Teori 2+

Sebuah batu besar berpisah dari satu bola yang besar. Batu itu terapung-apung beberapa jam. Ia kemudian bergerak masuk ke zon gravity. Satu bola lain menariknya. Tarikan itu sangat kuat, menyebabkan ia terhempas kuat. Di satu lembah banjaran, sepi dan malam. Tiba-tiba keluar darinya bermacam rupa dan bentuk. Memanjang keluar dari batu itu. Ada yang berlari. Ada juga yang melompat. Yang memanjang, mencari persamaan. Itu kecenderungannya yang kuat. Hampa. Ia cuba menyentuh perbezaan. Yang berbeza menerima. Berlaku penyatuan. Setelah demikian, keluar dari penyatuan itu, benda yang berterbangan. Angin membawanya ke sana-sini. Kelembapan. Keluar dari lapisan dan meninggi. Yang berlari mencari kesesuaian. Hairan tentang sekitarnya. Jika bertemu perbezaan, ia cenderung untuk mengetahui. Jika bertemu persamaan, ia cenderung untuk penyatuan. Yang melompat, terjun. Ketika renangannya, memerhati. Ia bertemu persamaan yang tidak menyeluruh. Tetapi tiada penyatuan. Ia lebih gemar perbezaan. Keluar dari satu lubang di dasar. Perbezaan semata-mata. Ia mengejarnya. Berlaku penyatuan. Dari dua objek yang menyatu, ada yang dapat melompat dan berlari. Ia cenderung kepada kumpulannya. Membentuk ketetapan kumpulan, umpama kebiasaan. Ia sangat peka. Banyak yang diketahui. Menghasilkan kemajuan. Kumpulan yang menjadi contoh. Kumpulan lain mempelajarinya. Kemudian ditanyai dari mana asalnya. Yang asal itu bagaimana bermula?

Dijawabnya, apa yang aku ketahui, moyangku berasal dari planet musytari. Sebahagian kecil zarah musytari telah berpisah dan jatuh ke bumi, ditarik oleh daya gravity bumi. Kemudian moyangku telah keluar dari lubang seni lagi halus batu , kepingan musytari. Moyangku itu jantan dan telah berenang di satu sungai bawah Tanah, dekat satu lembah yang subur. Ia telah merogol satu spesies bumi. Dan lahirlah spesies kacukan musytari-bumi seperti kamu semua dan aku. Tetapi aku tidak tahu siapa yang melahirkan moyangku. Tumbuhan musytari yang bergerak menjalar pula telah mengawan dengan tumbuhan bumi. Pokok yang terhasil dari kacukan ini, dapat menjalar dibawah lapisan dasar lautan dan menembus ke kutub yang satu lagi! Hebat!!

Namun manusia, ada jawapannya. Nabi Adam ialah manusia pertama dicipta oleh Allah s.w.t. Siti Hawa yang kedua. Demikian juga, mahkluk lain seperti binatang dan tumbuhan. ada yang pertama dicipta oleh Allah s.w.t.

Sudah menjadi kelaziman, mahkluk lebih cenderung kepada yang sama dengannya. Yang itulah yang ia lebih kerap bersamanya. Membentuk kebudayaan kumpulannya. Walaubagaimanapun, perbezaan kumpulan lain ada masanya menarik perhatian, maka terjadilah perkenalan, perkongsian ilmu, teknologi, peralatan yang mungkin juga menghasilkan kebudayaan yang terbentuk daripada beberapa kebudayaan, menghasilkan bangsa dan spesis kacukan.

Dan bangsa kacukan itu, bila mengawan dengan bangsa kacukan lain, maka lahirlah keunikan, keistimewaan yang pelbagai. Mungkin.

Planet yang mula-mula Tuhan jadikan? Alam akhirat lebih dahulu ada sebelum alam nyata?

Syurga yang mula-mula Tuhan jadikan? Neraka?

Malaikat pertama yang dicipta oleh Allah? Siapa? Malaikat Jibrail? Izrailkah?

Jin yang mula-mula Allah jadikan ialah AZAZIL, iaitu raja syaitan? Siapa jin betina yang pertama Allah jadikan? Ada hadis yang mengatakan jin itu ada betina dan ada juga jantan. Jin juga bersenggama, buat hubungan seks. Maka, lahirlah anak jin.

Tamadun silam, selalu bermula dari tepi sungai dan laut. Manusia cenderung mandi, bersih, Wangi, sejuk. Semua ini factor yang mendorong kesihatan. Kesihatan yang mendorong bergerak akal fikiran. Maka, bila demikian, manusia dapat berfikir dengan tenang dan bijaksana, maka, cenderung membuat ujikaji. Maka, lahirlah pelbagai teori dan peralatan. Kemudian terus berkembang tamadun.

Namun teori 2+ tidak benar semuanya. Kenapa?

Kerana Bintang Iringan tiada ayah. Nabi Isa tidak mempunyai bapa tetapi ibu beliau dapat hamil juga. Justeru, dalam kes nabi Isa, jadi 1+, bukan 2+!!

Bukankah Pakistan dan Bangladesh, penduduknya berasal dari India? Apabila india muslim tidak sesuai duduk dengan india kafir, mereka berpindah , keluar dari India, mencari Tanah kosong, yang tidak bertuan? Tanah yang dijumpai dinamakan sebagai Pakistan dan Bangladesh?

Barangkali Jepun, Korea, Taiwan…., penduduknya berasal dari CHINA?

Dari suku-suku, membentuk bangsa. Suku-suku itu ada persamaan dan perbezaan. Suku jawa, suku banjar, suku mandailing…. Tentu ada pemula. Orang yang mula-mula menjadi kacukan, yang jadi kelahiran pertama sukunya. Atau ada lebih daripada seorang yang jadi pemula, mempunyai tarikh dan masa kelahiran yang sama?

Bila nabi Adam bersatu dengan Hawa, lahirlah kembar. Setiap kembar itu mungkin sama warna kulit, jenis rambut…… tapi mungkin tak sama? Namun, yang pasti, tentu ada anak Adam dan Hawa yang jadi orang pertama yang mempunyai ciri/sifat atau warna kulit melayu, cina, india dan lain-lain. Kemudian anak-anak yang lahir ini lebih cenderung untuk bersama yang sama warna kulit dan jenis rambut dan lain-lain. Kemudian mereka cenderung untuk berpisah daripada kumpulan yang tidak sama sifat dan warna kulit. Maka, berpindah-randah. Bila enggan berpindah lagi , ketika menemui Tanah kosong yang mereka menyukainya, maka dinamakan Tanah itu menjadi Negara.

Kisah parameswara dengan pohon Melaka. Menjadi pemula apa?

Hi everybody!, Am I the first alien created by God? Do not ask Charles Darwin. Because his answer can make your brain be tilt!!

Hi everybody!, Am I the first alien created by God? Do not ask Charles Darwin. Because his answer can make your brain be tilt!!

 

 

 

 

Menggali Rahsia Kelemahan By Sinaran Iffah

Apabila Allah azzawajalla hendak menjadikan atau mencipta sesuatu , Allah hanya berfirman; “Jadilah!”. Maka terjadilah sesuatu itu.

Justeru, apa yang kita cipta juga sebenarnya apa yang Allah perintahkan demikian (sebenarnya Allah yang cipta). Justeru hapuskan sifat suka bermegah-megah dan berbangga-bangga kerana semua itu hanya  menyebabkan kerosakan kerohanian seperti rosak akal, rosak jiwa.

Ramai manusia yang sering tidak sampai cahaya akalnya menyedari atau meyakini sesuatu itu dapat musnah dengan jalan yang tidak disangkai atau pada tahap dan waktu demikian.

Dapatkah tali pinggang yang dipakai dalam kereta itu merosakkan kita jika kita memakainya? Kebanyakan orang , mungkin menganggap tali pinggang dan tali badan serta bahu itu sudah jadi amalan untuk keselamatan di jalan-raya. Sebenarnya telah berlaku peristiwa tali pinggang menjerut perut sehingga berlaku pendarahan dalaman. Tentu ramai yang tidak terfikir begini? Hal ini ibu saya dapat berita daripada seorang wanita yang memberitahu ada keluarga beliau mengalami hal itu. Kejadian ini terjadi apabila pembrekan dan kemalangan jalan-raya terjadi.

Yang selalu terbayang dalam fikiran ramai ialah jika tubuh tercampak kuat , tercampak keluar dari kereta dalam sesuatu kemalangan jalan-raya, ialah tubuh akan luka parah tetapi kakak wanita yang beritahu ibu saya itu tidak luka dan tiada tanda kecederaan apa pun tetapi kakak wanita yang jadi sepupu nenek saya itu telah meninggal dunia di tempat kemalangan itu.

Apabila postur atau kedudukan tidak betul seperti postur baring, duduk, berjalan, mengangkat sesuatu, maka sendi mungkin rosak atau cacat atau sakit. Alangkah lemahnya manusia. Orang yang gagah seperti ahli bina badan pula, jika hanya satu uratnya putus atau dihinggapi kuman, maka jadilah pula dia orang yang sangat lemah.

Alangkah mudah manusia melupakan atau terlupa tentang tarikh mereka akan mati. Dunia ini selalu Berjaya menyebabkan mereka terlupa atau sengaja melupakan kematian yang selalu memburu nyawa mereka setiap hari!!!

1=ChangeThis

Peringatan Harian Yang Pertama = Pastikan ini telah mengunci, berfungsi atau sama ada perlu ditukar atau tidak

Second Daily Reminder = Make sure whether you have to change it to solid grill or better or repair or hit any nail.

Second Daily Reminder = Make sure whether you have to change it to solid grill or better or repair or hit any nail.

Third daily reminder =investigate It At Night Also. Switch on alarm clock to patrol in your house at night everyday!!!

Third daily reminder =investigate It At Night Also. Switch on alarm clock to patrol in your house at night everyday!!!

Apabila kamu sedang menikmati makanan dan minuman, sila ingat adakah itu ialah sarapan terakhir anda? Bahawa selepas itu anda akan mati? Adakah Tuhan beri hidangan lazat itu kerana cinta kepada anda atau Dia beri dengan murka kerana Anda orang yang selalu tidak bersyukur? Makna bersyukur bukanlah semata-mata ucapkan Alhamdulillah tetapi ialah orang yang mengucapkan Alhamdulillah dan berusaha mentaati segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya. Allah berfirman di dalam al-Quran bahawa “Kebanyakan manusia tidak bersyukur.”

Apabila kamu makan, tiba-tiba gigi kamu patah hanya kerana memakan keropok yang keras. INI PERNAH terjadi kepada saya. Siapa sangka keropok dapat mematahkan dan memecahkan gigi yang dirasakan kuat? Alangkah lemahnya manusia.

Air? Benda yang “lembik”. Jika disentuh air yang bersih itu tidak mungkin akan mencederakan anda? Pernah terjadi apabila terlalu lama mandi dengan air yang sejuk , sendi-sendi jari akan jadi kaku dan menyebabkan tapak tangan dan jari-jari menguncup sambil kesakitan yang amat sangat. Hal ini pernah terjadi berkali-kali kepada saya. Lagi sekali, alangkah lemahnya manusia. Air sejuk sahaja dapat mencacatkan tangannya!!!

Namun manusia terus berasa dirinya gagah terutama ahli bina badan dan ahli gusti? Sesungguhnya perasaan demikian akhirnya akan membinasakan jasad mereka juga disebabkan perkara yang mereka tidak terfikir dan tidak menyangkainya. Jadi, sematkan dalam ingatan mereka bahawa yang kuat itu hanyalah TUHAN.

Wanita yang terasa cantik sangat hingga kembang duburnya (akibat bangga), namun disebabkan perkara yang mereka tidak terfikir dan tidak menyangkainya, maka segera berubah menjadi hodoh padahal umur masih muda. Contohnya, hanya kerana selalu sedih, wajahnya yang cantik berangsur-angsur rosak kejelitaannya dan menjadi semakin hodoh. Hanya perasaan membinasakan kejelitaannya. Lagi sekali, alangkah mudah manusia itu rosak dan alangkah lemahnya manusia itu. Sesungguhnya di padang mahsyar nanti, Allah tidak berfirman: “Sesiapa yang ketika di dunia dia gagah dan cantik, sila masuk ke syurga”.

Orang yang kaya tiba-tiba jadi miskin . Saham jatuh. Kilang terbakar. Syarikat insuran tak dapat tunaikan janji sepenuhnya. Pekerja mogok. Ramai letak jawatan. Pekerja tak amanah. Rakan kongsi tak jujur. Rumah banglo, kereta Ferrari yang dibeli secara angsuran terpaksa ditarik oleh penarik kereta sebab dah miskin. Syarikat sudah bangkrap. Kerajaan pun tak ingin ambil-alih. Lagi sekali alangkah lemahnya manusia. Ibarat si Qarun dengan mahligainya ditelan bumi kerana derhaka kepada Allah s.w.t.

Walaupun anda berada dalam kedudukan dan keadaan yang anda anggap terkuat, terjamin tetapi bila Tuhan hendak menarik balik segala nikmatNya, Allah hanya berfirman: “Jadilah ……” , maka serta-merta anda jadi lemah dalam segala hal. Jadi hina dan diaibkan. Itu belum termasuk perasaan malu, hina dan rendah diri bila berada di alam akhirat seperti ketika di Padang mahsyar, segala kejahatannya didedahkan di hadapan segala manusia dari sejak zaman nabi Adam hingga hari kiamat, semua berkumpul di padang itu yang terletak di antara syurga dan neraka. Semua manusia itu mengetahui tentang dosa orang itu. OOOOOHHHHHH alangkah malunya!!! Yang dikerjakan ketika sembunyi ketika di dunia pun diketahui semua manusia itu. Dan manusia di padang mahsyar itu bertelanjang bulat, tiada pakaian.

Pernah ada berita melaporkan seorang dimasukkan ke hospital sebab tidak dapat menghentikan ketawanya. Ketawa pun dapat membunuh manusia?

Ada orang minum lalu tiba-tiba jatuh dan disahkan mati. Ada ramai  yang dikatakan tidur tetapi sebenarnya mereka telah mati. Nenek saya mati ketika tidur. Ada pernah dilaporkan oleh berita bahawa ada seorang mati ketika sedang melakukan persetubuhan, seks.

Nabi Sulaiman kelihatan lama berdiri dengan tongkatnya, Tiada jin dan manusia yang jadi rakyatnya menyedari bahawa baginda telah pun mati tetapi masih dalam keadaan berdiri sehingga anai-anai yang memakan tongkat baginda menyebabkan tongkat itu tidak lagi dapat menahan tubuh baginda yang berdiri lalu baginda jatuh . Terperanjatlah segala rakyat jelata baginda.

Alangkah takutnya kita. Entah bila kita mati? Mungkin anda mati ketika sedang membaca blog dan halaman yang saya taip ini?

Mungkin saya mati ketika sedang menaip ini?

Sesungguhnya berbahagialah orang yang telah cukup bersedia untuk mati dengan memperbanyakkan istighfar, taubat, zikir, amalan sunat, ……..???

Sebenarnya belum tentu lagi kerana nabi Muhammad pernah bersabda terdapat manusia yang amalannya sangat baik sehingga syurga itu sangat hampir kepadanya tetapi bila dia mati, tempatnya di neraka. Hal inilah yang orang-orang sufi selalu ingat dan bimbang tentang hadis ini!!!

Tubuh kita Allah pinjamkan dan Dia akan ambil balik.