Kasta Moden Yang Dibenarkan!!

Kasta dalam agama Hindu? Pada zaman dahulu kewujudan kasta dianggap menasabah. Kasta itu menggolongkan manusia. Ada yang dianggap taraf yang rendah, ada yang tinggi. Islam pula tidak mengkastakan manusia. Dalam Islam, semua manusia itu sama taraf tetapi yang membuat manusia itu rendah ialah kerana kekotoran hatinya, kejahilannya, kefasikannya.

Walaupun kasta telah dianggap kebodohan silam tetapi kasta moden pula wujud. Yang ini tidak berkaitan bangsa tertentu. Hal ini  dapat terjadi kepada semua bangsa! Ia adalah kebodohan zaman moden, yang masih terjadi atau masih berbaki , kewujudannya.

Kerusi kerani tidak boleh lebih tinggi, tak boleh lebih besar, tak boleh lebih selesa daripada golongan eksekutif atau pengarah. Apa salahnya jika kerani pun dapat kerusi seperti pengarah supaya dapat menyandarkan tengkuk, supaya selesa, dapat berehat lebih baik , supaya kerja dapat lebih cemerlang?  Kenderaan orang bawah tidak boleh diletak di tempat letak kenderaan yang khas untuk ketua jabatan walaupun ketua jabatan itu cuti. Orang pangkat rendah tidak boleh masuk ke tandas VIP. Kasihan orang bawahan yang terberak di koridor sebab terpaksa pergi tandas orang bawahan yang terletak jauh.  Bila diumumkan kenaikan gaji dan elaun , gaji dan elaun pangkat tertinggi dan lebih tinggi lebih banyak daripada pangkat lebih rendah. Apa salahnya jika kenaikan sama rata untuk semua pangkat? Akauntan Negara pun senang kira. Tak pening mengira.  Di dewan atau majlis syarahan, ceramah…. kerusi dan meja orang pangkat tertinggi, eksekutif telah disediakan khas, berada di hadapan. Apa salahnya jika letak di belakang atau mereka duduk bersama orang bawahan. Nabi Muhammad duduk dan baring dengan orang miskin padahal nabi Muhammad ialah makhluk yang paling Allah cinta dan nabi Muhammad ketika itu ialah pemerintah Negara Islam. Ketua Negara. Masih banyak lagi contoh kasta moden dalam jabatan….

Bagaimana pula kasta dalam keluarga? Bila hari raya, anak dan isteri kena minta maaf . Maafkan saya ayah, maafkan dinda , kanda. Bapa atau suami pula tidak pernah minta maaf kepada anak dan isteri. Sebab Al-Quran sudah menjamin dia itu maksum? Lebih tinggi taraf daripada nabi Muhammad? Padahal nabi Muhammad meminta ampun kepada Allah setiap hari. Nabi Muhammad juga pernah mengakui kesalahan arahan beliau kepada manusia. Juga ada sumber yang saya baca memberitahu bahawa nabi Muhammad ada melakukan kesilapan kepada seorang manusia dan nabi Muhammad meminta orang itu membalas .

Lihat buku perintah am atau pekeliling….. Pembayaran elaun yang tidak sama berdasarkan kasta pangkat…. pengiraan yang dapat memeningkan akauntan. Perkara yang bersen nilainya dalam bentuk ganjil. Kenapa tidak digenapkan sahaja supaya senang kira?

Guru sekolah masuk kelas, pelajar kena berdiri dan mengucapkan: “Asalamualaikum”. Kalaulah asalamualaikum itu dipaksakan, jadilah ibadat yang tidak ikhlas. Ini haram. Padahal nabi Muhammad melarang sahabat beliau berdiri untuk menghormati baginda. Tidak perlu menyiksa diri demikian. Bukan kecemasan. Jadilah orang yang waras akal fikirannya. Guru sekolah menengah ada kasta lebih tinggi daripada pelajarnya.

Kasta moden adalah satu bentuk penghinaan. Lambang keegoan, ketakburan, kemegahan. Menjadi bidaah sesat yang haram. Lebih gila, jika bahasa yang boleh dituturkan oleh golongan tertentu sahaja. Bahasa istana? Nabi Muhammad tidak pernah menyusahkan manusia dengan meminta manusia berkata: “Daulat Muhammad!  Sembah patik harap diampun!”. Semua ini mewujudkan kesombongan dan kemegahan seberat zarah atau lebih berat daripada zarah itu, punca masuk neraka.

Taat membuta tuli, masuk neraka. Taat kepada kebiasaan organisasi, masyarakat sedunia yang bodoh, gila dan kejam, punca masuk neraka. Tinggalkanlah kasta yang bodoh, gila dan zalim. Taat orang buta, tidak Nampak hakikat. Taat orang pekak [tuli], tidak sedar arahan itu sebenarnya zalim dan membuli.

Hamparan permaidani untuk laluan menteri. Kenapa laluan pun ada kasta? Kenapa perlu membazir wang rakyat beli permaidani? Menteri tak tahu berjalan di rumputkah? Mengapa ada pelbagai gelaran yang mewujudkan sifat bermegah-megah, bangga yang diharamkan dalam ISLAM? Datuk, Datin, Tan Sri, Puan Sri, A.M.N, pingat itu dan ini? Ini percikan kasta.  Selamatkan orang , dapat pingat hang tuah. Bukankah nabi Muhammad bersabda, bahawa tiada kelebihan kepada manusia melainkan orang yang lebih bertakwa? Kalau selamatkan orang untuk dapat pingat, bermakna tak ikhlas kerana Allah. Mengapa wujudkan factor tak ikhlas dengan wujudkan anugerah itu dan ini?

Nabi Muhammad tidak suka bermegah-megah. Tiada gelaran Tan Sri Nabi Muhammad A.M.N.

Terlalu banyak bidaah sesat haram dalam kehidupan hari ini.

Apabila pengurus meminta operator lebih cepat daripada mesin kilangnya, maka seperti merendahkan /mengkasta-rendahkan operatornya yang tiada hak untuk membantah. Bila manusia jadi hamba atau dipermesinkan.

IMAM MAHDI DAN BINTANG IRINGAN AKAN DATANG UNTUK MENGHAPUSKAN KASTA, MEMBETULKAN OTAK MANUSIA , MEMBETULKAN PERASAAN MANUSIA. ALLAHUAKBAR!

piala hang tuah

 

 

Advertisements

Keseragaman Peraturan Antarabangsa > Oleh Jeritan Seantero Dunia

Apakah yang saya maksudkan dengan judul karangan kali ini? Saya maksudkan peraturan yang sama digunakan oleh semua negara. Walaubagaimanapun ini bukanlah sesuatu yang mudah. Sesetengahnya mudah . Contohnya peraturan jalanraya? Apabila pergi ke luar negara dan anda memandu di negara itu, lesen memandu yang anda dapat dari jabatan dalam negara anda boleh digunakan? Dunia lebih suka membuat 2 perundangan iaitu:

1= Peraturan dalam negara. Orang asing atau pelancung mesti mengikut peraturan negara yang dilawati

2=Peraturan dunia yang seragam hanya untuk perkara tertentu sahaja. Misalnya yang telah dipersetujui bersama dalam persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Walaubagaimanapun, sesuatu keputusan yang dibuat berdasarkan undian terbanyak atau suara majoriti bukanlah jaminan bahawa peraturan itu tentu adil. Kerana orang jahil dan berhati busuk macam tahi dan bangkai babi adalah paling ramai di dunia. Buktinya? Allah berfirman bahawa kebanyakan manusia tidak bersyukur. Tidak mensyukuri nikmat.

Malahan kewujudan kuasa veto, lebih menampakkan bahawa PBB itu sebenarnya telah menjadi alat kuasa besar dan diktator beberapa negara. Kuasa veto yang membatalkan keputusan suara majoriti?

persatuanPeguanSyarieMalaysiaLUPUSlogoterbaikpersatuanpenggunaISLAMmalaysiapersatuanperlindunganpengguna

ALLAH hanya meredhai agama ISLAM. Justeru peraturan dunia yang tidak berdasarkan garis panduan kasar untuk dunia yang ditentukan oleh wahyu atau ISLAM, maka bermakna peraturan itu TIDAK ADIL dan GILA!!!

Tetapi dikatakan bahawa orang bukan ISLAM tidak boleh dipaksa menganuti ISLAM!  Justeru, bagaimana untuk membentuk peraturan dunia yang seragam dan pada masa yang sama peraturan itu diredhai oleh ALLAH S.W.T???

Pada pendapat saya:

1> Semua negara Islam MESTILAH keluar dari ikatan pertubuhan atau pergabungan dengan negara bukan Islam. Misalnya membatalkan keahlian PBB. OIC boleh guna. Pertubuhan Negara Islam Sedunia haruslah dibentuk. Bina Di Persimpangan Kutub Antarabangsa. Pusat DPK Antarabangsa.

2> Ingat bahawa ajaran al-Quran tidak sama dengan wahyu ISLAM yang sebelum ini, yang terkandung dalam Kitab ZABUR, INJIL, TAURAT dan lain-lain , yang asal, yang ISLAM. Kerana al-Quran adalah ISLAM yang sesuai untuk semua bangsa, semua tempat, semua keadaan, semua masa dan zaman . Justeru nabi Muhammad menjadi NABI DAN RASUL yang TERAKHIR. Bukankah Allah telah berfirman bahawa pada hari ini Aku sempurnakan nikmatKU & Aku redha Islam menjadi …..? Kesyumulan Islam berada dalam 2 keadaan ini:

2.1> Panduan Kasar. Panduan ini untuk mencipta peraturan dunia yang diredhai oleh Allah. Peraturan yang dicipta oleh manusia berdasarkan panduan kasar yang dicipta oleh Allah ini bermakna peraturan itu ialah bidaah yang halal , yang tidak sesat dan kerana itu dianggap juga sebagai ajaran ISLAM. Sebab inilah ISLAM al-Quran itu mampu sesuai kepada semua keadaan, tempat, zaman dan bangsa sehinggalah hari KIAMAT!!!

2.2> Panduan Terperinci: Contohnya peraturan tentang perkahwinan, sistem faraid dan lain-lain. Peraturan ini sesuai untuk semua bangsa dan zaman juga.

JADI, SEBAB ITULAH SESIAPA YANG MENGATAKAN ISLAM ITU DAH KETINGGALAN ZAMAN, TAK SESUAI LAGI ATAU DIKATAKAN TIDAK LOGIK, TAK ADIL ADALAH PENDAPAT YANG GILA, JAHIL , ZALIM DAN MENYEBABKAN MUUUURRRRTAAAAAAAADDDDDDDDDDD!!!!

235744

Contoh ilmu dunia atau peraturan dunia yang boleh dianggap sesuai dengan garis panduan kasar ISLAM al-Quran??? Contohnya ialah peraturan lampu trafik iaitu jika lampu merah , mestilah berhenti. Bagaimana ada nabi kata jika lampu merah, mestilah berhenti? Di mana ada kereta pada zaman dahulu, zaman nabi?? Buat peraturan lampu merah ini bidaah sesat haramkah?

Allah ada berfirman dalam al-Quran bahawa janganlah meletakkan diri dalam kebinasaan. Justeru, firman ini adalah salah-satu panduan kasar yang membolehkan peraturan lampu merah itu dibuat sebab jika terus juga memandu walaupun lampu telah merah, kemalangan maut dapat terjadi padahal ini bermakna meletakkan diri dalam kebinasaan. Jadi peraturan mesti berhenti jika lampu trafik menjadi merah ialah bidaah dari jenis bidaah yang halal dan bukan dari jenis yang sesat yang menyebabkan ke neraka seperti yang dinyatakan dalam hadis: “Tiap-tiap yang bidaah itu sesat. Dan tiap-tiap yang sesat itu di neraka”.

Sejauh mana dapat menseragamkan peraturan? Lakukan keseragaman sejauh yang boleh dan mampu. Selebihnya, peraturan berbeza atau berasingan . Walaubagaimanapun, sama ada seragam atau berasingan, kedua-duanya terikat dengan syarat panduan kasar ISLAM, untuk mentadbir dunia, alam ini.

Bagaimana tentang orang yang bukan ISLAM atau orang KAFIR pula???!!! Walaupun umat ISLAM tidak bergabung dengan mana-mana organisasi atau pertubuhan yang ada negara atau bangsa kafir atau orang kafir, bukan bermakna tidak dapat dilakukan perbincangan antarabangsa di tempat yang khas untuk itu.

=1= Dalam persidangan antara orang atau negara ISLAM dengan orang atau negara bukan ISLAM, keputusan untuk mencipta peraturan antarabangsa haruslah berdasarkan ISLAM. Jika orang kafir tidak setuju. Keluar dari situ. Katakan kami (orang ISLAM) TETAP berpegang teguh dengan Perintah Allah dan RasulNYA!!!

=2=  Keseragaman peraturan antarabangsa MUNGKIN terdiri daripada kategori-kategori berikut yang wujud serentak:

***> Peraturan seragam yang disepakati oleh semua bangsa di dunia atau peraturan yang dikenakan kepada semua bangsa di dunia iaitu peraturan seragam yang sesuai dengan ajaran ISLAM TULIN.

***> Peraturan Berbeza atau Berasingan yang disepakati atau yang berdaulat dengan tenang yang sebenarnya masih sesuai dengan ajaran Islam Tulin. Peraturan ini  diamalkan oleh orang ISLAM dan bukan ISLAM di seluruh dunia di tempat-tempat tertentu sahaja.

***> Peraturan seragam yang disepakati oleh semua bangsa yang bukan Islam di dunia. Peraturan ini ada tidak sesuai dengan ISLAM. Peraturan ini tidak dikenakan kepada orang ISLAM. Dunia tidak menyalahkan orang ISLAM jika tidak mematuhi dan tidak mengamalkan peraturan ini, walaupun orang ISLAM itu tinggal di negara orang bukan ISLAM yang merupakan negara yang guna peraturan ini. Begitu juga, sesuatu organisasi dan pertubuhan yang terdiri daripada orang ISLAM DAN ORANG BUKAN Islam TIDAK MENYALAHKAN ahlinya yang beragama ISLAM jika tidak mematuhi peraturan ini. Dengan lain perkataan, orang Islam diberikan hak pengecualian , tidak terikat dengan peraturan ini.

***> Peraturan Berbeza atau Berasingan yang disepakati atau berdaulat dengan tenang yang hanya dikuatkuasakan kepada orang bukan ISLAM di tempat-tempat tertentu sahaja di dunia.

PUSAT DI PERSIMPANGAN KUTUB BOLEH BERFUNGSI JUGA UNTUK MENGKAJI DAN MENCADANGKAN DAN MENETAPKAN PERATURAN SERAGAM DAN PERATURAN BERBEZA YANG DAPAT DAN BOLEH DISEPAKATI OLEH ORANG ISLAM DAN ORANG BUKAN ISLAM DI SEANTERO DUNIA!!!  To refer menu

Bila Tentera Iblis Bertemu Dengan Malaikat > Oleh Panji-Panji Halimunan

Ada sumber yang mengatakan jumlah malaikat lebih banyak daripada jumlah jin . Malaikat lebih kuat daripada jin. Ada juga sumber yang mengatakan rupa sebenar malaikat jibrail sangat besar dan bersayap. Malaikat juga mampu mengubah bentuk asal , menjadi seperti manusia , sebagai contoh.

Membunuh syaitan tidaklah berdosa kerana mereka memang musuh yang nyata seperti yang diterangkan oleh Allah dalam al-Quran. Nyata sangat sehingga tidak mungkin mereka akan bertaubat. Ini takdir yang kekal. Mereka iaitu Azazil (raja jin jahat dan syaitan) dan syaitan telah ditakdirkan kekal dalam kejahatan sampai masuk ke neraka.

Raja syaitan atau Azazil atau disebut juga sebagai Iblis, tinggal di laut, di istananya. Organisasi Iblis terdiri daripada pelbagai jin kafir dan jahat yang ada pelbagai tugasan. Berdasarkan hadis, setiap manusia yang lahir ke dunia, ada saudara kembarnya iaitu jin jahat yang dinamakan sebagai Qarin. Qarin ini selalu mengikuti manusia yang dianggap sebagai kembarnya , yang lahir serentak dengan kelahirannya. Tugas Qarin ialah menampakkan yang baik itu haram atau susah dilakukan , dan menampakkan yang jahat dan buruk itu halal dan mudah dilakukan.

iblisjingodajinlagilawaksyaitan

Jin syaitan sentiasa cuba mengelakkan diri daripada bertemu dengan malaikat kerana biasanya malaikat tentu menang dalam perlawanan. Dikatakan bila bulan puasa, malaikat menangkap syaitan dan dipenjarakan Iblis dan syaitan ke bawah perut bumi yang sangat dalam dan dibebaskan selepas akhir bulan puasa. TETAPI kenapa manusia masih berbuat dosa? Sebab dalam tubuh manusia itu ada syaitan yang tidak dapat ditangkap oleh malaikat iaitu nafsu jahat manusia. Hati yang kotor mengambil masa yang panjang untuk dicucikan dengan sabun zikir , dengan berus mujahadah.

Ketika nabi Muhammad belum lahir, iblis dan syaitan dapat dengan mudah naik ke langit untuk mencuri tulisan-tulisan yang menyuruh orang berbuat baik. Selepas dicuri, tulisan itu diubah atau syaitan mencipta ajaran bidaah. Kemudian mengajarkannya kepada manusia. Bila nabi Muhammad telah lahir, iblis dan syaitan tidak dibenarkan naik ke langit tetapi Iblis berdegil dan memerintah tenteranya naik juga ke langit. Maka jin-jin itu naiklah ke langit tetapi tentera langit iaitu malaikat memanah jin-jin itu dengan panah api.sihirsoaljawabnabidenganiblissegitigabermudasyaitansyaitan6

Banyak jin yang terkena panahan api itu, jatuh ke dunia , menjadi cacat. Maka digelarkan jin yang cacat itu sebagai syaitan. Ini menurut satu pendapat. Pendapat lain tidaklah begini. Tentera iblis gagal dan kalah dalam peperangan dengan malaikat. Ada jin-jin yang ditugaskan menggoda manusia di pasar-pasar. Ada pendapat mengatakan jangan jadi orang yang pertama atau yang terakhir hadir ke pasar. Apakah bahayanya?

Apa pula jin ifrit? Ada yang mengatakan ifrit ialah jin kafir dan jahat , yang mempunyai kekuatan dan kelebihan tertentu. Dari mana datangnya ilmu sihir? Pada pendapat saya ilmu sihir dicipta oleh iblis dan syaitan. Sihir itu sebenarnya tidak mempunyai kuasa. Sihir itu sebenarnya syarat untuk manusia (pengamal sihir) mendapatkan bantuan jin. Ini pendapat saya. Jin mampu merasuk manusia, membuat wajah manusia kelihatan cantik. Mungkin dia menyerap terlebih dahulu ke wajah wanita yang mengamalkan sihir untuk kelihatan cantik. Kemudian jin yang dapat mengecilkan diri dan berada di wajah wanita itu mengubah wajah dia agar kelihatan cantik , kemudian wajah itu dikeluarkan , menyaluti wajah wanita itu. Jadi wanita hodoh itu kelihatan cantik. Ini teori saya saja.

Ilmu pengasih? Mungkin jin itu masuk ke hati dan otak manusia yang ingin digoda dengan ilmu pengasih itu lalu iblis itu menggoda agar manusia yang disihir dengan pengasih itu jatuh cinta dengan orang yang mengamalkan sihir atau ilmu pengasih itu.

Ilmu kebal? Mungkin iblis telah memperisaikan tubuh pengamal ilmu kebal tetapi perisai itu ghaib , tidak dapat dilihat. Justeru bila ada orang menetak orang yang mengamalkan ilmu kebal itu, maka tak lut, tubuhnya tidak cedera. Ini teori dan pendapat saya juga.

syaitan7syaitan8syaitan10syaitancurisyaitangoda

Jumpa bomoh, bomoh kata barang yang hilang itu ada di situ. Bila ke situ, memang benar ada. Jadi, bomoh boleh dipercayai? Ada hadis yang menyatakan bahawa bohong semua tukang nujum walaupun betul apa yang dikatakannya. Maksudnya, tukang nujum dan apa-apa jawatan yang termasuk dalam kategori ramalan nasib yang diharamkan ini (bomoh, dukun, pawang, dan sebagainya) sebenarnya tidak tahu, cuma meramalkan sahaja dan mengagak sahaja. Jin yang digunakan untuk mendapatkan maklumat barang hilang itu pun sebenarnya tidak tahu. Mungkin jin itu kata dia akan cari barang hilang dan jika jumpa, dia akan beritahu tuannya (bomoh). Mungkin juga jin itu yang diperintahkan oleh bomoh agar mencuri barang orang yang mendapatkan khidmat bomoh itu. Jadi, bila orang itu berjumpa bomoh itu, bomoh itu memang dah tahu di mana barang dia hilang. Jadi, bomoh itu dapat wang sebab ternyata barang yang hilang dijumpai di situ. Padahal ini sebenarnya tipudaya, pakatan antara bomoh dan jin untuk mendapatkan wang. Semua ini pendapat saya sahaja.

syaitanhasutSYAITANKACAUORANGSOLATsyaitanootugassyaitan

Ada saya baca satu kitab. Kitab itu mengatakan bahawa iblis (raja syaitan) akan lari dikejar oleh malaikat. Bila iblis nak terjun ke laut untuk melarikan diri, air laut tiba-tiba jadi kering. Allah memerintahkan agar segala jenis dan rasa kesakitan dikenakan kepada iblis itu oleh malaikat-malaikat yang mengepungnya. Maka IBLIS pun merasai pukulan dan siksaan daripada malaikat. Akhirnya matilah iblis itu.

Back to Home Page (halaman Utama)