GST=GREEDY SERVICE TAX!!!

 

GST ENCOURAGE ROBBER EXISTENCE!!!

GST ENCOURAGE ROBBER EXISTENCE!!!

GST!!
Dikatakan bermaksud GOODS & SERVICE TAX
tetapi maksud tersiratnya
Greedy Tax Service
AAAooouuuuuu!!
Jika tak wujud ia sudah memang dari dulu beli barang campur cukai
padahal yang adil ialah
cukai dibayar oleh penjual
yang berkemampuan setahun sekali
Bukankah begitu sepatutnya?

Beli barang RM1.99

Penjual kata RM2 DENGAN alasan penggenapan

Inilah riba atas nama penggenapan dipaksakan kepada pembeli

Itulah rompakan berlesen namanya

Bukan tak boleh jadikan barang sentiasa genap harga pada labelnya

Kalau bank Negara tak mahu cetak lagi satu sen

Pengilang kenakan GST kepada pemborong?

Pemborong kenakan GST kepada pengedar?

Pengedar kenakan GST kepada peruncit?

Peruncit kenakan GST kepada pembeli?

 

Itu belum termasuk ejen atau orang tengah

yang terjelir lidah, terkeluar liur

bahana haloba GST

 

Tiada guna limpahan BR1M

Tiada guna haruman bonus

tiada guna pangkat mendaki

tiada guna belaian subsidi

kalau GST DI RAJA PEROMPAK BERLESEN

Maka azab sengsara rakyat makin gelita

tiada bernoktah

 

Apabila kenaikan gaji , pangkat dan ijazah

menjadi racun ghaib kehidupan

kerana membolehkan pinjaman lebih tinggi

maka itulah sebenarnya kesenangan yang derita

sampai masanya impak keburukan mara juga

 

GST mengkumuhkan generasi perompak

rompakan menggoda rogol

rogol membangkitkan pembunuhan!!!

 

tamatkanlah nafas GST

sebelum istidraj menjadi tujuh matahari

meleburkan kesejukan selesa!!!

 

 

Saya pernah membaca sumber yang berkaitan system perniagaan Islam. Sumber itu menyatakan yang bermaksud pembelian mestilah dengan kerelaan kedua-dua pihak iaitu pembeli dan penjual. Jika tidak, boleh dianggap pembelian tidak wujud atau ia seperti rompakan. GST ialah perkara yang tidak disukai dan dipaksakan kepada pembeli. Pembeli bukan mahu membeli cukai. Tindakan beli cukai tidak bermanfaat kepada pembeli, malah ia telah mengurangkan kuasa beli pembeli dan menyebabkan pelbagai masalah lain seperti  mendorong berhutang padahal  hutang sering mempunyai banyak akibat buruk. Tiada wujud system perbankan Islam atau system pinjaman ISLAM di dunia ini kerana yang berlaku sebenarnya ialah system riba yang diberi nama sebagai system perbankan Islam dan system pinjaman Islam.

Sistem perniagaan Islam yang saya baca itu juga menyatakan yang bermaksud sesuatu yang dibeli haruslah sesuatu yang dapat diambil manfaatnya seperti dapat dilihat, disentuh dan digunakan. Bila beri barang yang harganya termasuk GST, maka bermakna GST itu dibeli tetapi tiada manfaat, tidak dapat dilihat, disentuh dan tidak dapat digunakan oleh pembeli. Haram urusan seperti ini, jika demikian.

Saya mengesyorkan agar pengguna atau pembeli mengutamakan syarikat atau kedai yang tidak mahu :

“menjual GST”. Contohnya, ada farmasi yang menjual ubat tidak termasuk GST kerana pemilik farmasi itu mungkin anti GST atau kasihan kepada pembeli. Utamakan kedai tidak kenakan GST, biar kedai-kedai yang zalim kerana kenakan GST itu BANGKRAP atau gulung tikar kerana tidak ada pembeli datang atau kerana kedai berGST itu “dipulaukan” oleh masyarakat.

Sesebuah kerajaan itu , yang membazir wang rakyat dengan aktiviti dan projek serta program yang haram dan tidak bermanfaat dan sesebuah kerajaan yang suka berhutang seperti berhutang dengan bank DUNIA yang dikuasai oleh puak Yahudi, maka impak atau akibat buruknya tidak boleh ditanggung oleh rakyat kerana dosa bazir dan hutang itu adalah dosa kerajaan. Rakyat tidak bersalah. Sesebuah kerajaan itu tidak boleh menGSTkan barang sebagai satu cara tamak, satu cara untuk bayar hutang kepada bank Dunia atau lainnya, satu cara mengatasi kerugian akibat pembaziran, cara yang biadab, menjadi perompak berlesen, merompak rakyat. Kroni-kroni kerajaan yang tamak??

Lambang alat penimbang pada lambang Barisan Nasional menggalakkan ketamakan hingga lahirlah GST??? GST seolah-olah melambangkan bahawa semua sumber yang jadi ketamakan dan rompakan sesebuah kerajaan itu telah digunakan. Bayangkan jika bank mengenai GST juga. Maka, jumlah pinjaman campur Riba campur pula GST CAMPUR pula insuran pinjaman campur pula kos urusan atau kos proses permohonan pinjaman. Bank pula mungkin menaikkan kadar bunga/riba yang disebutkan sebagai keuntungan atau faedah. 

Maka Tarzan pun bersua seorang manusia kaya

Kenapa engkau bogel padahal aku yang jadi tarzan pun masih berbaju

Lalu si kaya mengatakan aku terpaksa jual seluar dalam ku

Akibat GST telah menjadi tsunami kehidupan

 

KESIMPULAN: Jika satu hari nanti, ada berita di TV atau di akhbar mengatakan ada orang yang tidak berseluar dalam kerana terpaksa jual seluar dalam akibat serangan GST yang merompak, janganlah kita hairan.

 

 

Apakah Syubhat? By Sinaran Iffah

This Article in Sinaran Iffah Category

This Article in Sinaran Iffah Cate

 

 

PERINGATANharianKe35=Investigate under your car NOW?!

PERINGATANharianKe35=Investigate under your car NOW?!

 

Peringatan Harian ke 36=Roadtax Expired Date?

Peringatan Harian ke 36=Roadtax Expired Date?

Peringatan harian ke 37= ATM card expired date?

Peringatan harian ke 37= ATM card expired dat

 

Subahat = Syubhat? Jawapannya ialah:

 

v

v

v

v

v

Tidak. Subahat boleh bermaksud terlibat menjayakan sesuatu , membantu seseorang dengan secara rahsia atau pakatan sulit. Syubhat pula ialah sesuatu yang terletak di antara halal dan haram, iaitu sesuatu yang tidak jelas atau tidak dapat dipastikan atau belum dapat dipastikan sama ada hal itu halal atau haram. Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim:

 

“Sesungguhnya yang halal itu jelas dan  yang haram itu jelas. Di antara keduanya ada perkara yang syubhat yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. Sesiapa yang menjaga dari yang syubhat, bererti dia telah menjaga din dan kehormatannya, dan sesiapa yang terjerumus dalam syubhat bererti dia terjerumus kepada yang haram. Sebagaimana seorang pengembala yang mengembala di sekitar larangan, maka lambat-laun akan masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap pemerintah memiliki daerah larangan. Adapun daerah larangan Allah adalah apa yang diharamkanNYA.”

Ulamak yang mengatakan melakukan sesuatu yang syubhat itu adalah haram, mungkin mengambil dalil di atas sebagai dalil buat syubhat itu haram. Justeru, pemberian sijil dan logo halal oleh pihak kerajaan kepada pengeluar, peniaga bukan ISLAM adalah perkara gila yang tak masuk akal? Kerana semasa pegawai jabatan agama Islam datang menyiasat ke tempat itu (kilang, gudang, stor, premis perniagaan, kedai dan lain-lain), tentulah orang-orang kafir itu cuba melakukan sesuatu untuk mendapat kelayakan mendapat sijil dan logo itu tetapi setelah dapat sijil dan logo, tidak akan kalbu dan hati mereka yang suka benda haram itu akan secara automatic dan segera berubah benci yang haram dan taat kepada Allah yang mengharamkan yang haram?!!  Kalau orang ISLAM pun mengambil tempoh yang lama untuk menghapuskan  kebiasaan buruk yang melekat kuat di hati. Orang kafir tiada keimanan kepada Allah, tentulah lagi mustahil dapat berubah hatinya yang kotor (yang suka makan dan minum yang haram dan buat yang diharamkan oleh Allah).

Justeru, tiada jalan lain kecuali, orang ISLAM menjadi pengilang, pengedar, peruncit, pekerja syarikat …… Sudah tentu kerajaan ISLAM wajib membantu mereka yang ISLAM ini agar wujud pengilang, pengedar, peruncit, pekerja ISLAM. Lihat konsep zon kebal oleh Perintis Minda . Konsep ini dapat membantu orang melayu, insya- Allah.

Kalau orang kafir ada yang jujur pun, berapa lama mereka akan terus begitu? Dengan tiada keimanan kepada Allah, tidak mustahil mereka akan jadi tidak jujur atau kembali tidak jujur semula atau sebentar jujur , sebentar lagi tidak jujur semula.

MEMANG ada orang Islam yang minum arak, tidak peduli halal-haram. Ada saya lihat pekerja melayu menjual arak di pasaraya (pekerja pasaraya) . Kalau orang Islam pun tiada jaminan , bagaimana orang kafir akan dijamin jujur dalam perniagaan dan dalam hal berkaitan produk yang halal-haram atau system perniagaan yang halal-haram???

Kerajaan , badan bukan kerajaan, agensi kerajaan, rakyat hendaklah bergabung menyedarkan bahaya syubhat ini dan mengadakan perbincangan terbuka untuk mencari jalan menyelesaikan masalah ini ?dan mencegah bahayanya. Ramai rakyat yang ISLAM dan peniaga ISLAM yang tidak membeli buku panduan tentang halal-haram dan buku yang menyenaraikan produk yang halal dan yang haram. Kalau ada pun, rajinkah mereka membacanya? Sudah habiskah membacanya? Fahamkah? Dapat ingat apa yang dibaca??? Atau adakah mereka mempercayai apa yang mereka baca??? Atau adakah mereka akan mengamalkan apa yang dibaca, mentaatinya????

Perkara syubhat itu haram. Memakan atau meminum atau mengguna yang haram, maka hati akan bertambah kotor. Akan wujud sifat-sifat jahat yang semakin jahat dan bertambah jahat. Ini salah-satu sebab mengapa ISLAM melarang memakan , meminum dan mengguna yang haram. Malah ada bahaya dari segi kesihatan juga. Akal akan jadi lemah dan nafsu akan bertambah kuat. Maka , ada kebahagiaan dan keamanan dunia, selepas itu???

Di neraka pula, mereka yang memakan dan minum benda yang haram itu menjadi bahan bakar api neraka. Doanya dan amalannya tidak diterima oleh Allah, tiada berpahala sebab makan-minum yang haram. Nasibnya akan sentiasa malang. Otak akan selalu memikirkan perkara yang haram seperti seks, arak, judi , merompak dan lain-lain sebab makan-minum yang haram.

LOGO HALAL MALAYSIA YANG PALSU MEMANG WUJUD. Produk orang ISLAM ditiru oleh pihak yang mensabotaj (tak mustahil jika dilakukan oleh orang bukan ISLAM). Produk kopi radix HPA (SYARIKAT ISLAM) ada yang tiruan/yang palsu, yang ditiru. Gerakan musuh ISLAM ingin menjahanamkan perniagaan orang melayu dan ISLAM DI SELURUH DUNIA!!!!! Bila menjelang hari raya, ayam import dari Negara orang kafir dibawa masuk ke MALAYSIA, atau barangan lain ,agar cukup bekalan dalam Negara? Tetapi di MALAYSIA telah ada gerakan pensabotajan, logo halal yang dikeluarkan oleh kerajaan ditiru dan dijadikan kepalsuan, jadi bagaimana yang diimport boleh dijamin??? Tiada malaikat jibrail turun ke bumi untuk menjaminnya. Tiada malaikat Jibrail beritahu orang ini boleh dipercayai, orang ini pula pengkhianat.

Peringatan Harian ke 51= Beruzlahlah. Berwirid. Berdoalah.

Peringatan Harian ke 51= Beruzlahlah. Berwirid. Berdoalah.

 

Peringatan Harian yang terakhir ATAU yang ke 52= Hari ini Jumaat? Bersiap-sedia untuk solat Jumaat segera!

Peringatan Harian yang terakhir ATAU yang ke 52= Hari ini Jumaat? Bersiap-sedia untuk solat Jumaat segera!