brek Putar Stereng dilakukan bila tiba-tiba jarak kenderaan anda dengan belakang kenderaan hadapan anda tiba-tiba dalam keadaan yang tidak selamat dan kenderaan di hadapan itu membrek secara tiba-tiba.

2) Anda sedang memandu di lorong kiri, tiba-tiba kenderaan  yang datang dari hadapan yang berada di lorong kanan tiba-tiba memotong sebuah lori walaupun tahu anda sedang memandu di lorong kiri, perlahankan kenderaan anda dan masuk ke lorong motorsikal atau ke bahu atau tepi jalan di sebelah kiri lorong kiri itu sambil terus memandu secara perlahan dan segera masuk ke kanan jika selamat dan bila kenderaan itu telah memotong lori. Anda mungkin menghidupkan lampu tinggi, berkelip-kelip . Hal ini mungkin membuat dia membatalkan pemotongan dan memperlahankan kenderaannya lalu memandu kembali di belakang lori itu. Semasa anda masuk ke lorong motorsikal atau bahu atau tepi jalan itu , pastikan tiada motorsikal di belakang anda atau yang di lorong motorsikal , juga tiada kenderaan lain. Jika ada, mungkin anda terpaksa sangat memperlahankan kenderaan anda atau menghentikan kenderaan anda supaya kereta yang degil itu dapat memotong lori.

3)Samseng datang memotong serentak dengan anda tetapi dia memotong dari arah kiri: Di hadapan anda ialah sebuah lori besar. Di belakang anda , seekor samseng sedang memandu Kelisanya. Anda hendaklah memotong lori itu setelah pasti bahawa tiada kenderaan di belakang anda cuba memotong dahulu lori itu tetapi ketika anda telah memotong lori itu tetapi kenderaan anda belum masuk kembali ke lorong kiri, anda hendaklah masih berada di lorong kanan dengan pandu lebih pantas sambil melihat juga cermin sisi kiri kereta anda yang terletak di luar pintu penumpang hadapan sehingga anda pasti kelisa itu tiada memotong lori itu dari sebelah kiri (seperti menggunakan lorong motorsikal) atau sehingga anda Nampak si gila itu memotong lori dari kiri dan jika ini terjadi sesuaikan kelajuan dan jarak satria neo R3 anda dari kelisa dan lori itu sebelum anda segera masuk ke lorong kiri dengan memberi isyarat lampu belok ke kiri sambil melihat juga mereka. PERKARA KE 3) ini ialah hal yang jarang orang terfikir atau teringat. Jadi , ingat selalu. Telah ada orang yang belok dari arah kiri dan bila dia berada di hadapan kenderaan yang dipotong itu, sebuah treler (mungkin juga lori) yang datang dari arah hadapan melanggarnya dan perempuan melayu yang memandu ( yang memotong dari arah kiri = melanggar peraturan jalan-raya)  itu mati di tempat kejadian itu juga.

4) Teknik Hindar Ke Lengkungan: Teknik ini saya tak terfikirkan sehingga berlaku secara tiba-tiba sebuah Treler sengaja cuba membunuh saya dari arah hadapan: Saya sedang memandu dengan kelajuan yang selamat di lorong kiri. Sebuah treler dari arah hadapan sedang bergerak di lorong kanan. Ketika hampir dengan kereta saya, tiba-tiba treler itu masuk ke kiri , hendak melanggar kenderaan saya. Saya mengelak dengan memandu masuk ke kanan iaitu di sepanjang tepi (masih berjarak selamat antara tepi kanan kereta saya dengan tepi  treler itu) kepala dan badan treler yang sedang melengkung  masuk ke lorong saya (kiri tadi) dan saya memandu dengan pantas yang selamat lalu meninggalkan treler itu dengan segera, jauh darinya. Alhamdulillah yang telah menyelamatkan saya dari cubaan membunuh. Pernah juga ada ambulan di lorong kanan , cuba masuk ke kiri (saya di hadapannya di lorong kiri) seolah-olah juga cuba membunuh saya. Alhamdulillah lagi yang telah menyelamatkan saya.

5) Samseng menjatuhkan sesuatu . Ini biasanya lori besar atau kecil. Menjatuhkan sesuatu dari belakang lori atau dari tingkap pemandu ( saya pernah melihat pemandu melayu menjatuhkan sesuatu yang dapat melantun ke jalan agar benda itu melantun ke kereta saya tetapi saya dapat mengelak dari bahaya lantunan itu). Hal ini biasa terjadi iaitu semasa kenderaan di belakang lori itu masih jauh, tiada pula jatuh apa-apa dari lori itu tetapi bila kenderaan itu sudah hampir atau sedang memotong lori itu, ada pula tiba-tiba banyak batu atau lain-lain jatuh. Gunakan kaedah ini:

5.1)= Teknik Potong Dari Jauh & Teknik potong dari dekat.  Biarkan jarak antara anda dengan lori di hadapan anda itu jauh seperti jarak yang panjangnya seperti satu treler atau dua treler. Beri isyarat memotong dengan serentak segera masuk ke lorong kanan dan pandu lebih laju untuk memotong treler itu. Gunakan gear pemecut jarak panjang (gear 3) jika hendak memberikan kelajuan memecut yang lebih dari biasa (gear D).TEKNIK potong dari dekat= Jika jarak anda dengan kenderaan di hadapan itu dekat dan itu bukan treler tapi lori pendek, gunakan gear pemecut jarak pendek (gear 2). Bagi satria neo R3 cps 1.6 automatic, had laju maksima bagi gear 2 ialah 72km/j dan had laju maksima bagi gear 3 ialah 110 km/j .

5.2) Teknik Potong Berperisai= iaitu anda memotong lori atau treler semasa ada kenderaan lain yang di hadapan anda juga sedang memotong lori atau treler itu. Ini mungkin mencegah mereka menjatuhkan sesuatu atau mencegah mereka dari sengaja mendekatkan lori atau trelernya ke arah tepi  kereta anda yang sedang memotongnya.

ADA ORANG GILA BERMAIN DENGAN LAMPU ISYARAT BELOK ? ==================================================

Tidak diketahui apakah yang sebenarnya. Mungkin dia tidak menyedari bahawa dia belum menutup suis lampu isyarat belok atau mungkin kerana rosak (maka asyik  on , tak dapat off). Ada lampu isyarat belok berkelip-kelip tetapi tiada bunyi dan ini mungkin menyebabkan dia lupa mengoffkannya. Jika kenderaan seperti ini berada di hadapan anda di lorong yang sama dengan anda, jauhkan jarak anda dengannya. Kemudian beri isyarat belok sambil anda memandu dengan perlahan-lahan menghampirinya dan potong jika yakin selamat.

KAEDAH PENGAWALAN DALAMAN

============================

Jika mengikut buku panduan kereta, anda harus memberhentikan kereta di tempat yang selamat untuk melakukan hal-hal seperti membetulkan talipinggang, membetulkan kedudukan cermin pandang belakang, cermin sisi(walaupun ada suis automatic untuk membetulkan), melaraskan kedudukan kerusi dan lain-lainnya. Kaedah pengawalan dalaman :

1= Sentiasa menghidupkan suis penyaman udara ketika memandu

2=Sentiasa menghidupkan suis kedudukan peredaran semula ketika memandu 

3= Sentiasa tombol pemilihan mod pengedaran udara berada di kedudukan aliran utama

4= Sentiasa pengalih udara sisi yang di sebelah penumpang hadapan ditutup kecuali jika ada penumpang hadapan tetapi jika penumpang hadapan bersetuju dengan guna pengalih udara  tengah sahaja, bolehlah tutup. Jika tiada penumpang hadapan , sentiasa tutup pengalih udara sisi sebelah penumpang hadapan, dan sentiasa tutup pengalih udara tengah. Hanya buka pengalih udara sisi yang di kanan, di sebelah anda yang memandu. Jika perlu , barulah buka satu lagi pengalih udara iaitu satu daripada dua pengalih udara tengah, yang mana lebih sesuai.

5= Sentiasa tutup suis lampu ruang di kedudukan off (bukan on atau DOOR).

6= Digalakkan mengikat beg yang diletakkan di kerusi belakang atau dikerusi penumpang hadapan dengan tali pinggang keledar.

7=SENTIASA sediakan kain pengelap cermin. Sistem penyahkabus mungkin rosak atau tidak berkesan walaupun pengelap cermin juga digunakan bersama pancutan air. Anda mungkin perlu mengelap bahagian cermin yang disebelah dalam . Lakukan segera jika terpaksa melakukan ketika memandu perlahan. Lap sekadar yang diperlukan .

AKSESORI YANG DIPERLUKAN ATAU DICADANGKAN:

1= Tampalkan atau melekatkan lapisan anti kemasukan cahaya matahari melalui cermin hadapan kereta. Jangan pilih yang lutcahaya. Beli yang tidak lutcahaya. Yang lutcahaya akan berkurangan warnanya dan kualitinya sehingga akhirnya banyak cahaya matahari dapat menembusi cermin hadapan.

2=Cermin untuk melihat zon buta yang diletakkan di cermin sisi. Jangan beli yang jenis diletakkan di cermin pandang belakang kerana ini sebenarnya mengurangkan tahap kejelasan anda melihat arah belakang

3=Getah pelapik tepi pintu (kiri dan kanan) untuk mencegah bahagian cat calar dan lain-lain

KAEDAH MEMAKSIMAKAN STREOSKOPIK =================================

Zon penglihatan manusia ialah 180 darjah. Cuba rasakan bahawa sinar mata anda dapat dipantulkan sehingga 180 darjah. Bagi keadaan terpaksa atau perlu, anda perlulah menggerakkan mata ke kiri atau kanan, atas atau bawah untuk melihat lebih jelas di sesuatu zon penglihatan dalam zon 180 darjah itu. Anda juga harus ingat hal-hal seperti berikut:

1= Anjing yang tiba-tiba melintas jalan

2= Lopak tersembunyi yang dilitupi air yang bertakung di situ

3= Kawasan angin kuat  melintang

4=Bangkai anjing di jalanraya

APABILA BERHENTI SEPERTI MENUNGGU DI PERSIMPANGAN: =================================================

Utamakan atau lebih kerap menggerakkan tuil gear ke Neutral.

APABILA BERHENTI DI TEMPAR CAR PARK ==================================

1= Letakkan kedudukan tuil gear ke P (PARKING) dan naikkan brek tangan. Jika anda tidak naikkan brek tangan, jika ada orang bermain menolak kereta anda ke arah belakang, bahagian P itu mungkin patah.

2= Roda hadapan hendaklah lurus, tidak kelihatan membelok walaupun sedikit untuk mengelakkan kerosakan kereta anda

APABILA LAMPU TRAFIK ROSAK DI PERSIMPANGAN DAN TIADA POLIS TRAFIK DI SITU ================================================================= Beri keutamaan agar kenderaan lain (terutama yang kelihatan tidak sabar) yang dari arah lain bergerak dahulu kecuali anda yakin anda dapat bergerak dahulu dengan selamat. Jangan pandu laju, pandu perlahan sambil sentiasa ingat anda mungkin perlu membrek secara tiba-tiba di tengah-tengah persimpangan.

 

BAHAYA SISTEM AUTO-CRUISE

=========================

1= Jika sedang menaiki atau menuruni cerun, jangan hidupkan suis ACC/RES.

2= Jangan hidupkan suis tambah kelajuan berkali-kali dengan cepat-cepat

3= Jangan hidupkan suis set laju (coast/set) pada kelajuan yang tinggi semasa menaiki atau menuruni cerun

4=Jangan hidupkan suis pengesetan semula (ACC/RES) pada kelajuan terakhir yang tinggi atau sederhana jika ada kenderaan di hadapan dan belakang dan tepi kenderaan anda sedang bergerak juga

5= Jangan hidupkan suis tambah kelajuan dalam tempoh beberapa saat sebelum dilepaskan suis itu

JIKA ANDA MELAKUKAN SALAH-SATU DARIPADA KEADAAN DI ATAS, KERETA ANDA AKAN MEMECUT LEBIH LAJU SECARA TIBA-TIBA SEPERTI ” PELURU YANG DILEPASKAN”. INI MUNGKIN MENYEBABKAN KEMALANGAN DAN PELANGGARAN.

 

AMARAN:

========

TIDAK SEMUA YANG ANDA PERLU TAHU DITAIPKAN DI KIRIMAN ATAU ARTIKEL INI. PENGALAMAN ANDA ADALAH GURU ANDA JUGA. PENGALAMAN ANDA MUNGKIN LEBIH BAIK DARIPADA PENGALAMAN SAYA. KAEDAH YANG DINYATAKAN BANYAK BERDASARKAN PENGALAMAN SAYA MEMANDU KERETA. SAYA BERPENGALAMAN MEMANDU DI HUTAN BERBULAN-BULAN . KEADAAN HUTAN ITU SANGAT SEMPIT JALANNYA, BERLUBANG-LUBANG BESAR, BERBONGGOL-BONGGOL, BANYAK SELEKOH-SELEKOH PENDEK YANG SANGAT BERBAHAYA DI CERUN-CERUN YANG TINGGI ATAU SEDERHANA.S ANDA DINASIHATKAN MENDAPATKAN SALINAN PANDUAN KENDERAAN YANG ANDA BELI TERUTAMA JIKA KENDERAAN ANDA ITU KENDERAAN TERPAKAI. Hal ini sangat penting untuk anda untuk mengelakkan ditipu oleh pihak bengkel, pusat servis dan kedai aksesori dan juga untuk mencegah kerosakan kereta anda yang pastinya ada kaitan dengan keselamatan nyawa anda juga!!! ARTIKEL INI TIDAK BERMAKSUD MENGAMBIL-ALIH NASIHAT PAKAR-PAKAR KEJURUTERAAN KENDERAAN ATAU PAKAR-PAKAR KESELAMATAN JALANRAYA. SEBARANG KESILAPAN JIKA ADA, ADALAH TIDAK DISENGAJAKAN. HARAP MAAF. TERIMAKASIH.