Saya rasa marah sebab artikel telah disahkan (mengikut system) saved tetapi bila saya buka papan pemuka, ia terletak dalam draf, saya menyangka ada yang telah diterbitkan iaitu artikel dalam draf itu tetapi sebenarnya hanya ada di draf. SAYA MEMADAMKANNYA SECARA permanent kerana menyangka ia telah diterbitkan sebab telah datang mesej saved. Nampaknya server wordpress.com mempermain-mainkan saya. Telah banyak kali mesej saved dan telah terbit diberikan kepada saya untuk pelbagai artikel saya tetapi sebenarnya masih di dalam draf. SAYA TERPAKSA MENAIP SEMULA ARTIKEL YANG SAYA MUSNAHKAN INI: lain kali saya tidak akan menggunakan wordpress.com lagi????
Anwar Ibrahim , seorang pejuang reformasi mengatakan bahawa Malaysia ialah Negara yang mengeksport minyak (=menjual minyak) dan hasil jualan Malaysia mendapat RM700 billion. Bekas timbalan perdana menteri Malaysia itu mengatakan bahawa Negara seperti Indonesia dan Thailand mengimport minyak, sebab itu mereka menaikkan harga minyak yang di jual di stesen Negara itu kerana jika tak buat begitu, siapa yang nak bayar untuk import minyak? Jadi, alasan pihak kerajaan Malaysia yang mengatakan mereka hendak menaikkan harga minyak di stesyen minyak di Malaysia sebab Negara seperti Thailand dan Indonesia menaikkan harga minyak petrol tidak dipersetujui oleh Datuk Anwar Ibrahim.
Apabila harga minyak petrol naik, Pengeluar biasanya akan menaikkan harga atas sebab kos pengangkutan bertambah (kos petrol). Bila ini berlaku, jumlah keuntungan runcit bagi sesuatu harga kilang yang boleh diperolehi oleh peruncit turut berkurangan. Keadaan ini sama ada pekedai itu beli secara runcit ataupun borong. Maka, terdapat peniaga yang menentukan sendiri harga barangan tersebut (tidak mengikut harga cetakan kilang pada barangan itu). Peniaga menaikkan harga. Pembeli jadi marah.
Maka, berlaku inflasi. Pencatuan barangan mungkin terjadi. Pekedai juga mungkin beri sebab inflasi terjadi kerana kekurangan permintaan. Harga dinaikkan oleh pekedai sebab kekurangan permintaan . Ini salah satu bentuk pencatuan. Orang yang sanggup beli dengan harga barang yang dicatu dianggap sebagai orang yang menerima giliran mengambil barangan catuan.
Rakyat mungkin terdorong membeli barangan seludup di pasar gelap yang lebih murah tetapi juga mungkin termasuk tiruan yang kurang berkualiti dan merbahaya kepada kesihatan.
Inflasi juga terjadi jika permintaan tinggi , melebihi pengeluaran atau stok jualan. Anwar Ibrahim mengatakan bahawa PETRONAS ialah syarikat milik penuh kerajaan, 100% milik kerajaan. Pada pendapat saya, jika demikian tidak timbul persoalan subsidi minyak kerana salah-satu maksud kerajaan itu ialah kumpulan orang yang dilantik atau diamanahkan oleh kumpulan terbanyak (rakyat) untuk menguruskan pemilikan bersama . Dalam kes ini, ialah petrol ialah milik bersama. Justeru, memang patutlah harga minyak sepatutnya sentiasa rendah atau semakin rendah dan selalu stabil seperti itu. Tidak naik harga .
Apakah alasan kerajaan untuk mengurangkan subsidi sebagai alasan untuk menaikkan harga minyak petrol? Kerajaan Malaysia mempunyai banyak mempunyai sumber pendapatan yang mendatangkan sangat banyak wang dan PETROL ialah sumber pendapatan paling banyak memberikan keuntungan setiap tahun.
Bukankah hal-hal seperti berikut menjadi punca sebenar kenaikan harga petrol:
Mengutamakan kroni, Tamak, Salah-guna kuasa, pembaziran wang rakyat sehingga stok simpanan wang Negara mendorong tindakan merampas wang rakyat melalui alasan seperti petrol terpaksa dinaikkan harga, rasuah, ….????
It is not impossible if many people in the world will kill themselves because money problems due to petrol price be more expensive!!!
Rakyat Malaysia , kebanyakannya belum mencapai kekuatan simpanan kewangan yang terjamin untuk hari tua mereka. Kuasa beli mereka akan semakin terhad bila petrol naik. Untuk mencari sumber pendapatan tambahan yang sesuai , tidak semudah yang disangkakan. Persaingan dalam perniagaan. Kekurangan modal. Tiada penjamin, Tiada pengguna yang berminat, Tiada pelanggan. Apalah erti RM500 wang tabung “simpati kepada rakyat” yang sekali atau beberapa kali setahun jika petrol punca kenaikan harga? Maka, seolah-olah kerajaan dapat ambil semula RM500 yang telah diberikan melalui cukai daripada barangan yang naik harga kerana petrol naik harga ? Atau kerajaan dapat kembali semua pemberian itu melalui kroni mereka yang kerja dalam PETRONAS???
Projek dan program yang membazirkan wang rakyat di dalam dan di luar Negara, mestilah dihentikan oleh kerajaan . Pelaburan yang merugikan syarikat kerajaan atau kerajaan mestilah tidak ditanggung akibatnya oleh rakyat. Rakyat tidak bersalah. Jika mengambil rakan-kongsi, seboleh-bolehnya mengelakkan Negara kafir atau orang kafir menjadi rakan kongsi PETRONAS. Pelajarilah dulu konsep perniagaan Islam yang Tulin supaya mendapat keberkatan dan hasil dalam perniagaaan. Ada laporan mengatakan bahawa ruang-ruang kedai di menara kembar PETRONAS banyak dikuasai oleh orang asing, bukan melayu. Menara kembar PETRONAS bukan lambang bahawa kemiskinan rakyat berbangsa melayu telah pupus .
APA yang rakyat boleh buat sekarang untuk menurunkan harga minyak petrol? Solat hajat? Lagi apa? Mendesak kerajaan menurunkan harga petrol? Saya cadangkan pakai basikal, kereta lembu, kereta kuda, kuda, ………………. Biar stesyen minyak PETRONAS akhirnya terpaksa ditutup???? Maka, akhirnya, untuk menarik minat semula rakyat membeli minyak petrol, maka kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak 50% daripada harga sekarang???
Biasalah jika anda hendak menempah baju mengikut ukuran badan anda, cina itu telah tentukan harga kain dan baju itu. Tetapi ada tukang jahit melayu yang menggunakan kaedah yang pelik. Harga tidak dapat ditentukan!!! Sebab ditentukan berdasarkan tempoh menyiapkan kerja jahitan itu. Adilkah system begini? Bayangkan sehelai baju yang biasanya dapat disiapkan dalam tempoh …..katakan 2 jam tetapi disebabkan melayu itu buat kerja sambil tonton tv dan makan makanan ringan, pekerjaan tersebut mengambil tempoh 3 jam atau lebih daripada itu . Walaupun demikian, pelanggan diminta bayar untuk kerja yang melebihi 2 jam itu. Jadi, kalau pelanggan terfikir hal seperti ini, mereka tidak mahu lagi mendapatkan khidmat tukang jahit melayu itu. Pernah saya dengar bunyi anjing dalam bilik jahitan di kedai jahit orang cina. Tak mustahil jika wujud kemungkinan kain dan baju yang ditempah perlu disamak sebab kena najis mughallazah!!!
Di daerah Manjung, Perak terdapat satu kawasan kecil pasar yang unik kerana kawasan pasar itu boleh dikatakan 99% peniaga di situ ialah orang melayu Islam Malaysia dan pengunjung atau pembeli serta pelanggan di situ juga boleh dikatakan 99% daripadanya ialah melayu Islam Malaysia. Saya rasa gembira kerana 99% ini namun ada juga kesedihan kerana seperti sebab berikut:
1= Ada peniaga melayu yang tidak jujur dan menipu. Contohnya, dikatakannya dagangannya baik tetapi bila pembeli tiba di rumah, sebenarnya tidak.
2= Pembeli tertinggal barang yang di beli tetapi peniaga melayu sengaja enggan memanggil pembeli mengambil barang. Sampai di rumah, barulah pembeli teringat tetapi enggan pergi ke pasar itu semula kerana perjalanan dari rumah ke pasar , 60 minit , biasanya.
3= Menjual ayam , sekilo berpuluh ringgit padahal di daerah Manjung dan daerah lain, ayam seekor = RM 20, RM18.50,….
Pasar ini sangat bersih tandasnya . Terdapat surau. Terdapat peniaga cina yang menjual sayur bendi dalam bentuk LELONGAN!!! Ada orang berpendapat “cina kalau tak menipu, bukan cina”. Namun bila peniaga melayu juga tidak jujur padahal pada masa yang sama mengharapkan pelanggan melayu mengutamakan mereka, bagaimana pelanggan melayu akan menolong mereka jadi lebih “kaya”??? Malah harga pula “lebih daripada harga barangan cina atau yahudi”!!!???
Now, malay have their supermarket???
Kalau di Semenanjung Malaysia, tidak termasuk Kelantan dan Terengganu, mencari kedai melayu yang menjual ikan, kerang, udang, sotong,…. seperti menjalankan mission impossible. Mencari supermarket melayu Islam pula seperti cuba masuk ke perut gunung berapi yang sangat aktif. Saya rasa malu memikirkan bangsa saya ini, melayu. Berapa lama kita sudah “MERDEKA”? …..TETAPI BANGSAKU MASIH DEMIKIAN….
Kalau di tempat itu dikatakan bagan, biasanya tentulah bagan bangsa makan babi (cina). Ke manakah nelayan bangsa melayu di pantai barat semenanjung ini?
Kalau hendak dikaitkan halal sesuatu barangan itu ada kaitan dengan peniaga melayu Islam , maka TIADA JAMINAN DALAM AL-QURAN DAN HADIS . Jika memang telah pernah terjadi bangsa melayu yang sanggup murtad kerana mencintai wanita yang bukan ISLAM, mustahil ada peniaga melayu yang jual barangan yang tiada jaminan halal??? Jawapannya = TIDAK MUSTAHIL. Malah berapa ramaikah peniaga melayu dan pengguna melayu membeli buku terbitan CAP yang menyenaraikan dan menyatakan tentang barangan yang merbahaya dan haram kerana dicampur dengan babi dan lain-lain?? Jika beli pun, sampai mukasurat berapa sudah dibaca? Kalau sudah baca, adakah mereka faham dan yakin bahawa itu benar-benar haram??? Kalau faham dan yakin, adakah mereka sentiasa teringat apa yang haram, yang tidak boleh dijual???
Kalau logo halal Malaysia yang hijau itu memang telah dapat ditiru oleh syarikat penipu, logo halal Malaysia yang mengganti yang hijau itu tak dapat ditiru juga? Peniaga restoren melayu, ada yang beli ayam di pasaraya milik cina. Ibu saya Nampak ini. Saya lihat Peniaga restoren melayu membeli air batu made in Malaysian Chinese. Kilang air batu itu mungkin ada bela anjing yang keluar-masuk . Air batu itu mungkin telah dijilat oleh anjing. Anjing itu mungkin “disorokkan” bila pegawai jabatan agama datang menyiasat kilang air batu untuk membuat pertimbangan sama ada hendak memberi sijil HALAL MALAYSIA ATAU TIDAK kepada kilang air batu itu . Anjing tidak mustahil dilepaskan semula ke kilang bila pegawai itu telah pergi jauh dari kilang air batu atau setelah kilang air batu itu dapat sijil halal Malaysia. Saya melihat sendiri orang cina datang membawa mee kuning (bukan mee segera) ke kantin sebuah sekolah menengah. Kantin itu, peniaganya melayu (seorang ustaz) dan isterinya. Mee kuning telah dikatakan tidak halal, termasuk perencah MAGGI, OLEH pihak yang menyiasat. Rujuk CAP dan lain-lain organisasi. Bungkusan kopi radix HPA ada yang palsu (tidak mustahil jika dikatakan ini angkara syarikat bukan ISLAM). Kalau logo halal Malaysia dapat ditiru, mustahil bungkusan tidak dapat ditiru.
Ada satu restoren satay di Rawang, Selangor, mempunyai pekerja melayu. Tiada kelihatan pekerja bukan melayu tetapi bila hendak bayar di kaunter bayaran, tiba-tiba muncul lelaki cina mengambil bayaran. Satay yang dinamakan sebagai satay kajang itu pula bila dimakan tidak terasa daging lembu. Daging satay babi???
Kalau peniaganya melayu, barangannya kelihatan halal dan pengedar (penghantar barangan untuk dijual ke kedai peniaga melayu) juga kelihatan halal barangannya tetapi bila disiasat di kilang atau ladang, didapati tidak halal atau kilang atau pengeluar bahan mentah itu memang halal bahan mentah dan produk yang dikeluarkan tetapi menggunakan lori yang pernah digunakan untuk membawa babi ternakan. Kalau lori itu tidak pernah demikian, pekedai runcit pula mungkin menjual benda tidak halal.
JADI, jika wujud pelanggan yang ambil berat semua ini, tidak mudah yakin bahawa peniaga melayu menjual yang memang halal. Justeru bagaimana peniaga melayu akan jadi kaya jika pelanggan seperti ini memulaukan dagangan mereka??
LAGI SATU YANG TIDAK KURANG “parah” IALAH tidak mustahil jika berlaku kemungkinan pegawai yang menyiasat untuk beri sijil halal Malaysia itu makan rasuah iaitu meluluskan pemberian sijil halal Malaysia kepada syarikat melayu atau bukan melayu , yang kedua-duanya sebenarnya tidak layak mendapat sijil atau logo halal Malaysia itu. Tiada malaikat JIBRAIL turun dari langit untuk menjamin hal ini tidak akan terjadi. Jibrail juga tidak menjamin peniaga dan pegawai itu jujur.
Tiada tempat pasaran Dan tiada yang ingin memasarkan adalah salah-satu factor peniaga melayu Islam Malaysia tidak dapat bertahan lama dalam perniagaan. Malah unsur “tidak bijak” dalam perniagaan , juga punca bangsa melayu gagal atau tidak berkembang perniagaannya. Unsur tidak bijak? Contoh? Ini contohnya:
1= Telah ada susu pekat dalam bentuk tin, yang dikatakan buatan melayu, tetapi tin itu perlu dibuka menggunakan alat padahal susu pekat tin buatan bukan Islam dan bukan melayu dapat dibuka dengan hanya menggunakan tangan. Akibatnya, orang melayu dan bangsa lain tidak berminat membeli susu tin buatan melayu itu
2= Syampu mandi made in melayu , botolnya kecil dan pendek, harga lebih mahal, malah kandungan kimia yang pelbagai dalam syampu itu terlalu pekat sehingga baunya tidak menyenangkan walaupun harum. Akibatnya, ada orang melayu yang tidak gemar syampu ini . Maka, syampu buatan bukan melayu juga yang dibeli.
3= Barangan buatan melayu tidak ada cetakan “guna sebelum”. Hal ini memang ada berlaku walaupun tidak kesemuanya begitu. Jadi, pelanggan yang ambil berat hal “guna sebelum” ini tidak beli barangan yang tiada cetakan “guna sebelum”.
Apabila akad jual-beli tidak sah, apabila dagangan haram dan syubahat (hal yang meragukan, sama ada hal itu halalkah atau haramkah. Tiap-tiap syubahat itu haram digunakan), apabila system perniagaan masih ada yang tidak adil, tidak ikut system Islam,…… maka , bagaimana bangsa melayu akan Berjaya?
Sesetengah ahli perniagaan melayu, barangkali memandang system MLM (Multi level Marketing) sebagai tangga untuk jadi kaya lebih cepat padahal ada ustaz yang mengatakan system MLM itu haram kerana tiada jaminan setiap ahli dapat membina rangkaian yang terhasil dari penajaannya. Tambahan pula agihan keuntungan untuk ahli selalu tidak dimaklumkan. Seperti dirahsiakan oleh syarikat MLM. Adakah ahli telah layak dapat bonus? Adakah ahli telah dapat nilai yang melayakkan dapat sesuatu seperti kenaikan pangkat dalam system MLM? Malah ada syarikat MLM yang meminta ahli lihat sendiri dalam internet dengan log in dahulu tetapi walaupun telah log in berdasarkan prosedur, tetap gagal log in. Bila aduan di buat tentang masalah ini, berbulan-bulan dari tarikh aduan diterima hingga sekarang, tiada jawapan ditemui. Jadi siapa yang sebenarnya jadi jutawan? Pemilik perniagaan syarikat MLM! malah ada jutawan melayu itu telah ada 4 isteri. Ada cawangan-cawangan di luar Negara. Sebenarnya , saya yakin ramai yang jadi ahli, bukan untuk menaja tetapi untuk dapat barangan dalam harga yang lebih murah daripada stokis. Masalah dengan MLM juga ialah bukan senang buat penajaan. Ramai yang anggap MLM tidak mengayakan mereka. Tauke pun belum tentu. Malah selalu berlaku harga produk syarikat MLM itu tiba-tiba naik. Ini sebenarnya tidak menyenangkan hati ahli. Bila harga naik, kos untuk jadi stokis pun jadi lebih mahal, malah harga untuk bukan ahli tentu juga jadi paling mahal. Jadi, bukan orang melayu sahaja enggan beli produk yang paling mahal ini, orang bukan melayu juga. Jadi bijakkah system MLM dimajukan?
Sebuah syarikat MLM (saya enggan beritahu namanya) di Malaysia yang dimiliki oleh orang Islam melayu, telah menghadapi masalah perniagaan. Terpaksa banyak tutup cawangannya. Juga tidak mustahil cawangan di luar Negara juga terpaksa ditutup. Jutawan yang jadi pemilik syarikat MLM ini terpaksa buat demikian untuk mengurangkan kos. Petrol pula telah naik harga. Banyak daripada produk syarikat ini tidak digemari lagi atau memang tidak digemari. Produk syarikat ini (katakan nama syarikat ini kononnya ialah HP) ada yang tiada cetakan “guna sebelum”. Produknya pula telah banyak kali naik harga. Seorang bekas pengurus cawangannya mengatakan kepada saya bahawa:
1= syarikat HP ini tidak patut mengambil ramai pekerja seperti sehingga 4 orang untuk sesebuah cawangan kerana sebenarnya tidak perlu demikian.
2= Kedai yang dulu jadi cawangan ditutup dan sebuah kedai lain disewa sebab sewa lebih murah tetapi tidak lagi jadi cawangan sebenarnya kerana saya (=bekas pengurus cawangan itu) telah mengambil hak mengurus dan menjual produk HP dan saya juga yang menanggung kos dan modal.
Memanglah dalam kisah benar di atas, pemberhentian sesuatu pengeluaran produk dengan memberikan hak pengeluaran kepada syarikat lain (sesetengah produk yang asalnya dicetak atas nama HP telah ditukarkan kepada nama syarikat lain yang ambil alih hak pengeluaran produk itu atau kilangnya) memberikan peluang kewujudan syarikat – syarikat melayu yang baru tetapi pada masa yang sama , produk itu tidak termasuk dalam produk yang diberikan nilai dalam system MLM sebab syarkat yang ambil alih bukan syarikat MLM dan syarikat – syarikat itu , barangkali kesemuanya terikat dengan perjanjian tertentu dengan HP yang mungkin menyekat kebebasan dan peluang perkembangan perniagaan mereka. Pemberian hak itu mungkin dalam bentuk francais.
Saya juga yakin wujud perasaan iaitu “anti perniagaan Islam” dan “anti perniagaan melayu” di kalangan orang bukan melayu dan bukan Islam. Walaupun tidak kesemuanya begitu. Bukti? Contohnya? Ini yang boleh jadi contoh tanda:
1= Kegiatan pensabotajan iaitu seperti wujud barangan produk tiruan yang meniru produk syarikat melayu Islam
2= Syarikat Ramly Burger pernah dituduh ada memasukkan babi dalam burger. Pemilik syarikat ini (tentu melayu) menafikan tuduhan ini dalam berita di tv yang saya sendiri menontonnya
3=Kedai runcit dan Pasaraya yang dimiliki oleh orang bukan melayu dan bukan Islam tidak banyak mengambil produk syarikat melayu. Kalau ambil pun, tidaklah banyak dijual di pasaraya-pasaraya itu.
INGATLAH BARANGAN HARAM DIGUNA, HARAM DITELAN, mempengaruhi hati. Hati mempengaruhi takdir dan nasib!!!
Produk ini dirintis oleh seorang Profesor berbangsa melayu???
Halagel Perintis “Ajinomoto Melayu Islam”, perintis MSG melayu Islam? MSG= Monosodium Glutamate
Syarikat herba, makanan dan minuman dan barangan MELAYU bersistem MLM
Pada September 2013, seorang peruncit melayu mengatakan dulu dia boleh dapat untung 0.20 jika jual minyak masak saji (5kg) tetapi sekarang tak ada untung sebab keuntungannya beberapa sen sahaja (kurang daripada 0.20). Jadi, dia kata, sebab itulah minyak saji tidak banyak dijual . Katanya lagi, sebab yang lain ialah kerana bila petrol naik harga, minyak saji dicatu iaitu dihadkan penghantarannya dengan lebih banyak kenderaan penghantar minyak saji harus bergerak ke kedai-kedai yang menjual minyak saji menyebabkan kos penghantaran naik , maka harga minyak saji jadi naik. Itulah yang peruncit melayu itu katakan kepada saya. Justeru dia meminta saya membayar RM13.50 JIKA nak beli minyak saji seberat 5kg walaupun pada botol minyak saji itu tercetak harga runcit yang ditentukan oleh kilang iaitu RM13.35!!!
NOW…saving my draft…hurry up…..thanks…..saving……..saving………….saving…
Ada seorang pernah berkata kepada saya bahawa dunia akan kehabisan minyak dan kerana itu manusia terpaksa menggunakan kuda semula. Dari sumber apakah dia dapat maklumat ini? Walaubagaimanapun, ada logik juga apa yang dikatakan dia itu:
1= Sumber alam seperti gas, minyak, arang batu, ….. semakin berkurangan dan tidak ada bukti semakin “membiak”.
2=Jika tenaga letrik dapat menggantikan minyak dan lain-lain, mungkin dalam hal tertentu sahaja tetapi tidak akan ada banyak kenderaan letrik kerana perlu mengecas berjam-jam kenderaan letrik dan dalam tempoh berjam-jam sahaja dapat digunakan, lepas tu perlu cas semula. Harga kereta letrik pula terlalu mahal. Kelajuan maksima pun ada yang 140km/j sahaja. Pintu kereta letrik mungkin 2 pintu sahaja . Jadi tiada akan mendapat sambutan ramai. Tenaga suria tidak perlu diceritakan.
3=Basikal? Memang ada basikal berkuasa letrik tetapi berapa lama dapat digunakan sebelum dicas berjam-jam pula? Berapa jauh dapat bergerak? Memanglah tentera jepun menakluki Malaya dengan cepat dengan menggunakan basikal . Tetapi menggunakan kuda lebih nikmat, selesa dan menyeronokkan? Kuda dapat bergerak lebih jauh dan lebih pantas. Terutama kuda kaki pendek.
Justeru dunia perlu bersedia membiakkan kuda dan belajar hidup dengan kuda mulai sekarang? Bayangkan pada zaman berkuda, hal-hal berikut mungkin atau tentu terjadi:
1= Kilang kenderaan bermotor berubah menjadi pusat pembiakan dan rawatan kuda serta sebagai pusat jualan kuda. Kuda-kuda import juga dibawa masuk. Bahagian R & D (Research & Development) pula sibuk buat kajian mengeluarkan “model-model” kuda baru iaitu kajian kacukan kuda? Kilang kuda ini juga menjual aksesori peralatan dan pakaian kuda seperti ladam atau kasut kuda. Kilang kuda juga tempat kuda dilatih untuk melakukan pelbagai gerakan kerja dan dilatih untuk memahami isyarat bahasa dan lain-lain yang dibuat oleh manusia. Geran kuda juga diadakan.
2=Bengkel kenderaan bermotor menjadi bengkel kuda. Syarikat insuran kuda diwujudkan.
3=Sekolah memandu (kenderaan bermotor) berubah menjadi sekolah menunggang kuda. Di sini, manusia juga diajar memahami tingkahlaku dan psikologi kuda dan bagaimana berkomunikasi dengan kuda. Lesen untuk orang yang lulus ujian menunggang kuda secara perseorangan atau lebih dikeluarkan . Jua ada lesen percubaan.
4=Stesyen minyak berubah menjadi stesyen kuda yang menjual makanan dan minuman kuda termasuk aksesori yang dipasang pada kuda. Sesetengah stesyen kuda mungkin menawarkan servis memandikan kuda.
5= Lampu trafik akan tetap digunakan. Kuda telah diajari maksud warna lampu isyarat. Masih ada kenderaan letrik dalam jumlah sangat kecil tetapi kuda akan jadi kenderaan paling biasa dan banyak digunakan. Kereta kuda yang dikeluarkan oleh kilang kuda akan jadi sebagai lori, van,….. ambulan, kenderaan bomba. Masih ada kapal pada zaman berkuda tetapi kapal layar, bot laju berkuasa letrik ,…. Pengangkutan udara mungkin ada, guna belon udara yang guna gas dicatu sebab terhad??? . Kuda betina mungkin dipakaikan “jilbab kuda” agar tidak dikenali oleh kuda jantan. Sebab jika dikenali, mungkin kote kuda jantan tegang dan kuda-kuda jantan berebut-rebut untuk berasmara dengan kuda betina. Maka, lalu-lintas atau trafik jadi kelam-kabut dan kemalangan jalanraya mungkin terjadi.
6= Kuda-kuda digunakan sebagai kenderaan perang darat yang utama selain unta . Tentera berkuda membawa bendera, senapang, bom tangan, pedang, panah dan lain-lain. Pada zaman ini , sekarang , memang ada polis berkuda di sesetengah tempat di luar negara. Pada zaman khulafa ar-rasyidin yang tertentu telah ada posmen berkuda.
7=Kuda-kuda mungkin diberi sejenis dadah untuk menjadikan kuda lebih kuat, lebih
berotot dan lebih laju. Kuda-kuda juga mungkin dipakaikan pakaian kalis peluru. Budak pergi sekolah naik kereta kuda. Yang rendah tubuhnya menunggang kuda kerdil (spesis kuda yang rendah dan lebih kecil). Akan ada juga perkhidmatan kereta kuda sewa atau kereta kuda yang menggantikan teksi dan bas. COWBOY pun makin bertambah di dunia.
8=Kenderaan bermotor tertentu seperti helikopter, jet atau kapal terbang terpaksa dibuka dan ditanggalkan bahagian dan aksesorinya, dikitar semula. Bas mungkin diubahsuai menjadi kedai atau pusat tertentu. Tiada penjelajahan di angkasa dan planet lain. Tentulah udara bumi akan jadi lebih bersih kerana tiada gas diesel dibebaskan . Gas yang hitam dan busuk serta sangat merbahaya ini.
Info road tax akan ditampalkan dekat leher kuda. Pelekat yang berinfo berkenaan tempoh servis semula kuda anda juga ditampalkan berdasarkan jumlah hari/minggu. Bukan berdasarkan jumlah jarak (kilometer/batu). Contohnya, jika kuda itu telah digunakan sebanyak 6 bulan, kuda itu digalakkan dihantar ke pusat pemeriksaan kesihatan kuda. Ladam perlu diganti selepas tempoh tertentu dari tarikh kuda itu pakai ladamnya. Kuda hamil atau akan hamil segera dilarang digunakan dalam perundangan kuda antarabangsa.