Dosa Kecil Tiada Menu?? By Sinaran Iffah

Peringatan harian ke 45= Print any receipts with your printer. Cetak sebelum dakwat cetakan hilang diserap haba matahari.

Peringatan harian ke 45= Print any receipts with your printer. Cetak sebelum dakwat cetakan hilang diserap haba matahari.

 

 Peringatan Harian ke 46=SolatHajatAboutMum. Mum I love You Very Much!

Peringatan Harian ke 46=SolatHajatAboutMum. Mum I love You Very Much!

 

Peringatan Harian ke 47= Help Your Mum.

Peringatan Harian ke 47= Help Your Mum.

 

SAYA telah terlalu tua tapi saya tidak pernah tahu apa yang jadi dosa kecil. Dosa kecil , tak pernah disenaraikan dalam al-Quran. Dalam hadis? Ada yang mengatakan orang-orang sufi menganggap semua dosa adalah besar. Mungkin kerana memang tiada pernah ISLAM menyenaraikan apa yang jadi dosa kecil?

Dikatakan dosa kecil dapat hapus hanya dengan mengambil wuduk. Tetapi jikalau berbuat dosa besar, ada beberapa keadaan, seperti:

 

1= Kalau dosa itu ada kaitan dengan manusia, kenalah juga meminta maaf kepada manusia itu. Jika hanya meminta maaf kepada Allah, dosa itu dikatakan tidak akan diampuni. Orang yang hidup pada zaman nabi Muhammad masih hidup, ada yang mengaku berzina, maka mereka telah dihukum sebat 100 kali, ada juga yang telah dihukum rejam sampai mati. Ini supaya mereka tidak dikenakan siksaan di akhirat kerana telah menerima hukuman di dunia lagi. Orang yang mencuri , hukuman potong tangan.

2= Kalau dosa itu tiada kaitan dengan manusia, dosa diri sendiri, kenalah minta maaf kepada Allah dengan taubat nasuha juga. Ada yang mengatakan jika selepas bertaubat itu, tidak lagi melakukan dosa itu dalam tempoh yang lama, bermakna taubat itu telah diterima oleh Allah atau maksudnya dosanya telah diampuni oleh Allah. Dalil apa yang digunakan untuk mengatakan begini?

3= Kalau dosa itu ada kaitan dengan makhluk bernyawa lain yang bukan manusia? Anda perlu minta maaf kepada binatang itu? Fahamkah binatang itu apa yang anda katakan? Jangan harap TARZAN akan mengajar bahasa binatang kepada anda kerana tarzan tak wujud!

Ada orang enggan memaafkan , mungkin kerana dia tak mungkin dapat mengikhlaskan pemberian maaf sebab masih marah. Jika begini, dah tak wajib minta maaf kepada manusia itu? Terus minta maaf kepada Allah sahaja?

Ada juga yang mengatakan tidak boleh menceritakan dosa sendiri? Kecuali dalam kes seperti berzina, curi, rompak, rogol, bunuh,…………..jadi murtad……???

Berdosa cari aib orang lain? Tetapi jika perlu siasat, TERPAKSALAH cari aib???

TETAPI MELETAKKAN KAMERA PENGINTIP YANG TERSEMBUNYI DI TANDAS AWAM, DI TEMPAT PERSENDIRIAN………. ADALAH SALAH PADA AGAMA ISLAM DAN PERUNDANGAN ANTARABANGSA DAN ITU TIDAK BERMORAL, TIDAK SOPAN, KURANG AJAR,……GILA,………….DAN…………..DAN…………………DAN…………????

Awas link di bawah ada aurat:

IMAGES FOR KAMERA PENGINTAI:

https://www.google.com/search?q=kamera+pengintai+kamar+mandi&tbm

=isch&tbo=u&source=univ&sa=X&ei=-DNSUtLnF4_PrQfjlYCICQ&

ved=0CCgQsAQ&biw=1024&bih=515&dpr=1

LAMAN WEB FASAL KAMERA PENGINTAI:

http://www.kamera-pengintai.net/

 

Alangkah kejinya orang yang salah-guna kamera pengintai. Kita rasa nak bunuh lumat mereka???

CONTOH IMEJ KAMERA PENGINTAI:

Terpaksa beli alat pengesan kedudukan kamera pengintai dan pemusnah sistemnya??

Terpaksa beli alat pengesan kedudukan kamera pengintai dan pemusnah sistemnya??

 

kamera pengintai 2

 

kamera pengintai 3

 

kamera pengintai 4

 

kamera pengintai 5

 

kamera pengintai 6

 

kamera pengintai 7

 

Tiap-tiap yang banyak bermula dari sedikit? Tiap-tiap benda bermula dari satu benda? Manusia berasal dari Adam dan Hawa……. Dosa besar bermula dari……..?

Dosa kecil bila dibiarkan, akan bertambah-tambahlah “zarah-zarah” dosa itu , lalu menimbun , menjadi tinggi dan besar. Menjadi dosa besar. Jika tiada rasa dosa , mungkin itu kerana dosa itu seberat zarah tetapi yang seberat itu ialah dosa merogol , membunuh, murtad???? Bukankah maksud seberat zarah itu sebenarnya dosa kecil atau yang paling kecil??? Tanyalah Ustaz Di Persimpangan Kutub.

Kenapa Allah tidak memberitahu kepada manusia tentang apakah yang menjadi dosa kecil itu? Apakah “menu” atau senarai dosa kecil itu? Antara hikmah yang dapat saya fikirkan tentang mengapa dosa kecil itu tidak disenaraikan ialah:

1= Supaya manusia sentiasa mengelakkan diri daripada melakukan dosa kerana semuanya dianggap besar sebab tidak tahu apakah yang menjadi dosa kecil

2= Supaya manusia tidak menganggap yang kecil itu boleh diabaikan kerana yang besar berasal dari kecil. Manusia dewasa berasal dari kecil (baby)

WALLAHU’ALAM……………….

Ada yang mengatakan hukuman terhadap pembuat dosa itu dapat dibahagikan kepada yang berikut:

1= Hukuman yang dikenakan di dunia sahaja

2= Hukuman yang dikenakan di akhirat sahaja

3= Hukuman yang dikenakan di dunia dan di akhirat sahaja.

Dalil daripada al-quran dan hadis shahih? Contoh? Tanyalah ustaz DPKlaaaahh.

Api semasa kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan. Hati yang kotor sedikit atau kecil kekotorannya, tidak mustahil menjadi lebih kotor kalbu rohnya dengan dosa-dosa kecil yang bertambah sehingga menjadi seperti bontot kuali yang hitam, sukar diberus, sukar dibuangkan kehitamannya.

Kesimpulannya, ada masanya perkara kecil itu menjadi besar???? Contoh?

Fikir sendirilah? Manusia sering menganggap perkara yang kecil itu tak mungkin jadi lebih besar, lebih penting, lebih bahaya, lebih………………………..???

Akhirnya bila datang bahaya itu, menangis sehingga buta dan berdarah air mata pun tidak menyelesaikan masalah. Jiwa terus merana dalam sangkar peranaan. SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA??

TETAPI bukankah untuk bertaubat perlu ada rasa kesal dan sesal???

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

APAKAH UZLAH? BY Sinaran Iffah

Rat Urine ever kill many peoples!

Peringatan Harian ke 16 = Rat Urine ever kill many peoples!

 

Peringatan Harian ke 17= DropCanCauseYourBillHigher

Peringatan Harian ke 17= DropCanCauseYourBillHigher

 

ListThese.Expired Date?

Peringatan Harian ke 18=ListThese.Expired Date?

 

Kenapa saya menggelarkan diri saya sebagai The Symbol Of U’zlah? Sebab saya suka bersendirian. Saya tidak suka bergaul atau berbual-bual atau bercakap. Biasanya saya bercakap bila perlu atau terpaksa sahaja.

Berdasarkan pemahaman saya terhadap kitab “Uzlah – Petunjuk Mengasingkan Diri”, saya membuat kesimpulan bahawa yang dimaksudkan dengan uzlah itu ialah:

Mengasingkan dan menjauhkan diri dari manusia untuk mengelakkan bahaya dalam pertemuan dan pergaulan dengan manusia dan untuk memperbaiki diri dalam segala hal terutama mensucikan hati agar hati lebih suci dan nafsu jadi lebih baik.

Ada saya baca, dikatakannya bahawa ulamak-ulamak telah berkata bahawa sebesar-besar penghalang mencapai makrifat kepada Allah ialah PERGAULAN DENGAN MANUSIA.

Walaubagaimanapun, bukan tiada godaan syaitan ketika bersendirian. Justeru, orang yang ingin beruzlah di gua atau di bukit seperti yang pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W, perlulah meningkatkan ilmu terutama ilmu agama Islam yang Tulin. Ketika beruzlah, kemungkinan syaitan menjelma dan menyamar sebagai seorang wali Allah .

Uzlah itu boleh berlaku dalam dua keadaan ini:

1= Benar-benar bersendirian seperti dalam bilik seorang diri, bersendirian di tempat sunyi dan sebagainya.

2= Ketika bersama manusia lain. Ketika ini jasadnya bersama dengan manusia yang lain tetapi ingatan , akal, fikiran, hatinya sentiasa lebih bergerak kepada Allah. Seolah-olah ruhnya berada di tempat lain, jasadnya di tempat lain.

Uzlah ialah sifat yang disukai oleh orang sufi , orang soleh, solehah dan wali-wali Allah, nabi dan rasul.

Saya telah menemui rahsia-rahsia faedah uzlah ini. Falsafah-falsafah saya yang unik lahir ketika saya bersendirian. Saya bertafakur secara luarbiasa ketika bersendirian sehingga saya menemui rahsia dan kesimpulan kehidupan ini yang utama, yang menjadi rahsia saya, yang saya tidak ingin mendedahkan rahsianya kepada anda semua!!

Saya menemui lebih keindahan dan lebih ketenangan fikiran ,hati dan jiwa ketika beruzlah atau bersendirian ini.

Banyak faedah menjauhi dari manusia. Bukan bermakna orang yang beruzlah itu kera sumbang . Bukan bermakna beruzlah itu jadi katak di bawah tempurung, tidak tahu langsung perkembangan dan sejarah dunia dan persekitarannya. Bahkan zaman ini ialah zaman siber. Ilmu pengetahuan dan berita dapat diterima dan komunikasi dapat dilakukan dengan ada IPHONE, LAPTOP, IPAD, Modem wifi, Skype dan lain-lain ketika beruzlah.

Bahkan orang yang beruzlah itu sebenarnya tidak bersendirian kerana :

1= Syaitan sentiasa bersamanya

2= Malaikat Atid DAN raqib sentiasa memantau aktivitinya

3= Allah s.w.t sentiasa melihat hatinya.

Bahaya pergaulan dengan manusia? Amat banyak. Bahaya yang biasa dan luarbiasa dan yang tidak terfikirkan oleh otak anda juga pun ada.

Orang yang suka beruzlah, tidak suka berbual kosong, tidak suka mengumpat, tidak suka menghina, tidak suka mendengar umpatan dan fitnah , berita palsu, tidak suka melihat hal yang haram, ……

Dengan pergaulan dengan manusialah , dosa-dosa seperti berikut dapat biasa terjadi dalam masyarakat di seluruh dunia:

1= Mengadu domba

2= Munafik

3=Ria’

4= Suka dipuji

5= Bermegah-megah

6= Gurau-senda yang diharamkan. Cara bergurau yang haram.

7=Sombong, takbur, ego

8= Degil

9=Mungkir janji

10= Marah , panas-baran

11= Memaki, mencaci,

12= Memukul orang

13= Menyakiti hati insan lain

14= Terpengaruh dengan bidaah sesat , haram, khurafat,….

Masih banyak lagi . Tidak sanggup menyenaraikan kesemua bahaya dalam pergaulan dengan manusia. TERLALU BANYAK!!!

http://www.youtube.com/watch?v=3ABxi6qCkq8

Bila beruzlah, cuba banyakkan berzikir tarekat. Bukan bersendirian seperti cara sami Buddha, kristian, Hindu atau lainnya. Bersendirian cara ISLAM, adalah unik dan benar-benar dapat mendatangkan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Orang Islam jangan bersendirian cara penganut agama lain , sebab itu dapat menyebabkan murtad.

Ada maklumat mengatakan pernah terjadi pada zaman nabi Sulaiman hidup iaitu seorang lelaki yang beruzlah dalam satu benda yang terletak dalam laut. Kenapa dia dapat beruzlah seperti itu? Lelaki itu memberitahu nabi Sulaiman dia  dapat begitu kerana berbakti dan kasih-sayangnya kepada ibunya. Dia selalu meletakkan ibunya di belakang badannya untuk membawa ibunya ke mana-mana kerana ibunya sudah uzur , tidak berdaya berjalan.

Nabi Muhammad beruzlah di gua hira. Di situlah nabi menenangkan jiwa dan hatinya . Hati baginda sangat sedih tentang kejahilan dan kesesatan serta kejahatan bangsa arab ketika itu. Contohnya, bayi wanita di tanam ketika bayi itu masih hidup kerana bangsa arab menganggap wanita tidak bernilai.

Maka, ketahuilah oleh kamu , wahai pembaca blog Di Persimpangan Kutub, bahawa jiwa saya juga seperti nabi Muhammad, tertekan perasaan dengan kejahilan , kesesatan dan kejahatan bangsa melayu Malaysia. Tetapi saya dituduh gila dan lain-lain kerana perlakuan unik saya seperti beruzlah ini. Hidup ini amat memerlukan kekuatan keimanan kerana manusia yang sesat dan syaitan sering bekerjasama dan dengki dengan orang yang beruzlah????

Orang-orang yahudi pernah cuba mencuri mayat nabi Muhammad dan seorang sultan telah mengetahui hal ini melalui mimpi dan menyelamatkan mayat nabi dan orang yahudi itu telah ditangkap atas perintah sultan itu. Ini satu sumber sejarah , mengatakan demikian.

 

 

 

 

 

Menggali Rahsia Kelemahan By Sinaran Iffah

Apabila Allah azzawajalla hendak menjadikan atau mencipta sesuatu , Allah hanya berfirman; “Jadilah!”. Maka terjadilah sesuatu itu.

Justeru, apa yang kita cipta juga sebenarnya apa yang Allah perintahkan demikian (sebenarnya Allah yang cipta). Justeru hapuskan sifat suka bermegah-megah dan berbangga-bangga kerana semua itu hanya  menyebabkan kerosakan kerohanian seperti rosak akal, rosak jiwa.

Ramai manusia yang sering tidak sampai cahaya akalnya menyedari atau meyakini sesuatu itu dapat musnah dengan jalan yang tidak disangkai atau pada tahap dan waktu demikian.

Dapatkah tali pinggang yang dipakai dalam kereta itu merosakkan kita jika kita memakainya? Kebanyakan orang , mungkin menganggap tali pinggang dan tali badan serta bahu itu sudah jadi amalan untuk keselamatan di jalan-raya. Sebenarnya telah berlaku peristiwa tali pinggang menjerut perut sehingga berlaku pendarahan dalaman. Tentu ramai yang tidak terfikir begini? Hal ini ibu saya dapat berita daripada seorang wanita yang memberitahu ada keluarga beliau mengalami hal itu. Kejadian ini terjadi apabila pembrekan dan kemalangan jalan-raya terjadi.

Yang selalu terbayang dalam fikiran ramai ialah jika tubuh tercampak kuat , tercampak keluar dari kereta dalam sesuatu kemalangan jalan-raya, ialah tubuh akan luka parah tetapi kakak wanita yang beritahu ibu saya itu tidak luka dan tiada tanda kecederaan apa pun tetapi kakak wanita yang jadi sepupu nenek saya itu telah meninggal dunia di tempat kemalangan itu.

Apabila postur atau kedudukan tidak betul seperti postur baring, duduk, berjalan, mengangkat sesuatu, maka sendi mungkin rosak atau cacat atau sakit. Alangkah lemahnya manusia. Orang yang gagah seperti ahli bina badan pula, jika hanya satu uratnya putus atau dihinggapi kuman, maka jadilah pula dia orang yang sangat lemah.

Alangkah mudah manusia melupakan atau terlupa tentang tarikh mereka akan mati. Dunia ini selalu Berjaya menyebabkan mereka terlupa atau sengaja melupakan kematian yang selalu memburu nyawa mereka setiap hari!!!

1=ChangeThis

Peringatan Harian Yang Pertama = Pastikan ini telah mengunci, berfungsi atau sama ada perlu ditukar atau tidak

Second Daily Reminder = Make sure whether you have to change it to solid grill or better or repair or hit any nail.

Second Daily Reminder = Make sure whether you have to change it to solid grill or better or repair or hit any nail.

Third daily reminder =investigate It At Night Also. Switch on alarm clock to patrol in your house at night everyday!!!

Third daily reminder =investigate It At Night Also. Switch on alarm clock to patrol in your house at night everyday!!!

Apabila kamu sedang menikmati makanan dan minuman, sila ingat adakah itu ialah sarapan terakhir anda? Bahawa selepas itu anda akan mati? Adakah Tuhan beri hidangan lazat itu kerana cinta kepada anda atau Dia beri dengan murka kerana Anda orang yang selalu tidak bersyukur? Makna bersyukur bukanlah semata-mata ucapkan Alhamdulillah tetapi ialah orang yang mengucapkan Alhamdulillah dan berusaha mentaati segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya. Allah berfirman di dalam al-Quran bahawa “Kebanyakan manusia tidak bersyukur.”

Apabila kamu makan, tiba-tiba gigi kamu patah hanya kerana memakan keropok yang keras. INI PERNAH terjadi kepada saya. Siapa sangka keropok dapat mematahkan dan memecahkan gigi yang dirasakan kuat? Alangkah lemahnya manusia.

Air? Benda yang “lembik”. Jika disentuh air yang bersih itu tidak mungkin akan mencederakan anda? Pernah terjadi apabila terlalu lama mandi dengan air yang sejuk , sendi-sendi jari akan jadi kaku dan menyebabkan tapak tangan dan jari-jari menguncup sambil kesakitan yang amat sangat. Hal ini pernah terjadi berkali-kali kepada saya. Lagi sekali, alangkah lemahnya manusia. Air sejuk sahaja dapat mencacatkan tangannya!!!

Namun manusia terus berasa dirinya gagah terutama ahli bina badan dan ahli gusti? Sesungguhnya perasaan demikian akhirnya akan membinasakan jasad mereka juga disebabkan perkara yang mereka tidak terfikir dan tidak menyangkainya. Jadi, sematkan dalam ingatan mereka bahawa yang kuat itu hanyalah TUHAN.

Wanita yang terasa cantik sangat hingga kembang duburnya (akibat bangga), namun disebabkan perkara yang mereka tidak terfikir dan tidak menyangkainya, maka segera berubah menjadi hodoh padahal umur masih muda. Contohnya, hanya kerana selalu sedih, wajahnya yang cantik berangsur-angsur rosak kejelitaannya dan menjadi semakin hodoh. Hanya perasaan membinasakan kejelitaannya. Lagi sekali, alangkah mudah manusia itu rosak dan alangkah lemahnya manusia itu. Sesungguhnya di padang mahsyar nanti, Allah tidak berfirman: “Sesiapa yang ketika di dunia dia gagah dan cantik, sila masuk ke syurga”.

Orang yang kaya tiba-tiba jadi miskin . Saham jatuh. Kilang terbakar. Syarikat insuran tak dapat tunaikan janji sepenuhnya. Pekerja mogok. Ramai letak jawatan. Pekerja tak amanah. Rakan kongsi tak jujur. Rumah banglo, kereta Ferrari yang dibeli secara angsuran terpaksa ditarik oleh penarik kereta sebab dah miskin. Syarikat sudah bangkrap. Kerajaan pun tak ingin ambil-alih. Lagi sekali alangkah lemahnya manusia. Ibarat si Qarun dengan mahligainya ditelan bumi kerana derhaka kepada Allah s.w.t.

Walaupun anda berada dalam kedudukan dan keadaan yang anda anggap terkuat, terjamin tetapi bila Tuhan hendak menarik balik segala nikmatNya, Allah hanya berfirman: “Jadilah ……” , maka serta-merta anda jadi lemah dalam segala hal. Jadi hina dan diaibkan. Itu belum termasuk perasaan malu, hina dan rendah diri bila berada di alam akhirat seperti ketika di Padang mahsyar, segala kejahatannya didedahkan di hadapan segala manusia dari sejak zaman nabi Adam hingga hari kiamat, semua berkumpul di padang itu yang terletak di antara syurga dan neraka. Semua manusia itu mengetahui tentang dosa orang itu. OOOOOHHHHHH alangkah malunya!!! Yang dikerjakan ketika sembunyi ketika di dunia pun diketahui semua manusia itu. Dan manusia di padang mahsyar itu bertelanjang bulat, tiada pakaian.

Pernah ada berita melaporkan seorang dimasukkan ke hospital sebab tidak dapat menghentikan ketawanya. Ketawa pun dapat membunuh manusia?

Ada orang minum lalu tiba-tiba jatuh dan disahkan mati. Ada ramai  yang dikatakan tidur tetapi sebenarnya mereka telah mati. Nenek saya mati ketika tidur. Ada pernah dilaporkan oleh berita bahawa ada seorang mati ketika sedang melakukan persetubuhan, seks.

Nabi Sulaiman kelihatan lama berdiri dengan tongkatnya, Tiada jin dan manusia yang jadi rakyatnya menyedari bahawa baginda telah pun mati tetapi masih dalam keadaan berdiri sehingga anai-anai yang memakan tongkat baginda menyebabkan tongkat itu tidak lagi dapat menahan tubuh baginda yang berdiri lalu baginda jatuh . Terperanjatlah segala rakyat jelata baginda.

Alangkah takutnya kita. Entah bila kita mati? Mungkin anda mati ketika sedang membaca blog dan halaman yang saya taip ini?

Mungkin saya mati ketika sedang menaip ini?

Sesungguhnya berbahagialah orang yang telah cukup bersedia untuk mati dengan memperbanyakkan istighfar, taubat, zikir, amalan sunat, ……..???

Sebenarnya belum tentu lagi kerana nabi Muhammad pernah bersabda terdapat manusia yang amalannya sangat baik sehingga syurga itu sangat hampir kepadanya tetapi bila dia mati, tempatnya di neraka. Hal inilah yang orang-orang sufi selalu ingat dan bimbang tentang hadis ini!!!

Tubuh kita Allah pinjamkan dan Dia akan ambil balik.