Samudera Tinta
Tinta Hati Mengalir Ke Pena
Thursday, April 19, 2012
Facebook: Rahsia itu bukan milik kita
Anda semua tahu berkaitan ibadah puasa kan? Pesan ustaz dahulu, ibadah puasa adalah rahsia di antara Khaliq dan mahkluq. Ia berbeza dengan ibadah lain seperti solat, zakat kerana orang lain boleh nampak. Puasa adalah rahsia di antara individu yang berpuasa dengan Allah swt. Itu teori tentang puasa. Realiti di alam Facebook? Mari semak jika anda pernah melihat status-status berikut;
Encik A;
“Alhamdulillah, sedapnya makanan iftar tadi”
Cik B;
“Harap-harap sempatlah masak untuk buka puasa nanti. Jem teruk ni”
Puan C;
“Menunggu hubby pulang untuk buka puasa sama-sama”
Pernah lihat status-status di atas atau yang hampir menyerupainya? Semestinya puasa yang dimaksudkan di atas adalah puasa sunat. Kalau puasa Ramadhan sudah jadi kategori lain kerana ia wajib.
Persoalanya di sini, bukankah dengan mengiklankan kepada 4999 rakan kita di Facebook yang kita berpuasa sunat pada hari tersebut, akan menjadikan kita lebih dekat kepada perasaan bangga diri @ riya’? Mungkin kita tidak berniat begitu, namun yakinlah syaitan adalah pakar dalam menghapuskan pahala anak-anak Adam. Mungkin puasa sunat tersebut pada akhirnya akan menjadi sekadar lapar dan dahaga sahaja, nauzubillah.
Aku juga pernah terlihat satu status rakan seperti berikut,
Encik D;
“Dhuha..@ Masjid *E*****”
Kihkihkih. Solat dhuha pun nak dikongi bersama-sama 4999 rakan maya. Satu sisi diriku mengatakan bersangka baik mungkin dia nak ajak orang lain buat dhuha sama-sama. Satu sisi lagi daripada diriku pula mengatakan ibadat sunat tidak perlu dihebah-hebahkan. Cukuplah rahsia di antara Khaliq dan makhluk. Mengapa? Kerana abid yang hebat seumpama Bal’am bin Ba’ura pun mati dalam keadaan kufur kerana penangan syaitan. Apatah lagi kita. Teramat mudah untuk syaitan memperdaya dan menipu umat akhir zaman.
Akhirnya, aku berharap tidak akan menjumpai status seperti,
Encik E,
“Tenangnya tahajud malam ni..@ Masjid Muhammadi”
Maaf andai terkasar bahasa dan terkhilaf bicara.
*Gambar dicuplik dari sini.
Saturday, November 19, 2011
Yes !
Tuesday, July 6, 2010
Ingin terus berlari
Di titian perjalanan yang panjang ini
Biarkan aku terus berlari
Mengejar mimpi di hujung pelangi
Menggapai impian di sebalik mentariBenar,
Kerap aku tersadung
Rebah menyembah bumi
Duri kepayahan menusuk hati
Ombak kesukaran menghempas diriBiarkan !
Persetankan segala rintangan itu
Aku tidak akan sesekali berwalang hati
Kerna tanpa kepahitan, kemanisan tidak akan ada nilainya
Dan aku hanya ingin terus berlari
Menuju destinasi yang pasti…
6 Julai 2010, 6.03 petang
Kota Bharu, Kelantan
P/s: Gambar diambil dari sini
Monday, May 31, 2010
Tengah Nazak Pun Kau Kacau ?
Selepas menghantar adindaku ke kelas tuisyen malam, aku singgah sebentar ke masjid untuk mendengar kuliah maghrib buat mengisi ilmu di dada yang serba kekurangan ini. Pada malam ini, Ustaz Nuqman biasanya akan mengajar kitab Tauhid pada sesi pertama dan akan disusuli dengan tazkirah yang dipetik dari mana-mana kitab hadis atau kitab-kitab pilihan beliau.Ketika aku sampai sesi kuliah Tauhid telah selesai dan sesi tazkirah telah bermula. Aku cuma agak tertarik dengan isi tazkirah kali ini kerana ia adalah pertama kali aku dengar. Ia berkaitan 7 cara godaan syaitan ketika manusia berada di dalam sakaratul maut ataupun mabuk maut/nazak.Berdasarkan tazkirah Ustaz Nuqman, 7 Cara Bagaimana Syaitan Cuba Untuk Mencabut Iman Manusia Di Kala Maut adalah seperti berikut;
1)Syaitan akan datang membawa permainan yang disukai oleh seseorang anak adam semasa hidupnya.
2)Syaitan akan menjelma menyerupai haiwan yang paling ditakuti oleh seseorang.
3)Syaitan akan menyerupai haiwan yang paling disayangi oleh seseorang
4)Syaitan akan menjelma menyerupai orang yang paling dibenci oleh seseorang.
5)Syaitan akan menjelma menyerupai orang yang paling disayangi oleh seseorang.
6)Syaitan akan datang menyerupai alim ulama
7)Syaitan akan datang menyerupai 72 golongan yang sesat
Friday, April 30, 2010
Tragedi Yang Kesekian Kalinya
Kes adik Aminul Rasyid yang ditembak oleh pihak polis hangat diperkatakan. Khalid Samad di dalam blognya telah menukilkan cerita yang disampaikan sendiri oleh rakan adik Aminul Rasyid yang ada bersama-samanya di dalam kereta ketika kejadian tembakan tersebut berlaku,” Remaja tersebut memberitahu bagaimana arwah telah mengambil kereta kakaknya pada lewat malam sambil semua sedang tidur dan menjemput beliau. Mereka telah ke sebuah kedai di Seksyen 11 dan seterusnya ke Seksyen 7 setelah mendapat panggilan dari seorang rakan lain yang mengalami kerosakan motorsikal di situ. Dalam perjalanan ke tempat kerosakan tersebut, berhampiran restoran Ali’s corner, mereka tergesel dengan sebuah kereta mewah yang sedang parkir di situ. Kemalangan ini menyebabkan arwah ketakutan dan beliau terus membawa kereta untuk melarikan diri. Pada masa yang sama mereka dapati ada motorsikal yang mengejar mereka. Apabila sampai di Seksyen 12, di jalan dari bulatan Istana Kayangan menuju SIRIM, motorsikal berkenaan terlanggar kereta yang dipandu arwah di bahagian belakang dan terus terbabas.Arwah terus membawa keretanya dengan laju dan pada ketika itu mereka telah memintas sebuah kereta peronda polis. Kereta peronda tersebut terus membunyikan sirennya dan mengejar mereka, melalui SIRIM terus ke bulatan dan menuju ke Masjid Negeri, sampai ke Seksyen 9 dan kembali ke bulatan Istana Kayangan. Dari bulatan Istana Kayangan mereka berpatah semula ke Seksyen 11 memasuki simpang berhampiran Caltex, Esso dan terus memasuki jalan 11/2. Tiba-tiba kedengaran tembakan beberapa das. Kereta terhoyang hayang disyaki tayar telah terkena tembakan. Arwah terus memandu dalam keadaan tayar ditembak sehingga tiba-tiba beliau rebah ke atas ribanya. Kereta terus menyimpang ke kiri dan terbatas melanggar tembok sebuah rumah.
Apabila di pegang kepala arwah, didapati berlumuran darah. Terasa kepala berlubang dan darah membasahi tangan dan bajunya. Remaja ini terus keluar dari kereta, terpaksa keluar dari pintu sebelah arwah, kerana pintu sebelah dirinya telah terhimpit. Terpaksa mengalih mayat arwah supaya dapat melepasi diri dengan tujuan menyerah diri. Tak sempat apa-apa, sebaik sahaja keluar beliau diterajang seorang anggota polis dan beliau terus melarikan diri..”
Laporan polis lengkap yang dibuat oleh rakan adik Aminul sila klik di sini.
Peristiwa ini telah menimbulkan reaksi pelbagai. Kebanyakkannya mencemuh dan mengutuk tindakan kejam serta tidak berperikemanusiaan pihak polis. Namun, yang paling dikesalkan adalah laporan media massa (baca; media pengampu) yang melaporkan bahawa mangsa adalah penyamun dan penjenayah yang mempunyai senjata di dalam keretanya.
Laporan yang dibuat oleh media massa seolah untuk menggambarkan bahawa mangsa adalah penjenayah berbahaya dan ia juga dilihat satu usaha menanam persepsi di dalam minda pembaca Melayu bahawa perbuatan polis tersebut adalah sesuatu yang wajar dan mengikut SOP yang betul. Satu lagi propaganda murahan?
Ibu adik Aminul Norsiah Mohamad, 60, menyangkal dakwaan polis,
“Bila polis kata (dakwa) anak saya disyaki terbabit geng samun, saya sekeluarga memang tidak boleh terima,” ujar beliau sambil sebak menahan air mata di kediaman mereka sekeluarga, petang ini.
“Dia anak yang baik, dia pemain ragbi, ahli sukan, semua sukan dia masuk. Kalau bulan puasa, dia memang di surau, kalau pergi surau, siapa tak kenal dia.”
Bgitulah, hati ibu-bapa mana yang tidak terguris apabila berita-berita fitnah dan tidak benar disebarkan di media untuk tatapan umum.
Persoalan juga timbul bagaimana seorang budak berumur 15 tahun yang masih di bawah umur dan tidak mempunyai lesen dibenarkan untuk memandu kereta. Adakah kerana kecuaian ibu-bapa atau anak-anak yang tidak mengikut kata. Walau setinggi mana pun kemahiran seseorang itu memandu kereta, namun jika terlibat dengan masalah seperti kemalangan kecil sekalipun, maka ini akan mudah menimbulkan rasa panik dan gugup terutama bagi seseorang yang tidak berlesen apatah lagi jika dikejar oleh polis.
Mungkin ini boleh dikatakan naluri manusia. Malahan yang berlesen lengkap sekalipun akan masih merasa berdebar-debar andai ternampak sekatan jalan raya oleh polis ataupun Jabatan Pengangkutan Jalan di hadapan.
Apa pun kes ini mengulangi siri tragik berkaitan pihak polis yang pernah berlaku sebelum ini seperti kes Norizan Salleh, Mohamad Tawfiq Noorzan, Kugan, dan Adi Anwar Jiknah. Kita menuntut supaya siasatan yang benar-benar bebas, telus dan menyeluruh diadakan dan hasil siasatan hendaklah disiarkan kepada umum.
Yang bersalah seharusnya dan selayaknya dihukum. Kita tidak mahu kerana perbuatan buruk segelintir anggaota polis, maka imej seluruh institusi kepolisan tercemar terutama bagi anggota-anggota yang berkhidmat dengan jujur dan ikhlas..
Kita juga berharap agar tiada pihak membuat kenyataan bukan-bukan dan setaraf percakapan budak tadika yang suka merajuk seumpama kenyataan,
“Kalau tak nak, saya akan beritahu orang saya supaya tidak lagi menahan kereta yang dipandu dengan cara mencurigakan atau mengambil tindakan terhadap pelumba haram yang bermaharajalela di jalan raya,”
Ya, kita perlu berlapang dada dan matang dalam menangani perkara ini. Usah biar emosi menguasai diri.
Tegakkan keadilan, runtuhkan kezaliman !
Tuesday, April 27, 2010
Titis
Titis dukaTitis gembira
Titis sedihTitis sayang
Titis benci
Titis rahmat
Titis bala
Titis hujan
Bawa sejuta titis cerita
11.05 malam, 26 April 2010
Tumpat, Kelantan.
Monday, April 26, 2010
Di Antara Pertempuran dan Peperangan
Sekalung tahniah dan syabas diucapkan buat Zaid Ibrahim serta jentera Pakatan Rakyat di atas usaha dan jerih-perih yang tidak mengenal jemu sepanjang tempoh berkempen pilihanraya kecil Hulu Selangor. Ini baru permulaan kepada pertarungan yang lebih besar. Kalah di dalam satu pertempuran, namun, kita masih perlu berhadapan dan menang di dalam peperangan, insyallah.Benar, Pakatan Rakyat dilihat berlawan dengan kerajaan Malaysia. Seluruh jentera kerajaan digerakkan untuk mempengaruhi pengundi Hulu Selangor hatta pihak PLUS juga diperkudakan. Gila!Majoriti 1,725 undi (termasuk undi pos) yang diperolehi Kamal adalah tersangat tidak berbaloi dengan RM166.7 juta gula-gula pilihanraya yang telah ditaburkan oleh UMNO Barisan Nasional. Sepatutnya, dengan sejumlah wang yang cukup besar itu, Pakatan Rakyat seharusnya langsung kehilangan wang deposit. Namun, takdir Allah memperlihatkan terdapat rakyat Malaysia yang masih cintakan kebenaran dan tidak gelap mata dengan godaan wang palsu UBN.
Apa yang mendukacitakan, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang sepatutnya menjadi pengadil yang adil hanya menutup sebelah mata terhadap segala rasuah pilihanraya dan kebejatan yan dilakukan UBN. SPR yang turut digelar salah satu parti komponen UBN, awal-awal lagi memberi isyarat kepada kemenangan UBN apabila tidak lagi mengiktiraf dan memberi kuasa Malaysians for Free and Fair Elections (MAFREL) sebagai pemerhati bebas pilihan raya. Ini dilihat sebagai taktik SPR untuk menghalalkan segala tidak-tanduk haram parti pro Israel, UBN dan ternyata ia menjadi kenyataan di Hulu Selangor.
Trend pengundian di Hulu Selangor memperlihatkan majoriti undi kaum India dan Tionghua adalah kepada Pakatan Rakyat. Namun, agak malang apabila undi-undi orang Melayu di kawasan FELDA masih berpihak kepada UBN. Ya, FELDA! Lubuk emas undi untuk UBN kerana di situ bersarang segala jenis kerosakan dan keruntuhan akhlak. Masih ada yang baik namun majoritinya adalah kurang cerdik dan tidak bermaklumat.
UBN pasti mahu mengekalkan status quo FELDA-FELDA ini kerana semakin jahil seseorang itu, semakin senang mereka diekploitasi. Mungkin cukup dengan hanya sehelai kain batik ataupun sekadar sebuah basikal. Khalas!
Umum mengetahui Selangor merupakan negeri yang terkaya di Malaysia dan selama UBN berkuasa di Selangor, negeri inilah yang mejadi nadi untuk menjana serta menyuntik kewangan ke dalam poket-poket pimpinan serta kroni UBN. Disebabkan itu tidak hairanlah pilihan raya kecil Hulu Selangor dianggap sangat penting oleh UBN dan UBN akan bermati-matian untuk memenangi pilihan raya kecil ini sebagai pembakar semangat untuk kembali merampas “lubuk duit” ini samada secara halal, haram mahupun halam (halal+haram).
Bercakap mengenai pilihanraya bersih dan adil, apa khabar BERSIH? Pilihanraya ke-13 semakin hampir, namun tuntutan-tuntutan BERSIH satu pun belum ditunaikan. Memetik kata-kata Zaid, ”kita perlu terus menuntut pilihan raya yang bebas dan bersih kerana kerja kuat sahaja tidak mencukupi”.
Apa pun kita sewajibnya meyakini bahawa apa yang telah berlaku di Hulu Selangor merupakan takdir yang telah ditentukan oleh Allah. Pakatan Rakyat telah berusaha bersunguh-sungguh, namun Allah mentakdirkan untuk menangguhkan kemenangan di Hulu Selangor buat Pakatan Rakyat. Mungkin ini merupakan muhasabah untuk kita dan peluang untuk mencari kelemahan, menyusun semula serta merangka strategi baru untuk berhadapan dengan taktik menggila UBN.
UBN wajib dijatuhkan !!
*Kredit; Gambar pertama diambil dari Bagan Utama, gambar kedua dari Buletin Online dan gambar ketiga dari Harismibrahim.
Muslim Malaysia Tuntut Pembuat ‘South Park’ Minta Maaf
“Acara itu sendiri berisi kata-kata yang buruk dan melecehkan Nabi Muhammad secara provokatif. Hal ini bisa menciptakan ketegangan agama,” ia menambahkan.
Kelompok Islam berbasis di New York “Revolusi Islam” mengatakan bahwa pencipta ‘South Park’ Matt Stone dan Trey Parker hidupnya bisa berakhir terbunuh seperti yang menimpa pembuat film Belanda Theo Van Gogh, yang dibunuh oleh seorang Muslim di Amsterdam pada tahun 2004.
Pernyataan mereka tersebut datang menyusul sebuah episode ‘South Park,’ pada 14 April lalu di mana Nabi Muhammad digambarkan muncul mengenakan kostum maskot beruang untuk menghindari penggambaran Nabi Muhammad secara jelas.
~ Sumber; Eramuslim
Sunday, April 25, 2010
Selamat Berjuang !!!
Teruskan perjuangan sehingga UMNO tersembam ke bumi dan tidak berkutik lagi !!!!
Wednesday, April 21, 2010
Mengapa Malaysia Semakin Tunduk Kepada Amerika dan Zionis
EKONOMI MALAYSIA TERKANGKANGUntuk negara-negara di Dunia Ketiga seperti Malaysia : ekonomi terbuka ini samalah seperti ekonomi terkangkang. Ekonomi terkangkang samalah seperti pelacur yang membukakan peha kepada sesiapa sahaja yang sanggup membayar dan melanggan.Saya bersimpati kepada pentabiran hari ini kerana terpaksa mengangkang untuk memanggil pelabur luar datang menjilat madu ekonomi negara kita. Sebenarnya ekonomi terbuka atau ekonomi terkangkang ini adalah satu fenomena yang baru. Ekonomi terkangkang ini di paksakan bukan sahaja kepada Malaysia malah kepada semua negara yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis.
Kuasa imperial Amerika ini yang dibantu dengan bala tentera dan dolar telah mengarahkan Bank Dunia, World Trade Organisation, APEC, NAFTA, IMF, PBB untuk memaksa negara-negara di Dunia Ketiga membuka ekonomi mereka. Dasar ini bermula di zaman pentabiran Ronald Reagan di Rumah Puteh dan Magaret Thatcher di No 10 Downing Street.
Labels
<a href=”http://feedjit.com/”>Feedjit Live Blog Stats</a>
Fakulti Minda
-
Hakim Tak Pertikai Saiful Jumpa Najib Dua Hari Sebelum ‘Kejadian’? – Peguam N Surendran mempersoalkan penghakiman Mahkamah Rayuan menyatakan ‘tiada apa yang mustahil’ tentang bukti berkaitan Saiful Bukhari, saksi utama kes …4 minutes ago
-
-
PROSOALAN HAKIKI YANG MENCARI JAWAPAN – DARI FACE BOOK *Yob Tualang Sekah* 2 hrs Kenangan: 3 hakim islam penjarakan Anwar selama 5 tahun. Seorang bukan islam ini terus melawan fitna…1 hour ago
-
Tok Guru Nik Aziz Tanya Isu Wardina-Ustaz Don – prihatin nya seorang tuan guru kepada masalah umat islam.3 hours ago
-
Berjual beli di bumi Syam….. –12 hours ago
-
DIA HENDAK MANDI DI RUMAH MB – Kira-kira jam 3.30 petang tadi, saya dihubungi oleh lelaki berusia 28 tahun. “Saya terbaca status facebook encik Mazidul mengenai cadangan untuk rakyat …23 hours ago
-
Mata: We haven’t done well this season – but I still get to play for Manchester United! – Juan Mata has reflected on his first few months as a Manchester United player but says that he has had no surprises. He knew when he joined the club that i…1 day ago
-
IELTS test in Australia and Thailand – April 2014 (Academic Module) – IELTS test takers M, P and T from Australia and Thailand remembered the following questions (which were the same in the two countries): Writing test Writin…1 day ago
-
udang kari – yummeh.. Bahan-bahan: udang – beberapa ekorr yg sederhana besar. serbuk kari tomato kulit kayu manis santan/susu halia serai bawang merah bawang putih b…2 days ago
-
Jangan ‘Main Ceduk’ Apa Saja Ke Bakul Agama – JANGAN ‘MAIN CEDUK’ APA SAJA KE BAKUL AGAMA Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin (sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA) Menjadi satu ma…2 days ago
-
Hukum Sedekah Kepada Bukan Islam – * Firman Allah (maksudnya): “Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadikan mereka (yang tidak beriman) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hany…3 days ago
-
Radwan: Israel Bertanggungjawab Atas Menyahudikan Masjid Aqsa – Khamis , 17-04-2014 – Menteri Palestin Hal Ehwal Agama Ismail Radwan berkata kerajaan Israel bertanggungjawab sepenuhnya terhadap akibat apa-apa percubaan …3 days ago
-
Berdusta Untuk Nabi: Neo Qussas Zaman Ini – Kredit foto: http://www.cruxcatalyst.com Sabda Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam: من كذب علي متعمدا Ùليتبوأ مقعده من النار “Barangsiapa yang dengan sengaja berdus…3 days ago
-
Rancangan “ANDA MUSYKIL” – ASSALAMUALAIKUM…. Rancangan “ANDA MUSYKIL” terus bersiaran secara langsung pada minggu ini… TAJUK : PERISTIWA AKHIR ZAMAN PANEL : USTAZ DR. MOHD SUKKI O…4 days ago
-
Saksikan Tokoh Yang Pulangkan Pingat Dalam Kuliah Ekonomi – SEMUA DIJEMPUT HADIR PADA 20 APRIL 2014 @ 10.30 PAGI – 12.30 TENGAHARI DI MASJID BUKIT INDAH, AMPANG1 week ago
-
Hari ini usiaku 40 tahun. – *BERHATI HATI DI USIA 40TAHUN* Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diamb…1 week ago
-
Baroon Barooneh –1 week ago
-
Cara Menghilangkan Kantung Mata atau Mata Panda – Ternyata banyak wanita belum mengetahui *cara menghilangkan kantung mata*secara alami padahal cara ini cukup efektif dan sangat saya rekomendasikan untuk an…2 weeks ago
-
Hukuman UEFA dan Hukuman FAM – Bodo serupa ateras. Gambar di atas ialah gambar penyokong otak kerbau. Serangan peribadi ke atas Mesut Ozil dari penyokong Bayern Munich ketika perlawanan B…3 weeks ago
-
Jalan Cangkat Perak – Jalan Cangkat Perak Di tengah² KL, di sebalik Crowne Regency Suite, di belakang Menara IMC Terdapat lah deretan kedai makan lazat dan murah ini. Kami pangg…1 month ago
-
Pengumuman – Assalamualaikum Kami telah berpindah ke : (we have move to) makananbahagia.blogspot.com terima kasih (thank you) berkuatkuasa 25 Rabiul Ak…1 month ago
-
Ayah, Kakak dan Hospital – Hujung tahun lalu, saya dikejutkan dengan panggilan telefon dari kampung. Memaklumkan bahawa kakak terjatuh dan patah tangan. Segera saya bergegas pulang. …2 months ago
-
Ekonomi Berkat : Vol 5 (Risalah Dakwah 29) – [1]. Saya amat tertarik dengan perkembangan di Turki. Di dalam ijtihad pemerintah, kadar faedah sebenar Turki diturunkan secara beransur-ansur sehingga ia…2 months ago
-
60 steps of making a married full of sakinah, mahabbah wa rahmah.. – 1. Make her feel secure; (sakina- tranquillity) QUIT BEING AGGRESSIVE. 2. When you go home say ‘Assalamu’alaikum. ‘ (Greetings) It kicks the syaitan out …3 months ago
-
MP3 Ceramah: Ustaz Abdul Rahman Imran – 001. Kupasan Kitab Adab al-Mufrod (hadith 17-20) – 15 Dis 2013 Kuliah Maghrib Download Audio MP3: Link 1 Mediafire: https://www.mediafire.com/?41a9l4das4dkw…4 months ago
-
The assault on academic freedom – [image: https://si0.twimg.com/profile_images/2719507925/539f9ad763954f76806231734d0bc638.jpeg%5D *Public universities should not be a place just to obtai…4 months ago
-
PENGUMUMAN PENTING DARI TULANG BESI – Assalamualaikum kepada pembaca2 sekelian. Atas sebab2 yang tidak boleh didedahkan, Tulang Besi mengisytiharkan bahawa Tulang Besi terpaksa menutup blog Tul…10 months ago
-
I’ve moved! – Hi there! Beginning June 1, John Maxwell on Leadership has merged with my John Maxwell Company blog, Leadership Wired. Click over to view the most recent p…10 months ago
-
Styleislam® up close with Ayse Uslu-Marschalkowski – Style&People Styleislam® up close and personal with architect,Ayse Uslu-Marschalkowski. She answers your questions and talks about her difficulties as a Hi…1 year ago
-
UJIAN CINTA –1 year ago
-
Reducing Weight With Green Tea Component – We are very mindful that woman that can try to eat whatever she wants without having a lot as being a strain from the waist or even a stick of the joints. …1 year ago
-
-
salam aidilfitri 1433H – malam raya… patotnya byk takbir! bkn letop sana letop sini. tp.. sy layan juga.. ^^peace^^ ni plak pantun drpd seorg ATC yg tidak beraya pd 1 Syawal hu…1 year ago
-
Jadual 10 Akhir Ramadan – *OGOS * 9 Khamis – 8.30pm, Shah Alam, Traweh dan Tazkirah Masjid al-Falah Sri Muda, Seksyen 25 Shah Alam. 10 Jumaat – 3.45am, Shah Alam, Qiyamullail Ma…1 year ago
-
– *Ceramah Isu Isu semasa Dun Pengkalan Kubor * *R – FOR ROYALTI * Pemuda Pemuda di Dun Pengkalan Kubor bergambar Kenang Kenangan bersama Tan Sri Kadir She…1 year ago
-
Senyum Khinzir – Jangalah Dipolitikkan? – Politik Mak Tik *p/s : All the president is, is a glorified public relations man who spends his time flattering, kissing, and kicking people to get th…1 year ago
-
Facebook: Rahsia itu bukan milik kita – Sudah lama benar tidak menulis. Lantas, hari ini tergerak hati untuk menulis. Menulis sesuatu yang klise, iaitu berkaitan Facebook. Facebook yang senanti…2 years ago
-
PENAMPAR 2 TOK GURU TAK SAKIT DI MUKA TAPI TERASA DI HATI – Pada 20 November 2011, berita depan sebuah akhbar melapurkan air di Kelantan paling kotor. Tok Guru Nik Aziz memberi respon bahawa air di Kelantan bukann…2 years ago
-
MENGHIDUPKAN BUDAYA KELANTAN NEGERI BERKEBAJIKAN – Lawatan Kematian di dalam Perkampungan Siam Eh Pit Penyampaian Sumbangan Rumah di timpa pokok Tanjung Kuala Menyampai sumbangan segera TSM kpd Sdr Amran…2 years ago
-
Zambry: BN anggap tiada kawasan ‘hitam’ di Perak – BN Perak menganggap tiada kawasan mengundi yang boleh dilabelkan ‘hitam’ iaitu yang tidak boleh dimenanginya dalam pilihan raya umum akan datang.Menteri Be…2 years ago
-
Majlis sumbangan bantuan kepada penduduk Kg Periok – Kg Periok : Menyampaikan sumbangan beras kepada penduduk di Kg Periok.2 years ago
-
(Video) Javier Hernandez Scores Cheeky Back-Heel to Help Mexico to Gold Cup Semi-Finals – Old Trafford star literally can not stop scoring, that’s six in four Gold Cup matches.2 years ago
-
Mesyuarat Agung Kali Ke 34 – Pada 22/04/2011, Dewan Pemuda Pas Kawasa Tumpat (DPPKT) telah mengadakan menyuarat agung tahunannya buat kali ke 34 bertempat di Dewan Bunga Raya, Pantai …2 years ago
-
Ketagihan ini bukan sesuatu yang bisa aku hindarkan. Makanya, aku akan terus menulis dan menulis dan menulis. Insya-Allah – Barangkali aku meludah ke langit dan jatuh ke muka sendiri. Entahlah, kata lah apa korang nak kata, tetapi sebagaimana aku susah sangat nak berhenti merok…3 years ago
-
iPhone: Streaming Kuliyah – Berikut merupakan tutorial bagaimana hendak mendengar kuliyah secara streaming. Tutorial ini adalah untuk pengguna iPhone, iPod dan iPad sahaja. Langkah…3 years ago
-
Mata Pena untuk PRU13 : Siri 1 – Islam tidak pernah menolak pembangunan. – Sahabat, menuduh Islam itu jumud, kuno, lekeh dan tidak moden, dikalangan orang Islam sendiri adalah fitnah terhadap agama Islam . Islam didatangkan dengan…3 years ago
-
Bantuan Banjir – Pada 08/01/2011 (Sabtu), YB Mohd Zaki Hj Ibrahim (Adun Kelaboran) dengan kerjasama Jentera Bilik Gerakan Banjir Pemuda Pas Dun Kelaboran telah mengadakan…3 years ago
-
Ayuh HIJRAH…. – Alhamdulillah. wassolatu wassalamu ‘ala Saiyyidina Muhammad ibn Abdillah, wa ‘ala aalihi wa sohbihi ila yaumiddiin, wa ba’du ; Sudah begitu lama saya tak …3 years ago
-
Noktah itu satu permulaan – Salam kelahiran untuk semua umat Islam untuk kesekian kalinya. Setelah sebulan bermujahadah melaksanakan amalan puasa akhirnya kita kembali menjadi fitrah pu…3 years ago
-
Blog Baru – ondscene.my – Untuk makluman,blog ini berpindah ke alamat baru ondscene.my .Semua entri terbaru akan diupdate di sana.Mohon pembaca untuk mengupdate link terbaru ini. Ket…3 years ago
-
Lawak jarang-jarang – Mr. PM nak minta cadangan bagi nama kat kucing ni? Altantuya is a cute name… macam ketua kampung nak rasmi sukaneka tadika kemas3 years ago
-
Blogger template created by Templates Block
Wordpress theme by Widget Ready Themes
[…] ***********>>>>>>>>>> THE END<<<<<<<********************************** […]
LikeLike
[…] pokok yang sangat besar, yang jadi rumah dia sejak 7 tahun lalu. Pokok itu terletak di tepi sebuah bukit yang mempunyai saluran keluar air jernih bersih dalam lapisan tanah bukit itu. Air itulah yang […]
LikeLike