Malaysia! Binalah Kilang Yang Bukan Kilang By Panji-Panji Halimunan

 

Peringatan harian ke 26=BeforeSpray.PlantInHome

Peringatan harian ke 26=BeforeSpray.PlantInHome

 

KINI KOMUNIS BERJAYA MENJAJAH PULAU PINANG???!!!

KINI KOMUNIS BERJAYA MENJAJAH PULAU PINANG???!!!

Do this before spray any poison

Peringatan Harian ke 25=Do this before spray any poison

Cut. Burn Dried Leaves. Cautious about "Kutu Babi"

Cut. Burn Dried Leaves. Cautious about “Kutu Babi”

 

Peringatan Harian Ke 28= Burn Rubbish Now?

Peringatan Harian Ke 28= Burn Rubbish Now?

Peringatan Harian ke 30 = Is roof OK?

Peringatan Harian ke 30 = Is roof OK?

Peringatan Harian KE 29= Supervise it. Bottle ETC may EXPLODE WHEN burn it.

Peringatan Harian KE 29= Supervise it. Bottle ETC may EXPLODE WHEN burn it.

Jika dilihat Negara yang boleh dikatakan juga sebagai kuat ketenteraannya, maka, kita melihatnya sebagai pengeksport kelengkapan ketenteraan. Tentu lebih murah kos mendapatkan kelengkapan ini jika mempunyai kilang ketenteraan made in Negara sendiri. Jika Malaysia memang ada juga kilang seperti ini tetapi masih belum ada kilang Malaysia yang buat kereta kebal, kereta perisai, kenderaan pelancar peluru berpandu, pelancar roket, kapal selam, helicopter tempur, ……….??? Pada peringkat awal, pemindahan teknologi ketenteraan, saintis, jurutera, juruteknik asing tidak mustahil diperlukan dan diberi kontrak perjawatan. Kilang pembuat alat dan kenderaan peperangan di luar Negara tidak mustahil diperlukan untuk mendapatkan mesin dan acuan, bahan yang perlu diproses, kepingan atau bahan logam, aksesori,……..dibawa ke Malaysia. Kemudian secara berperingkat, semakin banyak bahan dan aksesori serta bahagian yang dibuat sendiri oleh Malaysia sehinggalah akhirnya 100% made in Malaysia. Kolej & Universiti Jurutera Tentera Malaysia memanglah elok dibina di Malaysia. Mereka diharapkan menjadi saintis perang yang dapat mencipta sesuatu rekacipta yang kerahsiaannya tidak diketahui oleh Negara lain. Rekacipta itu terutamanya menjadi senjata utama dan kecemasan yang selalu kelihatan terjamin membantu kemenangan dalam peperangan. PENDEDAHAN rahsianya memungkinkan wujud persaingan dan musuh yang mempunyai kekuatan yang seimbang, bahkan jika saintis musuh dapat mencipta yang lebih pantas, lebih merbahaya,…… berpandukan kerahsiaan yang telah bocor. Sebagaimana Kolej & Universiti berkaitan peperangan itu, kilang senjata dan peperangan juga tidak boleh diswastakan.

Dasar Tiada Penswastaan & Tiada Mengutamakan Eksport HENDAKLAH dikuatkuasakan. Maksudnya kilang seumpama itu dibina , terutamanya untuk:

1= Menjadi tempat praktikal pelajar berkaitan

2= Mengurangkan import alat, aksesori dan kenderaan perang

3= Tempat Research & Development (R & D) teknologi ketenteraan

teknologi tentera halimunan dalam batang pokok

teknologi tentera halimunan dalam batang pokok

Kerana kilang seperti menjalankan dasar seperti ini, maka tidak mengutamakan keuntungan atau penjualan, maka seolah-olah bukan kilang kerana bila disebutkan kilang, biasanya dalam fikiran ramai tentu ada kaitan dengan perniagaan, jual-beli. Justeru, kilang ini mendapat sumber modal utamanya daripada peruntukan belanjawan tahunan Malaysia. Jika mengeksport pula, jangan sampai Malaysia mengeksport sesuatu yang ada kaitan dengan teknologi rahsia tentera Malaysia. Kerana walaupun barangan itu tidak dihantar bersama panduan menciptanya, membuka bahagian tersebut, dapat memberikan kefahaman kepada saintis perang luarnegara. Justeru, barangan seperti ini tidak boleh dijual, walaupun dalam Negara. Pekerja kilang tentera itu tentu pekerja kerajaan, ada peluang pencen.

Bahagian R & D  , jabatan saintis tentera Malaysia, haruslah memberi keutamaan terhadap hal-hal seperti contoh berikut:

1= Mencipta senjata, kenderaan dan  peralatan halimunan (kawalan jauh dan robot peperangan, automatic)

2= Mencipta senjata pemusnah peluru berpandu (peluru berpandu laut ke darat, atas ke bumi, darat ke darat) melepasi benua-benua. Pemusnah ini hendaklah juga dapat memusnahkan kenderaan yang melepaskan peluru berpandu itu 3= Teknologi Pengintipan Bersatelit, yang sukar dikesan oleh musuh

http://www.youtube.com/watch?v=XV-x-yHoXzo http://www.youtube.com/watch?v=8vNyAOrL6ZQ

4= Bom yang lebih hebat daripada nuclear dan atom. Ini tentu salah disisi perundangan antarabangsa? Tetapi adilkah bila ada Negara yang memegang kuasa veto dan yang menghalang itu boleh pula mencipta bom nuklearnya sendiri???

5= Mengelakkan ciptaan bom bersifatkan kuman. Kita tidak mahu wabak penyakit.

6= Mencipta KAHELIP tentera.

7= Mencipta kapal pengangkut helicopter & jet pejuang, kapalselam, jet dan helicopter tempur yang mengatasi kelajuan yang ada dikeluarkan oleh Negara lain. Juga daya pemusnahnya juga harus lebih hebat daripada semua Negara lain di dunia. Bukan lebih laju sahaja. Malah semua kenderaan ini membawa juga peluru berpandu pemusnah peluru berpandu.

8= Mencipta satelit pemusnah. Boleh ia mengganggu komunikasi musuh dan malah melepaskan tembakan???

9= Sesuatu yang jimat kos menciptanya, lebih murah, lebih efektif, lebih daya pemusnah, lebih pantas, lebih selesa, lebih mudah difahami dan dikendalikan, lebih sukar ditiru.

http://www.youtube.com/watch?v=fINEadcqNIs http://www.youtube.com/watch?v=sb3GuxvKJwA

Adakah kilang perang bawah Tanah elok juga dicipta?? Adakah Malaysia telah ada beberapa pulau yang kewujudannya dikhaskan untuk ujian senjata, R&D dan operasi biasa dan operasi khas ketenteraan? Bayangkan, katakan Malaysia ada satu pulau berhampiran Pulau Pinang, satu lagi di tengah selat Melaka, satu lagi pulau dekat Johor, dua pulau lagi di laut cina selatan, berdekatan pantai , dekat Kelantan dan Terengganu, Dan Sabah & Sarawak juga ada pulau yang mengelilinginya yang menjadi tembok dan perisai utama dan pendahulu dalam peperangan. Jika kepulauan spratly (kalau tak salah ejaan) dapat jadi pulau perisai dan pendahulu utama peperangan untuk Malaysia??? Sayang sejuta kali sayang, SINGA PURA-PURA tak jadi pulau demikian kerana Singapore itu sudah keluar dari “Malaya” . Tiada pampasan diberikan kepada Malaya kerana perpisahan itu? Adakah Pulau Pinang juga akan jadi Singapura ke 2? Negeri yang dikuasai komunis? Sebab Roket yang perintah???

http://www.youtube.com/watch?v=pOLEhSATNyY http://www.youtube.com/watch?v=atf15v6X13w

KINI KOMUNIS BERJAYA MENJAJAH PULAU PINANG???!!!

KINI KOMUNIS BERJAYA MENJAJAH PULAU PINANG???!!!

Advertisements

Keluhan Seluruh Dunia By Jeritan Seantero Dunia

 

Saya rasa marah sebab artikel telah disahkan (mengikut system) saved tetapi bila saya buka papan pemuka, ia terletak dalam draf, saya menyangka ada yang telah diterbitkan iaitu artikel dalam draf itu tetapi sebenarnya hanya ada di draf. SAYA MEMADAMKANNYA SECARA permanent kerana menyangka ia telah diterbitkan sebab telah datang mesej saved. Nampaknya server wordpress.com mempermain-mainkan saya. Telah banyak kali mesej saved dan telah terbit diberikan kepada saya untuk pelbagai artikel saya tetapi sebenarnya masih di dalam draf. SAYA TERPAKSA MENAIP SEMULA ARTIKEL YANG SAYA MUSNAHKAN INI: lain kali saya tidak akan menggunakan wordpress.com lagi????

Anwar Ibrahim , seorang pejuang reformasi mengatakan bahawa Malaysia ialah Negara yang mengeksport minyak (=menjual minyak) dan hasil jualan Malaysia mendapat RM700 billion. Bekas timbalan perdana menteri  Malaysia itu mengatakan bahawa Negara seperti Indonesia dan Thailand mengimport minyak, sebab itu mereka menaikkan harga minyak yang di jual di stesen Negara itu kerana jika tak buat begitu, siapa yang nak bayar untuk import minyak? Jadi, alasan pihak kerajaan Malaysia yang mengatakan mereka hendak menaikkan harga minyak di stesyen minyak di Malaysia sebab Negara seperti Thailand dan Indonesia menaikkan harga minyak petrol tidak dipersetujui oleh Datuk Anwar Ibrahim.

Apabila harga minyak petrol naik, Pengeluar biasanya akan menaikkan harga atas sebab kos pengangkutan bertambah (kos petrol). Bila ini berlaku, jumlah keuntungan runcit bagi sesuatu harga kilang yang boleh diperolehi oleh peruncit turut berkurangan. Keadaan ini sama ada pekedai itu beli secara runcit ataupun borong. Maka, terdapat peniaga yang menentukan sendiri harga barangan tersebut (tidak mengikut harga cetakan kilang pada barangan itu). Peniaga menaikkan harga. Pembeli jadi marah.

Maka, berlaku inflasi. Pencatuan barangan mungkin terjadi. Pekedai juga mungkin beri sebab inflasi terjadi kerana kekurangan permintaan. Harga dinaikkan  oleh pekedai sebab kekurangan permintaan . Ini salah satu bentuk pencatuan. Orang yang sanggup beli dengan harga barang yang dicatu dianggap sebagai orang yang menerima giliran mengambil barangan catuan.

Rakyat mungkin terdorong membeli barangan seludup di pasar gelap yang lebih murah tetapi juga mungkin termasuk tiruan yang kurang berkualiti dan merbahaya kepada kesihatan.

Inflasi juga terjadi jika permintaan tinggi , melebihi pengeluaran atau stok jualan. Anwar Ibrahim mengatakan bahawa PETRONAS ialah syarikat milik penuh kerajaan, 100% milik kerajaan. Pada pendapat saya, jika demikian tidak timbul persoalan subsidi minyak kerana salah-satu maksud kerajaan itu ialah kumpulan orang yang dilantik atau diamanahkan oleh kumpulan terbanyak (rakyat) untuk menguruskan pemilikan bersama . Dalam kes ini, ialah petrol ialah milik bersama. Justeru, memang patutlah harga minyak sepatutnya sentiasa rendah atau semakin rendah dan selalu stabil seperti itu. Tidak naik harga .

Apakah alasan kerajaan untuk mengurangkan subsidi sebagai alasan untuk menaikkan harga minyak petrol? Kerajaan Malaysia mempunyai banyak mempunyai sumber pendapatan yang mendatangkan sangat banyak wang dan PETROL ialah sumber pendapatan paling banyak memberikan keuntungan setiap tahun.

Bukankah hal-hal seperti berikut menjadi punca sebenar kenaikan harga petrol:

Mengutamakan kroni, Tamak, Salah-guna kuasa, pembaziran wang rakyat sehingga stok simpanan wang Negara mendorong tindakan merampas wang rakyat melalui alasan seperti petrol terpaksa dinaikkan harga, rasuah, ….????

It is not impossible if many people in the world will kill themselves because money problems due to petrol price be more expensive!!!

It is not impossible if many people in the world will kill themselves because money problems due to petrol price be more expensive!!!

Rakyat Malaysia , kebanyakannya belum mencapai kekuatan simpanan kewangan yang terjamin untuk hari tua mereka. Kuasa beli mereka akan semakin terhad bila petrol naik. Untuk mencari sumber pendapatan tambahan yang sesuai , tidak semudah yang disangkakan. Persaingan dalam perniagaan. Kekurangan modal. Tiada penjamin, Tiada pengguna yang berminat, Tiada pelanggan. Apalah erti RM500 wang tabung “simpati kepada rakyat” yang sekali atau beberapa kali setahun jika petrol punca kenaikan harga? Maka, seolah-olah kerajaan dapat  ambil semula RM500 yang telah diberikan melalui cukai daripada barangan yang naik harga kerana petrol naik harga ? Atau kerajaan dapat kembali semua pemberian itu melalui kroni mereka yang kerja dalam PETRONAS???

peniaga petrol rompak

Projek dan program yang membazirkan wang rakyat di dalam dan di luar Negara, mestilah dihentikan oleh kerajaan . Pelaburan yang merugikan syarikat kerajaan atau kerajaan mestilah tidak ditanggung  akibatnya oleh rakyat. Rakyat tidak bersalah. Jika mengambil rakan-kongsi, seboleh-bolehnya mengelakkan Negara kafir atau orang kafir menjadi rakan kongsi PETRONAS. Pelajarilah dulu konsep perniagaan Islam yang Tulin supaya mendapat keberkatan dan hasil dalam perniagaaan.  Ada laporan mengatakan bahawa ruang-ruang kedai di menara kembar PETRONAS banyak dikuasai oleh orang asing, bukan melayu. Menara kembar PETRONAS bukan lambang bahawa kemiskinan rakyat berbangsa melayu telah pupus .

APA yang rakyat boleh buat sekarang untuk menurunkan harga minyak petrol? Solat hajat? Lagi apa? Mendesak kerajaan menurunkan harga petrol? Saya cadangkan pakai basikal, kereta lembu, kereta kuda, kuda, ………………. Biar stesyen minyak PETRONAS akhirnya terpaksa ditutup???? Maka, akhirnya, untuk menarik minat semula rakyat membeli minyak petrol, maka kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak 50% daripada harga sekarang???