Menggali Rahsia Kelemahan By Sinaran Iffah

Apabila Allah azzawajalla hendak menjadikan atau mencipta sesuatu , Allah hanya berfirman; “Jadilah!”. Maka terjadilah sesuatu itu.

Justeru, apa yang kita cipta juga sebenarnya apa yang Allah perintahkan demikian (sebenarnya Allah yang cipta). Justeru hapuskan sifat suka bermegah-megah dan berbangga-bangga kerana semua itu hanya  menyebabkan kerosakan kerohanian seperti rosak akal, rosak jiwa.

Ramai manusia yang sering tidak sampai cahaya akalnya menyedari atau meyakini sesuatu itu dapat musnah dengan jalan yang tidak disangkai atau pada tahap dan waktu demikian.

Dapatkah tali pinggang yang dipakai dalam kereta itu merosakkan kita jika kita memakainya? Kebanyakan orang , mungkin menganggap tali pinggang dan tali badan serta bahu itu sudah jadi amalan untuk keselamatan di jalan-raya. Sebenarnya telah berlaku peristiwa tali pinggang menjerut perut sehingga berlaku pendarahan dalaman. Tentu ramai yang tidak terfikir begini? Hal ini ibu saya dapat berita daripada seorang wanita yang memberitahu ada keluarga beliau mengalami hal itu. Kejadian ini terjadi apabila pembrekan dan kemalangan jalan-raya terjadi.

Yang selalu terbayang dalam fikiran ramai ialah jika tubuh tercampak kuat , tercampak keluar dari kereta dalam sesuatu kemalangan jalan-raya, ialah tubuh akan luka parah tetapi kakak wanita yang beritahu ibu saya itu tidak luka dan tiada tanda kecederaan apa pun tetapi kakak wanita yang jadi sepupu nenek saya itu telah meninggal dunia di tempat kemalangan itu.

Apabila postur atau kedudukan tidak betul seperti postur baring, duduk, berjalan, mengangkat sesuatu, maka sendi mungkin rosak atau cacat atau sakit. Alangkah lemahnya manusia. Orang yang gagah seperti ahli bina badan pula, jika hanya satu uratnya putus atau dihinggapi kuman, maka jadilah pula dia orang yang sangat lemah.

Alangkah mudah manusia melupakan atau terlupa tentang tarikh mereka akan mati. Dunia ini selalu Berjaya menyebabkan mereka terlupa atau sengaja melupakan kematian yang selalu memburu nyawa mereka setiap hari!!!

1=ChangeThis

Peringatan Harian Yang Pertama = Pastikan ini telah mengunci, berfungsi atau sama ada perlu ditukar atau tidak

Second Daily Reminder = Make sure whether you have to change it to solid grill or better or repair or hit any nail.

Second Daily Reminder = Make sure whether you have to change it to solid grill or better or repair or hit any nail.

Third daily reminder =investigate It At Night Also. Switch on alarm clock to patrol in your house at night everyday!!!

Third daily reminder =investigate It At Night Also. Switch on alarm clock to patrol in your house at night everyday!!!

Apabila kamu sedang menikmati makanan dan minuman, sila ingat adakah itu ialah sarapan terakhir anda? Bahawa selepas itu anda akan mati? Adakah Tuhan beri hidangan lazat itu kerana cinta kepada anda atau Dia beri dengan murka kerana Anda orang yang selalu tidak bersyukur? Makna bersyukur bukanlah semata-mata ucapkan Alhamdulillah tetapi ialah orang yang mengucapkan Alhamdulillah dan berusaha mentaati segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya. Allah berfirman di dalam al-Quran bahawa “Kebanyakan manusia tidak bersyukur.”

Apabila kamu makan, tiba-tiba gigi kamu patah hanya kerana memakan keropok yang keras. INI PERNAH terjadi kepada saya. Siapa sangka keropok dapat mematahkan dan memecahkan gigi yang dirasakan kuat? Alangkah lemahnya manusia.

Air? Benda yang “lembik”. Jika disentuh air yang bersih itu tidak mungkin akan mencederakan anda? Pernah terjadi apabila terlalu lama mandi dengan air yang sejuk , sendi-sendi jari akan jadi kaku dan menyebabkan tapak tangan dan jari-jari menguncup sambil kesakitan yang amat sangat. Hal ini pernah terjadi berkali-kali kepada saya. Lagi sekali, alangkah lemahnya manusia. Air sejuk sahaja dapat mencacatkan tangannya!!!

Namun manusia terus berasa dirinya gagah terutama ahli bina badan dan ahli gusti? Sesungguhnya perasaan demikian akhirnya akan membinasakan jasad mereka juga disebabkan perkara yang mereka tidak terfikir dan tidak menyangkainya. Jadi, sematkan dalam ingatan mereka bahawa yang kuat itu hanyalah TUHAN.

Wanita yang terasa cantik sangat hingga kembang duburnya (akibat bangga), namun disebabkan perkara yang mereka tidak terfikir dan tidak menyangkainya, maka segera berubah menjadi hodoh padahal umur masih muda. Contohnya, hanya kerana selalu sedih, wajahnya yang cantik berangsur-angsur rosak kejelitaannya dan menjadi semakin hodoh. Hanya perasaan membinasakan kejelitaannya. Lagi sekali, alangkah mudah manusia itu rosak dan alangkah lemahnya manusia itu. Sesungguhnya di padang mahsyar nanti, Allah tidak berfirman: “Sesiapa yang ketika di dunia dia gagah dan cantik, sila masuk ke syurga”.

Orang yang kaya tiba-tiba jadi miskin . Saham jatuh. Kilang terbakar. Syarikat insuran tak dapat tunaikan janji sepenuhnya. Pekerja mogok. Ramai letak jawatan. Pekerja tak amanah. Rakan kongsi tak jujur. Rumah banglo, kereta Ferrari yang dibeli secara angsuran terpaksa ditarik oleh penarik kereta sebab dah miskin. Syarikat sudah bangkrap. Kerajaan pun tak ingin ambil-alih. Lagi sekali alangkah lemahnya manusia. Ibarat si Qarun dengan mahligainya ditelan bumi kerana derhaka kepada Allah s.w.t.

Walaupun anda berada dalam kedudukan dan keadaan yang anda anggap terkuat, terjamin tetapi bila Tuhan hendak menarik balik segala nikmatNya, Allah hanya berfirman: “Jadilah ……” , maka serta-merta anda jadi lemah dalam segala hal. Jadi hina dan diaibkan. Itu belum termasuk perasaan malu, hina dan rendah diri bila berada di alam akhirat seperti ketika di Padang mahsyar, segala kejahatannya didedahkan di hadapan segala manusia dari sejak zaman nabi Adam hingga hari kiamat, semua berkumpul di padang itu yang terletak di antara syurga dan neraka. Semua manusia itu mengetahui tentang dosa orang itu. OOOOOHHHHHH alangkah malunya!!! Yang dikerjakan ketika sembunyi ketika di dunia pun diketahui semua manusia itu. Dan manusia di padang mahsyar itu bertelanjang bulat, tiada pakaian.

Pernah ada berita melaporkan seorang dimasukkan ke hospital sebab tidak dapat menghentikan ketawanya. Ketawa pun dapat membunuh manusia?

Ada orang minum lalu tiba-tiba jatuh dan disahkan mati. Ada ramai  yang dikatakan tidur tetapi sebenarnya mereka telah mati. Nenek saya mati ketika tidur. Ada pernah dilaporkan oleh berita bahawa ada seorang mati ketika sedang melakukan persetubuhan, seks.

Nabi Sulaiman kelihatan lama berdiri dengan tongkatnya, Tiada jin dan manusia yang jadi rakyatnya menyedari bahawa baginda telah pun mati tetapi masih dalam keadaan berdiri sehingga anai-anai yang memakan tongkat baginda menyebabkan tongkat itu tidak lagi dapat menahan tubuh baginda yang berdiri lalu baginda jatuh . Terperanjatlah segala rakyat jelata baginda.

Alangkah takutnya kita. Entah bila kita mati? Mungkin anda mati ketika sedang membaca blog dan halaman yang saya taip ini?

Mungkin saya mati ketika sedang menaip ini?

Sesungguhnya berbahagialah orang yang telah cukup bersedia untuk mati dengan memperbanyakkan istighfar, taubat, zikir, amalan sunat, ……..???

Sebenarnya belum tentu lagi kerana nabi Muhammad pernah bersabda terdapat manusia yang amalannya sangat baik sehingga syurga itu sangat hampir kepadanya tetapi bila dia mati, tempatnya di neraka. Hal inilah yang orang-orang sufi selalu ingat dan bimbang tentang hadis ini!!!

Tubuh kita Allah pinjamkan dan Dia akan ambil balik.

Teori Suara Merdu > Oleh Perintis Minda

KINI KOMUNIS BERJAYA MENJAJAH PULAU PINANG???!!!

KINI KOMUNIS BERJAYA MENJAJAH PULAU PINANG???!!!

Sebelum Perintis Minda menyatakan teori Perintis Minda tentang SUARA MERDU, biarlah saya terangkan sedikit hal tentang logo Parti DAP di atas:

Ada orang , bekas ahli parti PAS yang menyatakan bahawa logo parti Democratic Action Party (DAP) mempunyai persamaan dengan logo Tugu Peringatan Tentera Koumintang Komunis China YANG terletak di Ruijin City, Xinhua Cina. Selepas ini adakah akan terjadi orang yang mengatakan Komunis akan memerintah Malaysia dengan menggunakan konsep Demokrasi dan Pilihanraya???

Teori Suara Merdu ini ialah kajian yang diperbuat oleh saya sendiri. Alat apakah yang saya gunakan untuk menghasilkan teori ini??  Ohhh itu rahsia. Saya tahu ramai yang menyalahgunakan suara dengan menyanyi lagu haram seperti lagu asmara. Justeru , saya enggan buka rahsia. Ada sebab-sebab lain lagi mengapa saya enggan buka RAHSIA!!!

IKONLAGULE

Walau apapun cara yang anda gunakan untuk menjadikan suara anda merdu, anda tidak akan dapat lebih merdu daripada suara nabi DAUD. Kerana suara merdu nabi Daud ialah MUKJIZAT.

Suara nabi Daud dikatakan dapat menyebabkan beburung datang menghampiri nabi Daud kerana beburung itu terpesona terhadap suara nabi itu. Malah dikatakan suara beliau dapat menyebabkan aliran sungai terhenti.

Ada orang mengatakan makanan tertentu dapat menambahkan kemerduan suara?? Entahlah? Mungkin setakat suara jadi lebih baik, lebih jelas,  tetapi bukan jadi merdu.

Suara yang merdu mempunyai sifat-sifat yang istimewa. Suara yang merdu memiliki keadaan bunyi seperti anda bercakap dalam tempayan. Cuba masukkan kepala anda ke dalam tempayan dan berkata-katalah atau menyanyi dalam keadaan begitu. TENTULAH bunyi suara anda itu berbeza dengan bunyi suara anda ketika di luar tempayan.

Suara merdu juga mempunyai ciri daya sedutan yang luarbiasa tinggi tahapnya. Gelombang suara yang menarik ke dalam tekak. Merbahaya jika ada objek di luar mulut anda . Sedutan itu ibarat vacuum cleaner yang menarik masuk ke dalam esofagus anda atau kerongkong. Jadi, awas!

Suara merdu juga mempunyai ciri kejelasan sukukata yang tinggi yang menghasilkan kemerduan. Justeru, orang yang bersuara merdu memiliki daya tahan nafas yang sangat tinggi atau tinggi. Iaitu suaranya jarang atau tidak mudah terputus atau terhalang. Penting diingatkan bahawa daya tenaga berlebihan atau luarbiasa yang terjadi kerana tekanan suara yang tinggi atau sangat jelas mungkin menyebabkan pendarahan dalaman seperti pada peti suara. Ini merbahaya dan mungkin menyebabkan kanser peti suara.

Suara merdu juga mempunyai ciri gelombang tidak sengaja. Iaitu bunyi pada sesuatu sukukata yang terhasil iramanya secara tidak dirancang pada mulanya oleh penyanyi tersebut.

Suara merdu juga mempunyai tahap gambaran emosi yang tinggi dan mudah dilakukan. Bunyi dan irama suaranya sangat dapat menggambarkan emosinya ketika bunyi dan irama itu dilahirkannya.

Tidak semua penyanyi bersuara merdu mempunyai semua ciri suara merdu. Peratus nilai suara merdu atau tahap kemerduan suara akan berkurangan kerana pelbagai faktor seperti:

1= Sakit

2=Irama alat muzik atau irama lagu

3=Usia semakin bertambah

Sesetengah suara merdu yang halus menjadi lebih kasar atau besar bila usia semakin meningkat dan tahap kemerduan juga semakin berkurangan. Jika irama alat muzik itu tidak sedap didengari atau kurang sedap atau lagu itu memang berirama tidak atau kurang sedap, maka tahap kemerduan suara penyanyi yang bersuara merdu itu juga akan berkurangan kerana semangat minat lagu itu juga mempengaruhi tahap kemerduannya.

Suara merdu juga ada bahaya lain iaitu mungkin dapat menyebabkan wanita merindui kerana jatuh cinta selepas mendengar kemerduannya sehingga menyebabkan wanita itu jatuh sakit. Hal seperti ini pernah berlaku dalam sejarah dunia!!!

NAMUN MERDU YANG MEROSAKKAN JIWA DAN MENTAL SEPERTI MERDU DENGAN MENYANYI LAGU HARAM ADALAH KEINDAHAN PALSU. GUNAKAN SUARA MERDU UNTUK MEMUJI ALLAH DAN NABI SEPERTI MEMBACA AYAT AL-QURAN SECARA BERLAGU MERDU, MENDENDANGKAN AZAN DENGAN BETUL TAJWID DAN MERDU KERANA HAL-HAL SEPERTI INI DAPAT MEMBANTU UNTUK MEMBERSIHKAN HATI SUPAYA LEBIH BAHAGIA. INILAH KEINDAHAN DAN KEMERDUAN YANG SEBENAR!!!

Pernah dilaporkan oleh sebuah syarikat akhbar yang mengatakan di sesetengah hospital di MESIR, rakaman lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi Mesir yang bersuara merdu digunakan untuk mempercepatkan kesembuhan pesakit. Dikatakan bila pesakit mendengar suara merdu itu, pesakit akan lebih cepat sembuh!!!

Ada ustaz yang berpendapat lagu asmara boleh dilakukan oleh suami untuk isteri atau sebaliknya, tanpa didengari oleh orang yang tidak boleh mendengarnya.

Suara merdu juga mempunyai ciri yang tidak dapat diketahui oleh pendengar suara merdunya. Contoh ciri ini ialah getaran letrik pada gigi atau dekat gusi. Bunyi getaran seperti getaran elektrik ini hanya didengari oleh penyanyi itu kerana bunyinya sangat halus dan perlahan.

Walaubagaimanapun, ciri getaran elektrik ini tidak mudah terjadi . Apa yang menyebabkan terjadi getaran ini juga sukar dikesan kerana ia terjadi sebentar sahaja dan jarang berlaku. Pada tubuh manusia, ada sumber yang menyatakan ada cas-cas elektrik. Tetapi , saya berpendapat bunyi getaran elektrik ini bukanlah cas elektrik tetapi gelombang bunyi yang terhasil kerana daya kehalusan suara yang tinggi atau tahap kejelasan sukukata yang tinggi.

ANDA  BERAK, KEMUDIAN KELUAR JAMBAN, TAK MANDI??? Percikan air najis sangat halus, tidak kelihatan, memercik ke pakaian, rambut, muka, tangan anda,…. Justeru anda MESTILAH MANDI SEGERA. Klik kembali ke bilik air.