APAKAH UZLAH? BY Sinaran Iffah


Rat Urine ever kill many peoples!

Peringatan Harian ke 16 = Rat Urine ever kill many peoples!

 

Peringatan Harian ke 17= DropCanCauseYourBillHigher

Peringatan Harian ke 17= DropCanCauseYourBillHigher

 

ListThese.Expired Date?

Peringatan Harian ke 18=ListThese.Expired Date?

 

Kenapa saya menggelarkan diri saya sebagai The Symbol Of U’zlah? Sebab saya suka bersendirian. Saya tidak suka bergaul atau berbual-bual atau bercakap. Biasanya saya bercakap bila perlu atau terpaksa sahaja.

Berdasarkan pemahaman saya terhadap kitab “Uzlah – Petunjuk Mengasingkan Diri”, saya membuat kesimpulan bahawa yang dimaksudkan dengan uzlah itu ialah:

Mengasingkan dan menjauhkan diri dari manusia untuk mengelakkan bahaya dalam pertemuan dan pergaulan dengan manusia dan untuk memperbaiki diri dalam segala hal terutama mensucikan hati agar hati lebih suci dan nafsu jadi lebih baik.

Ada saya baca, dikatakannya bahawa ulamak-ulamak telah berkata bahawa sebesar-besar penghalang mencapai makrifat kepada Allah ialah PERGAULAN DENGAN MANUSIA.

Walaubagaimanapun, bukan tiada godaan syaitan ketika bersendirian. Justeru, orang yang ingin beruzlah di gua atau di bukit seperti yang pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W, perlulah meningkatkan ilmu terutama ilmu agama Islam yang Tulin. Ketika beruzlah, kemungkinan syaitan menjelma dan menyamar sebagai seorang wali Allah .

Uzlah itu boleh berlaku dalam dua keadaan ini:

1= Benar-benar bersendirian seperti dalam bilik seorang diri, bersendirian di tempat sunyi dan sebagainya.

2= Ketika bersama manusia lain. Ketika ini jasadnya bersama dengan manusia yang lain tetapi ingatan , akal, fikiran, hatinya sentiasa lebih bergerak kepada Allah. Seolah-olah ruhnya berada di tempat lain, jasadnya di tempat lain.

Uzlah ialah sifat yang disukai oleh orang sufi , orang soleh, solehah dan wali-wali Allah, nabi dan rasul.

Saya telah menemui rahsia-rahsia faedah uzlah ini. Falsafah-falsafah saya yang unik lahir ketika saya bersendirian. Saya bertafakur secara luarbiasa ketika bersendirian sehingga saya menemui rahsia dan kesimpulan kehidupan ini yang utama, yang menjadi rahsia saya, yang saya tidak ingin mendedahkan rahsianya kepada anda semua!!

Saya menemui lebih keindahan dan lebih ketenangan fikiran ,hati dan jiwa ketika beruzlah atau bersendirian ini.

Banyak faedah menjauhi dari manusia. Bukan bermakna orang yang beruzlah itu kera sumbang . Bukan bermakna beruzlah itu jadi katak di bawah tempurung, tidak tahu langsung perkembangan dan sejarah dunia dan persekitarannya. Bahkan zaman ini ialah zaman siber. Ilmu pengetahuan dan berita dapat diterima dan komunikasi dapat dilakukan dengan ada IPHONE, LAPTOP, IPAD, Modem wifi, Skype dan lain-lain ketika beruzlah.

Bahkan orang yang beruzlah itu sebenarnya tidak bersendirian kerana :

1= Syaitan sentiasa bersamanya

2= Malaikat Atid DAN raqib sentiasa memantau aktivitinya

3= Allah s.w.t sentiasa melihat hatinya.

Bahaya pergaulan dengan manusia? Amat banyak. Bahaya yang biasa dan luarbiasa dan yang tidak terfikirkan oleh otak anda juga pun ada.

Orang yang suka beruzlah, tidak suka berbual kosong, tidak suka mengumpat, tidak suka menghina, tidak suka mendengar umpatan dan fitnah , berita palsu, tidak suka melihat hal yang haram, ……

Dengan pergaulan dengan manusialah , dosa-dosa seperti berikut dapat biasa terjadi dalam masyarakat di seluruh dunia:

1= Mengadu domba

2= Munafik

3=Ria’

4= Suka dipuji

5= Bermegah-megah

6= Gurau-senda yang diharamkan. Cara bergurau yang haram.

7=Sombong, takbur, ego

8= Degil

9=Mungkir janji

10= Marah , panas-baran

11= Memaki, mencaci,

12= Memukul orang

13= Menyakiti hati insan lain

14= Terpengaruh dengan bidaah sesat , haram, khurafat,….

Masih banyak lagi . Tidak sanggup menyenaraikan kesemua bahaya dalam pergaulan dengan manusia. TERLALU BANYAK!!!

http://www.youtube.com/watch?v=3ABxi6qCkq8

Bila beruzlah, cuba banyakkan berzikir tarekat. Bukan bersendirian seperti cara sami Buddha, kristian, Hindu atau lainnya. Bersendirian cara ISLAM, adalah unik dan benar-benar dapat mendatangkan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Orang Islam jangan bersendirian cara penganut agama lain , sebab itu dapat menyebabkan murtad.

Ada maklumat mengatakan pernah terjadi pada zaman nabi Sulaiman hidup iaitu seorang lelaki yang beruzlah dalam satu benda yang terletak dalam laut. Kenapa dia dapat beruzlah seperti itu? Lelaki itu memberitahu nabi Sulaiman dia  dapat begitu kerana berbakti dan kasih-sayangnya kepada ibunya. Dia selalu meletakkan ibunya di belakang badannya untuk membawa ibunya ke mana-mana kerana ibunya sudah uzur , tidak berdaya berjalan.

Nabi Muhammad beruzlah di gua hira. Di situlah nabi menenangkan jiwa dan hatinya . Hati baginda sangat sedih tentang kejahilan dan kesesatan serta kejahatan bangsa arab ketika itu. Contohnya, bayi wanita di tanam ketika bayi itu masih hidup kerana bangsa arab menganggap wanita tidak bernilai.

Maka, ketahuilah oleh kamu , wahai pembaca blog Di Persimpangan Kutub, bahawa jiwa saya juga seperti nabi Muhammad, tertekan perasaan dengan kejahilan , kesesatan dan kejahatan bangsa melayu Malaysia. Tetapi saya dituduh gila dan lain-lain kerana perlakuan unik saya seperti beruzlah ini. Hidup ini amat memerlukan kekuatan keimanan kerana manusia yang sesat dan syaitan sering bekerjasama dan dengki dengan orang yang beruzlah????

Orang-orang yahudi pernah cuba mencuri mayat nabi Muhammad dan seorang sultan telah mengetahui hal ini melalui mimpi dan menyelamatkan mayat nabi dan orang yahudi itu telah ditangkap atas perintah sultan itu. Ini satu sumber sejarah , mengatakan demikian.

 

 

 

 

 

5 thoughts on “APAKAH UZLAH? BY Sinaran Iffah

  1. […] alone is like someone alone for suck the drug, masturbate, steal etc. Good alone is like UZLAH. UZLAH is mean alone for make good deed for love Allah [GOD] like perform religious obligations. However, we must […]

    Like

  2. […] wajahnya macam pantat dan berbentuk pantat!!!. Maka dia berhenti bersyarah dan melarikan diri  , beruzlah ke hutan berdekatan. Tinggal dalam batang […]

    Like

  3. […] WORLD FIRST STAR PIONEER AS The Symbol Of U’zlah. […]

    Like

  4. […] WORLD FIRST STAR PIONEER AS The Symbol Of U’zlah. […]

    Like

Leave a comment