What Is ” alua ya dina?” – From Alone World


As a judge, I command all of you ask Paris Hell Tone & Lady Gaga for get know what alua ya dina is!!!

As a judge, I command all of you ask Paris Hell Tone & Lady Gaga for get know what alua ya dina is!!!

Ini ialah satu istilah dalam Teori Kitaran Personaliti. Teori Kitaran personality ialah satu teori dalam Gagasan Di Persimpangan Kutub. Setiap orang boleh mempunyai lintasan ini di fikiran, kerap atau kadangkala atau jarang atau hamper tidak pernah . Mereka mungkin cuba untuk melupakan atau mengabaikannya seolah-olah lintasan fikiran ini tidak mungkin akan terjadi, seperti penafian akan terjadi tentang sesuatu yang sangat besar atau yang paling dapat menjadi ujian paling berat atau penafian akan tewas atau gagal dalam ujian itu, yang mungkin merupakan bala semata-mata atau bala dan ujian serentak atau ujian semata-mata. Sesetengahnya mengakui dalam hati dan percaya bahawa dirinya sukar atau tidak mungkin Berjaya menghadapi ujian dan bala yang mungkin akan terjadi seperti yang digambarkan dalam lintasan fikiran itu. Walaubagaimanapun sesetengahnya masuk juga ke “alam”  ujian yang mereka anggap mampu menghadapinya dengan Berjaya walaupun ujian yang paling besar atau yang sangat berat [lintasan alua ya dina] memberikan tanda yang cukup kuat bahawa ujian-ujian yang lebih ringan tidak mungkin atau sukar untuk “Lulus”. Maka , bila mereka mengalami alam ujian-ujian yang lebih ringan daripada ujian terberat atau yang sangat berat, maka itu seolah-olah seperti menafikan bahawa mereka akan gagal ujian terberat. Alua ya dina itu terhasil daripada kependekan ayat “kemaluan yang dinafikan”. Kemaluan ini ialah perkataan simbolik terhadap perkara yang sangat atau paling buruk atau ujian keimanan atau bala yang sangat atau paling buruk atau yang sangat berat atau paling berat yang jika tidak sanggup menghadapinya bermakna ujian atau akibat buruk yang lebih rendah tidak mungkin atau tentu atau sukar dihadapi tetapi manusia terlupa atau melupakan atau tidak peduli tanda besar atau bukti yang beri makna ini seperti seolah-olah menafikan hal itu menjadi tanda atau bukti yang benar-benar terlintas di fikirannya atau kerana sengaja enggan memikiri lintasan berat ini. Sebenarnya lintasan fikiran atau ingatan yang berkaitan alua ya dina selalu menjadi tanda yang benar-benar menunjukkan bukti dalam kitaran kehidupan manusia.

Contoh-contoh alua ya dina:

1= Terfikir atau teringat tentang “Adakah aku sanggup mencuci dubur ibu aku yang sakit terlantar di hospital, jika ibuku yang masih sihat sekarang ini akan ditakdirkan begitu padahal aku mengatakan aku ialah anak yang sangat mengasihi ibuku?”

2=”Adakah aku dapat menjadi pemimpin organisasi atau Negara yang adil jika pemimpin tertinggi memaksa aku melaksanakan dasar pemerintahan yang gila, malah pemimpin tertinggi menggugut akan memecat aku jika tidak taat kepadanya?”

3=”Adakah aku sanggup menjadi hakim atau ketua hakim yang adil padahal aku tahu undang-undang yang digubal di Dewan Undangan Negeri atau di Parlimen banyak yang tidak ikut ISLAM PADAHAL JIKA TIDAK IKUT ISLAM bermakna zalim dan tidak adil?”

4=”Adakah aku akan dapat menjadi doctor yang kekal jujur jika satu hari nanti terjadi perniagaan klinik aku yang sangat merosot padahal aku menanggung pelbagai hutang yang termasuk riba di dalamnya?”

5=” Adakah aku akan terus menjadi ulama dan tukang falsafah, tukang nasihat padahal aku melihat banyak perkara yang aku nasihatkan orang jangan membuatnya tetapi aku membuatnya, jadi dapatkah aku mati dalam keredaan Allah?. Hebat nasihat dan pendapatku di blogku tetapi aku sebenarnya semakin jauh dari ALLAH!!!”

6=”Adakah aku akan buat keputusan untuk berkahwin, menjadi suami dan bapa padahal terlintas di fikiranku bahawa aku gagal melawan godaan syaitanku. Jadi, bagaimana aku dapat melawan godaan syaitan isteri dan syaitan anak-anakku? Jika demikian, aku tidak akan layak menjadi suami dan bapa.

Disebabkan manusia kurang ambil berat atau mengabaikan alua ya dina dalam kitaran personality, maka ini juga menjadi sebab mengapa kitaran personality yang buruk tidak dapat diputuskan atau dicegah. Jika manusia itu mengambil langkah-langkah untuk melayakkan menghadapi ujian atau keadaan “berat atau sangat berat atau paling berat” seperti yang terlintas dalam alua ya dina….., besar kemungkinan atau mungkin bermakna ujia-ujian yang lebih ringan juga akan Berjaya atau “lulus”.

Alua ya dina juga menunjukkan hujung atau “seperti hujung” ujian. Pemikiran terhadap penyelesaian mengenai hujung atau yang seperti hujung ini akan membantu atau mendorong pemikiran terhadap penyelesaian perkara yang lebih ringan juga. Contohnya: Seseorang hakim itu mungkin ada perniagaan kerana jika dia diugut oleh kerajaan agar mengikut telunjuk kerajaan walaupun apa yang diperintahkan oleh kerajaan itu zalim [ugutan ini ialah seperti hujung ujian sebagai hakim], maka hakim itu akan senang hati meletakkan jawatan dan kemudian terus menjadi seorang ahli perniagaan kerana dia telah biasa menghadapi masalah perniagaan yang dianggap lebih ringan berbanding apa yang dihadapi jika menjadi hakim. Salah-satu perniagaannya ialah beliau ialah seorang peguamcara dan peguambela. Beliau juga ada menjalankan perniagaan restoren.

Saya akan menceritakan sebuah kisah benar yang dialami oleh seorang  yang pernah mengalami perbicaraan di mahkamah. Orang itu menganggap hakim yang ada itu ialah hakim ekspress atau hakim cekodok atau hakim hingusan. Ingatan dan penyelesaian terhadap alua ya dina dapat membantu seseorang mencegah dan mengurangkan perasaan sombong, takbur, ego, bermegah-megah, bangga diri, ujub, kagum terhadap diri sendiri dan menggalakkan merendah diri dengan cara yang wajar!!!

ARTIKEL INI BERSAMBUNG/TO BE CONTINUE….!!

2 thoughts on “What Is ” alua ya dina?” – From Alone World

  1. […] ~~~~~ SPECIAL  REMINDER TO THE FIRST CREATOR OF THE THEORY OF Di Persimpangan Kutub~~~~~: […]

    Like

Leave a comment