GST=GREEDY SERVICE TAX!!!

 

GST ENCOURAGE ROBBER EXISTENCE!!!

GST ENCOURAGE ROBBER EXISTENCE!!!

GST!!
Dikatakan bermaksud GOODS & SERVICE TAX
tetapi maksud tersiratnya
Greedy Tax Service
AAAooouuuuuu!!
Jika tak wujud ia sudah memang dari dulu beli barang campur cukai
padahal yang adil ialah
cukai dibayar oleh penjual
yang berkemampuan setahun sekali
Bukankah begitu sepatutnya?

Beli barang RM1.99

Penjual kata RM2 DENGAN alasan penggenapan

Inilah riba atas nama penggenapan dipaksakan kepada pembeli

Itulah rompakan berlesen namanya

Bukan tak boleh jadikan barang sentiasa genap harga pada labelnya

Kalau bank Negara tak mahu cetak lagi satu sen

Pengilang kenakan GST kepada pemborong?

Pemborong kenakan GST kepada pengedar?

Pengedar kenakan GST kepada peruncit?

Peruncit kenakan GST kepada pembeli?

 

Itu belum termasuk ejen atau orang tengah

yang terjelir lidah, terkeluar liur

bahana haloba GST

 

Tiada guna limpahan BR1M

Tiada guna haruman bonus

tiada guna pangkat mendaki

tiada guna belaian subsidi

kalau GST DI RAJA PEROMPAK BERLESEN

Maka azab sengsara rakyat makin gelita

tiada bernoktah

 

Apabila kenaikan gaji , pangkat dan ijazah

menjadi racun ghaib kehidupan

kerana membolehkan pinjaman lebih tinggi

maka itulah sebenarnya kesenangan yang derita

sampai masanya impak keburukan mara juga

 

GST mengkumuhkan generasi perompak

rompakan menggoda rogol

rogol membangkitkan pembunuhan!!!

 

tamatkanlah nafas GST

sebelum istidraj menjadi tujuh matahari

meleburkan kesejukan selesa!!!

 

 

Saya pernah membaca sumber yang berkaitan system perniagaan Islam. Sumber itu menyatakan yang bermaksud pembelian mestilah dengan kerelaan kedua-dua pihak iaitu pembeli dan penjual. Jika tidak, boleh dianggap pembelian tidak wujud atau ia seperti rompakan. GST ialah perkara yang tidak disukai dan dipaksakan kepada pembeli. Pembeli bukan mahu membeli cukai. Tindakan beli cukai tidak bermanfaat kepada pembeli, malah ia telah mengurangkan kuasa beli pembeli dan menyebabkan pelbagai masalah lain seperti  mendorong berhutang padahal  hutang sering mempunyai banyak akibat buruk. Tiada wujud system perbankan Islam atau system pinjaman ISLAM di dunia ini kerana yang berlaku sebenarnya ialah system riba yang diberi nama sebagai system perbankan Islam dan system pinjaman Islam.

Sistem perniagaan Islam yang saya baca itu juga menyatakan yang bermaksud sesuatu yang dibeli haruslah sesuatu yang dapat diambil manfaatnya seperti dapat dilihat, disentuh dan digunakan. Bila beri barang yang harganya termasuk GST, maka bermakna GST itu dibeli tetapi tiada manfaat, tidak dapat dilihat, disentuh dan tidak dapat digunakan oleh pembeli. Haram urusan seperti ini, jika demikian.

Saya mengesyorkan agar pengguna atau pembeli mengutamakan syarikat atau kedai yang tidak mahu :

“menjual GST”. Contohnya, ada farmasi yang menjual ubat tidak termasuk GST kerana pemilik farmasi itu mungkin anti GST atau kasihan kepada pembeli. Utamakan kedai tidak kenakan GST, biar kedai-kedai yang zalim kerana kenakan GST itu BANGKRAP atau gulung tikar kerana tidak ada pembeli datang atau kerana kedai berGST itu “dipulaukan” oleh masyarakat.

Sesebuah kerajaan itu , yang membazir wang rakyat dengan aktiviti dan projek serta program yang haram dan tidak bermanfaat dan sesebuah kerajaan yang suka berhutang seperti berhutang dengan bank DUNIA yang dikuasai oleh puak Yahudi, maka impak atau akibat buruknya tidak boleh ditanggung oleh rakyat kerana dosa bazir dan hutang itu adalah dosa kerajaan. Rakyat tidak bersalah. Sesebuah kerajaan itu tidak boleh menGSTkan barang sebagai satu cara tamak, satu cara untuk bayar hutang kepada bank Dunia atau lainnya, satu cara mengatasi kerugian akibat pembaziran, cara yang biadab, menjadi perompak berlesen, merompak rakyat. Kroni-kroni kerajaan yang tamak??

Lambang alat penimbang pada lambang Barisan Nasional menggalakkan ketamakan hingga lahirlah GST??? GST seolah-olah melambangkan bahawa semua sumber yang jadi ketamakan dan rompakan sesebuah kerajaan itu telah digunakan. Bayangkan jika bank mengenai GST juga. Maka, jumlah pinjaman campur Riba campur pula GST CAMPUR pula insuran pinjaman campur pula kos urusan atau kos proses permohonan pinjaman. Bank pula mungkin menaikkan kadar bunga/riba yang disebutkan sebagai keuntungan atau faedah. 

Maka Tarzan pun bersua seorang manusia kaya

Kenapa engkau bogel padahal aku yang jadi tarzan pun masih berbaju

Lalu si kaya mengatakan aku terpaksa jual seluar dalam ku

Akibat GST telah menjadi tsunami kehidupan

 

KESIMPULAN: Jika satu hari nanti, ada berita di TV atau di akhbar mengatakan ada orang yang tidak berseluar dalam kerana terpaksa jual seluar dalam akibat serangan GST yang merompak, janganlah kita hairan.

 

 

Natijah Dari Sifat Jahat Tertua?> Oleh Sinaran Iffah

Apakah sifat jahat paling tua? Saya beri anda masa untuk menjawabnya:

Satu saat

Dua saat

Tiga saat

Empat saat

Lima saat

Enam saat

Tujuh saat

Lapan saat

Sembilan saat

Sepuluh saat

Ya . Sombong. Angkuh. Takbur. Berdasarkan al-quran, barulah tahu bahawa sifat sombong itulah yang jadi jenayah pertama makhluk berakal. Apabila Allah memerintahkan malaikat sujud kepada nabi Adam, malaikat patuh tetapi Azazil yang menjadi ketua malaikat enggan sujud. Allah tanya kenapa Azazil enggan sujud. Azazil berkata bahawa diri dia lebih baik kerana dijadikan daripada api sedangkan nabi Adam dijadikan daripada tanah. Allah murka dan menghukum Azazil sebagai murtad. Azazil dihalau dari syurga. Maka wajah Azazil yang cantik molek itu tiba-tiba berubah menjadi hodoh. Maka sakitlah hati Azazil. Kerana itu dia bersumpah akan menyesatkan seluruh keturunan Adam dan kata dia kepada Tuhan, nescaya Kau (Allah) melihat hanya sedikit manusia yang beriman , yang soleh dan solehah.

Kerana penderhakaan Azazil, dia digelarkan sebagai IBLIS. Iblis dihalau ke dunia. Maka iblis pun turun bersama pengikutnya yang terdiri daripada golongan jin kafir dan jahat. Mereka turun ke dunia ini sambil bersiul-siul. Sebab itu orang Islam dilarang bersiul-siul. Haram. Tempat yang mula-mula dikunjungi iblis ialah laut. Iblis membina istananya di laut. Di tempat yang ghaib. Mungkinkah peristiwa tragedi di zon yang digelarkan sebagai zon Tiga Segi Bermuda ada kaitan dengan zon istana Iblis??? Adakah iblis telah memerintahkan tenteranya agar membinasakan kapal, kapalterbang dan apa juga yang menghampiri zon istananya kerana pencerobohan di dekat situ ditegah IBLIS???? 

Sombong bermaksud merasa diri lebih sempurna, lebih baik sambil merasa hina dan jijik terhadap orang yang dianggap lebih rendah taraf dan kedudukannya daripada dia. Menganggap orang yang lebih rendah itu tiada keistimewaan tersendiri atau tidak mungkin mampu jadi lebih baik daripadanya. Menganggap kelebihannya tidak dapat berkurangan nilainya atau tidak boleh dimusnahkan. Percikan sifat yang terhasil dari sifat kesombongan itu ialah seperti kebanggaan, merasa megah.

Sifat sombong juga menghasilkan pelbagai personaliti lain sebagai natijah daripada kesombongan. egolahegoisegoegolagi

Seseorang yang sombong akan menghidap penyakit hati yang lain. Contohnya, kerana wujud kesombongan, dia akan bersifat diktator. Suka memerintah orang kerana dia rasa diri dia sahaja yang betul dan pandai. Justeru, orang lain mestilah mentaati dirinya. Itulah pendapatnya. Ketika umat nabi Musa bertanya siapakah orang yang paling pandai. Nabi Musa menjawab diri beliaulah yang paling pandai. Kerana itu, Allah mendatangkan Khidir kepada beliau . Ada yang mengatakan Khidir bukan nabi, cuma seorang wali Allah. Tak pastilah yang mana betul. Khidir datang untuk menguji kepandaian nabi Musa. Nabi Musa diminta jangan bertanya tentang apa yang dilakukan Khidir. Nabi Musa mengikuti ke mana Khidir pergi dalam ujian-ujian itu. Khidir telah membunuh seorang kanak-kanak DAN macam-macam perbuatan pelik yang dilakukan beliau, MENYEBABKAN nabi Musa bertanya dan melaranginya. Tetapi Khidir enggan beritahu sebab sehingga semua ujian itu telah dilalui  oleh Musa. Nabi Musa ternyata gagal dalam ujian itu. Kerana ternyata perbuatan Khidir itu diredai oleh Allah . Justeru, barulah nabi Musa menyedari bahawa ada orang yang lebih pandai daripada dia setelah Khidir memberi sebab-sebab mengapa dia melakukan perkara-perkara pelik yang dianggap sebagai haram oleh nabi Musa. Contohnya, kanak-kanak itu dibunuh oleh Khidir kerana kanak-kanak itu akan menderhaka kepada ibubapa dia bila dewasa. Jadi , supaya kanak-kanak itu tidak masuk ke neraka, maka Khidir membunuhnya.

Jika seseorang itu sombong dengan kecantikan pula, apa akibatnya? Sifat sombong begini menyebabkan terjadi sifat suka melaram, suka bersufur, suka berikhtilat dengan yang bukan muhrimnya, suka bertabaruj. Sifat berikhtilat ini pula menghasilkan sifat suka berkhalwat. Sifat berkhalwat ini pula menghasilkan sifat perzinaan pula.

Jika seseorang itu sombong dengan kekuatan tubuh pula, apa akibat atau natijahnya?  Dia mungkin jadi samseng, panas-baran, perompak, pembunuh, perogol. Itulah contoh natijahnya. Kesudahannya? Kesudahannya, masuk penjara, kena sebat, kena buang negeri, kena hukuman tali gantung, …………

Kesempurnaan Tuhan ialah Kesempurnaan yang sebenar. Kesempurnaan makhluk atau manusia ada had dan dapat pula susut nilainya. Yang cantik akan jadi tua hodoh . Yang kuat akan jadi tua lemah, uzur, akhirnya mati. Jadi, kemanakah kebanggaannya? Tidak dapat dibawa ke kubur dan ke akhirat!!!

Justeru, wanita yang menunjukkan wajah dan aurat ialah wanita bodoh, jahil, ….kerana perbuatan itu sebenarnya merendahkan taraf kewanitaannya, sebenarnya menghina dirinya sendiri. Lelaki yang bertubuh seperti ahli bina badan yang menunjukkan kekuatannya kerana kesombongannya sebenarnya orang bodoh, jahil kerana perbuatan itu sebenarnya menghina dirinya sendiri, merendahkan kelelakiannya!!!

Sombong dengan harta yang banyak, pangkat, ijazah, wang kejutawanan??? Bagaimana pula???? Fikir-fikirlah jauh-jauh sampai ke perut bumi yaaa!!!! Click here to refer anything from top.