“SeNtUhAn YaNg MeNgGeTaRkAn JiWa in THE MIND OF KILL ROOT PROBLEM!!!”

“DPK 51%:=”

Halaman yang anda sedang lihat ialah juga isi  The Mind Of Kill Root Problem yang menjadi hujung The Theory Of Di Persimpangan Kutub.

Kiriman ini juga menjadi kandungan Frasa Yang Manisnya Manisan. Kandungan ini dinamakan sebagai SENTUHAN YANG MENGGETARKAN JIWA:-

Pada satu hari, saya melayari Internet dan tertarik hati dengan satu laman web yang menyenaraikan 73 golongan dalam Islam. Katanya hanya satu daripada 73 itu yang tidak sesat iaitu Sunnah Wal Jamaah. Untuk keterangan lanjut, klik pautan ini:

http://pasukanpanjihitamtheblackbanner.blogspot.com/2015/02/islam-akan-terpecah-menjadi-73-golongan.html

Sentuhan Yang Menggetarkan Jiwa ingin menyelesaikan persoalan Yaqubiyyah & Katsiyah/Itsna `Asyariyah [Imam dua belas] yang dianggap sebagai golongan sesat. Menurut catatan di web tersebut, golongan Yaqubiyyah menerima khilafat dari Abu Bakar r.a dan Umar r.a tetapi tidak menentang orang yang menolak para Khulafa ini. Katsiyah pula mempercayai bahawa Mahdi merupakan Imam Kedua belas di antara keturunan dari Ali ibnu Abi-Talib.

Gagasan DPK menganggap golongan sunnah wal jamaah dalam erti kata yang sebenar, sebenarnya tidak wujud, yang lebih tepat ialah golongan yang terhampir dengan sunnah wal jamaah atau disebutkan sebagai golongan bermazhab empat [Hanafi, Hambali, Syafie, Maliki]. Kerana sunnah ialah apa yang benar-benar daripada Nabi Muhammad dan nabi tidak pernah mengatakan bahawa Islam itu adalah dalam bentuk mazhab padahal Islam yang sebenar ialah al-Quran dan sunnah nabi yang tiada perbantahan dan perselisihan pendapat tentangnya. Yang ada hanyalah kesatuan fikiran dan hati yang meyakininya. Nabi tidak pernah bersabda bahawa pengganti selepas aku ialah Hanafi, Hambali, Syafie dan Maliki. Umat Islam sedunia atau majority umat Islam sedunia membuat bidaah dengan menjeniskan ISLAM itu kepada empat jenis atau mazhab padahal Islam yang sebenar itu hanyalah satu jenis sahaja iaitu apa yang Nabi Muhammad ajarkan dan ilmunya diwarisi oleh ulamak ahlil-bait yang disebutkan sebagai pengganti Nabi Muhammad sebagai khalifah atau imam seperti berikut:

“Pemimpin selepas aku dua belas imam. Yang pertama Ali, kemudian Hasan putera Ali, kemudian Husain saudara Hasan, kemudian Ali bin Husain yang diberi jolokan Zainal A`bidin, kemudian Muhammad bin Ali yang diberi jolokan Baqir al-Ilmi, kemudian Ja`far bin Muhammad yang diberi jolokan al-Shadiq, kemudian Musa bin Ja`far yang diberi jolokan al-Kazhim, kemudian Ali bin Musa yang diberi jolokan al-Ridha, kemudian Muhammad bin Ali yang diberi jolokan al-Taqi, kemudian Ali bin Muhammad yang diberi jolokan al-Naqi, kemudian Hasan bin Muhammad yang diberi jolokan al-`Asykari, kemudian Muhammad bin Hasan yang diberi jolokan AL-MAHDI, ia akan ghaib lama sekali sehingga orang untuk mengimaninya merasa berat, kemudian ia akan keluar untuk meratakan keadilan di bumi ini setelah ia penuh dengan kezaliman” [sumber: Yanabi` al-Mawaddah: 3: 212: bab 93 dan kitab lain].

“Setelah aku ada dua belas imam, semuanya dari Quraisy” [hadis dari sumber : riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lain]

Kalau pun benar majority umat Islam sedunia yang disebutkan sebagai golongan yang tidak sesat iaitu sunnah wal jamaah [bermazhab] percaya bahawa imam dua belas tidak wujud tetapi mereka menyetujui bahawa kutub al-sittah ialah sumber yang dipercayai . Hal kewujudan dua belas imam itu dinyatakan dalam kutub al-Sittah [riwayat Bukhari, Muslim….]. Maka, jawapan kepada root problem ini atau penyelesaiannya ialah IMAM DUA BELAS itu benar- benar wujud dan hadis berkaitan itu memang shahih. Tiada hadis atau petunjuk yang menyakinkan bahawa nabi mengatakan dua belas imam itu hanya kepercayaan karut. Fitnah yang mengatakan ini karut jika ada mungkin bukan hanya kerana kejahilan tetapi ia adalah satu daripada gerakan musuh Islam untuk memperdayakan atau menipu umat Islam.

Mengenai Yaqubbiyah itu pula, Gagasan DPK juga menerima perlantikan Khalifah Abu Bakar r.a & Umar r.a kerana dipersetujui oleh Ali atau pada sesetengah sumber menyebut yang bermaksud: Ali akhirnya bersetuju. Walaubagaimanapun Gagasan DPK menganggap bahawa sepatutnya Alilah yang dilantik menjadi khalifah sebab nabi telah menyebut dalam hadis ; “Pemimpin selepas Aku ialah dua belas Imam. Yang pertama Ali,…………”. Tiada bukti yang menang yang menunjukkan bahawa hadisnya ini palsu.

 

AAAAAAAAAAOOOOOOOOOUUUUUUUUUUUU!!!

Bukan suara majority jaminan tidak sesat

Bahkan golongan manusia terbanyak tenggelam dalam lautan kejahilan

Bukan adat dan kepercayaan termahsyur ikutan teramai jadi jaminan kebenaran

Lalu yang Teramai ramai yang jadi pemimpin dan ketua

Lalu mereka yang mencorakkan pendidikan

Hasil acuan pendidikan melahirkan generasi kejahilan

yang bernama ulamak, doctor, saintis, ……..

diberikan pula gelaran , pingat, pangkat dan kekuasaan

lalu mereka menggenggam dunia ini dengan kezaliman

maka cubalah cari lagi sinar petunjuk jalan yang lurus

semoga Tuhan merahmatimu

ingatlah pesananku

dari salakan yang menyeramkan bersaksi purnama penuh

dari gaung malam yang kedinginan

wolf also

MY BARK IS MEAN PLEASE STOP YOUR SEX WRESTLING, STOP YOUR SEX MADNESS!

MY BARK IS MEAN PLEASE STOP YOUR SEX WRESTLING, STOP YOUR SEX MADNESS!

DIAGRAM OF PENCETUS IN THE THEORY OF DI PERSIMPANGAN KUTUB

DIAGRAM OF PENCETUS IN THE THEORY OF DI PERSIMPANGAN KUTUB

Sejak blog Di Persimpangan Kutub ini wujud di alam internet, blog ini tidak pernah menyatakan dalil yang menunjukkan bahawa Imam dua belas termasuk Fatimah Az-zahraa sebagai sumber Islam Tulin YANG DIJAMIN OLEH ALLAH??

Kalau diteliti di al-Quran, memang tidak terdapat perkataan IMAM MAHDI & pernyataan bahawa imam dua belas termasuk Az-Zahraa ialah sumber Islam Tulin yang memahami ISLAM dengan 100% faham tetapi jika diteliti maksud tersirat al-Quran , terutama jika dikaitkan pula dengan hadis-hadis shahih, maka kita boleh meyakini bahawa sumber Islam Tulin itu memang wujud iaitu Nabi Muhammad, imam Dua Belas seperti yang dinyatakan dalam hadis di atas dan Fatimah az-Zahraa = Empat Belas orang ini , semuanya sumber Islam Tulin yang memahami ISLAM Tulin dengan lengkap dan sempurna. DARI SEGI DALIL AKAL YANG DAPAT DITERIMA PULA:

1= Kalau setiap orang yang dikatakan imam  atau ulama itu ada yang mereka tidak tahu tentang hukumnya dalam Islam atau apakah sebenarnya hal itu dalam ISLAM atau pengetahuannya tidak sampai 100%, bermakna mereka tidak layak menjadi Imam/pemimpin umat Islam/Khalifah/ulama. Maka, bila dikatakan mereka itu imam/ulama bermakna, dari segi tersiratnya, mereka itu memahami ISLAM tulin dengan sempurna 100%.

2= Nama-nama yang disebutkan oleh nabi sebagai ulamak ahlil-bait atau imam itu, yang termasuk nama Fatimah itu ialah maklumat yang nabi dapat melalui wahyu, bukan ditentukan oleh nabi Muhammad. Kalau daripada wahyu, bermakna daripada Tuhan. Kalau nama-nama ini tidak sempurna pengetahuan ISLAM tulinnya, Tuhan tidak akan menamakannya dalam wahyu tersebut. Mustahil Tuhan tersilap.

AM I eligible to be a Caliph? Did Yang Di Pertuan Agung & Sultan know ISLAM teaching by 100%? How about me? What about UMNO leaders? What about DAP? What about MCA & MIC? Are they and me eligible become leaders for Malaysian although we did not know Pure Islam Teaching by 100%?!! Please answer my question, baby??? Allah never said that PAS party leaders or UMNO ulema have Pure Islam Teaching knowledge by 100%!!!

AM I eligible to be a Caliph? Did Yang Di Pertuan Agung & Sultan know ISLAM teaching by 100%? How about me? What about UMNO leaders? What about DAP? What about MCA & MIC? Are they and me eligible become leaders for Malaysian although we did not know Pure Islam Teaching by 100%?!! Please answer my question, baby??? Allah never said that PAS party leaders or UMNO ulema have Pure Islam Teaching knowledge by 100%!!!

 

Kesimpulannya:

1= Golongan Sunnah Wal-Jamaah wujud pada zaman Nabi Muhammad hidup, kemudian zaman pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin dan selepas tamat zaman pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin, golongan sunnah ini mulai berkurangan dan boleh dianggap telah pupus. Golongan sunnah ini akan  wujud semula  pada zaman Imam Mahdi memerintah dan menguasai dunia ini . Zaman golongan ini menjadi kuasa terkuat dan terbesar di dunia. Musuh-musuh mereka takut menyerang mereka, malahan segan dan menghormati golongan sunnah wal-jamaah ini.

2= Contoh factor utama mengapa hal di atas terjadi ialah pendidikan yang bercampur benar dan salah, halal & haram, bidaah sesat dan sunnah yang melahirkan ulama, mufti, imam dan ustaz serta ustazah yang ada juga kejahilannya sebagai spesis ulama bermazhab empat mazhab padahal mazhab bukan bermakna sunnah.

3= Justeru, supaya kita tidak boleh dikatakan bermazhab dalam ertikata yang tepat, amalkan apa yang kita yakini sambil masih berazam atau berusaha mencari dalil & petunjuk yang menang dan root problem killer terutama mencari & mendapatkan ISLAM TULIN . Hal ke 3 ini diistilahkan sebagai:

“Root PROBLEM Killer Zaman Bermazhab

PERINGATAN:

Gagasan DPK tidak menyatakan bahawa golongan Yaqubbiyah dan Katsiyah itu adalah golongan ahlus-sunnah wal jamaah. Yaqubbiyah dikatakan percaya bahawa orang Islam yang melakukan dosa besar akan berada di neraka selama-lamanya. Gagasan DPK tidak mempercayai bahawa orang Islam yang berbuat dosa besar akan berada di neraka secara kekal.

Lihat juga Indicator for DPK Concept?…. yang juga merupakan kandungan Sentuhan Yang Menggetarkan jiwa, termasuklah ini:

NUR AQLI TRANSPARENCY

answer for Riddle Code 716:

First Riddle is mosquito

Second is money [in paper kind]

Third is your skin

 

Advertisements

Kasta Moden Yang Dibenarkan!!

Kasta dalam agama Hindu? Pada zaman dahulu kewujudan kasta dianggap menasabah. Kasta itu menggolongkan manusia. Ada yang dianggap taraf yang rendah, ada yang tinggi. Islam pula tidak mengkastakan manusia. Dalam Islam, semua manusia itu sama taraf tetapi yang membuat manusia itu rendah ialah kerana kekotoran hatinya, kejahilannya, kefasikannya.

Walaupun kasta telah dianggap kebodohan silam tetapi kasta moden pula wujud. Yang ini tidak berkaitan bangsa tertentu. Hal ini  dapat terjadi kepada semua bangsa! Ia adalah kebodohan zaman moden, yang masih terjadi atau masih berbaki , kewujudannya.

Kerusi kerani tidak boleh lebih tinggi, tak boleh lebih besar, tak boleh lebih selesa daripada golongan eksekutif atau pengarah. Apa salahnya jika kerani pun dapat kerusi seperti pengarah supaya dapat menyandarkan tengkuk, supaya selesa, dapat berehat lebih baik , supaya kerja dapat lebih cemerlang?  Kenderaan orang bawah tidak boleh diletak di tempat letak kenderaan yang khas untuk ketua jabatan walaupun ketua jabatan itu cuti. Orang pangkat rendah tidak boleh masuk ke tandas VIP. Kasihan orang bawahan yang terberak di koridor sebab terpaksa pergi tandas orang bawahan yang terletak jauh.  Bila diumumkan kenaikan gaji dan elaun , gaji dan elaun pangkat tertinggi dan lebih tinggi lebih banyak daripada pangkat lebih rendah. Apa salahnya jika kenaikan sama rata untuk semua pangkat? Akauntan Negara pun senang kira. Tak pening mengira.  Di dewan atau majlis syarahan, ceramah…. kerusi dan meja orang pangkat tertinggi, eksekutif telah disediakan khas, berada di hadapan. Apa salahnya jika letak di belakang atau mereka duduk bersama orang bawahan. Nabi Muhammad duduk dan baring dengan orang miskin padahal nabi Muhammad ialah makhluk yang paling Allah cinta dan nabi Muhammad ketika itu ialah pemerintah Negara Islam. Ketua Negara. Masih banyak lagi contoh kasta moden dalam jabatan….

Bagaimana pula kasta dalam keluarga? Bila hari raya, anak dan isteri kena minta maaf . Maafkan saya ayah, maafkan dinda , kanda. Bapa atau suami pula tidak pernah minta maaf kepada anak dan isteri. Sebab Al-Quran sudah menjamin dia itu maksum? Lebih tinggi taraf daripada nabi Muhammad? Padahal nabi Muhammad meminta ampun kepada Allah setiap hari. Nabi Muhammad juga pernah mengakui kesalahan arahan beliau kepada manusia. Juga ada sumber yang saya baca memberitahu bahawa nabi Muhammad ada melakukan kesilapan kepada seorang manusia dan nabi Muhammad meminta orang itu membalas .

Lihat buku perintah am atau pekeliling….. Pembayaran elaun yang tidak sama berdasarkan kasta pangkat…. pengiraan yang dapat memeningkan akauntan. Perkara yang bersen nilainya dalam bentuk ganjil. Kenapa tidak digenapkan sahaja supaya senang kira?

Guru sekolah masuk kelas, pelajar kena berdiri dan mengucapkan: “Asalamualaikum”. Kalaulah asalamualaikum itu dipaksakan, jadilah ibadat yang tidak ikhlas. Ini haram. Padahal nabi Muhammad melarang sahabat beliau berdiri untuk menghormati baginda. Tidak perlu menyiksa diri demikian. Bukan kecemasan. Jadilah orang yang waras akal fikirannya. Guru sekolah menengah ada kasta lebih tinggi daripada pelajarnya.

Kasta moden adalah satu bentuk penghinaan. Lambang keegoan, ketakburan, kemegahan. Menjadi bidaah sesat yang haram. Lebih gila, jika bahasa yang boleh dituturkan oleh golongan tertentu sahaja. Bahasa istana? Nabi Muhammad tidak pernah menyusahkan manusia dengan meminta manusia berkata: “Daulat Muhammad!  Sembah patik harap diampun!”. Semua ini mewujudkan kesombongan dan kemegahan seberat zarah atau lebih berat daripada zarah itu, punca masuk neraka.

Taat membuta tuli, masuk neraka. Taat kepada kebiasaan organisasi, masyarakat sedunia yang bodoh, gila dan kejam, punca masuk neraka. Tinggalkanlah kasta yang bodoh, gila dan zalim. Taat orang buta, tidak Nampak hakikat. Taat orang pekak [tuli], tidak sedar arahan itu sebenarnya zalim dan membuli.

Hamparan permaidani untuk laluan menteri. Kenapa laluan pun ada kasta? Kenapa perlu membazir wang rakyat beli permaidani? Menteri tak tahu berjalan di rumputkah? Mengapa ada pelbagai gelaran yang mewujudkan sifat bermegah-megah, bangga yang diharamkan dalam ISLAM? Datuk, Datin, Tan Sri, Puan Sri, A.M.N, pingat itu dan ini? Ini percikan kasta.  Selamatkan orang , dapat pingat hang tuah. Bukankah nabi Muhammad bersabda, bahawa tiada kelebihan kepada manusia melainkan orang yang lebih bertakwa? Kalau selamatkan orang untuk dapat pingat, bermakna tak ikhlas kerana Allah. Mengapa wujudkan factor tak ikhlas dengan wujudkan anugerah itu dan ini?

Nabi Muhammad tidak suka bermegah-megah. Tiada gelaran Tan Sri Nabi Muhammad A.M.N.

Terlalu banyak bidaah sesat haram dalam kehidupan hari ini.

Apabila pengurus meminta operator lebih cepat daripada mesin kilangnya, maka seperti merendahkan /mengkasta-rendahkan operatornya yang tiada hak untuk membantah. Bila manusia jadi hamba atau dipermesinkan.

IMAM MAHDI DAN BINTANG IRINGAN AKAN DATANG UNTUK MENGHAPUSKAN KASTA, MEMBETULKAN OTAK MANUSIA , MEMBETULKAN PERASAAN MANUSIA. ALLAHUAKBAR!

piala hang tuah

 

 

Teori 2+

Sebuah batu besar berpisah dari satu bola yang besar. Batu itu terapung-apung beberapa jam. Ia kemudian bergerak masuk ke zon gravity. Satu bola lain menariknya. Tarikan itu sangat kuat, menyebabkan ia terhempas kuat. Di satu lembah banjaran, sepi dan malam. Tiba-tiba keluar darinya bermacam rupa dan bentuk. Memanjang keluar dari batu itu. Ada yang berlari. Ada juga yang melompat. Yang memanjang, mencari persamaan. Itu kecenderungannya yang kuat. Hampa. Ia cuba menyentuh perbezaan. Yang berbeza menerima. Berlaku penyatuan. Setelah demikian, keluar dari penyatuan itu, benda yang berterbangan. Angin membawanya ke sana-sini. Kelembapan. Keluar dari lapisan dan meninggi. Yang berlari mencari kesesuaian. Hairan tentang sekitarnya. Jika bertemu perbezaan, ia cenderung untuk mengetahui. Jika bertemu persamaan, ia cenderung untuk penyatuan. Yang melompat, terjun. Ketika renangannya, memerhati. Ia bertemu persamaan yang tidak menyeluruh. Tetapi tiada penyatuan. Ia lebih gemar perbezaan. Keluar dari satu lubang di dasar. Perbezaan semata-mata. Ia mengejarnya. Berlaku penyatuan. Dari dua objek yang menyatu, ada yang dapat melompat dan berlari. Ia cenderung kepada kumpulannya. Membentuk ketetapan kumpulan, umpama kebiasaan. Ia sangat peka. Banyak yang diketahui. Menghasilkan kemajuan. Kumpulan yang menjadi contoh. Kumpulan lain mempelajarinya. Kemudian ditanyai dari mana asalnya. Yang asal itu bagaimana bermula?

Dijawabnya, apa yang aku ketahui, moyangku berasal dari planet musytari. Sebahagian kecil zarah musytari telah berpisah dan jatuh ke bumi, ditarik oleh daya gravity bumi. Kemudian moyangku telah keluar dari lubang seni lagi halus batu , kepingan musytari. Moyangku itu jantan dan telah berenang di satu sungai bawah Tanah, dekat satu lembah yang subur. Ia telah merogol satu spesies bumi. Dan lahirlah spesies kacukan musytari-bumi seperti kamu semua dan aku. Tetapi aku tidak tahu siapa yang melahirkan moyangku. Tumbuhan musytari yang bergerak menjalar pula telah mengawan dengan tumbuhan bumi. Pokok yang terhasil dari kacukan ini, dapat menjalar dibawah lapisan dasar lautan dan menembus ke kutub yang satu lagi! Hebat!!

Namun manusia, ada jawapannya. Nabi Adam ialah manusia pertama dicipta oleh Allah s.w.t. Siti Hawa yang kedua. Demikian juga, mahkluk lain seperti binatang dan tumbuhan. ada yang pertama dicipta oleh Allah s.w.t.

Sudah menjadi kelaziman, mahkluk lebih cenderung kepada yang sama dengannya. Yang itulah yang ia lebih kerap bersamanya. Membentuk kebudayaan kumpulannya. Walaubagaimanapun, perbezaan kumpulan lain ada masanya menarik perhatian, maka terjadilah perkenalan, perkongsian ilmu, teknologi, peralatan yang mungkin juga menghasilkan kebudayaan yang terbentuk daripada beberapa kebudayaan, menghasilkan bangsa dan spesis kacukan.

Dan bangsa kacukan itu, bila mengawan dengan bangsa kacukan lain, maka lahirlah keunikan, keistimewaan yang pelbagai. Mungkin.

Planet yang mula-mula Tuhan jadikan? Alam akhirat lebih dahulu ada sebelum alam nyata?

Syurga yang mula-mula Tuhan jadikan? Neraka?

Malaikat pertama yang dicipta oleh Allah? Siapa? Malaikat Jibrail? Izrailkah?

Jin yang mula-mula Allah jadikan ialah AZAZIL, iaitu raja syaitan? Siapa jin betina yang pertama Allah jadikan? Ada hadis yang mengatakan jin itu ada betina dan ada juga jantan. Jin juga bersenggama, buat hubungan seks. Maka, lahirlah anak jin.

Tamadun silam, selalu bermula dari tepi sungai dan laut. Manusia cenderung mandi, bersih, Wangi, sejuk. Semua ini factor yang mendorong kesihatan. Kesihatan yang mendorong bergerak akal fikiran. Maka, bila demikian, manusia dapat berfikir dengan tenang dan bijaksana, maka, cenderung membuat ujikaji. Maka, lahirlah pelbagai teori dan peralatan. Kemudian terus berkembang tamadun.

Namun teori 2+ tidak benar semuanya. Kenapa?

Kerana Bintang Iringan tiada ayah. Nabi Isa tidak mempunyai bapa tetapi ibu beliau dapat hamil juga. Justeru, dalam kes nabi Isa, jadi 1+, bukan 2+!!

Bukankah Pakistan dan Bangladesh, penduduknya berasal dari India? Apabila india muslim tidak sesuai duduk dengan india kafir, mereka berpindah , keluar dari India, mencari Tanah kosong, yang tidak bertuan? Tanah yang dijumpai dinamakan sebagai Pakistan dan Bangladesh?

Barangkali Jepun, Korea, Taiwan…., penduduknya berasal dari CHINA?

Dari suku-suku, membentuk bangsa. Suku-suku itu ada persamaan dan perbezaan. Suku jawa, suku banjar, suku mandailing…. Tentu ada pemula. Orang yang mula-mula menjadi kacukan, yang jadi kelahiran pertama sukunya. Atau ada lebih daripada seorang yang jadi pemula, mempunyai tarikh dan masa kelahiran yang sama?

Bila nabi Adam bersatu dengan Hawa, lahirlah kembar. Setiap kembar itu mungkin sama warna kulit, jenis rambut…… tapi mungkin tak sama? Namun, yang pasti, tentu ada anak Adam dan Hawa yang jadi orang pertama yang mempunyai ciri/sifat atau warna kulit melayu, cina, india dan lain-lain. Kemudian anak-anak yang lahir ini lebih cenderung untuk bersama yang sama warna kulit dan jenis rambut dan lain-lain. Kemudian mereka cenderung untuk berpisah daripada kumpulan yang tidak sama sifat dan warna kulit. Maka, berpindah-randah. Bila enggan berpindah lagi , ketika menemui Tanah kosong yang mereka menyukainya, maka dinamakan Tanah itu menjadi Negara.

Kisah parameswara dengan pohon Melaka. Menjadi pemula apa?

Hi everybody!, Am I the first alien created by God? Do not ask Charles Darwin. Because his answer can make your brain be tilt!!

Hi everybody!, Am I the first alien created by God? Do not ask Charles Darwin. Because his answer can make your brain be tilt!!

 

 

 

 

Masuk Syurga Bukan Kerana Amalan Tetapi Kerana……? By Sinaran Iffah

Zikir asmaulhusna sekarang?? Istighfar dan syahadat serta salawat

Zikir asmaulhusna sekarang?? Istighfar dan syahadat serta salawat. This article in Sinaran Iffah category.

Ada yang mengatakan bahawa seseorang itu masuk syurga bukan kerana amalan tetapi kerana……………..? Kerana apa? Saya beri anda tempoh 11 saat untuk memberikan jawapan anda=

SATU SAAT

DUA SAAT

TIGA SAAT

EMPAT SAAT

LIMA SAAT

ENAM SAAT

TUJUH SAAT

LAPAN SAAT

SEMBILAN SAAT

SEPULUH SAAT

SEBELAS SAAT

jawapan soalan ini ialah:

RAHMAT DARIPADA ALLAH S.W.T!!!

Kalau masuk syurga kerana amalan, kenapa ada orang yang banyak amalannya sehingga syurga itu sangat hampir kepadanya tetapi bila dekat nak mati, dia buat perkara haram yang menyebabkan dia akhirnya mati dalam keadaan menderhaka kepada Allah, tidak bertaubat, tidak berkesempatan bertaubat, disiksa dalam kubur dan masuk ke neraka??

Malah saya pernah membaca sebuah kitab mengenai sejarah hidup wali-wali Allah. Ada seorang wali Allah itu semasa dia hidup di dunia lagi telah tahu nasib dia di akhirat. Nasib dia di akhirat itu ialah wali Allah itu akan masuk ke NERAKA!!! Bila ada seorang bersedih mendengar berita itu dan bertanya kenapa begitu nasib wali Allah itu, wali Allah itu kata jangan mempersoalkan perkara yang Allah kehendaki ditakdirkan kepada beliau itu.

Ada orang berfahaman kalau sudah ditakdirkan mati masuk syurga, buat jahat macam manapun, akhirnya masuk syurga juga dan kalau sudah ditakdirkan mati masuk neraka, buat baik macammanapun, akhirnya mati masuk ke neraka juga??

Hal fahaman ini adalah haram dipercayai. Ini ialah ajaran sesat!!!

Masuk syurga kerana rahmat daripada Allah, memang benar. Allah beri rahmat kepada sesiapa yang dia kehendaki sahaja. Tiada Allah dapat dipaksa untuk beri rahmat kepada sesiapa. Allah mengasihi orang yang suci hati, yang taat. Allah beri rahmat kepada orang yang ingin dia sucikan hati dan orang yang memang telah suci hati. Tetapi tiada jaminan hati yang suci itu terus mendapat rahmat daripada Allah kerana kemungkinan hati itu berjaya dikotori oleh syaitan, musuh,…… Justeru, manusia tetap perlu berusaha menyucikan hati dengan mentaati perintah Allah dan meninggalkan segala larangan ALLAH.

Justeru, rahmat dan ketaatan kepada ALLAH mempunyai perkaitan yang kuat dan rapat. Orang yang taat belum tentu mendapat rahmat sebab amalannya mungkin ada kecacatan sehingga menyebabkan tidak dapat pahala atau hati tetap tidak bertambah suci. Orang yang mendapat rahmat pula mungkin rahmat itu tentang hal semasa di dunia , bukan rahmat yang di akhirat. Yang dikehendaki ialah mendapat rahmat di dunia dan di akhirat atau terus-menerus dan berpanjangan mendapat rahmat daripada Allah.

Orang yang rajin ibadat dan selalu dapat pahala dan suci hati belum tentu ISTIQAMAH. Untuk mendapat rahmat yang lebih berpanjangan, perlu ada istiqamah. Orang yang mencapai taraf wali Allah yang terjamin masuk syurga ialah kerana kebiasaannya orang yang demikian tetap wujud ISTIQAMAHnya dalam kebaikan dan ketaatan dan kesucian hati atau kalbu rohnya.

Allah menjadikan sebab , akibat, musabab, natijah, kesan, hasil,…………… Setiap hal saling kait-mengait. Namun ada hal-hal unik, yang merupakan perkaitan yang luarbiasa atau tidak ada kaitan tetapi terjadi juga (seperti akal tidak dapat memikirkan hal itu secara logic atau ilmiah atau saintifik atau tidak ada alat dan kaedah eksperimen dapat dibuat untuk membuktikannya tetapi hal itu wujud juga dan terjadi juga)

Berterusan mendapat rahmat, pahala, kesucian hati, berubah takdir, berubah nasib, berubah hati atau kalbu, sangat berkaitan dengan hokum-hakam dan peraturan sebab-akibat termasuklah takdir dan nasib luarbiasa, yang dapat terjadi di luar logic akal manusia.

Ada kitab yang menceritakan tentang rahsia panjang umur. Kitab ini menerangkan tentang dua maksud :

MAKSUD YANG PERTAMA ialah panjang umur yang benar-benar panjang umur atau jadi bertambah panjang umur dia , lebih panjang dari catatan asal di LOH MAHFUZ setelah dia melakukan amalan-amalan tertentu yang mengakibatkan umurnya jadi lebih panjang.

MAKSUD YANG KEDUA ialah  seseorang itu melakukan amalan yang pahalanya bersamaan dengan pahala yang dapat dilakukan oleh orang yang panjang umurnya.

Jika Allah mahu beri rahmat, rahmat tersebut ialah mungkin dia dapat panjang umur atau lebih panjang umur dengan maksud yang pertama atau mungkin dengan maksud yang kedua. Justeru, rahmat ada kaitan juga dengan usaha dan tawakal.

MANUSIA TIDAK TAHU APA KESUDAHAN NASIBNYA (KECUALI ORANG-ORANG TERTENTU SEPERTI SAHABAT-SAHABAT NABI MUHAMMAD YANG TELAH DIJAMIN OLEH ALLAH BAHAWA MEREKA AKAN BERJAYA MASUK KE SYURGA) , yang wajib ialah terus berusaha. Mendapat rahmat atau tidak, itu ialah urusan dan kehendak Allah. Kita tidak boleh dan tidak dapat memaksa TUHAN memberikan rahmatNYA kepada kita. Jika Allah tidak ingin beri Rahmat, ITU BUKAN dosa Allah ta’ala.  TIDAK TIMBUL PERNYATAAN BAHAWA ALLAH BUAT DOSA ATAU ALLAH BUAT PAHALA ATAU ALLAH DAPAT DOSA ATAU ALLAH DAPAT PAHALA. NAMUN , YANG PASTI IALAH ALLAH ITU ADIL , MAHA ADIL DAN KASIH-SAYANG. JIKA ALLAH MEMBUAT PERATURAN DAN HUKUMAN, ITU KERANA ALLAH ITU MAHA MENGETAHUI DAN MAHA ADIL, SUPAYA KEADILAN TERTEGAK KERANA ALLAH ITU MAHA PENYAYANG!!! BUKAN KERANA ALLAH ITU SAMSENG ATAU PANAS-BARAN ATAU MENGAMUK!!! MUSTAHIL ALLAH MENYERUPAI SIFAT MAKHLUKNYA!!!

Apakah Syubhat? By Sinaran Iffah

This Article in Sinaran Iffah Category

This Article in Sinaran Iffah Cate

 

 

PERINGATANharianKe35=Investigate under your car NOW?!

PERINGATANharianKe35=Investigate under your car NOW?!

 

Peringatan Harian ke 36=Roadtax Expired Date?

Peringatan Harian ke 36=Roadtax Expired Date?

Peringatan harian ke 37= ATM card expired date?

Peringatan harian ke 37= ATM card expired dat

 

Subahat = Syubhat? Jawapannya ialah:

 

v

v

v

v

v

Tidak. Subahat boleh bermaksud terlibat menjayakan sesuatu , membantu seseorang dengan secara rahsia atau pakatan sulit. Syubhat pula ialah sesuatu yang terletak di antara halal dan haram, iaitu sesuatu yang tidak jelas atau tidak dapat dipastikan atau belum dapat dipastikan sama ada hal itu halal atau haram. Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim:

 

“Sesungguhnya yang halal itu jelas dan  yang haram itu jelas. Di antara keduanya ada perkara yang syubhat yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. Sesiapa yang menjaga dari yang syubhat, bererti dia telah menjaga din dan kehormatannya, dan sesiapa yang terjerumus dalam syubhat bererti dia terjerumus kepada yang haram. Sebagaimana seorang pengembala yang mengembala di sekitar larangan, maka lambat-laun akan masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap pemerintah memiliki daerah larangan. Adapun daerah larangan Allah adalah apa yang diharamkanNYA.”

Ulamak yang mengatakan melakukan sesuatu yang syubhat itu adalah haram, mungkin mengambil dalil di atas sebagai dalil buat syubhat itu haram. Justeru, pemberian sijil dan logo halal oleh pihak kerajaan kepada pengeluar, peniaga bukan ISLAM adalah perkara gila yang tak masuk akal? Kerana semasa pegawai jabatan agama Islam datang menyiasat ke tempat itu (kilang, gudang, stor, premis perniagaan, kedai dan lain-lain), tentulah orang-orang kafir itu cuba melakukan sesuatu untuk mendapat kelayakan mendapat sijil dan logo itu tetapi setelah dapat sijil dan logo, tidak akan kalbu dan hati mereka yang suka benda haram itu akan secara automatic dan segera berubah benci yang haram dan taat kepada Allah yang mengharamkan yang haram?!!  Kalau orang ISLAM pun mengambil tempoh yang lama untuk menghapuskan  kebiasaan buruk yang melekat kuat di hati. Orang kafir tiada keimanan kepada Allah, tentulah lagi mustahil dapat berubah hatinya yang kotor (yang suka makan dan minum yang haram dan buat yang diharamkan oleh Allah).

Justeru, tiada jalan lain kecuali, orang ISLAM menjadi pengilang, pengedar, peruncit, pekerja syarikat …… Sudah tentu kerajaan ISLAM wajib membantu mereka yang ISLAM ini agar wujud pengilang, pengedar, peruncit, pekerja ISLAM. Lihat konsep zon kebal oleh Perintis Minda . Konsep ini dapat membantu orang melayu, insya- Allah.

Kalau orang kafir ada yang jujur pun, berapa lama mereka akan terus begitu? Dengan tiada keimanan kepada Allah, tidak mustahil mereka akan jadi tidak jujur atau kembali tidak jujur semula atau sebentar jujur , sebentar lagi tidak jujur semula.

MEMANG ada orang Islam yang minum arak, tidak peduli halal-haram. Ada saya lihat pekerja melayu menjual arak di pasaraya (pekerja pasaraya) . Kalau orang Islam pun tiada jaminan , bagaimana orang kafir akan dijamin jujur dalam perniagaan dan dalam hal berkaitan produk yang halal-haram atau system perniagaan yang halal-haram???

Kerajaan , badan bukan kerajaan, agensi kerajaan, rakyat hendaklah bergabung menyedarkan bahaya syubhat ini dan mengadakan perbincangan terbuka untuk mencari jalan menyelesaikan masalah ini ?dan mencegah bahayanya. Ramai rakyat yang ISLAM dan peniaga ISLAM yang tidak membeli buku panduan tentang halal-haram dan buku yang menyenaraikan produk yang halal dan yang haram. Kalau ada pun, rajinkah mereka membacanya? Sudah habiskah membacanya? Fahamkah? Dapat ingat apa yang dibaca??? Atau adakah mereka mempercayai apa yang mereka baca??? Atau adakah mereka akan mengamalkan apa yang dibaca, mentaatinya????

Perkara syubhat itu haram. Memakan atau meminum atau mengguna yang haram, maka hati akan bertambah kotor. Akan wujud sifat-sifat jahat yang semakin jahat dan bertambah jahat. Ini salah-satu sebab mengapa ISLAM melarang memakan , meminum dan mengguna yang haram. Malah ada bahaya dari segi kesihatan juga. Akal akan jadi lemah dan nafsu akan bertambah kuat. Maka , ada kebahagiaan dan keamanan dunia, selepas itu???

Di neraka pula, mereka yang memakan dan minum benda yang haram itu menjadi bahan bakar api neraka. Doanya dan amalannya tidak diterima oleh Allah, tiada berpahala sebab makan-minum yang haram. Nasibnya akan sentiasa malang. Otak akan selalu memikirkan perkara yang haram seperti seks, arak, judi , merompak dan lain-lain sebab makan-minum yang haram.

LOGO HALAL MALAYSIA YANG PALSU MEMANG WUJUD. Produk orang ISLAM ditiru oleh pihak yang mensabotaj (tak mustahil jika dilakukan oleh orang bukan ISLAM). Produk kopi radix HPA (SYARIKAT ISLAM) ada yang tiruan/yang palsu, yang ditiru. Gerakan musuh ISLAM ingin menjahanamkan perniagaan orang melayu dan ISLAM DI SELURUH DUNIA!!!!! Bila menjelang hari raya, ayam import dari Negara orang kafir dibawa masuk ke MALAYSIA, atau barangan lain ,agar cukup bekalan dalam Negara? Tetapi di MALAYSIA telah ada gerakan pensabotajan, logo halal yang dikeluarkan oleh kerajaan ditiru dan dijadikan kepalsuan, jadi bagaimana yang diimport boleh dijamin??? Tiada malaikat jibrail turun ke bumi untuk menjaminnya. Tiada malaikat Jibrail beritahu orang ini boleh dipercayai, orang ini pula pengkhianat.

Peringatan Harian ke 51= Beruzlahlah. Berwirid. Berdoalah.

Peringatan Harian ke 51= Beruzlahlah. Berwirid. Berdoalah.

 

Peringatan Harian yang terakhir ATAU yang ke 52= Hari ini Jumaat? Bersiap-sedia untuk solat Jumaat segera!

Peringatan Harian yang terakhir ATAU yang ke 52= Hari ini Jumaat? Bersiap-sedia untuk solat Jumaat segera!

 

 

 

 

 

 

Menggali Rahsia Kelemahan By Sinaran Iffah

Apabila Allah azzawajalla hendak menjadikan atau mencipta sesuatu , Allah hanya berfirman; “Jadilah!”. Maka terjadilah sesuatu itu.

Justeru, apa yang kita cipta juga sebenarnya apa yang Allah perintahkan demikian (sebenarnya Allah yang cipta). Justeru hapuskan sifat suka bermegah-megah dan berbangga-bangga kerana semua itu hanya  menyebabkan kerosakan kerohanian seperti rosak akal, rosak jiwa.

Ramai manusia yang sering tidak sampai cahaya akalnya menyedari atau meyakini sesuatu itu dapat musnah dengan jalan yang tidak disangkai atau pada tahap dan waktu demikian.

Dapatkah tali pinggang yang dipakai dalam kereta itu merosakkan kita jika kita memakainya? Kebanyakan orang , mungkin menganggap tali pinggang dan tali badan serta bahu itu sudah jadi amalan untuk keselamatan di jalan-raya. Sebenarnya telah berlaku peristiwa tali pinggang menjerut perut sehingga berlaku pendarahan dalaman. Tentu ramai yang tidak terfikir begini? Hal ini ibu saya dapat berita daripada seorang wanita yang memberitahu ada keluarga beliau mengalami hal itu. Kejadian ini terjadi apabila pembrekan dan kemalangan jalan-raya terjadi.

Yang selalu terbayang dalam fikiran ramai ialah jika tubuh tercampak kuat , tercampak keluar dari kereta dalam sesuatu kemalangan jalan-raya, ialah tubuh akan luka parah tetapi kakak wanita yang beritahu ibu saya itu tidak luka dan tiada tanda kecederaan apa pun tetapi kakak wanita yang jadi sepupu nenek saya itu telah meninggal dunia di tempat kemalangan itu.

Apabila postur atau kedudukan tidak betul seperti postur baring, duduk, berjalan, mengangkat sesuatu, maka sendi mungkin rosak atau cacat atau sakit. Alangkah lemahnya manusia. Orang yang gagah seperti ahli bina badan pula, jika hanya satu uratnya putus atau dihinggapi kuman, maka jadilah pula dia orang yang sangat lemah.

Alangkah mudah manusia melupakan atau terlupa tentang tarikh mereka akan mati. Dunia ini selalu Berjaya menyebabkan mereka terlupa atau sengaja melupakan kematian yang selalu memburu nyawa mereka setiap hari!!!

1=ChangeThis

Peringatan Harian Yang Pertama = Pastikan ini telah mengunci, berfungsi atau sama ada perlu ditukar atau tidak

Second Daily Reminder = Make sure whether you have to change it to solid grill or better or repair or hit any nail.

Second Daily Reminder = Make sure whether you have to change it to solid grill or better or repair or hit any nail.

Third daily reminder =investigate It At Night Also. Switch on alarm clock to patrol in your house at night everyday!!!

Third daily reminder =investigate It At Night Also. Switch on alarm clock to patrol in your house at night everyday!!!

Apabila kamu sedang menikmati makanan dan minuman, sila ingat adakah itu ialah sarapan terakhir anda? Bahawa selepas itu anda akan mati? Adakah Tuhan beri hidangan lazat itu kerana cinta kepada anda atau Dia beri dengan murka kerana Anda orang yang selalu tidak bersyukur? Makna bersyukur bukanlah semata-mata ucapkan Alhamdulillah tetapi ialah orang yang mengucapkan Alhamdulillah dan berusaha mentaati segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya. Allah berfirman di dalam al-Quran bahawa “Kebanyakan manusia tidak bersyukur.”

Apabila kamu makan, tiba-tiba gigi kamu patah hanya kerana memakan keropok yang keras. INI PERNAH terjadi kepada saya. Siapa sangka keropok dapat mematahkan dan memecahkan gigi yang dirasakan kuat? Alangkah lemahnya manusia.

Air? Benda yang “lembik”. Jika disentuh air yang bersih itu tidak mungkin akan mencederakan anda? Pernah terjadi apabila terlalu lama mandi dengan air yang sejuk , sendi-sendi jari akan jadi kaku dan menyebabkan tapak tangan dan jari-jari menguncup sambil kesakitan yang amat sangat. Hal ini pernah terjadi berkali-kali kepada saya. Lagi sekali, alangkah lemahnya manusia. Air sejuk sahaja dapat mencacatkan tangannya!!!

Namun manusia terus berasa dirinya gagah terutama ahli bina badan dan ahli gusti? Sesungguhnya perasaan demikian akhirnya akan membinasakan jasad mereka juga disebabkan perkara yang mereka tidak terfikir dan tidak menyangkainya. Jadi, sematkan dalam ingatan mereka bahawa yang kuat itu hanyalah TUHAN.

Wanita yang terasa cantik sangat hingga kembang duburnya (akibat bangga), namun disebabkan perkara yang mereka tidak terfikir dan tidak menyangkainya, maka segera berubah menjadi hodoh padahal umur masih muda. Contohnya, hanya kerana selalu sedih, wajahnya yang cantik berangsur-angsur rosak kejelitaannya dan menjadi semakin hodoh. Hanya perasaan membinasakan kejelitaannya. Lagi sekali, alangkah mudah manusia itu rosak dan alangkah lemahnya manusia itu. Sesungguhnya di padang mahsyar nanti, Allah tidak berfirman: “Sesiapa yang ketika di dunia dia gagah dan cantik, sila masuk ke syurga”.

Orang yang kaya tiba-tiba jadi miskin . Saham jatuh. Kilang terbakar. Syarikat insuran tak dapat tunaikan janji sepenuhnya. Pekerja mogok. Ramai letak jawatan. Pekerja tak amanah. Rakan kongsi tak jujur. Rumah banglo, kereta Ferrari yang dibeli secara angsuran terpaksa ditarik oleh penarik kereta sebab dah miskin. Syarikat sudah bangkrap. Kerajaan pun tak ingin ambil-alih. Lagi sekali alangkah lemahnya manusia. Ibarat si Qarun dengan mahligainya ditelan bumi kerana derhaka kepada Allah s.w.t.

Walaupun anda berada dalam kedudukan dan keadaan yang anda anggap terkuat, terjamin tetapi bila Tuhan hendak menarik balik segala nikmatNya, Allah hanya berfirman: “Jadilah ……” , maka serta-merta anda jadi lemah dalam segala hal. Jadi hina dan diaibkan. Itu belum termasuk perasaan malu, hina dan rendah diri bila berada di alam akhirat seperti ketika di Padang mahsyar, segala kejahatannya didedahkan di hadapan segala manusia dari sejak zaman nabi Adam hingga hari kiamat, semua berkumpul di padang itu yang terletak di antara syurga dan neraka. Semua manusia itu mengetahui tentang dosa orang itu. OOOOOHHHHHH alangkah malunya!!! Yang dikerjakan ketika sembunyi ketika di dunia pun diketahui semua manusia itu. Dan manusia di padang mahsyar itu bertelanjang bulat, tiada pakaian.

Pernah ada berita melaporkan seorang dimasukkan ke hospital sebab tidak dapat menghentikan ketawanya. Ketawa pun dapat membunuh manusia?

Ada orang minum lalu tiba-tiba jatuh dan disahkan mati. Ada ramai  yang dikatakan tidur tetapi sebenarnya mereka telah mati. Nenek saya mati ketika tidur. Ada pernah dilaporkan oleh berita bahawa ada seorang mati ketika sedang melakukan persetubuhan, seks.

Nabi Sulaiman kelihatan lama berdiri dengan tongkatnya, Tiada jin dan manusia yang jadi rakyatnya menyedari bahawa baginda telah pun mati tetapi masih dalam keadaan berdiri sehingga anai-anai yang memakan tongkat baginda menyebabkan tongkat itu tidak lagi dapat menahan tubuh baginda yang berdiri lalu baginda jatuh . Terperanjatlah segala rakyat jelata baginda.

Alangkah takutnya kita. Entah bila kita mati? Mungkin anda mati ketika sedang membaca blog dan halaman yang saya taip ini?

Mungkin saya mati ketika sedang menaip ini?

Sesungguhnya berbahagialah orang yang telah cukup bersedia untuk mati dengan memperbanyakkan istighfar, taubat, zikir, amalan sunat, ……..???

Sebenarnya belum tentu lagi kerana nabi Muhammad pernah bersabda terdapat manusia yang amalannya sangat baik sehingga syurga itu sangat hampir kepadanya tetapi bila dia mati, tempatnya di neraka. Hal inilah yang orang-orang sufi selalu ingat dan bimbang tentang hadis ini!!!

Tubuh kita Allah pinjamkan dan Dia akan ambil balik.

APABILA “Mata Ruh” Terbuka > Oleh Sinaran Iffah

andamasihadapeluangkeduawalauMUFLISghost3ghostghost1

Sebenarnya, karangan ini sesuai juga diletakkan dalam kategori “Penyaring Nostalgia”. Kisah-kisah yang akan diperkatakan di sini ialah kisah yang benar-benar terjadi. Ada yang mengatakan istilah hantu ialah bermakna jin yang dapat dilihat. Istilah Hantu raya, orang bunian, toyol dan lain-lain pula , ada ustaz yang mengatakan semua itu hanya difahami oleh orang melayu. Orang bunian dikatakan juga sebagai jin Islam. Hantu raya ialah istilah untuk jin yang dipelihara atau yang jadi sahabat , yang tinggal serumah. Hantu raya dikatakan dijadikan sebagai sahabat yang membantu menjaga harta tuannya (orang yang membela hantu raya). Dikatakan bila tuannya mati, hantu raya itu akan menjadikan anak tuannya sebagai tuannya yang baru, mungkin anak yang lebih tua. Toyol pula dibela agar mencuri wang orang lain dan wang curian itu diberikan oleh toyol kepada tuannya (pembela toyol).

Dahulu, dikatakan orang barat tidak mempercayai kewujudan hantu. Entah sejak bila , kini mereka telah lama mempercayai kewujudan hantu setelah ada orang barat yang dikatakan melihat atau bertemu dengan hantu. Disebabkan hantu ialah jin, maka dalil kewujudan jin boleh diperolehi dari al-Quran dan hadis shahih. Pada pendapat saya, tidak ada wujud alien atau makhluk asing di planet-planet. Sebab tiada dalil dalam al-Quran dan hadis yang saya tahu. UFO? Ada yang mengatakan UFO mungkin kenderaan perisik tentera Rusia. Mungkin UFO itu ialah gambar REKAYASA. Dengan menggunakan perisian tertentu, gambar hidup atau video pun dapat diubah dan direka. Gambar mati (gambar bukan video) lagi mudah direkayasakan.

Dahulu ada akhbar yang melaporkan bahawa AMERIKA bersiap-sedia mencipta senjata perang angkasa kerana mempercayai kewujudan makhluk asing. Mereka dikatakan bimbang jika planet bumi diserang oleh tentera dari planet lain (alien). Tak perlulah USA atau Amerika buat kerja bodoh kerana percaya cerita karut-marut itu. Makhluk yang dinyatakan dalam ISLAM , yang berakal dan bernyawa ialah malaikat, jin, manusia  dan yang bernyawa tetapi tiada akal ialah binatang. Mana ada alien dinyatakan? Bidadari syurga itu !!! Ya, ini sejenis makhluk lagi. Binatang penyiksa di akhirat. Ya!!! ini juga makhluk yang wujud , yang dinyatakan dalam ISLAM. Mana ada alien penyiksa penghuni neraka???

Kalau tonton filem seram yang kebanyakannya kini seperti tak seram , rasa di hati, banyak yang tak logik, mana hantu dapat berbuat begitu hebat dan begitu seram??? MALAHAN , saya sendiri tidak pernah lihat hantu dapat buat begitu , macam cerita fantasi sahaja. Apa yang saya pernah alami ialah:

1=Biasanya, diri akan terasa seram terlebih dahulu. Ini menunjukkan bahawa ada jin berdekatan dan mungkin akan menampakkan dirinya atau mengganggu

2=Jin itu tidak berdaging kerana tubuhnya kelihatan seperti bayang-bayang. Biasanya dalam bentuk bayangan berbentuk manusia yang lutsinar , yang tembus pandang. Dapat lihat ada apa disebalik bentuknya. Warna bayangan itu biasanya jernih kekelabuan sangat cerah tetapi bahagian tembus pandang atau lutsinar memang luas. Kekelabuan itu seperti pada garis bentuk tubuhnya yang seperti bentuk manusia. Ada juga garis bentuk mata, hidung, mulut, rambut, telinga. Ada jin yang bergaris bentuk yang kelihatan berbaju labuh seperti baju tidur, yang bila berjalan, kelihatan terangkat setengah kaki dari paras tanah dan masa berjalan kelihatan pakaiannya itu bergerak-gerak seperti ditiup angin. Ada juga bayangan berwarna hitam pada ketika bilik telah dipadamkan lampu tapi cahaya luar yang memasuki bilik itu membolehkan bayangan hitam itu kelihatan berbentuk manusia dan bergerak-gerak , berjalan.

3=Jin itu dapat berkata-kata dan mengeluarkan bunyi seram seperti bunyi binatang karnivor yang marah.

4= Jin dapat menyentuh tubuh kita. Terasa seperti berdaging, seperti tangan manusia bila jin menyentuh kita, seperti mengurut-ngurut, menumbuk, menggeletek dan lain-lain

5=Juga terasa seperti darah tersirap, seperti hujung ibu jari kaki terasa seperti sedang dihisap . Kesan lebam kebiruan pada tubuh mungkin wujud selepas bangun atau terjaga dari tidur. Ini mungkin menandakan jin telah menghisap darah kita.

6=Jin dapat menyerap ke lantai , masuk ke dalam lantai, malah dapat menembusi pintu dengan mudah.

7= Jin dapat menjelma menjadi tupai dan ular. Malah berdasarkan hadis, jin dapat juga berbentuk lain seperti menjelma menjadi anjing. Menjadi anjing dan ular ialah bentuk kesukaan jin.

8= Jika kita membaca doa dan ayat suci, memang tiada gangguan atau gangguan jin akan hilang.

9= Jin memang dapat mencuri wang

10= Jin dapat menyebabkan seseorang itu mimpi waktu siang atau tertidur secara tiba-tiba lalu bermimpi segera.

Jin dapat menjelma menjadi manusia yang berdaging!!! (bukan lagi dalam bentuk bayangan!!!). Ini dilihat oleh dua orang sepupu saya yang menangis kerana ternampak tok lelakinya dalam bilik air luar rumah padahal tok lelakinya telah dikebumikan. Nampaknya jin itu menjelma menjadi arwah datuk saya itu.

Toyol-toyol  yang pernah saya lihat , berbentuk bayangan budak kecil berkepala botak. Ada juga jin dewasa berbentuk bayangan wanita berbaju labuh atau berbaju tidur yang labuh, yang kelihatan bentuk wajahnya, mata, hidung, mulut, dahi, rambut, dagu, pipi. Macam rupa manusia. Tidak ada gigi taring atau siong terjulur keluar dari mulut dia. Tiada tanduk. Saya tak pernah melihat jin bertanduk atau bersiong atau bertaring keluar dari mulut!!! Tiada jin berkulit menggerutu atau bersisik atau berbiji-biji pada tubuhnya . Saya tidak pernah lihat seperti itu!!!

Saya juga pernah dengar jin ketawa dekat telinga saya. Ketawa tidak henti-henti walaupun saya menjerit . Pernah juga jin berkata-kata sesuatu , saya mendengar tetapi jin itu tidak kelihatan. Seperti jin yang ketawa, itu juga tidak kelihatan.

Apa yang saya nampak (jin atau hantu) membuktikan kebenaran AGAMA ISLAM, membuktikan kebenaran AL-QURAN dan membuktikan kebenaran hadis, membuktikan bahawa TUHAN YANG MEMANG WUJUD HANYALAH ALLAH S.W.T  dan AGAMA YANG BENAR HANYALAH ISLAM. ALLAHUAKBAR!!!!!!

YES, now we can go home!!! Click here to go home….