Masuk Syurga Bukan Kerana Amalan Tetapi Kerana……? By Sinaran Iffah

Zikir asmaulhusna sekarang?? Istighfar dan syahadat serta salawat

Zikir asmaulhusna sekarang?? Istighfar dan syahadat serta salawat. This article in Sinaran Iffah category.

Ada yang mengatakan bahawa seseorang itu masuk syurga bukan kerana amalan tetapi kerana……………..? Kerana apa? Saya beri anda tempoh 11 saat untuk memberikan jawapan anda=

SATU SAAT

DUA SAAT

TIGA SAAT

EMPAT SAAT

LIMA SAAT

ENAM SAAT

TUJUH SAAT

LAPAN SAAT

SEMBILAN SAAT

SEPULUH SAAT

SEBELAS SAAT

jawapan soalan ini ialah:

RAHMAT DARIPADA ALLAH S.W.T!!!

Kalau masuk syurga kerana amalan, kenapa ada orang yang banyak amalannya sehingga syurga itu sangat hampir kepadanya tetapi bila dekat nak mati, dia buat perkara haram yang menyebabkan dia akhirnya mati dalam keadaan menderhaka kepada Allah, tidak bertaubat, tidak berkesempatan bertaubat, disiksa dalam kubur dan masuk ke neraka??

Malah saya pernah membaca sebuah kitab mengenai sejarah hidup wali-wali Allah. Ada seorang wali Allah itu semasa dia hidup di dunia lagi telah tahu nasib dia di akhirat. Nasib dia di akhirat itu ialah wali Allah itu akan masuk ke NERAKA!!! Bila ada seorang bersedih mendengar berita itu dan bertanya kenapa begitu nasib wali Allah itu, wali Allah itu kata jangan mempersoalkan perkara yang Allah kehendaki ditakdirkan kepada beliau itu.

Ada orang berfahaman kalau sudah ditakdirkan mati masuk syurga, buat jahat macam manapun, akhirnya masuk syurga juga dan kalau sudah ditakdirkan mati masuk neraka, buat baik macammanapun, akhirnya mati masuk ke neraka juga??

Hal fahaman ini adalah haram dipercayai. Ini ialah ajaran sesat!!!

Masuk syurga kerana rahmat daripada Allah, memang benar. Allah beri rahmat kepada sesiapa yang dia kehendaki sahaja. Tiada Allah dapat dipaksa untuk beri rahmat kepada sesiapa. Allah mengasihi orang yang suci hati, yang taat. Allah beri rahmat kepada orang yang ingin dia sucikan hati dan orang yang memang telah suci hati. Tetapi tiada jaminan hati yang suci itu terus mendapat rahmat daripada Allah kerana kemungkinan hati itu berjaya dikotori oleh syaitan, musuh,…… Justeru, manusia tetap perlu berusaha menyucikan hati dengan mentaati perintah Allah dan meninggalkan segala larangan ALLAH.

Justeru, rahmat dan ketaatan kepada ALLAH mempunyai perkaitan yang kuat dan rapat. Orang yang taat belum tentu mendapat rahmat sebab amalannya mungkin ada kecacatan sehingga menyebabkan tidak dapat pahala atau hati tetap tidak bertambah suci. Orang yang mendapat rahmat pula mungkin rahmat itu tentang hal semasa di dunia , bukan rahmat yang di akhirat. Yang dikehendaki ialah mendapat rahmat di dunia dan di akhirat atau terus-menerus dan berpanjangan mendapat rahmat daripada Allah.

Orang yang rajin ibadat dan selalu dapat pahala dan suci hati belum tentu ISTIQAMAH. Untuk mendapat rahmat yang lebih berpanjangan, perlu ada istiqamah. Orang yang mencapai taraf wali Allah yang terjamin masuk syurga ialah kerana kebiasaannya orang yang demikian tetap wujud ISTIQAMAHnya dalam kebaikan dan ketaatan dan kesucian hati atau kalbu rohnya.

Allah menjadikan sebab , akibat, musabab, natijah, kesan, hasil,…………… Setiap hal saling kait-mengait. Namun ada hal-hal unik, yang merupakan perkaitan yang luarbiasa atau tidak ada kaitan tetapi terjadi juga (seperti akal tidak dapat memikirkan hal itu secara logic atau ilmiah atau saintifik atau tidak ada alat dan kaedah eksperimen dapat dibuat untuk membuktikannya tetapi hal itu wujud juga dan terjadi juga)

Berterusan mendapat rahmat, pahala, kesucian hati, berubah takdir, berubah nasib, berubah hati atau kalbu, sangat berkaitan dengan hokum-hakam dan peraturan sebab-akibat termasuklah takdir dan nasib luarbiasa, yang dapat terjadi di luar logic akal manusia.

Ada kitab yang menceritakan tentang rahsia panjang umur. Kitab ini menerangkan tentang dua maksud :

MAKSUD YANG PERTAMA ialah panjang umur yang benar-benar panjang umur atau jadi bertambah panjang umur dia , lebih panjang dari catatan asal di LOH MAHFUZ setelah dia melakukan amalan-amalan tertentu yang mengakibatkan umurnya jadi lebih panjang.

MAKSUD YANG KEDUA ialah  seseorang itu melakukan amalan yang pahalanya bersamaan dengan pahala yang dapat dilakukan oleh orang yang panjang umurnya.

Jika Allah mahu beri rahmat, rahmat tersebut ialah mungkin dia dapat panjang umur atau lebih panjang umur dengan maksud yang pertama atau mungkin dengan maksud yang kedua. Justeru, rahmat ada kaitan juga dengan usaha dan tawakal.

MANUSIA TIDAK TAHU APA KESUDAHAN NASIBNYA (KECUALI ORANG-ORANG TERTENTU SEPERTI SAHABAT-SAHABAT NABI MUHAMMAD YANG TELAH DIJAMIN OLEH ALLAH BAHAWA MEREKA AKAN BERJAYA MASUK KE SYURGA) , yang wajib ialah terus berusaha. Mendapat rahmat atau tidak, itu ialah urusan dan kehendak Allah. Kita tidak boleh dan tidak dapat memaksa TUHAN memberikan rahmatNYA kepada kita. Jika Allah tidak ingin beri Rahmat, ITU BUKAN dosa Allah ta’ala.  TIDAK TIMBUL PERNYATAAN BAHAWA ALLAH BUAT DOSA ATAU ALLAH BUAT PAHALA ATAU ALLAH DAPAT DOSA ATAU ALLAH DAPAT PAHALA. NAMUN , YANG PASTI IALAH ALLAH ITU ADIL , MAHA ADIL DAN KASIH-SAYANG. JIKA ALLAH MEMBUAT PERATURAN DAN HUKUMAN, ITU KERANA ALLAH ITU MAHA MENGETAHUI DAN MAHA ADIL, SUPAYA KEADILAN TERTEGAK KERANA ALLAH ITU MAHA PENYAYANG!!! BUKAN KERANA ALLAH ITU SAMSENG ATAU PANAS-BARAN ATAU MENGAMUK!!! MUSTAHIL ALLAH MENYERUPAI SIFAT MAKHLUKNYA!!!

Lingua-Franca Yang Dikehendaki > Jeritan Seantero Dunia

AkuBeruangPemalas.TapiAkuTakWajibSolat.KauWahaiManusia,MalasSolat???

AkuBeruangPemalas.TapiAkuTakWajibSolat.KauWahaiManusia,MalasSolat???

Kebanyakan perkataan yang dicipta oleh manusia, tidak kerap digunakan, malah banyak yang tidak mustahil tidak pernah digunakan oleh manusia di seluruh alam.

Justeru, buku tebal, menyiksa bahu pelajar yang bawa beg berat kerana buku-buku yang besar dan tebal tetapi jumlah ilmu yang ingin digunakan sebenarnya sedikit. Bahasa yang kerap digunakan ada pembayang atau dapat mendorong ingatan yang tidak baik pula seperti membayangkan seks??

Sinonim pula banyak. Maka perkataan berlawanan maksudnya juga jadi banyak? Kegilaan mencipta bahasa, jarang diperkatakan. Istilah yang jarang digunakan , digunakan dalam pembelajaran sahaja oleh pelajar dalam bidang yang berkaitan dengan istilah tersebut?? Malahan, bila mereka telah ada ijazah atau diploma, banyak daripada istilah itu tidak digunakan???

Manusia lebih cenderung untuk menyebut perkataan yang lebih mudah disebut, lebih pendek dan lebih sedap didengari. Sesetengah perkataan dianggap tidak sopan jika disebut padahal perkataan itu tidak mempunyai makna yang tidak baik. Contohnya, perkataan “engkau” atau “kau”.  Operasi memperkenalkan bahasa baku melayu Malaysia telah gagal mencapai matlamat. Melayu Malaysia lebih cenderung sebut “saye” daripada “saya” sebab sudah jadi kebiasaan dan lebih mudah disebut.

Kalau hendak membina kemudahan bahasa antarabangsa, lagi banyak perkara perlu difikirkan. English yang jadi bahasa antarabangsa , banyak dianggap sukar dipelajari . Mungkin kerana english banyak sinonim, banyak perkataan seerti. English juga mempunyai banyak pembayang yang merbahaya.

Konsep mengkaji semula bahasa antarabangsa dan bahasa tempatan yang dicipta untuk memberi lebih kesenangan berbahasa dirasakan menarik untuk diperkatakan. Bagaimana?

Bateri kereta anda ,kena beli baru segera?

Bateri kereta anda ,kena beli baru segera?

Pertama, Hapuskan perkataan yang lebih panjang dan lebih sukar disebut dan lebih tak sedap didengari. Kalau boleh ambil yang lebih lazim digunakan dalam percakapan harian, bukan yang lebih lazim digunakan dalam tulisan!!!

Kedua, Hapuskan perkataan yang kasar dan biadab dari KAMUS!!!

Ketiga,  Hapuskan dan pupuskan perkataan yang ada pembayang tidak baik dari KAMUS!!!

Keempat, saya cadangkan “pupuskan”  sinonim , yang ertinya 100 peratus sama maksud.

Kelima, saya cadangkan agar perkataan yang dipilih untuk dikekalkan di dalam kamus itu lebih mudah diingati dan lebih mudah difahami segera.

Keenam, Buang dan pupuskan perkataan yang sebenarnya boleh diabaikan. Hapuskannya dari kamus!!! Perkataan ini membuat lebihan stok dan menyebabkan “STOR BAHASA” sempit dan tak selesa.

Ketujuh, mempopularkan bahasa itu, mengajar manusia pelbagai bangsa agar senang hati menggunakannya juga supaya wujud bahasa Lingua-franca yang jadi bahasa antarabangsa yang utama yang mudah, yang senang dipelajari, senang diingati, senang disebut, senang difahami, mudah untuk melazimkan penggunaannya dalam bahasa perbualan harian dan tugasan resmi dan dalam bidang pekerjaan yang memerlukan istilah sains dan sebagainya.

Justeru, kamus bahasa yang terhasil daripada penyelidikan-penyelidikan seperti di atas haruslah diterbitkan, digunakan di universiti, di rumah, di tempat kerja dan lain- lain. Di peringkat antarabangsa juga.

Bermakna, perkataan yang tiada dalam kamus itu ialah perkataan dan istilah yang dimusnahkan, dibatalkan penggunaannya, dibatalkan kewujudannya!!!

Sistem dan konsep tatabahasa bahasa yang terhasil dari penyelidikan yang luarbiasa ini juga mungkin perlu dikaji semula, diubahsuai, dipermudahkan, dibatalkan yang mana perlu,…………

Kunci almari, pintu rumah dan jendela yang perlu dimangga.

Kunci almari, pintu rumah dan jendela yang perlu dimangga.

Awas Ada kegiatan Mematikan mesin Atm tiba-tiba supaya kad Atm anda ditelan dan wang yang telah diprogramkan agar keluar tidak dapat keluar

Awas Ada kegiatan Mematikan mesin Atm tiba-tiba supaya kad Atm anda ditelan dan wang yang telah diprogramkan agar keluar tidak dapat keluar

kadsim anda perlu reload sekarang?

kadsim anda perlu reload sekarang?

Untuk mencipta bahasa antarabangsa dari penyelidikan yang khas ini ( saya namakan sebagai Penyelidikan Lingua-Franca Impak Pembatalan Kamus/PLIPK), ANTARA perkara yang perlu diamati dengan mendalam ialah:

1= Perkataan itu tidak mempunyai makna dan maksud yang tidak baik dalam bahasa lain. Contohnya, jika benar perkataan butuh dalam indonesia itu bermakna perlu tetapi dalam bahasa Malaysia bermakna buah zakar, maka perkataan Lingua-Franca yang dicadangkan, tidak akan ada perkataan butuh (mungkin perkataan ini ialah bahasa ciptaan remaja melayu Malaysia yang suka berperangai gila-gila, bohjan dan bohsia? Tiada dalam kamus DEWAN terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka yang bertanggungjawab mencipta Bahasa Melayu Malaysia???).

2= Tidak ada unsur pembayangan yang tidak baik. Contoh perkataan yang dicadangkan  dijadikan bahasa Lingua-Franca yang terhasil dari PLIPK ialah yang mempunyai makna yang dapat digunakan dalam keadaan yang sama sahaja, tiada yang mempunyai lebih daripada satu makna atau tidak mempunyai lebih dari satu maksud. Memang wujud perkataan yang ada pelbagai makna dan maksud, yang tiap-tiap makna itu hanya sesuai digunakan untuk keadaan tertentu sahaja.

Papan tanda nama jalan, banggunan, Papan tanda nama tempat dan lain-lain juga harus digantikan perkataan yang tercetak padanya jika perkataan itu telah termasuk dalam kategori perkataan yang dibatalkan kewujudan dan kegunaannya.

Adakah Anda Seorang Pemalas? Apa yang dibeli dengan wang yang diperolehi dengan cara haram, maka belian itu haram digunakan juga. Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri!!!

Adakah Anda Seorang Pemalas? Apa yang dibeli dengan wang yang diperolehi dengan cara haram, maka belian itu haram digunakan juga. Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri!!!

Press down More To see menu again

Now, please saving my draft, wordpress. Now, …..