Can us treat SP1 as S1+? From Alone World:


“DPK 51%:=”

Adakah sumber peringkat pertama iaitu al-Quran & Kutubusittah boleh dianggap S1+? Sudah tentulah sebab al-Quran & Kutubusittah itu menjadi dalil dan bukti?? Tetapi bila kita melihat sensor DPK yang ke 14 ….. MAKA, secara tersirat, sensor ke 14 DPK 51% meminta anda memikiri sejarah tentang dalil seperti siapa yang mencari dan mengumpul dalil, bagaimana dalil itu ditapisi dan disahkan sebagai benar dan lain-lain. Sepanjang pengetahuan saya, saya belum menemui bukti sejarah atau saintifik yang menunjukkan bahawa:

1= Ada PERKATAAN ATAU AYAT AL-Quran yang sebenarnya palsu
2= Ada hadis dalam kutubusittah yang sebenarnya palsu

Kesimpulannya, sesuai dengan anti-root problem, maka kita menggunakan persangkaan baik sahaja kerana MASIH tiada hujah yang menang yang menunjukkan perkara seperti di atas berlaku.

KESIMPULANNYA LAGI, ialah Sumber peringkat pertama ini BOLEH DIANGGAP SEBAGAI S1+!!!

Kerana al-Quran dan kutubusittah itu ialah dalil dan masih tiada bukti kuat yang menunjukkan ada dalil yang palsu. Pernah disiarkan di akhbar seorang ulama {kalau tak silap} luar Negara yang menyatakan yang bermaksud seluruh umat Islam di dunia telah sesat kerana ada ayat al-Quran yang sebenarnya palsu , kalau tak silap sepotong ayat yang palsu itu tetapi hujah dia itu tiada bukti yang kuat dan menang.

Berkaitan ilmu seperti yang dimiliki oleh KHIDIR yang sesetengah pendapat mengatakan beliau ialah nabi dan yang lain mengatakan bukan nabi tetapi wali Allah, ilmu dapat mengesan apa yang akan terjadi bermakna dapat mengesan rahsia lauh mahfuz, ilmu seperti ini boleh juga dianggap sebagai SP1 dan S1+.

Terjadi al-Quran melawan al-Quran dan kutubusittah melawan kutubusittah ialah kerana hal seperti terjemahan yang bertentangan maksud atau berbeza. Sensor kelima & kesembilan DPK MUNGKIN mengesan bahaya seperti kehilangan beberapa firman dan hadis atau perubahan firman dan hadis dalam sumber al-Quran dan kutubussittah yang tertentu tetapi kitab al-Quran dan kutubussittah yang lain selamat daripada kehilangan. Kehilangan itu akan menyebabkan taraf SP1 DAN S1+ itu TIDAK BOLEH diberikan kepadanya.

Mari kita perhatikan sejarah berkaitan al-Quran:

Seperti yang dinyatakan dalam kitab “Al-Quraan dan Terjemahannya -juz 1-30, diterjemahkan dan diterbitkan oleh Yayasan Penyelenggara Penterjemah/Pentafsir Al-Quraan, dicetak oleh PT. Intermasa”:

Quraan menurut bahasa bererti “bacaan”. Definisi al Quraan pula ialah “Kalam Allah yang merupakan mukjizat yang diturunkan [diwahyukan] kepada nabi Muhammad dan membacanya adalah ibadat.”

Dengan definisi di atas, kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad yang tidak dianggap membacanya sebagai ibadah, seperti hadis Qudsi, tidak pula dinamakan al Quraan.

Contoh Cara Al Quraan diturunkan:
=================================

1= Malaikat memasukkan wahyu itu ke dalam hati nabi Muhammad. Nabi Muhammad mengatakan: “Ruhul qudus mewahyukan ke dalam kalbuku” [lihat surah (42) Asy Syuuraa ayat 51].

2= Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi berupa seorang laki-laki yang mengucapkan kata-kata kepadanya sehingga beliau mengetahui dan hafal benar akan kata-kata itu.

3= Wahyu datang kepadanya seperti gemerincingnya lonceng. Cara inilah yang amat berat dirasakan oleh Nabi. Kadang-kadang pada keningnya berpancaran keringat, meskipun turunnya wahyu itu pada musim dingin. Kadang-kadang unta beliau terpaksa berhenti dan duduk kerana merasa amat berat, bila wahyu itu turun ketika beliau sedang mengendarai unta.

4= Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi dalam bentuk dan rupa malaikat yang asli. Hal ini tersebut dalam surah [53] An Najm ayat 13 & 14: ertinya:”Sesungguhnya Muhammad telah melihatnya pada kali yang lain [kedua]. Ketika [dia berada] di Sidratulmuntaha.”

HIKMAH DITURUNKAN AL QURAAN SECARA BERANGSUR-ANGSUR:
====================================================

Al-Quraan diturunkan secara berangsur-angsur dalam masa 22 tahun 2 bulan 22 hari. Hikmah diturunkan secara berangsur-angsur itu ialah:

1= Agar lebih mudah dimengerti dan dilaksanakan. Orang akan enggan melaksanakan suruhan, dan larangan jika suruhan dan larangan itu diturunkan sekaligus . Hal ini disebutkan oleh Bukhari DARI riwayat ‘Aisyah r.a

2= Di antara ayat-ayat itu ada yang nasikh dan ada yang mansukh, sesuai dengan kemaslahatan. Ini tidak dapat dilakukan jika al Quran diturunkan sekaligus [Ini menurut pendapat yang mengatakan adanya nasikh dan mansukh]

3= Turunnya sesuatu ayat sesuai dengan peristiwa-peristiwa yang terjadi akan lebih mengesankan dan lebih berpengaruh di hati.

4= Memudahkan penghafalan. Orang-orang musyrik yang telah menanyakan mengapa Al Quran tidak diturunkan sekaligus, sebagaimana tersebut dalam al Quran surah [25] Al Furqaan AYAT 32, iaitu: “….mengapakah Al Quraan tidak diturunkan kepadanya sekaligus ….?” Kemudian dijawab di dalam ayat itu sendiri: “….Demikianlah, dengan [cara] begitu Kami hendak menetapkan hatimu…..”.

5= Di antara ayat-ayat ada yang merupakan jawapan daripada pertanyaan atau penolakan suatu pendapat atau perbuatan, sebagai dikatakan oleh Ibnu ‘Abbas r.a. Hal ini tidak dapat terlaksana kalau al-Quran DITURUNKAN sekaligus.

AYAT MAKKIYYAH DAN AYAT MADANIYYAH
===================================

Ayat yang diturunkan di Mekah atau sebelum Nabi Muhammad hijrah ke Madinah dinamakan ayat Makkiyyah. Yang diturunkan di Madinah atau sesudah Nabi Muhammad hijrah ke Madinah dinamakan ayat Madaniyyah. Ayat Makkiyyah meliputi 19/30 dari isi Al-Quran terdiri atas 86 surah sedang ayat Madaniyyah terdiri atas 28 surah.

NAMA-NAMA AL-QURAAN
=====================

Allah memberi nama Kitab-Nya dengan Al Quraan, yang bererti “bacaan”. Erti ini dapat dilihat dalam surah [75] Al Qiyaamah, ayat 17 dan 18. Allah juga memberi beberapa nama lain bagi Kitab-Nya seperti:

1= Al Kitaab atau kitaabullah: MERUPAKAN synonym dari perkataan Al Quraan, sebagaimana tersebut dalam surah [2] Al Baqarah ayat 2 YANG ertinya: “Kitab [Al Quraan] ini tidak ada keraguan padanya….”

2= Al-Furqaan: ertinya “Pembeda” ialah “yang membedakan yang benar dan yang batil”, sebagai tersebut dalam surah [25] Al Furqaan AYAT 1 yang artinya: “Maha Agung [Allah] yang telah menurunkan Al Furqaan, KEPADA hamba-Nya, AGAR IA menjadi peringatan seluruh alam”.

3=Adz-dzikr: ertinya: “Peringatan”, SEBAGAIMANA yang tersebut dalam surah [15] Al Hijr ayat 9 yang ertinya: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan “Adz-dzikr” DAN SESUNGGUHNYA Kamilah PENJAGANYA”.
Nama yang paling mahsyur dan merupakan nama khas ialah “Al Quraan”. Selain dari nama-nama yang empat itu ada lagi beberapa nama bagi Al-Quraan.

SURAH-SURAH DALAM AL Quran
=============================

ADA 114 SURAH dalam Al Quran: nama dan batas setiap surah, susunan ayat-ayatnya adalah menurut ketentuan yang ditetapkan dan diajarkan oleh Rasulullah sendiri [taufiq]. Sebahagian dari surah-surah Al Quran mempunyai satu nama dan yang lain mempunyai lebih dari satu nama.

ASSAB’UTHTHIWAAL bermaksud tujuh surah yang panjang iaitu Al-Baqarah, Ali Imran, An Nisaa’, Al A’raaf, Al An’aam, Al Maa-idah dan Junus. AL MIUUN IALAH yang dimaksudkan surah yang berisi kira-kira seratus ayat lebih seperti Hud. AL MATSAANI, dimaksudkan surah yang berisi kurang sedikit dari seratus ayat seperti Al Hijr. AL MUFASHSHAL dimaksudkan surah pendek seperti An Naas.

HURUF-HURUF HIJAAIYYAH YANG ADA PADA PERMULAAN SURAH
====================================================
Di dalam Al Quraan ada 29 surah yang dimulai dengan huruf hijaaiyyah iaitu pada surah seperti Thaaha.

Huruf ini dinamakan “FAWAATIHUSHSHUWAR”, ERTINYA pembukaan surah-surah. Banyak pendapat dikemukakan oleh para Ulama’ Tafsir tentang erti dan maksud huruf-huruf hijaaiyyah itu.

PEMBAGIAN AL QURAAN
====================
Sejak zaman sahabat telah ada pembahagian Al Quraan menjadi: 1/2, 1/3, 1/5, 1/7, 1/9 dan sebagainya. Tetapi hanya sekadar untuk hafalan dan amalan dalam tiap-tiap sehari semalam atau di dalam sembahyang, dan tidak ditulis di dalam Al Quraan atau di pinggirnya. Pada masa Al Hajjaj bin Jusuf Ats Tsaqafi barulah diadakan penulisan di dalam atau di pinggir Al Quraan dan ditambah dengan istilah-istilah baru.

BERSAMBUNG/TO BE CONTINUE……

4 thoughts on “Can us treat SP1 as S1+? From Alone World:

  1. […] 51 peratus ini dicipta oleh pencipta gagasan DPK, ia (gagasan DPK 51%) TIDAK LAYAK dianggap sebagai S1+. Mungkin generasi penambah 51% atau generasi penyambung versi DPK 51% (52%-75%) mampu menjadikan […]

    Like

  2. […] Description CBVS for A bigger than X but this only guess in “big might”. F2Dcbvs is not like what we treat in “MENOKTAH AKAR” BECAUSE WHAT WE TREAT IN “MENOKTAH AKAR” BECOME A KIND OF TRUST ALTHOUGH WHAT WE BELIEVE IN THAT MATTER HAS NOT S1+!! […]

    Like

  3. […] berdagang di kampung Hijrah dan lain-lain. Ustazah Jilbab JUGA mempelajarinya, tetapi melalui jin ISLAM itu. Balqis juga mempelajari Tarekat dan kesufian. Sekolah-sekolah tarekat dibina dengan banyak di […]

    Like

Leave a comment