What Is “I Key lamp adD” in Kitaran Personality??

 

Sebermula lagi raungan serigala gegari alam

dengan I Key lamp adD

Kemungkinan satu lagi penemuan baruku

merintis kesedaran & kajian

Penyakit jiwa yang kebanyakannya tidak menyedari

Kerapkali terjadi kepada ahli politik & penyokongnya

Mempercayai & menyokong bagai sibuta & situli

Kerana asa kaguman & kepercayaan yang tinggi ke langit

melebihi had yang dibenarkan

Singkatan apakah ia

Jawabnya “Impak Keyakinan Melampaui Had Dibenarkan”.

Menjadi pukauan keyakinan baik pihak yang menjadi kekaguman,

atau harapan tinggi atau kepercayaan tinggi

menyebabkan taat membuta-tuli atau

seolah-olah menganggap pihak itu dan penyokongnya

sentiasa maksum, benar dan adil

Halang ia memukau Halang lampaui

Dengan sifat Di Persimpangan Kutub

Dengan pencetus Cautious

 

Penyakit jiwa ini saya telah mengesan ia wujud dan telah menjadi wabak sedunia. I Key lamp adD juga menyebabkan sebarang kritikan atau penghinaan atau bantahan daripada sesuatu pihak lain terutama yang terkenal sebagai golongan pembangkangnya dianggap seperti  sesuatu yang tidak terjadi, seolah-olah tidak mendengarinya, walaupun pengkritik menggunakan bukti dan dalil yang kuat & menang. Ini kerana ada factor ” masih menaruh harapan” TERHADAP golongan yang dikritik, yang disokong oleh pesakit I Key lamp adD. Contohnya, pernah terjadi di Malaysia, sebuah media bercetak yang jadi penyokong kerajaan mengkritik aktiviti yang dianjurkan oleh seorang pemimpin sebuah parti pembangkang. Kritikannya ialah aktiviti nyanyian lagu asmara itu ialah haram tetapi penyokong parti pembangkang itu menyatakan lagu cinta itu bukan lagu asmara walaupun memang lagu asmara. Inilah contoh  impak penyakit  I Key lamp adD.

Golongan Di Persimpangan Kutub pula lebih mampu mencegah penyakit I Key lamp adD. Sifat pencetus , terutama pencetus cautious menjadi perisai yang kuat yang menghalang terjadi penyakit I Key lamp adD. Jika  ada juga golongan DPK yang terkena penyakit ini, insya-Allah mereka mampu sembuh segera dengan sifat DPK mereka yang masih ada. Mereka yang menghidap penyakit I Key lamp adD ini sering tidak mahu memperhatikan hujah, dalil, pendapat, bantahan daripada golongan yang mereka anggap sering  menjadi pembangkang mereka. Justeru, minda mereka bagaikan terpukau, hanya percaya sebarang media yang dianggap sering menyokong mereka walaupun media penyokong itu tidak memberikan bukti yang menasabah, yang  kuat atau menang. Ini bertentangan dengan sifat DPK yang mengkehendaki bebas daripada pemikiran yang terhad, yang menggalakkan teknik pengumpulan sumber yang pelbagai [termasuk sumber kenyataan musuh], yang memberi amaran bahawa sesuatu adat, kebiasaan  masyarakat itu belum tentu benar semuanya, belum tentu baik semuanya.

Adakah orang yang sentiasa  dapat mengelakkan diri dari melakukan kesilapan? Nabi & rasul pun ada yang pernah melakukan kesilapan. Malaikat pun akan melakukan kesilapan jika mereka tidak diselamatkan oleh Tuhan. Bagaimana malaikat pencatat amalan baik dan jahat bekerja? Dapatkah mereka melihat apa yang sedang bergerak dalam minda dan hati manusia? Tuhanlah yang memberikan mereka kemampuan dapat menilai dengan adil. Justeru, bebaskan diri kita dari penyakit I Key lamp adD.

 

AAAaaaaayuuuuuhhhhh!!

Larikan diri dan bebaskan dirimu

Dari pukauan I Key lamp adD

Yang membuat otakmu terpenjara

Yang memberanakkan tuduhan , sangkaan buruk, fitnah

Jangan benarkan I Key lamp adD hamil lagi

Mari kita berhijrah ke persimpangan kutub

tempat uzlah yang nyaman, tenteram dan indah

jauh dari kebisingan  kota yang penuh dengan cemaran

dosa mata dosa telinga dosa mulut dosa hidung kaki dan tangan

dan  kemaluan tegang bergelora bagai tsunami

yang merempuh merobohi keimananmu!!!

maka dengarlah ajakan ketakwaan!

dari salakan yang menyeramkan

di puncak dunia bergaung!!!

 

Kasta Moden Yang Dibenarkan!!

Kasta dalam agama Hindu? Pada zaman dahulu kewujudan kasta dianggap menasabah. Kasta itu menggolongkan manusia. Ada yang dianggap taraf yang rendah, ada yang tinggi. Islam pula tidak mengkastakan manusia. Dalam Islam, semua manusia itu sama taraf tetapi yang membuat manusia itu rendah ialah kerana kekotoran hatinya, kejahilannya, kefasikannya.

Walaupun kasta telah dianggap kebodohan silam tetapi kasta moden pula wujud. Yang ini tidak berkaitan bangsa tertentu. Hal ini  dapat terjadi kepada semua bangsa! Ia adalah kebodohan zaman moden, yang masih terjadi atau masih berbaki , kewujudannya.

Kerusi kerani tidak boleh lebih tinggi, tak boleh lebih besar, tak boleh lebih selesa daripada golongan eksekutif atau pengarah. Apa salahnya jika kerani pun dapat kerusi seperti pengarah supaya dapat menyandarkan tengkuk, supaya selesa, dapat berehat lebih baik , supaya kerja dapat lebih cemerlang?  Kenderaan orang bawah tidak boleh diletak di tempat letak kenderaan yang khas untuk ketua jabatan walaupun ketua jabatan itu cuti. Orang pangkat rendah tidak boleh masuk ke tandas VIP. Kasihan orang bawahan yang terberak di koridor sebab terpaksa pergi tandas orang bawahan yang terletak jauh.  Bila diumumkan kenaikan gaji dan elaun , gaji dan elaun pangkat tertinggi dan lebih tinggi lebih banyak daripada pangkat lebih rendah. Apa salahnya jika kenaikan sama rata untuk semua pangkat? Akauntan Negara pun senang kira. Tak pening mengira.  Di dewan atau majlis syarahan, ceramah…. kerusi dan meja orang pangkat tertinggi, eksekutif telah disediakan khas, berada di hadapan. Apa salahnya jika letak di belakang atau mereka duduk bersama orang bawahan. Nabi Muhammad duduk dan baring dengan orang miskin padahal nabi Muhammad ialah makhluk yang paling Allah cinta dan nabi Muhammad ketika itu ialah pemerintah Negara Islam. Ketua Negara. Masih banyak lagi contoh kasta moden dalam jabatan….

Bagaimana pula kasta dalam keluarga? Bila hari raya, anak dan isteri kena minta maaf . Maafkan saya ayah, maafkan dinda , kanda. Bapa atau suami pula tidak pernah minta maaf kepada anak dan isteri. Sebab Al-Quran sudah menjamin dia itu maksum? Lebih tinggi taraf daripada nabi Muhammad? Padahal nabi Muhammad meminta ampun kepada Allah setiap hari. Nabi Muhammad juga pernah mengakui kesalahan arahan beliau kepada manusia. Juga ada sumber yang saya baca memberitahu bahawa nabi Muhammad ada melakukan kesilapan kepada seorang manusia dan nabi Muhammad meminta orang itu membalas .

Lihat buku perintah am atau pekeliling….. Pembayaran elaun yang tidak sama berdasarkan kasta pangkat…. pengiraan yang dapat memeningkan akauntan. Perkara yang bersen nilainya dalam bentuk ganjil. Kenapa tidak digenapkan sahaja supaya senang kira?

Guru sekolah masuk kelas, pelajar kena berdiri dan mengucapkan: “Asalamualaikum”. Kalaulah asalamualaikum itu dipaksakan, jadilah ibadat yang tidak ikhlas. Ini haram. Padahal nabi Muhammad melarang sahabat beliau berdiri untuk menghormati baginda. Tidak perlu menyiksa diri demikian. Bukan kecemasan. Jadilah orang yang waras akal fikirannya. Guru sekolah menengah ada kasta lebih tinggi daripada pelajarnya.

Kasta moden adalah satu bentuk penghinaan. Lambang keegoan, ketakburan, kemegahan. Menjadi bidaah sesat yang haram. Lebih gila, jika bahasa yang boleh dituturkan oleh golongan tertentu sahaja. Bahasa istana? Nabi Muhammad tidak pernah menyusahkan manusia dengan meminta manusia berkata: “Daulat Muhammad!  Sembah patik harap diampun!”. Semua ini mewujudkan kesombongan dan kemegahan seberat zarah atau lebih berat daripada zarah itu, punca masuk neraka.

Taat membuta tuli, masuk neraka. Taat kepada kebiasaan organisasi, masyarakat sedunia yang bodoh, gila dan kejam, punca masuk neraka. Tinggalkanlah kasta yang bodoh, gila dan zalim. Taat orang buta, tidak Nampak hakikat. Taat orang pekak [tuli], tidak sedar arahan itu sebenarnya zalim dan membuli.

Hamparan permaidani untuk laluan menteri. Kenapa laluan pun ada kasta? Kenapa perlu membazir wang rakyat beli permaidani? Menteri tak tahu berjalan di rumputkah? Mengapa ada pelbagai gelaran yang mewujudkan sifat bermegah-megah, bangga yang diharamkan dalam ISLAM? Datuk, Datin, Tan Sri, Puan Sri, A.M.N, pingat itu dan ini? Ini percikan kasta.  Selamatkan orang , dapat pingat hang tuah. Bukankah nabi Muhammad bersabda, bahawa tiada kelebihan kepada manusia melainkan orang yang lebih bertakwa? Kalau selamatkan orang untuk dapat pingat, bermakna tak ikhlas kerana Allah. Mengapa wujudkan factor tak ikhlas dengan wujudkan anugerah itu dan ini?

Nabi Muhammad tidak suka bermegah-megah. Tiada gelaran Tan Sri Nabi Muhammad A.M.N.

Terlalu banyak bidaah sesat haram dalam kehidupan hari ini.

Apabila pengurus meminta operator lebih cepat daripada mesin kilangnya, maka seperti merendahkan /mengkasta-rendahkan operatornya yang tiada hak untuk membantah. Bila manusia jadi hamba atau dipermesinkan.

IMAM MAHDI DAN BINTANG IRINGAN AKAN DATANG UNTUK MENGHAPUSKAN KASTA, MEMBETULKAN OTAK MANUSIA , MEMBETULKAN PERASAAN MANUSIA. ALLAHUAKBAR!

piala hang tuah