What Is “Ungkapan Yang Mengharumi?” In Mind Of Kill Root Problem:>

 

 

root3root1

Ketika saya di masjid, ketika khutbah jumaat sedang berlangsung, saya sedang memikirkan theory of kill root problem. Saya tidak berpuashati dengan teori ini sehingga saya memikirinya di masjid ini dengan puas. Bermula 24 Januari 2015, teori ini dinamakan juga sebagai Mind of Kill Root Problem/MKRP. Kandungan MKRP yang menjadi juga sebagai UNGKAPAN YANG MENGHARUMI ialah seperti berikut [dengan pembetulan & pindaan] serta Editan terkini [8 APRIL 2015]:

“Islam Tulin ialah Islam yang sebenar iaitu sesuatu yang tiada perbezaan, perbantahan dan percanggahan pendapat di dalamnya. Islam sebelum nabi Muhammad dilantik menjadi nabi ialah Islam yang sesuai untuk umat dan keadaan zaman itu sahaja. Islam yang diajarkan oleh nabi Muhamad ialah yang bersifat syumul, sesuai untuk segala bangsa manusia dan jin, tempat, keadaan dan zaman. Islam ini syumul dengan panduan kasar untuk mengurus keduniaan dan panduan yang terperinci seperti yang berkaitan kekeluargaan & system faraid. Nabi Muhammad ialah sumber Islam Tulin. Sahabat-sahabat nabi, tabi’in [ulamak yang belajar dari sahabat nabi atau pelajar sahabat nabi] dan tabit tabi’in [pelajar tabiin yang jadi ulamak] tidak sama kuat daya ingatan dan kefahaman serta pengetahuannya. Demikian juga dari segi keteguhan keimanan. Justeru, yang dapat menjadi bintang sekarang ialah ulamak Di Persimpangan Kutub sehingga datang bintang utama pengakhiran yang menjadi bintang sebenar iaitu Imam Mahdi. Di Persimpangan Kutub menggunakan teori DPK sebagai sensor of the truth yang utama untuk mencari, menapis dan mengesan kebenaran dan maklumat yang benar, tepat atau yang boleh dianggap benar dan tepat seperti menggunakan penanda istimewa [berkaitan pelepasan istimewa] supaya dapat menoktah akar [= menyelesaikan kekeliruan, ketidak-keyakinan sehingga timbul kefahaman dan keyakinan atau kepastian] terutama berkaitan akar masalah yang selalu merupakan sumber yang tidak ada dalil atau sumber yang tidak semuanya berdalil atau sumber yang dalilnya kelihatan lemah atau sumber yang ada dalilnya kuat dan ada yang lemah.  Sesetengah sumber yang tidak berdalil itu mungkin kerana pengarang seterusnya tidak mahu menulis dalil dari sumber yang asal kerana hendak meringkaskannya atau hendak cepat siap atau kerana pengarang itu tidak ingat dalil yang memang dari ajaran ISLAM sebenar itu. Hal seperti ini ialah kitab solat dan kitab mazhab yang ada kandungan mengajar tanpa menunjukkan bukti hadis dari kutubusittah atau tanpa dalil.  Justeru, pelepasan istimewa digunakan dan contoh factor penggunaan pelepasan istimewa ini dirasakan logic dan tidak mustahil berlaku. Keadaan pelepasan istimewa juga mungkin digunakan untuk sumber  DPK yang tidak berkaitan agama ISLAM. Kebebasan Istimewa digunakan juga apabila penghindaran hukum tidak dapat dielakkan dan aktiviti yang berhukum itu perlu atau harus dibuat juga. Contohnya, solat. Anda telah berusaha banyak dan penat dan menderita untuk mencari kitab solat yang bertaraf S1+ dalam pelbagai mazhab dan sumber tetapi tiada yang bertaraf itu, maka anda perlu mencari yang terbaik . Kandungan dalam sumber yang terbaik itu atau terpilih melalui sensor  TEORI Di Persimpangan Kutub yang tidak berdalil atau dalilnya tiada dalam kutubusittah dan al-Quran dianggap benar juga bila persoalan tentang gerakan solat itu, misalnya adalah wujud dalam kutubussittah misalnya tetapi dalil untuk perincian gerakannya tidak ada dalam sumber S1+ [kutubusittah & al-Quran] MELAINKAN DALAM kitab solat yang terpilih itu. Ini juga berlaku kerana Gagasan Di Persimpangan Kutub tidak menolak kemungkinan wujud sumber Islam Tulin yang tidak pernah diketahui oleh manusia melainkan manusia tertentu seperti wali Allah. Ini berkaitan teori 99.9%. Teori 99.9% ini boleh dipercayai dengan dalil atau bukti seperti berikut:

1= Tiada bukti menunjukkan para Imam Kutub al-Sittah telah mengumpulkan dan menyusun serta menulis semua hadis dan sunnah nabi Muhammad

2= Imam Mahdi IALAH sumber eli inta Da la urna yang hilang.

Dalam insiden yang unik seumpama sumber eli inta Da la urna, kebebasan istimewa tidak wujud kerana eli inta Da la urna itu adalah juga S1+ ATAU cukup meyakinkan seumpama yang diperolehi dari special sensor of the truth [berkaitan Lauh Mahfuz]. Sumber Islam Tulin menjadi pemimpin sensor of the truth. Justeru, dalil yang memang ada dalam Islam Tulin adalah diperlukan jadi pemimpin dan penilai dalil keduniaan seperti bukti saintifik. Dalil yang kuat itu selalunya ialah dalil yang lebih menasabah, lebih jelas, tiada yang dapat mengalahkan nilai keboleh-percayaan yang dihasilkan oleh dalil itu, lebih lengkap dan lain-lain. Inilah dalil yang dianggap menang. Sumber yang berdalil menang dan/atau sumber yang dianggap menang [dianggap betul dan tepat atau boleh digunakan dan dipercayai] seperti yang melalui kaedah pelepasan istimewa akan dianggap sebagai ajaran Islam Tulin, tidak disebut sebagai ajaran mazhab itu dan ini kecuali jika tiba-tiba datang sesuatu sumber yang dapat mengalahkan nilai keboleh-percayaan sumber itu. Jika ini yang terjadi, maka yang dapat mengalahkan ini akan menjadi keyakinan pula. Para Imam Kutub al-Sittah lebih dipercayai daripada Imam lain seperti Imam 4 mazhab yang paling terkenal dan paling banyak pengikut [Hanafi, Hambali, Syafie, Maliki] kerana hadis ialah sejarah, sunnah nabi, kata-kata nabi, diam nabi yang telah ditentukan oleh kaedah yang dipercayai seperti kaedah Imam Bukhari. Sehingga kini tiada bukti yang mengatakan kaedah penentuan hadis shahih itu adalah tidak menasabah dan tidak boleh digunakan. Justeru, sumber Kutub al-Sittah adalah dipercayai dan dianggap merupakan dalil yang menang, maka sumber kutub al-Sittah itu juga ialah S1+ IAITU sumber yang memiliki 100% dalil yang menang seumpama juga al-Quran kerana sejarah pengumpulan al-Quran menunjukkan Imam Ali masih hidup. Jika pengumpulan dan penyusunan serta kandungan al-Quran itu ada yang silap, tentulah Imam Ali akan membetulkan dan mengajarkan apa yang betul. Imam Ali ialah ulamak ahlil-bait. Gagasan Di Persimpangan Kutub mempercayai bahawa ulamak-ulamak ahlil-bait ialah sumber Islam Tulin. Ulamak ahlil-bait telah dijamin oleh Allah mempunyai hati yang bersih dan faham ISLAM sebenar 100%. Walaubagaimanapun, serangan dan tindakan orang jahil dan musuh Islam tidak mustahil berlaku lagi seperti mereka mengubah dan menghapuskan kandungan al-Quran, kutubusittah, kitab tafsir al-Quran dan kitab syarah hadis [kitab yang menerangkan tentang makna dan maksud hadis] dan kitab-kitab Islam yang lain seperti kitab solat, puasa, zakat, haji, faraid, system perniagaan Islam, tarekat,……  Justeru, Gerakan Di Persimpangan Kutub cuba mencari sumber asal yang dipercayai, atau menapis sesuatu sumber untuk mengambil kejernihan ISLAM, memelihara sumber yang dianggap sebagai sumber DPK walaupun sumber DPK itu terhasil daripada keadaan pelepasan istimewa, di dalam bilik yang lebih kebal daripada bilik kebal. Sekiranya sesuatu sumber kitab ISLAM itu, tiada dalil yang mencukupi, atau tiada berdalil atau sesetengah kandungannya tiada dalil dalam kutubusittah dan al-Quran, maka yang dilihat ialah hasil penyelidikan dan penyiasatan yang menasabah dan cukup seperti dengan menggunakan teori DPK kerana jika melihat persepakatan ulamak dan fatwa semata-mata atau mufti, kemungkinan fatwa dan persepakatan itu mungkin masih ada kesalahan atau sesetengah perkara fatwa dan persepakatan majority ulamak itu ada yang masih salah walaupun menggunakan apa yang disebut sebagai QIAS kerana seluruh dunia kini, pendidikan terutama pendidikan ISLAM adalah ditentukan dan dicorakkan serta dikawal oleh kerajaan-kerajaan yang jahil dan musuh-musuh ISLAM. Gunakan juga 22 sensor of the truth dalam teori DPK atau gagasan DPK yang juga disebutkan sebagai kaedah DPK atau pencetus.

Gerakan Di Persimpangan Kutub melihat seolah-olah kebanyakan sumber dan kandungan yang wujud di dunia ini adalah tidak berdalil. Contohnya, dikatakan tentang gaya nabi Muhammad berjalan, itu haram , ini halal tetapi tidak dinyatakan sumber hadis berkaitan itu atau dalil dari al-Quran. Demikian juga tentang ilmu dunia, contohnya: Dikatakan makan atau minum itu dapat faedah kesihatan begitu dan begini tetapi tidak dinyatakan bukti dari penyelidikan makmal. Kebebasan istimewa, tidaklah boleh dilakukan tanpa ada syarat-syarat yang berkaitan dan menasabah serta perlu. Contohnya, syarat kebebasan istimewa itu ialah special indicator. Contohnya, silsilah pengarang-pengarang . Jika pengarang pertama itu mempunyai tanda-tanda atau bukti bahawa beliau seorang yang boleh dipercayai, maka sumber-sumber yang merupakan ikhtisar atau penyalinan daripada yang asal boleh dipercayai melainkan ada tanda-tanda pengarang yang seterusnya tidak jujur atau tersilap. Sesuatu keadaan yang sebenarnya mempunyai dalil dan/atau bukti tetapi diterangkan tanpa dalil dan/atau bukti yang ada dalam sumber yang sama, yang diterangkan itu, diistilahkan sebagai “Sunnah Tidak Dihadisi” iaitu yang berkaitan ISLAM tetapi disebutkan “Gambaran Dari Logik” iaitu yang berkaitan keduniaan. Walaubagaimanapun, hendaklah kita selalu berwaspada kerana “Dua Gambaran” iaitu Sunnah Tidak Dihadisi & Gambaran Dari Logik akan mudah diubah oleh musuh-musuh Islam & orang jahil atau mereka mencipta bidaah sesat tanpa membawa dalil atau bukti & mereka tetap mengatakan memang itu dari ISLAM atau memang itu benar dari segi sains. Berikut dinyatakan sebagai Panduan Nilai Keboleh-percayaan Sumber Insan atau PNKSI:

Tertinggi: Nabi Muhammad: Sumber Islam Sebenar: 101:94

Lebih Tinggi: Imam/Khalifah [=Pengganti Nabi Muhammad sebagai pemerintah]: Sumber Islam Tulin: Iaitu Ulamak-ulamak ahlil-bait: 100:95

Sangat Tinggi: Sahabat nabi, ulamak tabi’in, tabit tabi’in: 99:96: Sumber Rujukan Islam

Tinggi: Para Imam Kutubusittah:  98:97: Sumber Penyelidikan Islam

Sederhana Tinggi: Ulamak Di Persimpangan Kutub :51:50 atau 75:74 atau  97+-: 98+-1 : Sumber  Penyiasatan Islam.

PNKSI ialah juga intipati untuk teori 99.9% iaitu berkaitan ulamak DPK. Nilai yang di sebelah kiri ialah berkaitan ISLAM  dan yang di kanan berkaitan keduniaan. Yang di kanan, tiada yang mencapai 100 kerana tiada manusia yang mengetahui hal atau ilmu dunia 100% walaupun dia memiliki gelaran professor diraja untuk semua bidang ilmu dunia yang ada di university. Sebab itu nilai 98+-1 berkaitan ulamak DPK ialah menunjukkan  kemungkinan seperti 98+1= 99 dan 98-1=97, iaitu ilmu pengetahuan dunia ulamak DPK itu berbeza ketinggiannya. Ulamak DPK berbeza ketinggian ilmu dunia dan agama dengan ulamak DPK yang lain. Ini disimbolkan juga dengan 50 pada 51:50 atau  boleh juga disimbolkan dengan 75:74. Justeru, sebenarnya symbol campur tolak boleh juga dibuat untuk golongan sahabat nabi, tabi’in , tabit tabi’in  dan imam kutubussittah  untuk symbol Islam & Dunia tetapi tidak perlulah letak tanda ini. Cukup diletakkan pada golongan ulamak DPK SEBAGAI contoh dan peringatan. 100 yang di kiri  itu menunjukkan pengetahuan tentang Islam Tulin adalah 100% tetapi nabi Muhammad ialah makhluk yang Allah paling cintai, mengalami Israj & Mikraj serta mempunyai pengetahuan “rasa” yang paling tinggi, justeru nilai yang diberikan ialah 101. Rasa di sini berkaitan juga dengan ilmu kesufian atau tarekat. Berkaitan keduniaan, nabi Muhammad mungkin memberikan arahan yang salah kerana tidak mengetahui tentang sains yang berkaitan. Ini disimbolkan dengan 94 kerana tentulah ilmu keduniaan pada zaman imam ahlil-bait lebih tinggi dengan kewujudan tamadun yang lebih baik. Begitulah seterusnya, setiap zaman berikut akan lebih baik tamadunnya berbanding tamadun sebelum. Zaman kita sekarang ialah zaman yang termaju iaitu dari segi tamadun, teknologi dan hasil penyelidikan sains. Justeru  ulamak DPK diberikan nilai keduniaan tertinggi iaitu 98+-1 . 97+- pada angka kiri golongan DPK bermaksud hasil penyelidikan  yang SALAH & BENAR, jika benar , bermaksud seperti penyelidik & penyiasat bagi sesetengah perkara itu mengetahui lebih daripada sesetengah ulamak yang berada dalam tingkatan ketinggian yang lebih tinggi [pada amnya] kerana kajian penyelidik dan penyiasat itu menunjukkan bahawa sesetengah ulamak yang berada dalam tingkatan ketinggian yang lebih tinggi itu adalah salah berbanding ulamak lain yang bercanggah pendapat yang juga setingkatan, sebagai contoh. Contohnya, sahabat nabi yang berlawanan pendapat dengan sahabat nabi yang lain. Jika berlaku kesilapan penyelidikan & penyiasatan, maka ini disimbolkan dengan negatif itu. Maka 97+- menunjukkan  keadaan atau  kemungkinan seperti 97+2.9%= 99.9% [ini berkaitan teori 99.9% iaitu mungkin ada golongan ulamak atau orang DPK yang mengetahui ajaran ISLAM tulin hampir 100% atau memang 100% sebelum kedatangan Imam Mahdi, berkat penyiasatan ilmunya. 99.9% boleh juga dianggap sebagai 100%] & kemungkinan lain ialah  seperti  97+1=98 atau 97-1=96%.  97+- ITU juga menunjukkan keadaan 97+0=97 dan/atau 97-0=97 juga.

Contoh keadaan di atas iaitu bila Ulamak DPK menentang pendapat sesetengah sahabat nabi, bermakna telah berlaku satu contoh pengabaian SNBP [Status Nilai Boleh Percaya] IAITU ulamak DPK itu pula kelihatan mempunyai tingkatan nilai boleh percaya yang lebih tinggi daripada sahabat nabi yang berkenaan tetapi pada masa yang sama, ulamak DPK menyetujui pendapat sahabat nabi yang lain yang menentang pendapat sahabat nabi yang berkenaan, maka kelihatan juga seperti nilai tingkatan ulamak DPK itu sebenarnya masih di bawah tingkatan sahabat nabi. Untuk keterangan lanjut tentang SNBP, rujuk The Theory Of DPK. Katakanlah jikalau Sumber Peringkat 1 iaitu S1+ [AL-QURAN & Kutub al-Sittah] dalil atau kandungannya diperolehi daripada Nabi Muhamad, Ulamak ahlil-bait, sahabat nabi, tabi’in, tabit tabi’in dan imam Kutubusittah, maka ulamak DPK mempunyai banyak pilihan dan pada amnya akan lebih mempercayai tingkatan sumber yang lebih tinggi melainkan dalam keadaan-keadaan tertentu seperti pengabaian SNBP. Contoh lain pengabaian SNBP yang dibuat oleh ulamak DPK ialah:

Ulamak ahlil-bait mengatakan sesuatu tetapi kelihatan tiada penerangan terperinci melainkan terdapat pada ulamak tabit tabi’in. Walaubagaimanapun, tabit tabi’in ini tidak pula menyatakan dalil. Maka dengan berdasarkan keperluan tindakan yang terdesak yang memerlukan petunjuk dan panduan segera, maka kebebasan istimewa digunakan walaupun Ulamak  kutubusittah ada memberikan penilaian tambahan tetapi tidak/kurang jelas atau tidak lengkap. Pengambilan  pendapat ulamak tabit tabi’in itu mungkin juga berdasarkan SNBP yang lebih kecil iaitu nilai antara  ulamak tabit tabi’in dengan ulamak  tabit tabi’in yang lain yang berbeza. Mungkin  JUGA tanpa pengabaian SNBP yang lebih kecil itu.

Berbeza dengan SNBP khusus [=iaitu SNBP yang diberikan dengan Pengabaian SNBP Dibenarkan], SNBP Bebas ialah SNBP yang diberikan terhadap sesuatu sumber yang memang tidak pernah dan/ memang tidak diberikan sebarang status nilai untuk membantu penilaian, sama ada status am atau am seperingkat atau khusus.

SNBP Bebas ini kemudiannya mungkin menjadi SNBP am yang kemudiannya mungkin mewujudkan SNBP am seperingkat dan/atau SNBP khusus.  SNBP bebas ini mungkin menggunakan petunjuk seperti penanda lanjutan untuk menentukan nilai boleh percaya. Jikalau tidak disebutkan atau tidak dinyatakan sebagai SNBP bebas, maka sumber itu boleh disebutkan sebagai berSNBP itu dan ini sahaja sebagai hasil nilai keseluruhan [SNBP keseluruhan] untuk snbp huraian yang berkaitan.

Nilai SNBP bagi sumber sangat tinggi boleh dipecahkan lagi menjadi seperti :

Sahabat Nabi = 99.3:96.1, Tabi’in= 99.2:96.2 dan Tabit Tabi’in = 99.1:96.3. Nilai-nilai ini adalah panduan SNBP Kecil 99:96 atau SNBP Kecil Tingkatan Sangat Tinggi. Nilai SNBP Lebih Kecil/SLK bagi 99:96 ialah nilai antara sahabat nabi dengan sahabat nabi yang lain, nilai tabi’in dengan tabi’in yang lain dan nilai tabit tabi’in dengan tabit tabi’in yang lain. Panduan ini digunakan walaupun mungkin semasa zaman tabit tabi’in , masih ada sahabat nabi  dan/atau Tabi’in yang masih hidup. Contoh angka SLK ialah:

[99.3:96.1]{9} yang lebih besar daripada [99.3:96.1]{8} kerana nilai 9 pada {9}>{8}. [99.3:96.1]{8} pula adalah lebih besar daripada [99.2:96.2]{999} walaupun 999>8 jika dinilai dari segi agama ISLAM (iaitu 99.3>99.2) tetapi [99.3:96.1]{8} adalah lebih kecil daripada [99.2:96.2]{999} jika dinilai dari segi dunia semata-mata (iaitu 96.1<96.2). KERANA? Kerana tingkatan ketinggian PNKSI sebenarnya berkaitan ISLAM & GWEnya kerana jika berdasarkan keduniaan sahaja, maka Tingkatan Nabi Muhamad adalah yang terendah. Berdasarkan ISLAM & GWEnya kerana ISLAM ialah pemimpin ilmu dunia, bukan sebaliknya!!

Memanglah sukar atau barangkali hampir mustahil untuk kita menentukan SNBP Lebih Kecil bagi setiap sahabat nabi, tabi’in dan tabit tabi’in. Untuk ini, kita boleh menggunakan SNBP khusus atau SNBP bebas atau nyatakan SNBP keseluruhannya sahaja tanpa menyebutkan SNBP am seperingkatnya. Untuk menentukan status amnya, tidak mustahil jika kita terpaksa mempelajari pelbagai sumber seperti sumber sejarah hidup sahabat-sahabat nabi dan lain-lain. Ini mungkin mengambil masa selama bertahun-tahun atau berbelas-belas tahun sebelum dapat menentukan status amnya!!!

Pencetus ke 21 versi DPK 51% selalu bertindak sebagai CAUTIOUS SENSOR. Contoh cetusan yang dibuat oleh pencetus ini ialah pemikiran semula yang menyetujui pengabaian SNBP.

DIINGATKAN bahawa Ulamak DPK ialah sumber penyiasatan yang tidak terhad dan masih hidup dan boleh ada di mana-mana di dunia ini SEHINGGA KEDATANGAN KIBARAN PANJI-PANJI HITAM tetapi ulamak Kutubussittah ialah sumber penyelidikan yang terhad kerana mereka semua telah mati.

Nilai agama di atas termasuklah GWE atau General Way Explanation.  Jadi, nilai yang di sebelah kanan iaitu keduniaan tidaklah termasuk GWE.

Di mana pula hendak diletakkan tingkatan ulamak-ulamak lain seperti imam mazhab yang 4 iaitu Hambali, Hanafi, Maliki dan Syafie? Ini terserahlah kepada anda, pembaca blog DPK ini. Panduan di atas hanyalah panduan & boleh dianggap juga sebagai contoh. Jika anda berkeyakinan bahawa mazhab yang 4 itu patut berada di tingkatan tinggi, maka itulah penilaian anda. Saya tidak mahu memberikan ulasan atau komen tentang penilaian anda itu.

Diingatkan Gerakan Di Persimpangan Kutub menentang kewujudan ISLAM berasaskan mazhab tetapi menyokong sebarang hasil penyiasatan sumber yang dapat diistiharkan sebagai ajaran ISLAM yang sebenar kerana gagasan DPK menganggap ISLAM ialah ajaran yang hanya satu jenis sahaja iaitu apa yang diajarkan oleh NABI MUHAMMAD dan pewaris ilmu nabi Muhammad iaitu ulamak-ulamak ahlil-bait. HANYA IMAM MAHDI ULAMAK AHLIL BAIT YANG MASIH HIDUP.

Kesatuan fikiran dan hati sangatlah penting. Justeru Pusat DPK antarabangsa & Pusat DPK dalam sesebuah Negara haruslah dapat mencari, mengumpul, memproses dan menghasilkan sumber DPK , sama ada sumber DPK ISLAM atau/dan sumber DPK Dunia seperti ilmu kesihatan dan perubatan yang benar dan jujur. Pusat ini terutama Pusat DPK antarabangsa bertindak menentukan corak pendidikan untuk peringkat usia sebelum tujuh tahun, peringkat sekolah rendah, menengah dan seterusnya hingga yang tertinggi. Pusat ini mengawal pendidikan. Walaubagaimanapun, sesuai dengan pencetus cautious, Pusat seperti ini hendaklah mengkaji semula kepastian jika seseorang dapat memberikan bukti bahawa kajian semula adalah perlu terutama tentang kesalahan makna dan tafsiran, ketidak-tepatan, kebohongan ilmu dan lain-lain. Walaubagaimanapun, jika seseorang itu gagal meyakinkan pusat walaupun seseorang itulah yang memang benar, maka , ketika ini seseorang itu tidak wajib lagi mentaati pusat itu dan amalkanlah keyakinannya dengan rahsia jika hendak selamat terutama jika sesetengah pihak di Pusat DPK itu telah menjadi gila atau dipengaruhi oleh musuh-musuh gagasan DPK. 

PELOPOR BINTANG PERTAMA DUNIA mencadangkan agar semua ilmu dikaji semula terutama untuk mengesan bidaah sesat, kesalahan tafsiran, ketidak-tepatan dan lain-lain terutama berkaitan agama ISLAM, untuk menghapuskan ISLAM yang berasaskan mazhab tetapi mewujudkan ISLAM yang sebenar atau yang dianggap sebagai ISLAM TULIN sebagai hasil kaedah DPK.

Jika ada manusia yang mengatakan kaedah DPK, kaedah Bukhari, kutub-al Sittah dan al-Quran yang dianggap/memang tulin dan asli itu masih ada yang salah, maka saya, pengasas DI PERSIMPANGAN KUTUB BERKATA:

[“Kita melihat sekitar kehidupan dan alam, mempunyai perkaitan yang menunjukkan di dalamnya terus ada sifat kasih-sayang Tuhan yang sebenar seperti Tuhan mendatangkan bala kepada orang yang zalim kerana sebagai hukuman untuk mententeramkan hati mangsa kezaliman dan untuk menginsafkan yang zalim agar selamat di akhirat. Justeru, dahulu, sekarang dan akan datang tentu ada sesuatu yang Tuhan berikan sebagai petunjuk jalan yang lurus yang harus kita cari dan gunakan. Sehingga hari ini, masih tiada yang dapat menandingi atau melebihi nilai dari sumber S1+ iaitu al-Quran dan Kutubussittah, kitab tafsir S1+ YANG MEMANG dianggap sebagai sumber S1+ ATAU paling kurang dianggap sebagai sumber DPK juga. Nilai keboleh-percayaan ini ialah tanda kasih daripada Allah yang sehingga hari ini tiada bukti atau tiada hal lain yang Berjaya membuat kita tidak mempercayainya.”] “.

LIHAT JUGA AKSARA YANG INDAH BERGEMERLAPAN!!!

ATAU KLIK :

https://dipersimpangankutubfrompioneerofdpk.wordpress.com/2015/04/06/eerie-scream-at-gorge/

>>THE SYMBOL OF U’ZLAH<<

 

Advertisements

Mata Kiriku berjahit, Mata Kananku Buta,Bertemu dengan Wali Allah, Kepalaku Beralas Bantal Malaikat By Penyaring Nostalgia

Nostalgia Filter = Penyaring Nostalgia. This Article in Penyaring Nostalgia category.

Nostalgia Filter = Penyaring Nostalgia. This Article in Penyaring Nostalgia category.

Artikel berkategori Penyaring Nostalgia ialah artikel yang memaparkan juga kisah yang benar-benar terjadi. Bukan rekaan.

Pada satu hari Jumaat, saya bersolat Jumaat di sebuah masjid di pusat Bandar berkenaan. Selepas bersolat, saya pergi ke sebuah restoren melayu yang terletak berdekatan stesyen bas. Saya membeli makanan dan minuman tetapi tidak makan di situ. Saya makan dan minum dalam kereta saya. Memang ada meja khas untuk digantungkan pada stereng. Sebelum dan ketika dan selepas makan-minum itu, saya tidak pula terasa mengantuk. Saya kenyang dan hilang dahaga.

Selepas itu saya mula memandu. Aneh, baru sahaja memandu, saya tiba-tiba terasa mengantuk. Mengantuk itu terjadi beberapa kali . Tiap-tiap kali dalam beberapa saat, selepas itu rasa hilang mengantuk tetapi datang semula dan elok semula, mengantuk semula, elok semula.

Saya hairan. Kenapa? Disebabkan mengantuk itu , kemudiannya tiada , saya meneruskan pemanduan. Saya memang tidak berhenti kerana mengantuk.

Saya telah tiba di satu jalan 4 lorong. Dua lorong ialah jalan satu hala. Dua lorong lagi ialah yang bertentangan arah , yang juga sehala. Tengah-tengah lorong itu ialah binaan daripada batu , pembahagi jalan. Pembahagi ini jadi sempadan tengah. Di kirinya 2 lorong, di kanannya 2 lorong. Sebenarnya jalan ini semasa peringkat pembinaannya, ada orang ditugaskan untuk menanya pengguna jalan atau lebuh raya ini sama ada bersetuju atau tidak lebuh raya ini diadakan plaza tol. Sudah tentu saya jawab tidak bersetuju. Saya yakin ramai yang tidak setuju. Maka sebab itulah sehingga sekarang (lebuh raya ini telah beroperasi bertahun-tahun) tidak pernah ada plaza tol. Alhamdulillah.

Ketika saya memandu di lebuh raya tanpa tol , tanpa plaza tol ini, tiba-tiba saya terasa mengantuk. Kemudian elok. Kemudian kantuk. Kemudian elok. Kantuk terjadi beberapa saat sahaja tetapi ketika kantuk itu saya telah tertidur, mata terpejam. Saya terfikir perlu berhenti di tepi jalan untuk tidur tetapi disebabkan saya lihat saya dah tidak kantuk walaupun bimbang jika kantuk semula, saya teruskan pemanduan. Ketika ini saya tidak lagi memandu di lebuh raya. Tetapi jalan dua lorong yang bertentangan arah.

Akhirnya berlakulah satu keadaan kantuk yang “mata terbuka tetapi sebenarnya sedang tertidur” KEPADA saya ketika  memandu itu. Mata saya terbuka serentak dengan terdengar bunyi rempuhan yang kuat. Sebuah lori besar yang tidak membawa apa-apa melanggar kereta yang saya sedang pandu. Saya memandu dalam keadaan tertidur dan kerana ini kereta saya telah masuk ke lorong sebelah dan melanggar lori yang datang dari arah hadapan.

Kereta saya dirempuh lalu memecahkan kaca tingkap tetapi kaca tingkap hadapan tidak jatuh pecah, hanya melengkung dan kemik , retak sejuta,… dahi dan mata kanan saya terhantuk stereng. Nasib baik sebelum itu, kaca mata yang saya pakai telah jatuh terlebih dahulu. Kereta saya terpusing ke sebelah kiri dan kemudian saya membrek. Maka , kereta itu kini dalam keadaan melintang di tengah jalan.

Ramailah orang datang berhenti dan menghampiri saya. Saya cuba membuka pintu kanan yang dah kemik tetapi gagal. Ada orang cuba membuka pintu sebelah kiri dan meminta saya keluar ikut pintu itu. Akhirnya saya Berjaya keluar. Saya cedera, di tangan, muka, kaki, berdarah. Pakaian, rambut , wajah saya ada serpihan kaca halus . Serpihan kaca telah masuk ke mata kanan saya. Tiba-tiba saya sudah tidak dapat melihat apa-apa. Semuanya gelap , hanya bayangan hitam berbentuk orang-orang yang kelihatan. “Ya Allah, mata saya telah buta, mata saya buta” , saya berkata kepada orang ramai. Ada yang menyuruh saya duduk dan cuba menenangkan hati saya.

DOAKANLAH SAYA PANJANG UMUR. Terimakasih. Alhamdulillah yang selamatkan saya daripada kematian yang mengerikan. Kerana aku banyak dosa, maka berlaku kemalangan ini. Namun aku masih insan biasa!!! Oh Tuhan!!!

DOAKANLAH SAYA PANJANG UMUR. Terimakasih. Alhamdulillah yang selamatkan saya daripada kematian yang mengerikan. Kerana aku banyak dosa, maka berlaku kemalangan ini. Namun aku masih insan biasa!!! Oh Tuhan!!!

Saya mula rasa Tuhan tidak sayang saya . Saya rasa Tuhan menghukum saya. Saya rasa Tuhan tidak akan beri peluang lagi kepada saya untuk melihat dunia lagi. Hati saya sedih dan ketakutan. Mulalah saya teringat ibu saya yang amat saya cintai. Oh, bagaimana saya akan dapat berbakti kepada mu Ibu jika mataku buta. Orang akan menghinaku. Saya rasa masa hadapan saya gelap segelap penglihatan saya. Saya rasa kecewa , putus-asa dan sangat lemah dan hina!!! Saya terfikir untuk menangis tetapi saya mendapati saya tidak mampu menangis!! Malah, kerana terlalu sedih, saya tidak mematikan injin. Injin kereta saya masih hidup sehinggalah orang meminta saya mematikan suis kereta.

Jikalau nabi Isa ada, tentu dia mampu menyembuhkan mata yang buta sebab itu memang mukjizat beliau. Namun , tiba-tiba sesuatu yang saya tidak sangka berlaku. Pemandangan saya berangsur-angsur pulih. Semakin Nampak . Orang yang suruh saya duduk mengatakan saya pitam tetapi saya yakin saya bukan pitam tetapi serpihan kaca yang masuk ke dalam mata telah menyebabkan saya buta sementara dan serpihan kaca itu perlu dikeluarkan agar tiada kesan buruk terjadi lagi. Alhamdulillah yang telah mengembalikan penglihatan saya. Oh Tuhanku………..betapa aku sangat tidak bersyukur kepada MU, maka kau telah menghukumku dengan kemalangan yang mengerikan ini.

Saya meminta seorang lelaki melayu di situ membawa saya segera ke hospital. Lelaki itu menguruskan sesuatu pada majiis di tepi jalan-raya itu……(akad nikah keluarganya, adiknya, kalau tak silap) tetapi disebabkan dia setuju untuk membantu saya, maka urusan beliau bertangguh. Kereta saya yang remuk berada di hadapan rumah yang sedang ada majlis tersebut (majlis akad nikah yang belum berlangsung lagi, kalau tak silap saya). Kata pemuda itu, sebab saya melayu, maka dia hendak tolong. Kalau bangsa lain, tak nak tolong.

Di jabatan kecemasan, luka terus mengalir dari dekat mata saya, serpihan kaca yang banyak dan halus macam tepung juga masih ada dalam mata kiri dan kanan . Saya disuruh tunggu giliran untuk berjumpa doctor. Rasanya lama juga saya tunggu dan bila saya minta tisu untuk mengelap darah yang ada pada luka dan yang mengalir dekat mata, saya tidak diberikan tisu.

Wang syiling saya jatuh bertaburan dengan banyak dalam kereta saya yang remuk. Laptop saya dalam kereta yang malang itu. Selepas mata saya dicuci, mengeluarkan serpihan, saya kemudiannya meminta di cuci lagi mata saya sebab tiba-tiba saya rasa mata saya seperti ada serpihan lagi tetapi saya disuruh balik sahaja. Kata kakitangan hospital itu (mungkin pembantu doctor berbangsa India, seorang wanita) itu cuma impak sahaja, bukan ada serpihan tetapi bila saya di rumah, otot mata saya tidak dapat digerakkan ke atas (memandang ke atas). Jika saya lakukan itu, mata saya sakit. Untuk ke hospital semula, jauh dan saya tidak ada kenderaan lain. Untuk menunggu bas  atau teksi bukan kerja senang. Nak dapat naik bas dan teksi pun sukar. Jadi, saya ambil cawan yang saya isi air bersih , hampir penuh secawan, saya beliakkan mata dan dalam keadaan itu mata saya menyentuh permukaan air, saya tenggelamkan mata dalam air cawan sambil otot mata saya bergerak ke kiri , ke atas, ke kanan, ke bawah sebab inilah  teknik yang disuruh pembantu doctor masa saya dicucinya di hospital. Alhamdulillah selepas melakukan banyak kali (bercawan-cawan air digunakan), saya mendapati otot mata dapat digerakkan ke arah mana pun tanpa sakit. Memang ada kelihatan seperti habuk dan serpihan pada permukaan air cawan setelah mata saya dicuci.

Sebenarnya kemalangan yang menyebabkan saya buta sementara ialah kemalangan berkereta yang dialami yang paling bahaya dalam sejarah hidup saya. Saya sebenarnya telah banyak mengalami kemalangan jalan-raya semasa memandu dan menggunakan kereta.

Sebelum kemalangan dirempuh lori, pernah saya terlibat dalam kemalangan yang dapat menyebabkan saya terbunuh juga. Kisahnya begini:

Saya sedang memandu dengan laju . Jalan-raya tersebut ialah jalan 4 lorong. Lebuh raya tanpa plaza tol, tanpa tol. Pembahagi jalan daripada batu memisahkan lorong  , menjadi 2 lorong sehala sebelah kiri dan 2 lorong sehala di sebelah kanan. Saya sedang memandu di lorong kiri ketika hampir dengan satu selekoh merbahaya. Seorang yang memandu myvi jingga berada di hadapan saya iaitu di lorong kanan yang tentu jalan sehala juga. Orang itu sepatutnya memberikan isyarat untuk masuk ke lorong kiri bila kereta saya telah hampir dengan kereta dia tetapi dia tak beri isyarat , malah terus masuk sedikit ke lorong saya menyebabkan saya memusing stereng ke dekat bahu jalan untuk mengelakkan terlanggar kereta myvi itu tetapi pusingan stereng kereta saya seterusnya menjadi sukar dikawal , stereng itu bergerak ke kiri dan ke kanan dan ke kiri – kanan berulang-ulang secara automatic, Saya cuba menstabilkan dan menormalkan kedudukan stereng tetapi gagal lalu kereta saya merempuh pembahagi jalan lalu kereta saya melantun ke kiri dan saya membrek, nyaris masuk ke parit besar. Kereta saya berhenti di dekat rumah bapa saudara ibu saya. Ramai orang datang. Dahi dan mata saya terhantuk stereng. Tepi atas kelopak mata kiri saya terbelah, luka berdarah, sangat hampir dengan bola mata kiri (nasib baik tak buta). Pemandu myvi itu memberhentikan keretanya . Keretanya di hadapan saya. Hanya beberapa belas meter, anggaran saya. Dia tak keluar dari kereta. Saya menunjuk dengan jari telunjuk ke arah dia sambil saya berkata kepada seorang lain yang datang untuk membantu saya, iaitu saya berkata pemandu myvi itulah punca saya kemalangan. Tiba-tiba selepas saya menunjuk itu, kereta myvi itu bergerak perlahan-lahan, melarikan diri. Mata kiri saya dijahit. SEBELUM dijahit, cecair penahan  sakit disapu oleh pembantu doctor, pembantu perubatan. Kata pembantu itu, jika tidak dijahit, mata saya akan bernanah dan lambat sembuh.

Kisah malaikat datang menyelamatkan saya:

Pada sejarah silam, saya sedang berbasikal untuk pergi ke tempat kerja saya. Saya tidak ingat, kenapa saya hendak ke tempat kerja. Mungkin kerana hendak mengambil wang gaji. Saya tidak ingat sama ada saya cuti atau tidak hari itu. Saya tiba di satu simpang empat, berdekatan satu medan selera. Saya hendak melintas dengan berbasikal di simpang itu ketika sebuah kereta membunyikan hon berkali-kali. Salah saya juga, saya terus kayuh basikal [melintas] walaupun tahu sebuah kereta sedang bergerak laju dari arah kanan saya. Kereta itu melanggar betis dan peha kaki kanan saya dan basikal saya. Saya dan basikal melambung ke atas. Basikal yang melambung jatuh ke cermin hadapan kereta cina lelaki itu.  Saya melambung dan atas kepala saya jatuh dahulu ke jalan raya yang keras menggerutu tajam. Saya rasa seperti kepala saya jatuh atas bantal yang keras . Disebabkan ini, saya yakin, bahawa Allah telah memerintahkan satu malaikat melindungi kepala saya. Kalau ikut logic, kepala saya boleh retak atau belah atau pecah. Tetapi tiada luka sedikitpun. Alhamdulillaah. Astaghfirullaah. Saya yang terjatuh cuba bangun, saya berdiri tetapi tiba-tiba kaki saya terasa sangat sakit, tegang urat dan otot. Ada calar dan luka di kaki dan di bahagian lain. Sangat ramai yang datang menyaksikan tragedy ini. Cina itu kata dia telah membrek dengan kuat. Kata dia, kalau dia tidak brek, dia berpendapat saya sudah dibungkus [mati]. Cina itu menuntut gantirugi kerosakan kereta. Kata dia, kereta itu dia baru beli. Ada orang yang meminta saya yang menuntut gantirugi sebab dia fikir saya tak bersalah. Dalam kes ini, sayalah yang bersalah. Nasib baik cina itu tidak mahu buat repot polis. Malah cina itu menawarkan bantuan menghantar saya ke hospital. Malah , dia kata kalau saya nak bayar gantirugi sebanyak RM300, bayarlah, kalau tak mahu bayar pun, boleh juga. “BAIK HATI CINA INI”. Memang ada orang yang meminta cina itu tidak menuntut rugi . Mungkin kerana itu, cina itu berkata , yang bermaksud: “kalau tak nak bayar pun, tak mengapa”. Ada seorang lelaki mahu membawa saya ke klinik yang ada dekat tempat tragedy. Saya setuju dibawa. Di klinik itu, doctor memberikan suntikan untuk mengelakkan kancing gigi. Kata doctor, kemalangan seperti yang saya alami, biasanya dapat menyebabkan kancing gigi. Saya tidak faham ini, penyakit apa? Saya juga diberikan ubat. Semasa di tempat kemalangan, ada saya berkata bahawa saya tidak membawa kad pengenalan. Ada seorang melayu berkata, kad pengenalan itu NYAWA.

KISAH BERTEMU DENGAN WALI ALLAH:

Kisah ini diceritakan oleh ibu kandung saya:

Ketika saya masih seorang bayi, nenek saya memberitahu ibu saya tentang seorang lelaki. untuk meminta bantuan lelaki itu , untuk menyembuhkan penyakit saya yang selalu menangis . Kasihan ibu saya, susah ibu saya hendak tidur malam. Saya ada penyakit yang menyebabkan saya asyik menangis. Nenek saya dan ibu berjumpa lelaki itu. Masalah kesakitan saya diceritakan kepada lelaki itu. Lelaki itu memetik satu daun dan kemudian kedua-dua tapak tangan beliau diangkat [berdoa]. Kemudian, daun itu diletakkan di bahagian saya yang sakit. Selepas peristiwa inilah , saya tidak menangis lagi, penyakit saya telah sembuh. Alhamdulillaah. Saya yakin bahawa lelaki itu bukan orang biasa tetapi WALI ALLAH kerana biasanya doa yang segera dikabulkan serta-merta ialah doa kekasih Tuhan.

THE END.