Sebermula lagi raungan serigala gegari alam
dengan I Key lamp adD
Kemungkinan satu lagi penemuan baruku
merintis kesedaran & kajian
Penyakit jiwa yang kebanyakannya tidak menyedari
Kerapkali terjadi kepada ahli politik & penyokongnya
Mempercayai & menyokong bagai sibuta & situli
Kerana asa kaguman & kepercayaan yang tinggi ke langit
melebihi had yang dibenarkan
Singkatan apakah ia
Jawabnya “Impak Keyakinan Melampaui Had Dibenarkan”.
Menjadi pukauan keyakinan baik pihak yang menjadi kekaguman,
atau harapan tinggi atau kepercayaan tinggi
menyebabkan taat membuta-tuli atau
seolah-olah menganggap pihak itu dan penyokongnya
sentiasa maksum, benar dan adil
Halang ia memukau Halang lampaui
Dengan sifat Di Persimpangan Kutub
Dengan pencetus Cautious
Penyakit jiwa ini saya telah mengesan ia wujud dan telah menjadi wabak sedunia. I Key lamp adD juga menyebabkan sebarang kritikan atau penghinaan atau bantahan daripada sesuatu pihak lain terutama yang terkenal sebagai golongan pembangkangnya dianggap seperti sesuatu yang tidak terjadi, seolah-olah tidak mendengarinya, walaupun pengkritik menggunakan bukti dan dalil yang kuat & menang. Ini kerana ada factor ” masih menaruh harapan” TERHADAP golongan yang dikritik, yang disokong oleh pesakit I Key lamp adD. Contohnya, pernah terjadi di Malaysia, sebuah media bercetak yang jadi penyokong kerajaan mengkritik aktiviti yang dianjurkan oleh seorang pemimpin sebuah parti pembangkang. Kritikannya ialah aktiviti nyanyian lagu asmara itu ialah haram tetapi penyokong parti pembangkang itu menyatakan lagu cinta itu bukan lagu asmara walaupun memang lagu asmara. Inilah contoh impak penyakit I Key lamp adD.
Golongan Di Persimpangan Kutub pula lebih mampu mencegah penyakit I Key lamp adD. Sifat pencetus , terutama pencetus cautious menjadi perisai yang kuat yang menghalang terjadi penyakit I Key lamp adD. Jika ada juga golongan DPK yang terkena penyakit ini, insya-Allah mereka mampu sembuh segera dengan sifat DPK mereka yang masih ada. Mereka yang menghidap penyakit I Key lamp adD ini sering tidak mahu memperhatikan hujah, dalil, pendapat, bantahan daripada golongan yang mereka anggap sering menjadi pembangkang mereka. Justeru, minda mereka bagaikan terpukau, hanya percaya sebarang media yang dianggap sering menyokong mereka walaupun media penyokong itu tidak memberikan bukti yang menasabah, yang kuat atau menang. Ini bertentangan dengan sifat DPK yang mengkehendaki bebas daripada pemikiran yang terhad, yang menggalakkan teknik pengumpulan sumber yang pelbagai [termasuk sumber kenyataan musuh], yang memberi amaran bahawa sesuatu adat, kebiasaan masyarakat itu belum tentu benar semuanya, belum tentu baik semuanya.
Adakah orang yang sentiasa dapat mengelakkan diri dari melakukan kesilapan? Nabi & rasul pun ada yang pernah melakukan kesilapan. Malaikat pun akan melakukan kesilapan jika mereka tidak diselamatkan oleh Tuhan. Bagaimana malaikat pencatat amalan baik dan jahat bekerja? Dapatkah mereka melihat apa yang sedang bergerak dalam minda dan hati manusia? Tuhanlah yang memberikan mereka kemampuan dapat menilai dengan adil. Justeru, bebaskan diri kita dari penyakit I Key lamp adD.
AAAaaaaayuuuuuhhhhh!!
Larikan diri dan bebaskan dirimu
Dari pukauan I Key lamp adD
Yang membuat otakmu terpenjara
Yang memberanakkan tuduhan , sangkaan buruk, fitnah
Jangan benarkan I Key lamp adD hamil lagi
Mari kita berhijrah ke persimpangan kutub
tempat uzlah yang nyaman, tenteram dan indah
jauh dari kebisingan kota yang penuh dengan cemaran
dosa mata dosa telinga dosa mulut dosa hidung kaki dan tangan
dan kemaluan tegang bergelora bagai tsunami
yang merempuh merobohi keimananmu!!!
maka dengarlah ajakan ketakwaan!
dari salakan yang menyeramkan
di puncak dunia bergaung!!!