Tergesa-gesa Makmal Koko by Tinta Emas 7 Samudra

This article category = Tinta Emas 7 Samudra

This article category = Tinta Emas 7 Samudra

Artikel ini berdasarkan pengalaman seorang manusia menjadi juruteknik makmal buah koko:

Menjadi seorang juruteknik di makmal sebuah kilang memproses buah koko umpama paparazi yang amat tergesa-gesa, terkejar-kejar untuk ambil sampel untuk di bawa ke makmal dan eksperimen-eksperimen perlu dibuat dengan teliti, berhati-hati tetapi perlu segera untuk dapat keputusan kerana tanpa keputusan, bahagian pengeluaran atau operator tidak tahu sama ada perlu menjalankan proses atau tidak.

Bayangkan kerja ini lebih siksa bila syif petang dan malam. Mengantuk tetapi semua terasa kelam-kabut. Tidak hairanlah ramai juruteknik makmal  yang telah letak jawatan atau berhenti kerja. Sebab pekerjaan ini sukar, menyiksakan……!!!

Setiap hari, PEGAWAI KESIHATAN DAN PERTANIAN ambil sampel kilang ini untuk disiasat. Sampel diuji di pejabat Kesihatan.  Hasil siasatan ialah memberi keizinan atau tidak beri keizinan kilang koko itu mengeksport.

Perosak buah koko kelihatan seperti kutu beras. Dalam masa 2 minggu, telor perosak ini menetas menjadi ulat. Kemudian menjadi pupa kemudian menjadi kutu. Semburan racun yang tidak merbahaya kepada cocoa powder tidak dapat membunuh 100% perosak ini. Ditetapkan tempoh menyimpan produk, Dalam serbuk koko yang diproses terdapat cendawan perosak bila dilihat menggunakan mikroskop. Sampel perosak koko dimasukkan ke dalam botol yang terdapat makanan perosak untuk jadi bukti kepada pejabat lain kilang ini yang terletak di Kuala Lumpur. Bahan yang dihasilkan dijual kepada kilang aiskrim dan coklat. Untuk ini, produk daripada koko yang 100% bebas daripada perosak dikehendaki.

Hasil daripada koko yang rosak di letakkan di tempat khas di kilang itu untuk dijual kepada kilang roti kerana masakan di kilang roti  itu lebih kuat kepanasannya, cukup untuk membunuh perosak.

Peringkat proses bahagian pengeluaran dan sampel ialah : quality check (biji koko atau buah koko disiasat ), Kemudian proses cleaning Pre-treatment shell separation, kemudian proses alkazing , roasting, grinding dan pressing. Pada peringkat terakhir, produk cocoa butter dan cocoa cake/powder dihasilkan.

Produk butter yang terhasil, ada beberapa keadaan. Pertama, Pure Prime Pressed yang berbau hangit, pahit dan berwarna kuning. Kedua, semi deodorized yang tiada bau dan rasanya tawar. Ketiga, deodorized yang berwarna kuning kejernihan, seolah-olah putih juga.

Produk cake pula seperti kibbled coco cake. Keadaan cake yang natural dan alkalized (ph 7.0 + 0.2 dan ph 7.5+0.25).

Mengenai powder pula atau tepung atau serbuk koko, keadaan yang natural , warnanya sederhana coklat, yang alkalized berph 7.0+0.2 dan ph 7.5+0.25, coklat yang cerah dan yang red berph 8.2+0.3, coklat pekat kemerahan.

Lori datang membawa guni berisi buah koko, yang kemudian diletakkan pada palate. Dalam 20 guni, 7 guni daripada jumlah ini akan diambil sampelnya. Jika 25 guni, 8 guni diuji. 30 guni, 9 guni daripadanya diuji. Biji buah koko terdiri daripada bean dan nib. Nib berada dalam bean. Sampel biji disukat dengan winnower. Hasil sukatan, ada sebanyak 2 kilogram biji koko yang akan dibawa ke makmal untuk diuji. Berat sampel akan direkodkan.

https://dipersimpangankutubfrompioneerofdpk.wordpress.com/?s=THIS+POST+MIGHT+SAVE+ITSELF

Dalam ujikaji untuk mencari peratus moisture, 20 biji koko dikisar dengan mesin kisar. Kemudian mesin protimeter digunakan. Peratus mouldy pula berkaitan jumlah biji berkulat (berwarna putih) yang digunting. Peratus Ins dan geminated pula berkaitan bilangan serangga dan biji yang bercambah daripada biji yang digunting. Peratus slaty pula peratus biji koko yang jadi sampel yang berlumut atau yang mewakili peratus biji koko yang berlumut. Peratus fully brown ialah bilangan  jumlah bean yang coklat dengan menolak bilangan yang bukan coklat. Peratus pattly brown pula berkenaan nib daripada yang digunting yang tak sepenuhnya ungu. Peratus fully purple ialah yang penuh ungunya. Peratus berat sampah seperti biji pecah dan separuh pecah juga dikira. Laporan tentang bau biji koko yang seperti asid , tidak berbau koko bean juga dibuat. Jika nib tidak pecah tetapi shell tertanggal atau pecah, masih dianggap sampel itu baik.

Contoh-contoh tangki-tangki untuk pemprosesan biji koko ialah mesin winnower, termediated masse tank, wash butter tank, coarse masse tank, deorized butter tank . Bila hanya satu mesin bailmill beroperasi, tangki masse tank mengambil tempoh 12 jam untuk penuh, dapat mengisi 6 atau 7 tan, maksima ialah 9 tan). Jika dua mesin bailmill beroperasi, maka ambil tempoh 8 jam sahaja. Filling time ialah berkaitan masa bahan bailmill mula diisi ke masse tank. Maturing time ialah masa penuh tangki masse tank lalu bahan dari tangki ini dialirkan ke press cake machine atau dibiarkan atau simpan selama 9 jam (jika 9 tan) atau 7 jam (7 tan) sebelum dialirkan ke press cake machine. Sampel dari masse tank akan diambil oleh juruteknik makmal jika diarahkan, selalunya bila maturing.

Ujian kehalusan (finesse):

sampel cecair koko dicairkan lagi dengan aceton lalu sampel ini dituang ke penapis. Kemudian air suam dituang ke penapis yang sampel itu atau memancutkan air suam ke cairan di penapis itu untuk membuang lemak dalam cairan. Kemudian air pili digunakan , dialirkan airnya ke penapis untuk meletakkan mendakan ke tengah penapis. Mendakan atau apa yang tinggal pada cairan yang dinyahkan tadi seperti lemak yang dinyahkan.. Kemudian mendakan ini dimasukkan ke oven selama 2 jam (setengah jam jika tidak dituang air suam). Setelah itu, penapis bermendakan tadi dikeluarkan dari oven , disejukkan sebelum ditimbang untuk mencari peratus kehalusan  produk koko yang dihasilkan. Peratusan kehalusan yang dianggap berkualiti ialah 98-99%. Jika peratusan kasar atau tidak berkualiti, bahagian pengeluaran atau operator hendaklah membubuh air dan potassium kabornat untuk menghaluskan lagi cairan koko dalam tangki.

Ujian Ph:

Sampel koko sebanyak 10 gram ditimbang. Kemudian dibancuh dengan 90ml air suam lalu diletakkan di mesin sejuk. Bila dikeluarkan, proses menggunakan beberapa peralatan dan peralatan berkuasa bateri digunakan untuk menguji sampel. Alkalised ialah yang ditaruh potassium/sodium karbonat . Ditambah potassium untuk naikkan ph 6.70-7.30. Bahagian akan diberitahu jika ph perlu ditambah ke tangki sampel (dengan ditaruh potassium. Ditaruh sodium karbonat untuk naikkan ph ke 7 jika ph asal ialah 6.0) . Jika terlebih ph pada tangki sampel, operator akan memindahkan sebahagian isi tangki itu ke tangki lain lalu diganti dengan yang biasa iaitu adalah natural (bahan yang memang rendah phnya), ditaruh ke tangki sampel.

Ujian moisture: ujian kandungan air, menggunakan mesin mettle Pm 100. Cara menggunakan mesin ini: Mula-mula menekan tare, kunci temp, lalu tekan enter, barulah timbang ikut berat sampel yang diperlukan, kemudian tutup mesin itu untuk ambil bacaan berat sampel lalu tekan start hingga lampu berkelip-kelip lalu membaca % moist pada skrin mesin itu.

Bagi ujian fat, kelalang, kertas turas, bikar, air suling, mesin extract, cecair spirit,  dan oven digunakan.  Tujuan eksperimen fat ialah untuk mengetahui peratus minyak atau lemak dan peratus shell dan nib, bagi membantu juga kilang menetapkan harga. Asid hidroklorik digunakan untuk ujian ini.

Cara menyediakan asid hidroklorik:

Asid sulfuric digunakan dalam pencucian.  Apabila botol asid hidroklorik pekat dibuka penutupnya, asap beracun terbebas. Asid pekat bermakna belum dicampurkan dengan oistilled water. Jangan hidu atau terkena kulit. Bancuh 400ml oistilled water dengan 100ml HCL. Masukkan air oistilled water dulu, barulah HCL agar tak meletup. Cecair HCL tak boleh dituang atau kena bekas yang bukan untuk HCL.

Ujian cocoa masse:

Ujian ini bertujuan mencari peratus lemak dalam sampel cocoa masse. Peratus lemak yang diterima atau dianggap OK ialah 53-56%. Jikalau hasil peratus lemak =52/53/54, maka perlu campur 1-5(formula)= peratus lemak. Ujian ini menggunakan mesin berputar dan tabung uji. Anti bumping granules dimasukkan ke dalam kelalang untuk mencegah kehilangan lemak ketika proses ujikaji. Bikar yang mengandungi cocoa masse dicairkan dengan petroleum spirit (aceton jarang digunakan) lalu dituangkan ke 4 tabung uji (tinggalkan seperti seinci lagi nak penuh bagi tiap tabung itu). Kemudian goncangkan bagi larut sebelum dimasukkan ke mesin berputar secara berselang dan bersetentang. Tujuan dimasukkan spirit untuk memisahkan kotoran dan cocoa masse  daripada lemaknya. Mesin diputarkan selama 15 minit.

buah koko

buahkokolahbang

EEEee omenya uah oko ni , adek uke!!!

EEEee omenya uah oko ni , adek uke!!!

kokokokolah

Selepas 15 minit, tabung uji dikeluarkan dari mesin berputar . Cecair dalam tabung uji dituangkan ke kelalang kosong yang berisi anti bumping granules. Awas, jangan sampai termasuk keladak/cocoa masse yang berada di dasar tabung uji. Kemudian cecair spirit akan dimasukkan ke tabung uji itu dan  proses semula selama 15 minit (dimasukkan ke mesin berputar semula). Setelah dikeluarkan semula, cecair tabung uji itu dituang ke kelalang kosong. Kelalang itu dimasukkan ke mesin extract untuk memisahkan lemak daripada spiritnya. Bila hampir  kering seperti tinggal sesudu , jumlah kandungan dalam kelalang itu, offkan mesin extract dan sejukkan kelalang itu beberapa masa sebelum dimasukkan ke oven memmert selama setengah jam. Ujian untuk mencari peratus lemak oleh juruteknik syif normal dengan yang bekerja bukan syif normal adalah berbeza. Kerana itu, hasil keputusan belum tentu sama. Tabung uji yang digunakan haruslah yang bentuk bukaannya sejenis. Jika yang bukaannya bundar sahaja, maka semua tabung uji itu mestilah bundar juga.

Ujikaji Press Cake:(halaman rujukan=10)

Ujian yang diperlukan untuk ujikaji ini ialah ujian moist, ph dan fat. Mesin yang digunakan ialah yang sama seperti yang diterangkan sebelum ini. Terdapat sedikit perubahan kaedah untuk ujian-ujian tersebut. Ambil 5 sampel press cake (1 sampel mewakili 1 mesin press cake) di mesinnya yang disediakan oleh pihak berkenaan di kilang tersebut. Masukkan setiap sampel di dalam plastic mini dan catatkan maklumat nombor mesin yang keberapa di plastic itu. Lihat dan catatkan berdasarkan buku format tentang press cake yang dicatatkan oleh operator. Contohnya:

No   Pressing Time   MT   Butter Weigh   Cake Silk   Ram Travel

32″

1       7.30-8.02           5       917                      10

2      8.05-8.37                     922                                        679

3       8.40-9.12                    925

Cycle time ialah jumlah masa yang diambil untuk memproses press cake iaitu 32″ (32 minit) . Jika ini tidak ditulis oleh operator, staf makmal dapat mengetahuinya dengan melihat masa mula dan akhir yang dicatatkan iaitu seperti 7.30-8.02=32 minit. MT 5 menunjukkan bahawa bahan cocoa masse tangki atau mesin kelimalah yang dialirkan ke mesin press cake untuk proses press cake (benda berketul keras ). Ram travel menunjukkan bahawa nombor kod mesin press cake nombor 1 ialah 679   (nombor ini ada pada alat acuan yang membentuk cocoa masse menjadi kepingan keras. Acuan ini berbentuk bulat yang tergantung di mesin dan bergerak mengikut arahnya).

Penerangan tentang contoh maklumat dalam buku kerja dan buku rekod press cake:

C.Pressed   2:656 (nombor kod mesin press ke 2) – Mt 4 (=bahan press dari Mt 4) – 35 (jumlah masa proses) – 5.30 pm (masa ambil sampel) – 2nd (shif ke 2/petang) – 30.6.1997.

Temp: 120 C                                                                 Pressed 3:676

Sampel: 2.554                4.895g                                  4.839g

Moist: 2.90                      ..?…….                                  ….?……

Ph:…                                 90,322g                               90,333g

Pressed 4:677

4.896g

….?…..

87,296g

Sampel Press Cake (PC) di bawa ke makmal lalu diketuk dengan penukul , kemudian dikisar dengan mesin kisar  . Kemudian digunakan untuk ujian di bawah:

>Ujian moist: iaitu dengan menyatukan semua sampel di piring ujian moist seberat 2.5g. Ratakan sampel di piring itu dan jangan ada yang berketul

>Ujian Ph:Iaitu dengan juga menyatukan semua sampel yang ada di dalam sebuah bikar sehingga beratnya = 10gm

> Ujian fat:

Artikel ini bersambungan di muka-surat ke 11.

ARTIKEL INI AKAN DISAMBUNG.

Special Modus-Operandi Telescope By Perintis Minda

Use Block which created to Lock the cupboard as alternative method.

Peringatan Harian ke 13 = Use Block which created to Lock the cupboard as alternative method.

Peringatan Harian ke 14= Cautious!!! Cobra May Come FromToiletDrain.

Peringatan Harian ke 14= Cautious!!! Cobra May Come FromToiletDrain.

Cover Washing Machine before rat, lizard, ...etc go in it.

Cover Washing Machine before rat, lizard, …etc go in it.

 

Perkara luarbiasa dan yang dianggap mustahil terjadi,  telah lazim berlaku di seluruh dunia. Begitu juga perkara yang kita tidak terfikirkan sebelum hal itu terjadi.

Seorang wanita yang entah dari mana , tiba-tiba datang ke rumah. Bertanyakan alamat atau rumah yang ingin dicari lalu PEMILIK rumah membuka pintu. Wanita itu masuk. Tiba-tiba masuk beberapa lelaki ke dalam rumah melalui pintu yang telah dibuka dengan parang panjang. Sebenarnya wanita ini sahabat perompak itu, pura-pura bertanya. Berita di tv malam semalam (25 September 2013) lebih cepat lagi. Iaitu bila pemilik rumah sedang membuka pintu, dia diserang secara tiba-tiba dan tangan pemilik rumah itu diikat .

Lebih merbahaya pencerobohan ikut bumbung dengan membuka bahagian bumbung atau dengan memecahkan dinding yang di atas siling yang juga jadi dinding jiran. Telah ada mesin pemotong grill atau besi yang berkuasa bateri yang senyap, tiada bunyi kuat atau hampir tiada bunyi semasa mesin itu memotong.

Juga telah ada gas pemotong dinding yang boleh memotong dinding batu secara bulat atau lainnya untuk memudahkan pencerobohan. Jenayah begini telah pernah terjadi.

Melarikan mesin ATM kepunyaan bank dengan mengikat mesin itu dan tali ikatan yang disambung dengan kenderaan penarik. Jenayah begini juga pernah terjadi.

Menggunakan ilmu pukau dan ilmu sihir untuk membuat penghuni rumah tiba-tiba mengantuk lalu tertidur atau tidur.

Juga kenderaan yang bergerak senyap setiap malam berhampiran rumah dan penjenayah menunggu peluang menceroboh. Bila penghuni rumah lambat tidur atau tidak dapat dipastikan bila akan tidur sehingga menyebabkan penjenayah yang menunggu mengantuk, kawannya yang baru datang “ditugaskan pula menunggu”. Macam kerja syif  pula.

Mangga dapat dibuka dengan hanya satu pukulan penukul yang tidak terlalu kuat. Saya sendiri pernah melihat orang yang membuka mangga dengan satu kali pukulan penukul. Maka tentu, lebih tidak selamat jika menggunakan mangga bernombor (menggunakan system kod untuk buka)

Pencerobohan dengan mengesan kod pemancar yang membolehkan rumah dibuka dari jarak jauh (berkenaan teknologi rumah pintar) juga dikatakan tidak mustahil terjadi. Ada pula yang mengatakan apabila mesin pembaca kad kredit yang digunakan di kaunter-kaunter bayaran dapat mendedahkan nombor pin kad tersebut. Juga ada yang mengatakan seseorang penggodam password computer dapat mengesan password jika mempunyai pengetahuan computer setaraf Ijazah computer. Seorang lelaki pernah memberitahu sahabatnya dapat mengesan password akaun isteri dia yang dia cuba siasat sama ada menjalinkan hubungan jarak-jauh (melalui facebook) dengan lelaki lain atau tidak.

Juga pernah dinyatakan dalam akhbar bahawa penjenayah memasukkan sesuatu dalam lubang untuk kad atm agar kad atm pengguna mesin itu tersekat. Kemudian , penjenayah akan datang , menyamar sebagai kakitangan bank yang cuba untuk menyelesaikan masalah kad atm tersangkut , tidak dapat dimasukkan ke lubang itu secara sempurna. Penjenayah yang menyamar itu akan mengambil kad atm mangsanya itu. Ada pula modus operandi seperti yang pernah dinyatakan oleh sebuah bank di Malaysia:

Seseorang sedang menggunakan kad atm. Tiba-tiba datang seorang menepuk belakang dia, memberitahu kononnya kad orang yang sedang menggunakan mesin ATM itu terjatuh di belakang orang itu. Ketika orang itu cuba mengambil kad yang terjatuh, sahabat penjenayah (atau mungkin bank itu mengatakan penjenayah yang menepuk itu ) akan segera mengeluarkan kad atm mangsa yang ada dalam mesin kad ATM dan menggantikan dengan kad atm yang palsu atau tidak berguna ke dalam mesin itu. Mangsa tidak menyedari bahawa kad yang terjatuh dan yang berada dalam mesin itu bukan hak mangsa.

Justeru kita mestilah cuba mempunyai daya imaginasi (walaupun imaginasi itu kelihatan gila atau tak logic atau mustahil berlaku) luarbiasa tentang apa yang penjenayah fikirkan dan akan lakukan supaya kita dapat segera menyediakan pula kaedah pencegahan dan cara melawannya. Imaginasi kita itu ibarat telescope yang istimewa untuk mengesan modus-operandi pelik dan luarbiasa yang cuba dilakukan oleh penjenayah.

Contoh imaginasi itu?

Anda menghantar kereta ke bengkel. Semasa anda memerhatikan mekanik itu, mekanik itu mengambil tali luar injin yang baru . Anda lihat memang baru sebab masih dalam bungkusan plastic tetapi bila tiba-tiba anda tidak melihat mekanik itu, segera mekanik itu menyembunyikan tali luar injin itu dan mengambil yang lain yang juga dalam plastic tetapi plastiknya telah dikoyak. Sebenarnya yang ini tali terpakai yang dipasangkan dekat injin kereta anda.

Lebih keji lagi jika bahagian kereta yang bermasalah itu memang betul-betul digantikan dengan alatganti tulin dan dipasangkan dengan sempurna tetapi mekanik itu juga telah merosakkan atau mencacatkan aksesori atau bahagian lain kereta anda tanpa anda menyedari (tentu ketika anda tidak lagi memantau kerja mekanik itu)

Pengalaman-pengalaman saya membuktikan bahawa terdapat bukti-bukti yang menunjukkan mekanik-mekanik tidak jujur dan menipu saya.

Kalau anda memiliki helicopter, pastikan skru pada helicopter itu benar-benar telah ketat. Jika tidak , kipas helicopter akan longgar dan menyebabkan helicopter terhempas ke bumi.

Sebuah van datang ke rumah anda untuk memasang alat penyembur wangian automatic di rumah anda. Anda membuka pintu dan pekerja syarikat itu pun masuklah. Setelah pemasangan dibuat, pekerja itu menerima bayaran daripada anda. Kemudian pekerja itu meninggalkan rumah anda , pergi dengan van. Anda pun mencuba alat penyembur wangian itu. Memang Wangi. Beberapa minit kemudian , mata anda tiba-tiba kuyu dan tidak lama kemudian anda telah pun jatuh pengsan. Van itu tiba-tiba datang semula ke rumah anda dan memecahkan tingkap anda dan mencabut grill tingkap. Seluar dalam anda yang dah koyak pun dicurinya. Sudahlah koyak, dah sebulan tak basuh. Bau? Tak perlu ceritalah. Bila polis menjalankan siasatan, di dapati bahan wangian tersebut tidak diluluskan oleh kementerian kesihatan dan kementerian perdagangan kerana bahan tersebut sebenarnya ialah bahan untuk memengsankan pesakit sebelum pembedahan.

Anda sedang memandu. Tiba-tiba anda melihat ada kenderaan masuk ke parit besar. Anda keluar dari kereta . Anda melihat pemilik kereta luka parah. Anda pun datang ke arahnya untuk memberikan pertolongan. Tiba-tiba kemaluan anda ditendang oleh pesakit tersebut. Anda jatuh. Pesakit segera merampas dompet dan kunci kereta anda . Dia segera masuk ke kereta anda dan memandu kereta anda dengan pantas. Luka di tubuh penjenayah itu sebenarnya ialah luka buatan atau tiruan sahaja. Luka palsu. Kenderaan yang masuk ke parit itu sebenarnya kenderaan yang murah dan banyak rosak yang telah dicuri oleh penjenayah itu.

Tetapi lebih menakutkan ialah jika beberapa pihak bersubahat, berpakat melakukan jenayah. Contoh? Anda sedang berjalan kaki. Tiba-tiba anda di rompak. Anda menjerit. Tiba-tiba datang polis menyelamatkan anda. Polis membawa masuk penjenayah yang digari ke dalam kenderaan polis. Wang dan dompet anda dikembalikan kepada anda. Anda mengira wang anda . Tidak berkurangan sedikit pun. Wah! nasib baik. Wang anda selamat. Anda kemudian pergi ke kedai. Peniaga menggunakan mesin pengesan wang palsu. Peniaga kata wang anda palsu. Anda guna pula wang lain. Wang itu pun dikesan sebagai palsu. Sebenarnya polis itu memang polis sebenar tetapi telah berpakat dengan penjenayah. Polis itu kemudian telah membebaskan penjenayah. Syaratnya penjenayah kena bagi upah dengan memberikan sebahagian wang anda yang dicuri tadi. Penjenayah itu sebenarnya telah mengambil semua wang anda dan memasukkan wang palsu ke dalam dompet anda supaya anda fikir wang anda telah diselamatkan oleh polis tadi. Polis jahat banyak dalam dunia ini? Tidak mustahil!