Meja Bulat Orang Koyak-Rabak By Lipur-lara Waris Tamingsari

this article in lipur-lara waris tamingsari

this article in lipur-lara waris tamingsari

Meja bulat itu sedang menunggu kedatangan orang yang berpakaian koyak-rabak. Yang ada duduk dekat meja itu ialah orang yang berpakaian baju kot, bertopi, bertali leher, kasut jenama mahal, pen di saku daripada emas campur berlian. Cermin mata pula , jenis kamera pengintip. Mereka semua bermata biru sebab pakai  benda bulat pipih warna biru tu, masuk ke mata.

Mereka ketawa terbahak-bahak. Mereka takutkah? Tak datang lagi. Aku rasa mereka tak beranilah Mad! Ya lah aku pun rasa begitu.

Sambil menunggu kedatangannya, mereka menonton sebuah video. Video itu dipaparkan di skrin besar , terletak di hadapan meja bulat itu. Seorang lelaki sedang memerah susu dari puting dada seorang wanita. Susu cap gantung namanya. Itu pemandangan sebuah perusahaan di kilang susu wanita.Itulah rakaman video sebuah filem pelik yang sedang ditontoni. Pengarah filem itu pula bekas perogol bersiri yang terkenal di dunia. Dikatakan beberapa ekor alien pun tahu namanya. Begitulah terkenal hebat namanya, MAHSYUR ke seluruh penjuru alam.

Tiba-tiba seorang penonton menjerit, Eh lekas off video ini! CEPATLAH!!. Kenapa?? Ohh orang koyak-rabak dah datang!!!

Meja bulat gembira dengan kedatangan orang koyak-rabak, Dia ingin menyatakan kegembiraan, tetapi apakah daya untuk demikian, Dia hanyalah sebuah meja. Benci betul dia terhadap orang-orang kaya penonton video lucah ini.

Golongan yang berpakaian koyak-rabak mula duduk di meja. Bau harum daripada pakaian mereka walaupun bahagian  baju di dada ada koyak-rabak sedikit. Heii orang miskin, kenapa kamu koyak-rabak. Tak malukah? Jadilah seperti kami, bergaya macam james bond. Ohh! kami seperti khalifah Abu Bakar, bila nabi Muhammad bertanya, kenapa ada lubang pada pakaiannya di dada Abu Bakar, Abu Bakar menjawab beliau telah menyerahkan semua hartanya untuk perjuangan ISLAM. Bila Nabi bertanya apa lagi yang tinggal kepada beliau, Abu Bakar menjawab ALLAH DAN RASULNYA. Bila nabi Muhammad bertanya adakah Abu Bakar menyesal kerana mensedekahkan seluruh harta beliau, Abu Bakar terus menangis dan beliau kata tidak menyesal.

AAAAHHHHHH sudahlah!! Kami tak mahu dengar kisah Abu Bakar dan baju yang koyak . Tujuan kita datang berkumpul ialah bukan nak tahu fasal Abu Bakar yang koyak bajunya. Kita datang untuk membincangkan kenapa kamu, wahai ulamak di persimpangan kutub menentang dasar penswastaan padahal kami mewakili golongan pemerintah menguatkuasakan dasar penswastaan!!!!

Golongan ulamak DPK : “Kami bukan menentang penswastaan secara 100%. Bila kerajaan tidak mampu, mereka hendaklah melibatkan syarikat swasta tetapi bukan terus memberikan  hak penswastaan secara 100%. Maksudnya kerajaan masih memiliki kuasa dan hak juga, yang jadi bahagian kerajaan. Pihak swasta itu juga mestilah menanggung kos dan berhak mendapat keuntungan juga. Apabila kerajaan telah ada kemampuan menguruskan kerana ada kepakaran dan peruntukan dan sumber kewangan yang lebih baik, maka pihak swasta itu hendaklah dikeluarkan dan tidak lagi memiliki kuasa dan hak. Ketika ini, hal tersebut kembali menjadi hak kerajaan 100%.

Golongan mata biru=” Kalau begitu, lebih baik diswastakan 100% , kerajaan akan menjimatkan perbelanjaan dan menyimpan kewangan khas untuk tujuan kepentingan lain rakyat satu Negara. Konsep rakyat 1 Negara haruslah dilaksanakan. Malaikat Jibrail dah pun datang jumpa menteri yang buat gagasan 1 Negara ini dan menyatakan persetujuan. Malaikat Jibrail menyokong.”

Golongan Koyak-rabak= Tiada bukti malaikat Jibrail jumpa menteri jahil itu. Kalau diswastakan 100% biarlah yang kecemasan begitu tetapi bila tiba masa yang sesuai kerajaan hendaklah mengambil semula 100%. Ini sesuai dengan takrifan kerajaan menurut gagasan Di Persimpangan Kutub. Kerajaan hendaklah memantau dan menghukum terhadap syarikat yang ambil-alih kepentingan kerajaan itu jika perlu.

Golongan Mata Biru= Tiada bukti rasuah pun. Tiada bukti kami, pihak kerajaan ada kroni atau ada pemimpin kerajaan yang dapat untung sebab jadi pengarah atau pemilik saham halimunan dalam kepentingan kerajaan yang diswastakan 100%. Kamu suka buat andaian dan tuduhan sahaja. Suka berburuk sangka. Berdosa tau!?

Golongan Koyak-rabak=” Bertenang. Kami bukan membuat tuduhan. Kami bermaksud hal seperti itu tidak mustahil logic terjadi. Justeru langkah pencegahan perlu dibuat seperti pemantauan dan hukuman. Bahkan, bukan tak ada bukti satu pun. Bekas Ketua Juruaudit Negara telah menemui bukti-bukti rasuah di kalangan pemimpin-pemimpin dan pegawai kerajaan , termasuk pihak swasta berkenaan. Jika penemuan beliau itu tidak benar, kenapa tidak  dibicarakan di mahkamah.

Golongan Mata Biru= Kami tak punya kuasa mengheret dia ke mahkamah. Ahh lupakanlah hal itu. Itu urusan pemerintah nombor satu Negara.

Golongan Koyak-rabak= “Ingat, seboleh-bolehnya hal-hal seperti sekolah, university, hospital, klinik kerajaan, balai polis, tentera, pelabuhan milik kerajaan, syarikat minyak kerajaan, pengangkutan awam kerajaan, ……..dan lain-lain tidak boleh diswastakan”. Banyak keburukan penswastaan. Jika ada kebaikan pun, bila dikaji bersama dengan keburukan, maka dapat diambil kesimpulan bahawa dasar penswastaan haruslah sedaya-upaya kita elakkan daripada terjadi kecuali darurat tetapi akhirnya kerajaan harus memiliki semula seratus-peratus atau bermaksud pembatalan penswastaan bila tiba masa  dan keadaan yang sesuai.”

Golongan baju kot= Kalau pandai sangat , cuba beritahu apa contoh keburukannya? Bukankah kebaikan penswastaan itu , salah-satunya ialah menggalakkan kelahiran syarikat-syarikat baru dalam pelbagai bidang yang milik pihak swasta seratus-peratus?

Golongan berlubang baju=” Kami tidak nafikan galakan seperti itu dapat terjadi tetapi keburukannya juga akan meranapkan perkembangan kelahiran. Contohnya, bila sesuatu syarikat itu diberikan kontrak berjuta , syarikat itu memberikan tugasan kontrak itu kepada syarikat lain yang lebih kecil, yang kekurangan dari segi profesionalnya, kepakarannya, tenaga pekerjaannya, sumber modal dan keuntungannya, asetnya, peralatannya…..Maka hasil yang terjadi daripada projek itu tidak berkualiti, tidak menurut piawaian kualiti yang sepatutnya. Maka tak hairanlah jika ada banggunan yang mudah runtuh, peralatan hospital yang tidak tepat, tidak sesuai, berkesan buruk, pendidikan yang kacau-bilau, pihak bank yang jadi toyol dan merompak, kenderaan pengangkutan awam yang tidak selamat, persekitaran Bandar yang kotor, tidak kemas, ………….tandas awam yang rosak-binasa, jadi tempat penagih dadah, bila terbiar, …..Bahkan jika kerajaan itu mewujudkan system perbankan dan subsidi yang jujur dan benar mengikut konsep ISLAM yang benar, maka ini akan menggalakkan kelahiran usahawan bumiputera yang Islam JUGA.”

Golongan Kasut Jenama Tinggi: “Eemmm….betul juga kata engkau wahai baju koyak. Tetapi bukan kami yang ada kuasa untuk menghalang dan menghapuskan dasar penswastaan. Itu kena Tanya Perdana Menteri Satu Negaralah. HA HA HA HA HI HI heh heh heh heh. ” Dah bersurailah kita.

Meja bulat gembira dengan kemenangan pihak koyak-rabak tetapi pada masa yang sama si meja bersedih juga sebab golongan ulamak perlu melancarkan jihad dan revolusi Di Persimpangan Kutub kerana walaupun pihak wakil kerajaan telah kalah dalam perdebatan ini tetapi kerajaan tidak peduli , malah terus melaksanakan dasar penswastaan untuk mengenyangkan nafsu kroni-kroninya padahal persidangan meja bulat ini bertujuan untuk kerajaan mencari keputusan sama ada meneruskan penswastaan atau membatalkan atau menghentikan. Pada mulanya kerajaan tersebut berjanji jika wakil mereka kalah dalam persidangan itu, mereka akan menghapuskan dasar penswastaan tetapi sebenarnya kerajaan MUNGKIR JANJI.

YANG DALAM SILAM LEBIH BAIK & BILAKAH MELAYU AKAN JADI MESEGAR? by Tinta Emas 7 Samudra

Sesetengah produk yang dicipta, bukan jadi lebih baik dalam versi dan model BERIKUTNYA, yang terawal atau lebih awal lebih menyenangkan. Contohnya, pernah seorang datang ke rumah kakak saya , dia menjual sejenis tilam leper, Tilam ini sangat padat rasanya dan berlekuk-lekuk yang membuat belakang tubuh terasa diurut secara automatic (sedap rasanya) dan jahitannya juga lebih kuat.

Itu dulu, sekarang tilam seperti itu banyak dijual di kedai tetapi jahitan mudah putus, tilam tidak padat atau kurang padat menyebabkan tidak sesedap dulu lagi jika baring atasnya!!!

Gunting milik arwah nenek saya yang diwarisi oleh kami, sekarang entah di mana, hilang dicurikah? Gunting buatan lama itu sangat kuat hingga dapat memotong dawai yang tebal, tidak seperti gunting buatan sekarang. Saya tak izin dan tak halalkan sesiapa yang mencurinya !!!

Bangku plastic mini yang rendah untuk duduk  setinggi sejengkal lebih sedikit yang tebal dan kuat disukai oleh saya tetapi buatan yang seperti itu sekarang, tidaklah sekuat itu, lagi lemah dan ringan.

Artikel ini tidak hendak menceritakan ciptaan zaman sekarang yang lebih baik daripada yang silam. Kalau ciptaan yang berikut atau pada masa sekarang lebih tidak berkualiti daripada yang silam , ada pelbagai factor. Contohnya:

1= Lagi manyak untong! Kalau itu balang tak ade tahan lame, olang bili lagi itu balang, lagi manyak bili, saye lagi manyak ooong !

2= Mahu bikin macam itu balang lame, lagi manyak modal ooo!!! Lagi manyak modal, lagi mahal, kalau lagi mahal, tatak ade olang mau biiliii  maaa!!!

3=Haiyaa! olang sikalang tatak ade fike sangat itu kualiti, ada itu balang bole pakai sudah cukop.

4=Peduli ape itu kualiti, kalu itu balang lame sulah talak ade, olang terpaksa bili balang sikalang juge, jadi saye bole jadi kaye maaa!!

Dan itu kualiti benda tak bernyawa, bagaimana pula dengan kualiti bangsa yang bernama MELAYU??  Melayu yang akan diperkatakan di sini ialah melayu MALAYSIA. Bangsa ini, dikatakan kacukan beberapa suku orang asli. Tak nak dikatakan sebagai orang asli, oohh, orang asal??? Melayu, pada zaman dahulu, beragama Hindu. Bila PARAMESWARA memeluk ISLAM, rakyatnya mengikutinya, masuk ISLAM juga. Bangsa melayu tidak pernah mendirikan kerajaan kekhalifahan, wanita mereka tidak pula berjilbab (pakaian menutup wajah dan seluruh tubuh). Adat yang masih ada unsur bidaah dan khurafat seperti kepercayaan tertentu masih ada merasuki sesetengah orang melayu. Semua ini salah satu factor yang menjadi bangsa melayu LAYU keimanannya. Kalau pada zaman berkeris dahulu, tiada pembuangan bayi luar nikah merata-rata, tetapi sekarang……….. ini menunjukkan melayu terus layu.

Bagaimanakah kamu akan jadi segar wahai bangsaku?

Apabila siraman cinta yang kau pilih tidak benar

Apabila Baja yang kau pilih tersalah

Apabila kegelapan yang kau pilih dengan sengaja

Maka, bagaimana fotosintesis akan terjadi?

Apabila datang cahaya, kamu mengusirnya dengan murka

Apabila kau masih bantut, kau cemburu dengki Pokok kelapa yang tinggi

Maka dengki itu bagaikan ulat yang memakan daunmu

Lalu kau terkoyak-rabak

Lalu kamu jadi ibarat lalang

Hidup segan Mati Tak mahu

Jika aku tukar namamu menjadi mesegar

Tentu kau akan tetap melayu

kerana jika hujan turun pun

Ia tidak berterusan, malah meresap jauh dari Tanah berakar

tahukah kamu apa yang kamu patut hafal dari M E L A Y U?

Ini dia:

M = Menyedari dengan kesedaran 51% (kesedaran di persimpangan kutub)

E= Elak kesedaran yang tidak mendatangkan keinsafan

L = Lawan nafsumu terus-menerus, sebentar sahaja kamu tewas, maka kemungkinan kamu akan terus lemah melayu

A= Amalan biarlah dengan istiqamah dan dapat RAHMAT daripada ALLAH

Y= You jangan kata aku tentu dapat mati masuk syurga

U= Ulamak , jangan jadi ular Mak atau ular dalam semak, ingatlah orang yang betul-betul mesegar ialah yang selamat di akhirat!!!!

Saya buat dalam bentuk puisi supaya anda tidak bosan atau…..insya-Allah. Hati yang keras dan ditutupi ialah umpama yang telah diistidraajkan oleh ALLAH. Ya Tuhan!! Alangkah ini sangat malang!!! Ketika ini, tiada menfaat nasihat yang canggih, tiada guna amaran, tiada guna hukuman………….hanya kematiannya sahaja yang menamatkan penyakit gila, sakit jiwa dan buruk perangainya itu. Melainkan orang yang Allah hendak beri rahmatNYA, maka istidraj itu dihilangkanNYA kemudian.

Tidak ada jalan atau cara yang paling terbaik dan paling berkesan dalam menyucikan kalbu melainkan dengan menjadi orang sufi yang mengamalkan ilmu tarekat, dengan wirid tarekat , bermujahadah……………..

Maka bila kamu telah jadi MESEGAR, ucapkanlah terimakasih yang tak terhingga kepada TUHAN KAMU. Sesiapa yang bersyukur kepada Allah , maka Allah akan tambah lagi nikmatnya, begitulah seterusnya bila disyukuri lagi. Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang!!!

Keluhan Seluruh Dunia By Jeritan Seantero Dunia

 

Saya rasa marah sebab artikel telah disahkan (mengikut system) saved tetapi bila saya buka papan pemuka, ia terletak dalam draf, saya menyangka ada yang telah diterbitkan iaitu artikel dalam draf itu tetapi sebenarnya hanya ada di draf. SAYA MEMADAMKANNYA SECARA permanent kerana menyangka ia telah diterbitkan sebab telah datang mesej saved. Nampaknya server wordpress.com mempermain-mainkan saya. Telah banyak kali mesej saved dan telah terbit diberikan kepada saya untuk pelbagai artikel saya tetapi sebenarnya masih di dalam draf. SAYA TERPAKSA MENAIP SEMULA ARTIKEL YANG SAYA MUSNAHKAN INI: lain kali saya tidak akan menggunakan wordpress.com lagi????

Anwar Ibrahim , seorang pejuang reformasi mengatakan bahawa Malaysia ialah Negara yang mengeksport minyak (=menjual minyak) dan hasil jualan Malaysia mendapat RM700 billion. Bekas timbalan perdana menteri  Malaysia itu mengatakan bahawa Negara seperti Indonesia dan Thailand mengimport minyak, sebab itu mereka menaikkan harga minyak yang di jual di stesen Negara itu kerana jika tak buat begitu, siapa yang nak bayar untuk import minyak? Jadi, alasan pihak kerajaan Malaysia yang mengatakan mereka hendak menaikkan harga minyak di stesyen minyak di Malaysia sebab Negara seperti Thailand dan Indonesia menaikkan harga minyak petrol tidak dipersetujui oleh Datuk Anwar Ibrahim.

Apabila harga minyak petrol naik, Pengeluar biasanya akan menaikkan harga atas sebab kos pengangkutan bertambah (kos petrol). Bila ini berlaku, jumlah keuntungan runcit bagi sesuatu harga kilang yang boleh diperolehi oleh peruncit turut berkurangan. Keadaan ini sama ada pekedai itu beli secara runcit ataupun borong. Maka, terdapat peniaga yang menentukan sendiri harga barangan tersebut (tidak mengikut harga cetakan kilang pada barangan itu). Peniaga menaikkan harga. Pembeli jadi marah.

Maka, berlaku inflasi. Pencatuan barangan mungkin terjadi. Pekedai juga mungkin beri sebab inflasi terjadi kerana kekurangan permintaan. Harga dinaikkan  oleh pekedai sebab kekurangan permintaan . Ini salah satu bentuk pencatuan. Orang yang sanggup beli dengan harga barang yang dicatu dianggap sebagai orang yang menerima giliran mengambil barangan catuan.

Rakyat mungkin terdorong membeli barangan seludup di pasar gelap yang lebih murah tetapi juga mungkin termasuk tiruan yang kurang berkualiti dan merbahaya kepada kesihatan.

Inflasi juga terjadi jika permintaan tinggi , melebihi pengeluaran atau stok jualan. Anwar Ibrahim mengatakan bahawa PETRONAS ialah syarikat milik penuh kerajaan, 100% milik kerajaan. Pada pendapat saya, jika demikian tidak timbul persoalan subsidi minyak kerana salah-satu maksud kerajaan itu ialah kumpulan orang yang dilantik atau diamanahkan oleh kumpulan terbanyak (rakyat) untuk menguruskan pemilikan bersama . Dalam kes ini, ialah petrol ialah milik bersama. Justeru, memang patutlah harga minyak sepatutnya sentiasa rendah atau semakin rendah dan selalu stabil seperti itu. Tidak naik harga .

Apakah alasan kerajaan untuk mengurangkan subsidi sebagai alasan untuk menaikkan harga minyak petrol? Kerajaan Malaysia mempunyai banyak mempunyai sumber pendapatan yang mendatangkan sangat banyak wang dan PETROL ialah sumber pendapatan paling banyak memberikan keuntungan setiap tahun.

Bukankah hal-hal seperti berikut menjadi punca sebenar kenaikan harga petrol:

Mengutamakan kroni, Tamak, Salah-guna kuasa, pembaziran wang rakyat sehingga stok simpanan wang Negara mendorong tindakan merampas wang rakyat melalui alasan seperti petrol terpaksa dinaikkan harga, rasuah, ….????

It is not impossible if many people in the world will kill themselves because money problems due to petrol price be more expensive!!!

It is not impossible if many people in the world will kill themselves because money problems due to petrol price be more expensive!!!

Rakyat Malaysia , kebanyakannya belum mencapai kekuatan simpanan kewangan yang terjamin untuk hari tua mereka. Kuasa beli mereka akan semakin terhad bila petrol naik. Untuk mencari sumber pendapatan tambahan yang sesuai , tidak semudah yang disangkakan. Persaingan dalam perniagaan. Kekurangan modal. Tiada penjamin, Tiada pengguna yang berminat, Tiada pelanggan. Apalah erti RM500 wang tabung “simpati kepada rakyat” yang sekali atau beberapa kali setahun jika petrol punca kenaikan harga? Maka, seolah-olah kerajaan dapat  ambil semula RM500 yang telah diberikan melalui cukai daripada barangan yang naik harga kerana petrol naik harga ? Atau kerajaan dapat kembali semua pemberian itu melalui kroni mereka yang kerja dalam PETRONAS???

peniaga petrol rompak

Projek dan program yang membazirkan wang rakyat di dalam dan di luar Negara, mestilah dihentikan oleh kerajaan . Pelaburan yang merugikan syarikat kerajaan atau kerajaan mestilah tidak ditanggung  akibatnya oleh rakyat. Rakyat tidak bersalah. Jika mengambil rakan-kongsi, seboleh-bolehnya mengelakkan Negara kafir atau orang kafir menjadi rakan kongsi PETRONAS. Pelajarilah dulu konsep perniagaan Islam yang Tulin supaya mendapat keberkatan dan hasil dalam perniagaaan.  Ada laporan mengatakan bahawa ruang-ruang kedai di menara kembar PETRONAS banyak dikuasai oleh orang asing, bukan melayu. Menara kembar PETRONAS bukan lambang bahawa kemiskinan rakyat berbangsa melayu telah pupus .

APA yang rakyat boleh buat sekarang untuk menurunkan harga minyak petrol? Solat hajat? Lagi apa? Mendesak kerajaan menurunkan harga petrol? Saya cadangkan pakai basikal, kereta lembu, kereta kuda, kuda, ………………. Biar stesyen minyak PETRONAS akhirnya terpaksa ditutup???? Maka, akhirnya, untuk menarik minat semula rakyat membeli minyak petrol, maka kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak 50% daripada harga sekarang???

Konsep Zon Kebal by Perintis Minda on 16092013

Telah berpuluh-puluh tahun MALAYSIA “merdeka” tetapi golongan bangsa melayu  ISLAM Malaysia masih boleh dikatakan berada dalam simbolik “beluncas kakitangan awam”, berbanding golongan makan babi (cina Malaysia) yang disimbolikkan sebagai rama-rama  “golongan peniaga”. Mengapakah pelbagai usaha yang telah dan sedang dilakukan tidak dapat menukarkan orang melayu Islam Malaysia menjadi rama-rama besar yang cantik dan KUAT??? Adakah kerana beluncas itu tidak pandai makan daun? (=tidak pandai berniaga?). Adakah kerana beluncas itu terlalu memilih jenis daun yang ingin dikunyah? (= orang melayu Islam Malaysia terlalu memilih jenis perniagaan?). Adakah kerana beluncas itu telah meminjam daun tetapi tidak dapat memulangkan pinjaman sehingga menyebabkan kerengga yang meminjamkan itu menyerang beluncas ? Adakah kerana peniaga melayu Islam Malaysia tidak sabar , tidak jujur dalam perniagaan? Adakah kerana pengguna atau pembeli berbangsa melayu Islam Malaysia tidak menglebihutamakan peniaga melayu Islam Malaysia??? Adakah kerana terlalu banyak pensabotajan daripada bangsa lain atau musuh-musuh perniagaaan melayu Islam MALAYSIA???  Ada orang yang berpendapat bahawa kedengkian sudah jadi kebiasaan melayu iaitu jika ada orang melayu yang ada kesenangan, maka ada orang melayu yang dengki. Tidak mungkin kesemua jawapan ya (jika ada) ditujukan kepada kesemua yang jadi peniaga melayu ISLAM MALAYSIA??? Jika ada pun, bukan bermakna bangsa lain tiada “YA” . Walaubagaimanapun, perasaan saya sangat malu kerana deretan kedai bangsa cina terlalu banyak di mana-mana sehingga “menenggelamkan” pemandangan kedai-kedai bangsa melayu ISLAM MALAYSIA. PELBAGAI USAHA YANG TELAH DIBUAT DAN SEDANG DIBUAT TIDAK MENGUBAH BELUNCAS-BELUNCAS MELAYU MENJADI RAMA-RAMA BESAR YANG SANGAT CANTIK.

Ayoyo! itu ulat mana ada sama itu melayu. Saya, india juga duduk, itu worang melayu tarak makan daun sama itu india punya worang tapi itu worang tua , sireh juga makan!!!!

Ayoyo! itu ulat mana ada sama itu melayu? Saya, India juga duduk.  Sana tempat, itu worang india tarak makan daun sama itu melayu punya worang tapi itu worang tua , sireh juga makan!!!!

Konsep Zon Kebal Ekonomi Melayu ISLAM MALAYSIA  atau Zon Kebal ? Idea siapa pula ni? Sayalah. Ini bukan darihal kereta kebal. Untuk mengelakkan kedengkian atau perasaan marah bangsa lain, sumber untuk menjayakan zon kebal ini DIAMBIL dari sumber-sumber melayu Islam Malaysia sahaja.

Hi, If malay at Malaysia want to get any success in any merchandise, firstly, you have to get big strength in spiritual. Clean your brain and your heart first!! Then, your economy will be TANK.

Hi, If malay at Malaysia want to get any success in any merchandise, firstly, you have to get big strength in spiritual. Clean your brain and your heart first!! Afterwards, your economy will be TANK.

Siapakah yang layak? Orang melayu Islam Malaysia sahaja. Program untuk menduduki rumah kedai dalam zon kebal? Ini contoh kaedahnya:

1= Isi borang permohonan. Jika menepati syarat (yang adil mengikut ajaran ISLAM TULIN), maka terus boleh menduduki rumah kedai dan menjalankan perniagaan . Rumah kedai ini disewakan oleh kerajaan. Bayar sewa yang murah tiap 3 bulan. Harga sewa 3 bulan sangat murah. Harga sewa ini sebenarnya telah termasuk bayaran balik pinjaman (tanpa riba. Contohnya , pinjam modal RM10000, BAYAR balik pun RM10000, malah kerajaan boleh kurangkan jumlah bayaran balik sebagai sedekah). Jika tertangguh bayaran sehingga 12 bulan (bagi tempoh keseluruhan), penyewa diberi notis pindah milik sewa dalam tempoh 12 bulan (pulangkan kepada kerajaan semula atau memindahkan pemilikan sewa kepada orang lain). Orang lain yang menjadi pengganti penyewa, perlu menyambung baki tempoh sewaan atau baki bayaran balik penyewaan. Sewaan ini sebenarnya ialah sewa beli . Maksudnya, jika jumlah bayaran sewa yang telah dibayar itu telah sampai ke jumlah harga rumah sewa dan modal yang dipinjamkan, barulah rumah sewa dan harta (termasuk barangan dagangan) itu jadi milik penyewa yang kemudiannya diberikan sijil pemilikan sepenuhnya. Bermakna kerajaan tiada hak apa-apa lagi ke  atas rumah kedai dan harta serta dagangannya. Jika mencukai pun, cukai sentiasa rendah. Rakyat tiada membeli sesuatu barangan dan perkhidmatan yang termasuk cukai. Cukai ditentukan berdasarkan keadaan semasa iaitu keadaan keuntungan kasar atau keuntungan bersih peniaga.

2) Cara kedua = Keterangan seperti yang pertama di atas, yang berbeza ialah bayaran sewaan hanya berkaitan modal yang dipinjamkan sahaja.

3) Cara ketiga= Keterangan seperti yang pertama di atas, yang berbeza ialah bayaran sewaan hanya berkaitan sewaan rumah kedai sahaja.

4) Cara keempat = Bekerja sebagai pengurus atau pembantu kedai atau apa-apa jawatan lain yang sesuai dan berkelayakan di syarikat atau kedai milik kerajaan. Syarikat atau kedai ini serta dagangannya atau harta di dalamnya ialah milik penuh kerajaan. Tidak boleh disewakan perkhidmatan atau harta dagangannya kepada pihak swasta atau persendirian. Pengurus dan penjawat jawatan lain yang bekerja di sini di berikan opsyen pencen secara automatic.

5) Cara kelima = Banggunan serta peralatan di dalamnya milik penuh kerajaan tetapi sesiapa di kalangan melayu Islam Malaysia yang ingin berniaga , boleh menyewanya dengan syarat-syarat yang adil dan jelas difahami serta mudah. Boleh pindah milik penyewaan dengan kebenaran daripada kerajaan.

6) Cara keenam = Banggunan serta peralatan di dalamnya milik penuh kerajaan yang boleh disewa tetapi harta dagangan harus dibeli (secara tunai atau hutang tanpa riba) oleh sesiapa yang berminat untuk berniaga. Boleh pindah milik penyewaan dengan kebenaran daripada kerajaan.

7) Cara ketujuh = Banggunan serta peralatan, harta dan dagangannya milik penuh kerajaan tetapi kos untuk memilikinya termasuk sumber kewangan orang persendirian(tentu orang melayu ISLAM Malaysia) dan/ atau sesebuah syarikat yang dimiliki secara penuh oleh orang melayu ISLAM MALAYSIA). Mungkin juga hanya hal tertentu sahaja yang termasuk sumber kewangan bukan kerajaan. Maksudnya, bukan kesemua dan mungkin kesemuanya. Dalam kedua-dua keadaan ini, penyumbang sumber berhak mendapat keuntungan termasuk sumbangan bantuan kewangan untuk kos-kos berkaitan untuk tempoh dan keadaan tertentu yang disepakati dan adil mengikut konsep dan system perniagaan ISLAM TULIN (yang tidak diresapi oleh DESTROY WITH….). Dalam kedua-dua keadaan, kerajaan mestilah menyumbang juga kewangan untuk kos, modal, peralatan dan lain-lain yang berkaitan . Tambahan pula kerajaan tetap mempunyai hak pemilikan penuh. Dalam ertikata yang lain, Banggunan, peralatan dan harta dan dagangan itu sebenarnya tidak diswastakan. Hanya kelihatan seolah-olah beroperasi secara penswastaan yang bergabung dengan kerajaan.

8)Cara kelapan = Banggunan , peralatan, harta , dagangan dan perkhidmatan yang diswastakan sepenuhnya tetapi tidak kekal. Penswastaan ini terjadi kerana kerajaan tidak dapat mewujudkan perkhidmatan dan pusat seperti itu kerana tiada atau sangat kekurangan wang tetapi akan diambil semula oleh kerajaan sepenuhnya (penswastaan dibatalkan/ditamatkan) apabila kerajaan telah ada kekuatan kewangan yang memadai atau lebih dari mencukupi. Pengambilan ini mungkin akan menggunakan seperti teknik ketujuh di atas sebelum pengambilan dan pemilikan semula secara sempurna, 100% berlaku.

SEBUAH AKTA YANG DINAMAKAN AKTA ZON KEBAL hendaklah digubal tanpa mengabaikan ISLAM sebagai panduan pembinaan akta zon kebal. Dalam akta ini terdapat kenyataan yang melarang orang melayu ISLAM dalam zon kebal menjual atau memindah-pemilikan kepada orang bukan melayu atau kepada orang bukan ISLAM DAN terdapat kenyataan yang melarang orang bukan melayu dan orang bukan ISLAM masuk berniaga atau melibatkan diri dalam perniagaan dalam zon kebal tetapi mereka ini boleh masuk untuk tujuan membeli di situ (zon kebal).

WALAUBAGAIMANAPUN , TIADA YANG DAPAT MENANDINGI KAEDAH MISI PENJANA GENERASI 3 MEGA, KAEDAH YANG MENJADI RAJA PEMBUNUH KEMISKINAN. ANDAIKATA MISI INI DIJALANKAN, MALAYSIA AKAN MENDAPAT GELARAN KHAS IAITU “NEGARA JUTAWAN” TETAPI AWAS KERANA PENJENAYAH DI SELURUH DUNIA AKAN MENJADIKAN MALAYSIA SEBAGAI ZON SASARAN NOMBOR SATU MEREKA!!!! 

Zon Kebal ialah zon ekonomi khas orang melayu Islam Malaysia yang tidak boleh dicerobohi termasuk “pencerobohan hak” di zon itu yang mengandungi satu atau sehingga lapan jenis  kaedah perniagaan atau lebih daripada lapan jenis (seperti yang dinyatakan di atas) dan dilindungi oleh AKTA ZON KEBAL.

>>Edit pada 17 September 2013<< = >> Yang menarik, penyewa di zon kebal tidak akan dikenakan tindakan undang-undang kerana tidak habis bayar pinjaman ketika telah diberi notis pelucutan hak penyewaan. Walaubagaimanapun nama penyewa tersebut telah disenarai-hitamkan iaitu tidak dibenarkan menyewa semula melainkan jika ada bukti kemampuan bayar balik yang menyakinkan atau dengan ada penjamin yang dipercayai oleh pihak kerajaan atau oleh pemilik kedai atau syarikat tersebut. Sesebuah kedai atau banggunan yang telah habis dibayari lalu boleh menjadi hakmilik penuh seseorang, pemilik itu boleh menyewakan atau menjual terus kepada pihak lain (tentu orang melayu Islam Malaysia sahaja) tetapi sekiranya belum habis dibayari, tidak boleh dijual tetapi boleh disewakan (bayaran sewaan itu harus diberikan kepada kerajaan yang memiliki banggunan itu, tidak boleh diambil oleh penyewa asal atau oleh orang yang memindah hak penyewaan itu . Penyewaan itu berlangsung sehingga jumlah keseluruhan sewa sejak awal hingga akhir bersamaan dengan harga banggunan (termasuk harga peralatan dan lain-lain jika berkaitan) supaya sewa-beli yang terakhir ini membolehkan pemilikan penuh untuk pihak yang memindahkan hak penyewaan tersebut. Penjamin yang tidak menjalankan tanggungjawab menjamin bila orang yang dijamin telah diberikan notis pembatalan penyewaan sewa-beli akan dikenakan salah-satu dari 3 tindakan ini:

1= Dikenakan tindakan hukuman yang bersesuaian mengikut akta zon kebal atau:

2= Disenarai-hitamkan iaitu tidak boleh jadi penjamin lagi dan juga tidak berpeluang untuk memohon hak berniaga di kedai/banggunan di zon kebal atau:

3=tindakan 1 dan 2 di atas dikenakan serentak kepadanya <<.

<<170913>>=<< Selain menggunakan pengedar dan kenderaan pengedar milik sendiri atau milik rakan kongsi atau lainnya, ahli perniagaan melayu Islam Malaysia boleh juga menggunakan secara percuma kenderaan khas zon kebal yang dinamakan  “ZORO ZON KEBAL” (NAMA INI CADANGAN SAHAJA). Anda ingat filem Zoro.??? Sebab itulah dinamakan demikian. Zoro zon kebal ini mungkin juga dalam bentuk helicopter, memasarkan barangan para peniaga di zon kebal, malah turut membantu pemasaran dan pengedaran barangan peniaga melayu Malaysia yang tidak berada dalam zon kebal. Pusat Zoro iaitu tempat pemasaran itu berfungsi untuk cuba memasarkan barangan yang dihantar oleh zoro zon kebal. Pusat Zoro ini mungkin ada juga dalam zon kebal. Tidak hanya di luar zon kebal. Semua kenderaan zoro dan yang berkhidmat sebagai zoro dan yang bekerja di pusat zoro adalah  staf kerajaan. Bermakna pusat zoro itu ialah milik penuh kerajaan. Tiada pembayaran seperti yuran tahunan atau bulanan untuk membolehkan perkhidmatan Zoro dan pusat zoro diberikan. Semuanya percuma tetapi jika ada peniaga yang ingin memberikan bayaran, maka tiada dihalangi oleh kerajaan, malah pembayaran itu akan memberikan keutamaan perhatian dan bantuan kerajaan kepada ahli perniagaan yang membayar itu<<

AMARAN: APA-APA ISI ARTIKEL DI ATAS YANG MENYALAHI KONSEP DAN AJARAN ISLAM YANG TULIN (JIKA ADA) , HENDAKLAH DIABAIKAN. RUJUK ULAMAK-ULAMAK DI PERSIMPANGAN KUTUB.

Persatuan ini harus cuba untuk memperbanyakkan jenis perniagaan agar lebih banyak produk dan perkhidmatan yang lebih diyakini halal wujud?

Persatuan ini harus cuba untuk memperbanyakkan jenis perniagaan agar lebih banyak produk dan perkhidmatan yang lebih diyakini halal wujud?

Menara ini bukanlah bukti bahawa bangsa melayu Islam Malaysia telah berubah menjadi RAMA-RAMA golongan peniaga YANG BESAR DAN CANTIK!!!!

Menara ini bukanlah bukti bahawa bangsa melayu Islam Malaysia telah berubah menjadi RAMA-RAMA golongan peniaga YANG BESAR DAN CANTIK!!!!

SHAMELIN is....????!!

SHAMELIN is….????!!

ARTIKEL INI DARI PERINTIS MINDA

ARTIKEL INI DARI PERINTIS MINDA. sekian.Terimakasih

now saving my draft saving please help me saving please………saving…………………………..