Sejauh Manakah Gagasan Di Persimpangan Kutub Bukan Bidaah Sesat & Sejauh Manakah DPK Ini Boleh Digunakan? By DPK First Founder!!

SEJAUH MANAKAH GAGASAN DI PERSIMPANGAN KUTUB (=DPK) BUKAN BIDAAH SESAT & SEJAUH MANAKAH GAGASAN DPK INI BOLEH DIGUNAKAN? BY DPK FIRST FOUNDER!!

AKAL ITU BINTANG. ISLAM TULIN ITU CAHAYA DAN PANCARAN BINTANG.

AKAL ITU BINTANG. ISLAM TULIN ITU CAHAYA DAN PANCARAN BINTANG.

Inilah Purdah SEBENAR,Pakaian yang diwajibkan oleh Allah kepada wanita. MENUTUP muka !!! This is a true "Purdah".Cover the face and whole except eye.... Allah (God) oblige every women to use Purdah. If have no use Purdah, they will go to hell!!!!

Inilah Purdah SEBENAR,Pakaian yang diwajibkan oleh Allah kepada wanita. MENUTUP muka !!! This is a true “Purdah”.Cover the face and whole except eye…. Allah (God) oblige every women to use Purdah. If have no use Purdah, they will go to hell!!!!

SeeCrescentMakeMeMoreCalmThanSeeAnyHuman! THE SYMBOL OF U'ZLAH!!!

SeeCrescentMakeMeMoreCalmThanSeeAnyHuman! THE SYMBOL OF U’ZLAH!!!

Ini melibatkan intipati kesimpulan utama Di Persimpangan Kutub? Inilah soalan yang paling mencabar pengasas DPK, barangkali? Bahkan pengasas keseorangan dan bersendirian dalam mencipta gagasan DPK ini!! Pengasas Di Persimpangan Kutub (=DPK) ialah seorang yang anti bidaah sesat. DPK bukan satu ajaran agama baru. DPK ialah sebuah konsep, gagasan, falsafah, hasil penyelidikan saintifik, panduan,…… Istilah yang ada dalam gagasan ini dan gelaran yang diberikan bukanlah sesuatu yang haram. Gelaran yang saya berikan kepada Imam Mahdi sebagai Bintang Utama atau Bintang Utama Pengakhiran dan gelaran yang saya berikan kepada Nabi Isa a.s sebagai Bintang Iringan adalah bukti rasa cinta saya kepada mereka berdua. Saya menamakan nabi ISA a.s sebagai Bintang Iringan kerana Nabi ISA akan menjadi pembantu utama Imam Mahdi yang akan selalu bersama beliau seperti sifat orang yang mengiringi seseorang.

Berkenaan ilmu dunia seperti ilmu sains, jika ada perbantahan, tidaklah salah jika masih tidak mempercayai dan berusaha mencari bukti apa sebenar yang benar. DPK mengajak manusia bergerak ke arah penyiasatan bersaintifik juga. Tetapi apabila melibatkan persoalan agama, maka DPK sedang diuji sejauh manakah ia dapat diterima-pakai, sejauh manakah ia dianggap konsep yang bukan menyesatkan dan bukan memberi masalah!!!

Mengenai agama ISLAM, 4 mazhab (Hambali, Syafie, Hanafi, Maliki) tiada percanggahan pendapat tentang tauhid. Jika ada percanggahan dalam sejarah ISLAM, pengkajian lanjut boleh dibuat untuk mencari apa yang betul-betul benar tetapi apabila melibatkan feqah dan tasauf??? Mengenai tasauf, kandungan gagasan DPK mengandungi prinsip dan intipati tentang tasauf yang sering menimbulkan percanggahan dan perbezaan pendapat malah perbalahan iaitu tasauf berkaitan tarekat/kesufian. Kitab “Mengenal Diri & Wali Allah” diyakini oleh pengasas DPK sebagai sumber utama saat ini di MALAYSIA (dan mungkin juga di dunia) yang menjadi sensor pengesan kesalahan tafsiran, makna dan maksud dan kefahaman berkenaan tasauf terutama berkenaan tarekat. Maka boleh dianggap juga telah ada penyelesaian atau kunci penyelesaian tentang tasauf!!

Walaubagaimanapun, masalah tentang perbalahan, percanggahan & perbezaan pendapat di kalangan mazhab yang empat orang itu tentang feqah tidak ditemui semua kepastian dan jawapannya dalam gagasan DPK 51% (=versi pengasas DPK). Hanya ada beberapa perkara yang boleh dianggap terbukti benar dan jelas yang menyelesaikan masalah percanggahan & perbezaan pendapat dalam feqah, yang terdapat dalam gagasan DPK seperti masalah aurat wanita, ikhtilat, sufur, tabaruj dan lain-lain. Bakinya (yang tidak selesai, tiada bukti & hujah yang menang) bagaimana harus diselesaikan??

Untuk menyelesaikan masalah ini, bukan hanya merujuk terhadap Kaedah Di Persimpangan Kutub, tetapi perkara-perkara seperti berikut juga haruslah diingati, diamalkan, digunakan:

1= Seseorang kanak-kanak itu apabila telah mumaiyiz atau akil-baligh dan menyedari kejahilan ibu-bapanya, maka kanak-kanak itu haruslah berusaha untuk menjadi golongan Di Persimpangan Kutub, berusaha untuk mendapatkan sifat-sifat Di Persimpangan Kutub. Tidak mungkinlah kanak-kanak itu akan berdiam diri sahaja, tidak solat, tidak puasa, tidak baca al-Quran, tidak itu dan ini hanya kerana belum pasti apakah hokum-hakam dan kaedah yang sebenar??? Walaupun sedar kerajaannya jahil dan system dan intipati berkenaan pendidikan dan teks telah diserang oleh racun Destroy With…., bersangka baik sahaja dahulu tentang konsep feqah yang selama ini diamalkannya tetapi pada masa yang sama rajin dan terus berusaha untuk mengumpulkan pelbagai pendapat untuk mengesan hujah dan pendapat yang mana yang terkuat, yang terbaik, yang dianggap menang, yang dianggap sebagai AJARAN ISLAM TULIN!! Bermakna kanak-kanak itu meyakini tidak mustahil jika ada kesesatan yang diamalkan oleh dirinya, ibu-bapanya, keluarganya, masyarakatnya, dan kerajaannya tetapi tidak tahu yang mana atau adakah semua kebiasaan itu tentu benar atau ada salah dan ada juga benar. Walaubagaimanapun, kanak-kanak itu menganggap dan meyakini semuanya baik dan betul kecuali pengkajian lanjut membuktikan sebaliknya. Tidak akan kanak-kanak itu mampu menggunakan seluruh saat-saat kehidupannya untuk membuat pengkajian semata-mata. Kerana dia perlu berehat, tidur, urus aktiviti-aktiviti lain juga!! Justeru, selagi belum terjadi pengkajian lanjut membuktikan sebaliknya, maka bersangka baik dan yakini sahaja sesuatu pengetahuan, konsep feqah itu tetapi pada masa yang sama berkeyakinan bahawa pengkajian lanjut itu  tetap perlu dilakukan, rajin dilakukan!!!

2= Cabaran minda dan cabaran terhadap keyakinan kanak-kanak itu makin tinggi bila memasuki taska, tadika, sekolah, kolej, university, bila dewasa. Pengaruh guru, pensyarah, system dan teks sangat menggodanya. Untuk berhadapan ancaman Destroy with…., maka jadilah pelajar Di Persimpangan KUTUB. Pelajar DPK akan menjawab soalan peperiksaan dan ujian berdasarkan ilmu yang diajarkan oleh gurunya tetapi keyakinan hatinya mungkin  tidak seperti keyakinan gurunya terhadap ilmunya. Misalnya, jika soalan itu bertanyakan begini: “Adakah wanita boleh mendedahkan wajahnya dihadapan lelaki yang bukan muhrimnya?” Jawapan yang disediakan oleh gurunya untuk soalan ini yang dianggap sebagai jawapan yang betul oleh gurunya ialah BOLEH MENDEDAHKAN WAJAHNYA. Pelajar DPK itu memberikan jawapan “boleh dedahkan wajah” tetapi hatinya berkeyakinan bahawa jawapan yang sebenar ialah “Tidak boleh mendedahkan wajahnya”. Kenapa pelajar itu berbuat begitu? Pelajar DPK itu berbuat begitu supaya dia lulus ujian dan peperiksaan, supaya dia dapat sijil, diploma atau ijazah agar bila dia pula menjadi pensyarah, dia akan jadi pensyarah yang bersifat Di Persimpangan Kutub atau digelarkan sebagai Pensyarah Di Persimpangan Kutub. Ketika dia mengajar, dia akan beritahu pelajarnya agar jadilah pelajar DPK dan dia akan beritahu pelajarnya begini: “Jawablah boleh dedah wajahnya di hadapan lelaki yang bukan muhrimnya tetapi hati dan keyakinan anda berkata sebenarnya tidak boleh dedah wajah tetapi di kertas jawapan anda tulis boleh dedah sebab anda nak lulus ujian dan peperiksaan agar bila anda dewasa dan Berjaya jadi guru atau pensyarah, anda akan memberitahu pelajar anda bahawa apa yang telah diserang oleh racun “Destroy With….”, teks mana yang sebenarnya tafsiran yang sesat (=ajaran sesat), salah. Percaya bahawa wanita boleh dedahkan wajah di hadapan yang bukan muhrim ialah AJARAN SESAT, BIDAAH SESAT!!!!

MESEJ KEPADA SELURUH DUNIA.

DARIPADA:

PELOPOR BINTANG PERTAMA DUNIA

Sabtu 21 ZULHIJJAH 1434 Hijrah (=26 October 2013) 4.55 AM (pagi malam)

Advertisements

Rompakan Kerajaan Terhadap Wang Staf Awam Melalui Zakat?? By Penyaring Nostalgia

Nostalgia Filter = Penyaring Nostalgia. This Article in Penyaring Nostalgia category.

Nostalgia Filter = Penyaring Nostalgia. This Article in Penyaring Nostalgia category.

 

Saya mendapat maklumat darihal ini. Sebuah kerajaan negeri di Malaysia (adakah semua kerajaan negeri pun begini?) menghantar surat kepada seluruh kakitangan awam negeri itu agar mengisi borang persetujuan untuk pemotongan sejumlah gaji mereka setiap tahun oleh kerajaan iaitu jumlah wang zakat pendapatan kakitangan awam tersebut. Jika tidak menyatakan sama ada setuju atau tidak, maka dianggap telah bersetuju.

Inilah sejenis bidaah sesat yang menyesatkan???? Orang yang paling tahu tentang haul dan jumlah yang kena nisab tentulah pemilik wang tersebut. Dia jugalah yang paling tahu tentang jumlah simpanan yang perlu digunakan untuk membayar sesuatu hutang semasa, membeli keperluan harian dan semasa, jumlah belanja untuk tanggungannya dan akhirnya setelah itu, barulah dia tahu baki sebenar yang perlu dizakatkan, setelah terlebih dahulu tolak hutang dan lain-lain itu. Kalau pun ada pada borang yang dihantar oleh jabatan zakat kerajaan negeri tersebut mengenai jumlah biasa perbelanjaan bulanan dan tahunan, ini tidak termasuk perbelanjaan luarbiasa, kecemasan dan hutang-hutang baru. Justeru, borang seperti itu tidak dapat menunjukkan dengan tepat jumlah sebenar yang perlu dizakatkan. Bahkan kemasukan wang baru dari sumber bukan gaji ke akaun pemilik (staf awam) itu, hanya pemilik yang tahu adakah sebenarnya wang yang baru masuk itu telah disimpan sehingga haul atau tidak. Justeru, kerajaan tidak boleh memaksa persetujuan atau melaksanakan peraturan gila yang berkaitan persetujuan automatic dianggap terjadi jika tidak menyatakan samaada setuju atau tidak.

Bahkan pengarah jabatan agama Islam kerajaan negeri itu telah menggemparkan Negara apabila beliau dikatakan menerima wang zakat. Adakah seseorang pengarah termasuk dalam golongan yang berhak menerima zakat????

Hentikan bidaah. Hentikan. Dan hentikan peraturan gila , yang hanya membayangkan ketamakan pemerintah dan kegilaan otak mereka.

Saya harap ilmu zakat yang benar dipelihara. Jangan jadi seperti ilmu faraid (system pewarisan harta Islam) yang sangat kurang orang yang memahaminya dengan betul. Jangan dikatakan itu perlu dizakat, ini kena zakat padahal dalam ISLAM yang sebenar hal itu tidak perlu dan tidak boleh dizakatkan.

Bangkitlah ulamak-ulamak Di Persimpangan Kutub dari tidur dan mimpimu. Perbetulkan akidah dan feqah serta tasauf dan sejarah. Aku menyeru kamu semua , wahai bintang yang bergemerlapan pada malam hari.  Bangkitlah revolusi kamu semua wahai ulamak DPK dan orang yang menyokong mereka di seluruh dunia!!! Tidak akan kamu menunggu Imam Mahdi dan Nabi Isa, baru kamu hendak memperjuangkan dan berjihad?? Kamulah pemimpin dunia yang sebenar saat ini, wahai ulamak-ulamak Di Persimpangan Kutub.

Bukankah mereka yang sengaja tidak membayar zakat , hal itu menyebabkan mereka murtad?  Bukankah khalifah Abu Bakar pernah berperang dengan orang yang enggan bayar zakat?  Dalam setiap harta orang ISLAM itu ada hak orang yang miskin dan papa-kedana, fakir dan hak orang yang layak menerima zakat. Itu bukan hak kita jika kita ialah pemberi zakat, bukan penerima zakat. Kalau kita bersedekah dan berzakat dengan ikhlas, insya-Allah , Tuhan akan menambahkan wang simpanan kita lagi. Sesiapa yang mensyukuri nikmat, Allah akan menambahkan lagi nikmat itu. Ini janji daripada Allah. Rujuk ayat al-Quran yang berkenaan.

Bila kita membayar zakat, itu salah-satu cara kita bersyukur. Zakat itu menyucikan harta. Pernah berlaku pada zaman dahulu , di negeri Arab , tiada orang yang layak menerima zakat sebab pemerintah yang adil dan orang Islam yang taat menunaikan zakat dan pengagihan zakat yang jujur dan menyeluruh.

Malaysia? Sentiasa ada orang yang perlu zakat. Di sebalik keindahan banggunan tinggi ke langit di kota-kota besar, masih ada rakyat yang tinggal tanpa rumah. Rumah sebesar reban ayam…… tinggal dalam kotak, tidur di merata-rata tempat,…………… Apakah mereka ini tidak mendapat agihan zakat? Atau adakah mendapatnya tetapi tidak dalam jumlah yang cukup ? Mendapat semua haknya?

Kita tidak mahu konsep zakat yang telah disuntik dengan racun ilmu “Destroy With…..”. Masih ramai yang jahil tentang konsep zakat. Risalah konsep zakat yang tulin dan benar hendaklah diedarkan secara menyeluruh. Jangan beli kitab zakat yang dalam bahasa Indonesia, kerana itu mungkin menyebabkan kekeliruan dan salah-faham. Mungkin perlu hantar peringatan ini:

1= Kepada pekerja swasta, persendirian dan kakitangan awam tentang zakat terkini mereka yang telah mereka bayar dan pertanyaan tentang zakat berikut, adakah telah dilaksanakan,  resit ?

2= Meminta sebab kenapa harta yang boleh dizakatkan telah tiada, atau haul baru wujud tidak bermula dari haul sebelum ? Perlu Tunjuk bukti JIKA BOLEH?

Hal di atas untuk mencegah orang malas bayar zakat dan untuk memastikan orang membayar zakat, Amil zakat, pemungut zakat dan pengagih zakat juga perlu dipantau.  Siapa yang nak pantau? Malaikat ?